You are on page 1of 8

Kak Noor nak sambung pasal roti tengok thread nya dah penuh, so disini akak buka part

II..

SARDIN ROLLS menghasilkan 16 ketul Bahan-bahan doh: 400 g tepung roti (strong white bread flour) 7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering 1 sudu kecil garam (paras rata) 50 g mentega }dicairkan 2 sudu besar gula 1 biji telur 100 ml susu segar suam 110 ml air suam 1 biji telur } pukul sket utk sapuan atas roti 1 sudu kecil mentega cair} utk sapuan atas roti Bahan-bahan inti: 1 tin sardin } dilenyek 1 labu bawang besar }dipotong dadu 1-2 biji kentang } dipotong dadu kemudian dicelur hingga empuk 1 sudu kecil serbuk cili atau mengikut tahap kepedasan yg disukai 1 sudu besar minyak garam secukup rasa Cara membuat inti: Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi Masukkan serbuk cili goreng sebentar masukkan ikan sardine Apabila hampir kering , masukkan kentang dan garam secukup rasa Kacau sekata kemudian sejukkan Ketepikan. Cara membuat doh: Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film. Letak ditempat yg suam selama 1 - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda Kemudian canaikan doh menjadi btk segiempat dgn ketebalan 1.5 cm Potong 2 (tengah2) kemudian potong jd btk segitiga (spt gambar di atas) Ambil satu bahagian segitiga kemudian canai supaya menjadi nipis serta lebar diatas dan tirus dibwh (lihat gambar) Ambil inti letakkan dibahagian yg lebar kemudian gulung doh tersebut kemas2 sehingga penghujung Ulang sehingga habis doh Susun di dlm loyang yg telah disapu minyak Pastikan masih ada ruang antara setiap doh utk mengembang Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula Panaskan oven pd suhu 190C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan sapu dgn telur permukaannya kemudian masuk semula dlm oven selama 4-5 min atau sehingga keperangan Angkat, sapu dgn mentega cair Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft crust)

roti disejukkan atas redai besi

doh selepas digulung sedia utk disusun dlm loyang dan kena peram utk kali ke-2

doh kena gulung dr bahagian inti ke hujung

letak inti dibahagian yg lebar

selepas dicanai dan dipotong jd segitiga kecil

doh selepas diperam

doh sebelum diperam VARIASI: kalau malas nak buat inti..guna aje sosej YG TELAH DIREBUS & DISEJUKKAN terlebih dahulu

BUN SOSEJ BERPINTAL Bahan-bahan : 400 g tepung roti (strong white bread flour) 2 sudu kecil yis kering segera 1 sudu kecil garam (paras rata) 2 sudu besar gula castor 50 g mentega } cairkan 1 biji telur 100 ml susu segar suam 110 ml air suam 10 batang sosej ayam sedikit sayur campur sedikit sos tomato sedikit mayonis 1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan Cara membuat: Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya tuangkan mentega, susu, telur dan air. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film. Letak ditempat yg suam selama 1 - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai jika perlu kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej) Letak sosej diatasnya kemudian gulung Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas) Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak Ulang kesemua doh hingga habis Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh tersbt naik sekali ganda Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata Panaskan oven pd suhu 190'C- 200C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan dr oven, sapu atas/tepi roti dgn dgn kuning telur kemudian masuk balik ke dlm oven bakar semula selama 5 - 8 minit atau sehingga keperangan Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya Enak dimakan semasa panas..kanak2 pasti suka

Lyn, akak uli pakai tangan kalau uli pakai BM susah nak handle doh tu nanti sbb melekat di jari..lagi pun kalau nak buat bun akak galakkan uli guna tangan sehingga doh tu LICIN..baru senang nak canai..gambo bun berpintal tu akak uli pakai BM..hasilnya doh melekat2 tu yg canai kena buh tepung atas tempat canai..bila buh tepung byk hasilnya bun tak lembut...

17. Dihantar pada 08hb Ogos 2005, 02:09:45 pagi

ROTI MANIS Bahan-bahan doh: 400 g tepung roti (strong white bread flour) 7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering 1 sudu kecil garam (paras rata) 50 g mentega }dicairkan 60 g gula 1 biji telur 100 ml susu segar suam 110 ml air suam 1 biji telur } pukul sket utk sapuan atas roti 1 sudu kecil mentega cair} utk sapuan atas roti Cara membuat doh: Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic (walaupun doh ni agak melekit pd mulanya JGN tambah sebarang tepung) Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film. Letak ditempat yg suam selama 1 - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda Kemudian bahagikan doh tersbt kpd beberapa bahagian seberat 50 g setipa bahagian pastu bulat2kan..susun dlm loyang yg dilapik dgn kertas minyak atau disapu majerin (lihat gambar 1) jarak antara satu sama lain jgn terlampau jauh supaya bila kembang doh tu akan bercantum sesama sendiri (lihat gambar 2) Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula Panaskan oven pd suhu 190-200C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan sapu dgn telur permukaannya kemudian masuk semula dlm oven selama 4-5 min atau sehingga keperangan Angkat, sapu dgn mentega cair Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft crust)

22. Dihantar pada 08hb Ogos 2005, 02:41:28 pagi

Dgn menggunakan adunan yg sama utk roti manis boleh wat sugar plait

akak tersasul sket masa jalin kat tengah tu tersilap koner plaks...

SUGAR PLAIT Bahan-bahan doh: 400 g tepung roti (strong white bread flour) 7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering 1 sudu kecil garam (paras rata) 50 g mentega }dicairkan 60 g gula 1 biji telur 100 ml susu segar suam 110 ml air suam sedikit gula } utk taburan 1 sudu besar susu segar } utk sapuan Cara membuat doh: Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic (walaupun doh ni agak melekit pd mulanya JGN tambah sebarang tepung) Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film. Letak ditempat yg suam selama 1 - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda Kemudian bahagikan doh tersbt kpd 2 bahagian A & B Ambil bahagian A bahagi dgn 3 gentel memanjang menjadi saiz/btk sosej sepanjang 6-8 inci kemudian jalin (spt jalin rambut) Ulang utk bahagian B pula, kemudian masukkan dlm loyang yg berlapik kertas minyak atau disapu majerin Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula Panaskan oven pd suhu 190-200C Sapu doh tadi dgn sedikit susu segar kemudian tabur gula atasnya Masukkan dlm oven bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft crust)

sebelum masuk oven

sebaik kuar dr oven (roti barcantum antara satu sama lain sbb akak letak rapat)

sejukkan atas redai besi

MEXICAN BUN Bahan-bahan doh: 400 g tepung roti (strong white bread flour) 7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering 1 sudu kecil garam (paras rata) 50 g mentega }dicairkan 60 g gula 1 biji telur 100 ml susu segar 110 ml air sejuk Bahan-bahan topping: 100 g mentega 100 g tepung kek/rendah protein kak Noor guna plain flour biasa jer..ok gak 80 g gula icing (kalau suka lebih manis bubuh 100g) 2 biji telur sudu kecil serbuk kopi segera bancuh dgn setitis air Cara membuat topping: Pukul gula dan mentega sehingga kembang kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur, pukul lagi hingga sebati Masukkan tepung dan serbuk kopi, kacau hingga sebati. Simpan di dlm peti sejuk sementara nak menggunakannya Cara membuat doh: Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film. Letak ditempat yg suam selama 1 - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda

Bahagikan doh kpd bahagian kecil seberat 50 g Buatkan bulat-bulat kemudian susunkan dlm loyang yg dilapik dgn kertas minyak pastikan jarak antara satu sama lain agak jauh supaya bila doh mengembang ianya tak bercantum antara satu sama lain Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula Kemudian paipkan topping menggunakan piping bag atas bun tersbt secara membulat bermula dr tengah2. (lihat gambar 1) Panaskan oven pd suhu 180-200C (bergantung kpd kuasa oven masing2) Masukkan dlm oven bakar selama 15 -25 minit atau sehingga keperangan Enak dimakan sebaik keluar dari oven..nyum nyum.. Jika suka boleh letak inti (versi akak buat ni tanpa inti) Bun ni bila dibiarkan semalaman topping dah tak crunchy dan cam melekit sket

Bahan-bahan A. High protein flour (500 gm) Gula (100 gm) Garam (5 gm) Bread improver - pelembut roti (5 gm) Yis Mauripan (15 gm) Telur (2 biji) Susu Tepung (10 gm) Air (Paip) jgn air suam tau (210 gm/ml) B. Margerin (100 gm) C. Mentega (kiub untuk inti, kalau nak senang potong masa sejuk pakai pisau tajam, masuk balik dlm peti ais) Cara-cara: Pukul A sampai kembang. Pukul low speed sekejap sampai combine, baru medium speed. Kalau mixer kommers i a l dlm 10 min. Kalau hand-mixer, lama le sikit. Campur margerin, pukul lagi dlm 5 minit. Pukul sampai doh boleh ditarik macam belon yang dah pecah. Doh dia memang lembut sikit. Kalau nak potong, jgn lupa tabur tepung. Kdg2 orang salut je dengan butter, lagi senang. Rehatkan doh 5 minit. Bahagikan doh 30 gm. Kalau nak besar mcm kat KLCC tu 60 gm. Tapi, kalau takat makan kat rumah, potong le ikut suka, tak payah timbang-timbang. Masukkan inti. Kena seal betul-betul tau, hari tu orang buat habis meleleh inti keluar. Tapi habis jugak. Rehatkan lagi 1 jam 2 jam Sementara tu, boleh buat topping.

TOPPING Telur (90 gm) 1 telur B = 55gm Gula (90 gm) Pukul sampai stiff kembang dan pucat mcm lemon Low protein flour (110 gm) Mentega (dicairkan) (100 gm) Kopi segera / coffee paste (sesedap rasa) Baking powder (2 gm) Dah pukul telur dengan gula tadi, campurkan tepung, gaul rata. Akhir sekali, masukkan mentega cair, gaul rata. Masukkan dalam beg plastik, potong hujung plastik kecik je, paipkan atas doh tadi. Orang tengok chef tu paip spiral. Part ni yang tricky tu, kalau tak pukul telur kembang-kembang, meleleh le topping. Tapi kalau intai kat Roti Boy, Topping dia cantik terletak atas doh.

ROTI BENGGALI (6 org makan) Bahan A 525g tepung roti 1 1/2 sudu besar shortening (45g) 1 s/k garam Bahan B 170-180 ml air suam 1 1/2 sudu makan yis serbuk 3 sudu makan gula castor Bahan C : jd kan water roux (masak bahan trsbt dgn api perlahan sehingga menjadi pes) 25 g tepung roti 125 ml air Cara membuat: 1. Bahan B digaul bersama 2. Semua Bahan A digaul sebentar 3. Campur bahan A & C gaul sekata kemudian masukkan B, uli hingga licin dan lembut. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Perap hingga naik 2 kali ganda, kira2 40-60 minit Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin. Bahagi kpd beberapa bahagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan. Perap lagi hingga naik 2x ganda semula. Bakar 180 C selama 25 minit Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan

You might also like