You are on page 1of 17

TUGASAN 1: Bina Jadual Spesifikasi Ujian

1.0

Jadual Penentuan Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian

Mata Pelajaran Tahun Penggunaan

: Ekonomi Asas Tingkatan 4 : 2003

Bil

Kandungan Pengetahuan

Kemahiran Kefahaman dan Aplikasi Analisis, Sintesis, dan Penilaian 3, 11, 19, 22 14, 20, 24

Jumlah Item

Wajaran (%)

1 2

Pengenalan Kepada Ekonomi Pendapatan dan Penggunaan Pendapatan Individu

2, 21 10

1, 4, 6, 7 8, 9, 15, 32

10 8

25 20

3 4 5

Isi Rumah Sebagai Pengguna Firma Sebagai Pengeluar Pasaran

12, 26, 29 5, 39 27, 38 10 25

16, 25, 28 34, 36 30, 31 15 37.5

13 17, 18, 37 23, 33, 35, 40 15 37.5

7 7 8 40

17.5 17.5 20

Jumlah Item Wajaran ( % )

100

2.0

Sebab diperuntukkan bilangan soalan seperti dalam JPU 2.1 Paksi Kemahiran

Aras I (mudah) Jumlah soalan: 10 soalan Sesuai dengan aras yang paling rendah, bilangan soalan juga adalah memadai. Hanya melibatkan proses mengingat kembali fakta yang telah dipelajari. Kebanyakan soalan pada aras ini menjdi pilihan dan tumpuan bagi pelajar yang lemah dari aspek pengiraan dan rumus. Keupayaan pelajar untuk dapat menjawab menunjukkan konsep dalam kandungan Ekonomi Asas adalah dapat difahami oleh pelajar. Kurang diberi penekanan dalam sukatan pelajaran.

Aras II (pertengahan) Jumlah soalan : 15 soalan Merupakan kemahiran yang banyak diuji dalam soalan. Bertujuan untuk menguji tahap kefahaman pelajar dan kebolehan pelajar dalam menggarap maksud sesuatu teori atau istilah ekonomi. Menguji kebolehan pelajar dalam menggunakan bahan-bahan yang dipelajari ke dalam bentuk baru. Subjek ini semestinya banyak menilai kebolehan pelajar dalam menterjemahkan konsep ekonomi ke dalam bentuk lain seperti memahami graf dan jadual yang ad dalam soalan.

Aras III (sukar) Merupakan aras kemahiran yang paling tinggi untuk diuji. Memberi ruang dan peluang kepada pelajar yang sememangnya berminat kepada bentuk soalan yang mempunyai rumus dan pengiraan. Menguji ketelitian dan ketepatan pelajar dalam membuat pengiraan. Melihat kebolehan pelajar dalam menghubungkaitkan konsep yang dipelajari dengan rumus dan teori ekonomi. Mendedahkan pelajar bahawa sesuatu konsep atau teori ekonomi dapat dibuktikan secara emperikal melalui rumus.

2.2

Paksi Tajuk Atau Kandungan

Pengenalan Kepada Ekonomi (10 soalan) Pecahan soalan yang paling banyak. Sebabnya: Antara tajuk terawal dan senang untuk pelajar menjawabnya. Hanya mengandungi konsep-konsep ekonomi yang mudah. Memberi gambaran kepada pelajar apa yang bakal mereka belajar kerana soalan pada tajuk pertama memberi gambaran akan keseluruhan tajuk yang akan dibelajar atau dijawab. Memberi peluang kepada pelajar yang suka kepada soalan yang berbentuk definisi dan konsep. Pelajar akan lebih mendapat skor yang tinggi. Dapat menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat dan memahami fakta dan konsep dalam ekonomi. Pelajar dapat memahami keseluruhan subtajuk ini. Dalam sukatan tajuk ini agak banyak dari segi kandungan subtopik.

Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu (8soalan) Pecahan soalan yang banyak. Sebabnya: Antara tajuk yang menjadi pilihan dalam soalan peperiksaan sebenar. Tajuk ini banyak tertumpu kepada pendekatan pengiraan, soalan ini sebenarnya untuk membiasakan pelajar dengan pengiraan. Dari segi kandungan dalam sukatan, tajuk ini juga mempunyai banyak subtopik untuk diajar dan dihabiskan oleh guru. Pelajar akan dapat memahami tajuk ini, walapun corak pengajaran guru agak cepat kerana guru perlu menghabiskan sukatan pada masa yang ditetapkan. Ada sebahagian subtopik yang penting dan memerlukan penekanan dan tempoh masa yang lama untuk diajar. Soalan yang dikemukakan dan jawapan daripada pelajar dapat menggambarkan tahap penerimaan pelajar terhadap kandungan ini. Isi Rumah Sebagai Pengguna Merupakan tajuk ketiga paling banyak Sebabnya : Dari segi pecahan subtopik dalam sukatan, kandungan ini tidak begitu banyak pecahannya. Soalan juga tidak perlu tertumpu kepada kandungan ini. Kandungan ini dikatakan lebih mudah difahami oleh pelajar kerana subtopiknya adalah merupakan perkara yang hampir dengan situasi sebenar pelajar. Pelajar diharapkan akan lebih mudah untuk mendapatkan skor markah pada tajuk atau kandungan ini.

Firma sebagai pengeluar Diperuntukkan 7 soalan kesemuanya. Sebabnya: Topik ini berada pada kedudukan kedua terakhir dalam sukatan. Pembahagian soalan adalah hampir sama dengan sebelum ini. Topik ini banyak dimonopoli oleh subtopik yang berbentuk konsep dan teori. Kebiasaannya tajuk yang mempunyai pemberatan kepada rumus, keluk dan pengiraan akan disoal dalam soalan esei iaitu di bahagian kuantitatif. Tajuk ini umumnya akan di soal di bahagian esei.

Pasaran Diperuntukkan 8 soalan kesemuanya Sebabnya: Jumlah yang agak banyak memandangkan tajuk ini penutup kepada kandungan dalam sukatan Ekonomi Asas Tingkatan 4 Tajuk ini perlu diperbanyakkan memandangkan ia merupakan seperti satu kesimpulan umum kepada semua tajuk yang ada dalam sukatan. Tajuknya juga agak panjang dan adalah wajar soalan yang diperuntukkan juga adalah banyak. Pelajar akan lebih memberi tumpuan kepada tajuk ini kerana kebanyakan soalan yang dikemukan pada kandungan ini adalah soalan yang agak susah.

3.0

Langkah-langkah Pembinaan Jadual Penentuan Ujian

Antara langkah-langkah yang kumpulan kami telah lalui untuk membina Jadual Penentuan Ujian (JPU) ialah:-

1. Kami membina satu jadual yang mempunyai empat paksi, iaitu:a. Paksi kandungan yang mengandungi objektif yang dikehendaki / kandungan utama sukatan mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan 4. b. Paksi kemahiran yang mengandungi kemahiran pengajaran bagi setiap kandungan utama, iaitu kemahiran yang mengikut aras Taksonomi Bloom. c. Paksi jumlah item yang menunjukkan bilangan soalan yang akan diuji bagi setiap kandungan utama. d. Paksi wajaran yang menunjukkan peratusan pemberatan bagi setiap kandungan utama.

2. Kami menyusun kandungan utama mengikut kepentingan kandungan dari atas ke bawah. Kami telah membuat pengkelasan mengikut susunan dalam sukatan mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan 4. Hal ini kerana pihak kurikulum, iaitu Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyusun kandungan dengan kaedah yang terbaik, iaitu penyusunan berdasarkan kepentingan kandungan atau mengikut kepentingan objektif / kemahiran dalam pengajaran atau perkembangan kandungan kurikulum itu perlu disampaikan kepada pelajar secara berhierarki.

3. Kami membahagikan paksi kemahiran kepada tiga lajur mengikut susunan berikut dari kiri ke kanan: pengetahuan; kefahaman dan aplikasi; analisis, sintesis, dan penilaian.

4. Kami menandakan dengan nombor yang berturutan dalam setiap sel bagi menunjukkan nombor item yang akan dibina. Kami telah mengenalpasti format item yang sesuai untuk mengukur penguasaan atau kebolehan pelajar bagi sesuatu objektif

perlakuan. Selain itu, kami juga memberi perhatian pada perlakuan dan keadaan yang ditetapkan seperti dalam objektif peperiksaan apabila memilih format item.

5. Kami menentukan bilangan item yang diperlukan adalah cukup untuk mengukur pencapaian calon bagi setiap objektif.

6. Kami menyemak semula jenis-jenis perancangan dan keputusan perlakuan yang hendak dibuat dan mempertimbangkan jenis-jenis ujian yang sesuai.

TUGASAN 2: Gubal 4 Soalan Objektif

Soalan 10

Objektif Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat mengenalpasti jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan sosial dengan betul.

Soalan: Manakah antara jenis pekerjaan berikut termasuk dalam sektor perkhidmatan sosial? A. Doktor swasta B. Hakim C. Guru D. Polis

T II / I / D / M

Pelajar boleh tersalah pilih kepada pilihan jawapan A, B, dan C kerana ketiga-tiga jenis pekerjaan ini juga termasuk dalam sektor perkhidmatan tetapi bukan termasuk dalam sektor perkhidmatan sosial. Sebabnya ialah:

Doktor swasta adalah tergolong dalam sektor perkhidmatan kesihatan. Hakim adalah tergolong dalam sektor perkhidmatan perundangan. Guru adalah tergolong dalam sektor perkhidmatan pendidikan.

Soalan 14

Objektif Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat menyelesaikan pengiraan faedah yang diperolehi bagi tempoh tertentu.

Soalan: Robert telah menyimpan wang sebanyak RM 100,000 di bank dengan kadar faedah 10 % setahun. Kirakan jumlah wang yang akan diperolehinya selepas dua tahun. A. RM 90,000 B. RM 110,000 C. RM 120,000 D. RM 130,000 T II / III / C / S

Pelajar boleh tersalah pilih distraktor A, B, dan D kerana:

Pelajar yang menandakan pilihan jawapan A merupakan pelajar yang tidak tahu mengira jumlah wang yang akan diperolehi Robert kerana pelajar ini telah menolak kadar faedah yang sepatutnya ditambahkan daripada jumlah tabungan.

Pelajar yang menandakan pilihan jawapan B merupakan pelajar yang tahu mengira jumlah wang yang akan diperolehi Robert tetapi pelajar ini telah melakukan satu kesilapan yang besar, iaitu pelajar ini tidak teliti semasa membaca soalan atau tidak habis membaca soalan. Hal ini kerana kehendak soalan ialah jumlah wang yang akan diperolehi Robert selepas dua tahun. Jadi, faedah yang diperolehi daripada 10 % harus didarab dua untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Pelajar yang menandakan pilihan jawapan D merupakan pelajar tersilap kira atau setakat tembak sahaja.

Soalan 34

Objektif Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat menghuraikan hukum penawaran dengan tepat.

Soalan: Pernyataan yang manakah menerangkan tentang hukum penawaran? A. Apabila harga input jatuh, penawaran akan bertambah. B. Apabila tingkat teknologi bertambah baik, penawaran akan bertambah. C. Apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti yang ditawarkan akan berkurangan. D. Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti yang ditawarkan akan berkurangan.

T IV / II / C / Sd

Pelajar boleh tersalah pilih ketiga-tiga distraktor, iaitu pilihan jawapan A, B, dan D, kerana:

Distraktor A merupakan salah satu penentu penawaran, iaitu kos pengeluaran, tetapi bukannya hukum penawaran.

Distraktor B merupakan salah satu penentu penawaran, iaitu tingkat teknologi, tetapi bukannya hukum penawaran.

Distraktor D bukan hukum penawaran tetapi hukum permintaan. Ini merupakan satu kesilapan umum atau kesilapan pelajar dalam menafsir konsep, iaitu pelajar telah tertukar hukum penawaran dengan hukum permintaan.

Soalan 36

Objektif Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat menerangkan keseimbangan pasaran. keadaan

Soalan: Dalam keadaan yang bagaimanakah keseimbangan pasaran akan wujud? I. II. III. IV. Permintaan sama dengan penawaran Bilangan pembeli sama dengan bilangan penjual Kuantiti yang diminta sama dengan kuantiti ditawarkan Kuantiti yang diminta oleh setiap pengguna sama dengan kuantiti yang ditawarkan oleh setiap firma

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. I dan IV T IV / II / B / Sd

Pilihan jawapan II dan IV adalah distraktor kerana kedua-dua pilihan jawapan ini menunjukkan satu pernyataan yang mungkin dianggap betul oleh pelajar yang tidak pasti. Sebabnya ialah jika dibaca sepintas lalu, memang boleh dikatakan bahawa kedua-dua pilihan jawapan ini menunjukkan keadaan keseimbangan pasaran. Namun demikian, kedua-dua pilihan jawapan ini adalah salah mengikut konsep keseimbangan pasaran. Jadi,

Pilihan jawapan II adalah salah kerana walaupun wujudnya situasi bilangan pembeli adalah sama dengan bilangan penjual namun tidak semestinya akan mewujudkan keadaan keseimbangan pasaran disebabkan jumlah permintaan setiap pembeli yang tidak sama dengan jumlah penawaran setiap penjual.

Pilihan jawapan IV adalah kurang tepat kerana pernyataan ini tidak ada kata kunci jumlah dimana keadaan keseimbangan pasaran akan wujud sekiranya jumlah kuantiti yang diminta oleh setiap pengguna adalah sama dengan jumlah kuantiti yang ditawarkan oleh setiap firma.

TUGASAN 3: Gubal 1 Soalan Esei Objektif Hasil Pembelajaran Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, pelajar dapat: Menyatakan maksud pendapatan boleh guna dengan menggunakan perkataan sendiri. Menghitung jumlah pendapatan boleh guna dan jumlah perbelanjaan boleh guna dengan betul. Menerangkan kesan yang timbul apabila jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan dengan tepat. Soalan 1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan boleh guna dalam ekonomi?(1, M, 5) b) Maklumat di bawah menunjukkan senarai pendapatan dan perbelanjaan Encik Amir pada bulan Jun. RM Pendapatan bulanan Faedah Untung Bayaran pindahan Bayaran pinjaman bank Ansuran kereta Tambang bas Bil Cukai pendapatan Caruman kepada KWSP Pakaian Insurans kereta Bayaran zakat Lain-lain Berdasarkan maklumat di atas, hitung: i. ii. iii. Pendapatan boleh guna Encik Amir Perbelanjaan daripada pendapatan boleh guna Terangkan keadaan perbelanjaannya. (, RM 1500 150 200 300 450 500 50 150 200 150 100 500 200 150

s, 7)

a)

C>Y C Perbelanjaan individu Y Pendapatan

Terangkan kesan yang akan timbul jika keadaan di atas berlaku.

(, S, 8)

Skema jawapan Soalan 1 (a) Pendapatan boleh guna ialah pendapatan sebenar yang boleh digunakan oleh individu selepas ditolak dengan pelbagai potongan wajib [2 m]

Jawapan alternatif : o Jumlah pendapatan yang dimiliki oleh individu setelah membayar pelbagai potongan wajib yang dikenakan. o Perbezaan antara pendapatan individu dengan jumlah potongan wajib.

Jenis- jenis potongan wajib [2m] Caruman KWSP Cukai pendapatan Bayaran zakat Premium insurans nyawa

Dibelanjakan oleh pengguna untuk memuaskan keperluan dan kehendak [1m]

Jawapan alternatif: o Digunakan oleh individu untuk mendapatkan barang-barang dan

perkhidmatan. o Dibelanjakan oleh individu untuk mencapai kepuasan yang maksimum dengan memenuhi keperluan dan kehendak.

Soalan 1b Ceraian 1 (b) i. Pendapatan boleh guna = ( pendapatan bulanan + faedah + untung + bayaran pindahan ) ( cukai pendapatan + caruman KWSP + bayaran zakat) = (RM 1500 + RM150 + RM 200 + RM300) (RM 200 + RM150 + RM200) [1m] = RM 2150 RM 550 [1] = RM 2150 RM 550 = RM 1600 [2m]

Ceraian 1 (b) ii. Jumlah perbelanjaan boleh guna = bayaran pinjaman bank + ansuran kereta + tambang bas + bil + pakaian + insurans kereta + lain-lain) = (RM450 + RM500 +RM 50 + RM100 + RM500 + RM150 + RM 150 ) [1m] = RM 1900 [2m] Ceraian 1 (b) iii. Perbelanjaan Encik Amir melebihi jumlah pendapatannya iaitu sebanyak -300 (1600 1900) [2m]

Soalan c Perbelanjaan melebihi pendapatan [1m] Kesan: Mengakibatkan pembaziran [1m] Lebihan perbelanjaan yang dibuat oleh individu-pembaziran [1m]

Bebanan hutang bertambah [1m] Membuat pinjaman daripa kawan, saudara-mara atau bank- bebanan hutang makin bertambah. [1m]

Tabungan dikurangkan [1m] Terpaksa mengguna tabungan lalu untuk menampung perbelanjaan kinitingkat tabungan makin jatuh [1m].

Harga barangan akan naik [1m] Peningkatan perbelanjaan yang meningkat, mendorong kenaikan harga di pasaran [1m]

Wujud masalah inflasi [1m] Kesan kenaikan harga dan jumlah permintaan bertambah, firma tidak mampu memenuhi kehendak individu-harga barang naik. (Maksimum: 6m)

* mana-mana jawapan lain yang logik dan munasabah adalah dianggap betul

LAMPIRAN

You might also like