You are on page 1of 12

BENTUK

Pengenalan

BENTUK
Jenis-jenis Bentuk Ciri-ciri Bentuk

PENGENALAN
Bentuk mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri iaitu keluasan, ketinggian, kelebaran, ketebalan dan jisim serta lebih daripada satu permukaan. Ini menjadikan bentuk itu pejal,mempunyai isi padu dan wujud dalam ruang tiga dimensi.

Dengan menambah form juga boleh menghasilkan bentuk. Rangka bentuk akan dihasilkan dengan gambaran yang menunjukkan tanda mainancahaya di atas permukaan bentuk. Sinaran dari satu cahaya akan jatuh ke atas sebuah bentuk mengikut rangkanya. Biasanya permukaan yang dekat dengan cahaya akan kelihatan lebih cerah. Form sesuatu bentuk dapat diwujudkan dengan menggunakan kesan nilai yang terang.

Terdapat beberapa cara yang sesuai digunakan untuk menimbulkan form pada sesuatu bentuk iaitu: - teknik garisan - teknik lorekan -teknik jalinan - teknik catan Bentuk boleh dihasilkan apabila sesuatu garisan bertemu dengan permulaanya.

CIRI-CIRI BENTUK
Bercirikan dua dimensi dan tiga dimensi. Walaupun sebuah bentuk objek sama dari segi bentuk nyatanya, tetapi rupa pada bentuk dua dimensi tidak sama dengan rupa pada bentuk tiga dimensi.

Bentuk Dua Dimensi


Mempunyai ciri-ciri jalinan, garisan, warna dan ruang untuk menimbulkan ilusi dalam karya dan menjadikan imej yang terbentuk kelihatan realistik.

Bentuk Tiga Dimensi


Mempunyai ciri-ciri isi padu, panjang,kelebaran, ketebalan, dan sifat-sifat fizikal yang lengkap. Objek yang dihasilkan menampakkan bentuk tiga dimensi. Ia mengandungi isi padukelebaran dan sifatsifat fizikal yang lengkap.

JENIS-JENIS BENTUK
Terdapat dua jenis bentuk: -bentuk konkrit - bentuk ilusi

Bentuk Konkrit
Bentuk objek sebenar yang bersifat tiga dimensi. Ia dapat dilihat, disentuh dan dirasa. Ia terdiri daripada objek-objek yang maujud. Antara karya seni jenis bentuk konkrit adalah arca, anyaman dan tembikar.

Bentuk Ilusi
Bentuk objek yang bersifat dua dimensi iaitu karya yang direka di atas permukaan rata seperti gambar, lukisan, catan dan cetakan. Boleh dilihat, tetapi tidak boleh dirasa oleh deria sentuh. Bentuk ilusi yang sama rata apabila disentuh juga disebut bentuk maya.

You might also like