You are on page 1of 8

SOALAN : Analisis tentang Prabacaan.

( Oleh : WAN NOOR AZIMAH BT.MAHMAD - MTE C ) (780127-09-5140) PRABACAAN Pengenalan Bacaan menurut kamus dewan adalah bahan untuk dibaca, cara membaca, hasil yang dibaca atau yang digunakan untuk membaca. Prabacaan merupakan satu tempoh kesediaan murid untuk membaca. Kesediaan membaca pula merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Membaca juga merupakan proses seseorang itu membina semula mesej yang dienkod oleh penulis dalam bahasa yang bertulis. Ia merupakan suatu proses bahasa yang aktif dan amat bergantung kepada ramalan (Goodman, 1976). Ramalan yang dimaksudkan itu ialah pembaca sentiasa cuba menyusun semula maklumat yang hendak disampaikan oleh penulis mengikut apa yang dibaca dan difahami. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca iaitu; I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza.
II.

Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza.

III. IV. V.

Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi. Kemahiran mengenal semua huruf. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna.

VI.

Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi.

VII.

Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna.

VIII.

Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid.

Dalam prabacaan, ada tiga peringkat atau bentuk prabacaan iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, pergerakan tangan dan mata. Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek atau yang berhubung rapat dengan pemikiran kita. Oleh itu, pengamatan adalah proses pengawasan dan penelitian. Pengamatan penglihatan adalah diskriminasi penglihatan , ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual kinestetik. Terdapat pelbagai aktiviti bagi bentuk pengamatan penglihatan. Aktiviti pertama ialah diskriminasi penglihatan. Aktiviti bagi diskriminasi penglihatan ini terdiri daripada ; I. Aktiviti diskriminasi yang sama mengenal pasti gambar, bentuk atau warna yang sama
II. Aktiviti mendiskriminasi yang tidak sama mengenal pasti saiz yang tidak sama

bagi gambar yang sama atau mengenal pasti bentuk yang tidak sama. Aktiviti yang kedua ialah ingat kembali. Aktiviti ini melatih murid supaya mengingat kembali apa yang diamati. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah menyuruh murid lihat dan ingat gambar yang dilihat. Aktiiviti yang ketiga ialah orientasi kedudukan.

Aktiviti ini bertujuan membolehkan murid membezakan kedudukan sesuatu gambar atau objek. Aktiviti seterusnya yang boleh dilakukan iaitu Mazing atau cari jalan keluar. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibu mencari anak atau mencari makanan atau tempat berlindung. Aktiviti ini boleh melatih murid bersabar di samping menguji pengamatan penglihatan murid. Pengamatan pendengaran pula bermakna diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi visual-pendengaran. Terdapat aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menguji pengamatan pendengaran murid ialah; Diskriminasi pendengaran, bertujuan melihat keupayaan murid mengenal dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama atau mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza. Bentuk prabacaan yang ketiga ialah bentuk pergerakan tangan dan mata. Dalam peringkat ini murid akan menguasai kemahiran asas pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Aktiviti menyambung titik dan menyalin corak merupakan aktiviti yang tepat yang boleh dilakukan oleh seorang guru bagi memastikan muridnya melalui peringkat prabacaan. Dalam prabacaan mengandungi latihan tentang abjad kecil, abjad besar, suku kata terbuka KV, suku kata tertutup KVK dan KVKK serta perkataan KVK. Dalam prabacaan juga terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan iaitu; Kaedah Fonetik Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf-huruf dan bunyibunyinya. Murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyi tanpa mengingat nama huruf. Dalam kaedah ini murid mengenal dan membunyikan huruf vokal dan huruf konsonan. Dalam aktiviti ini kemahiran mengenal dan menyebut huruf-huruf kecil a-z secara terturutan atau secara rawak boleh dibuat. Begitu juga dalam mengenal dan menyebut huruf-huruf besar A-Z secara berturutan dan secara rawak.

Setelah bunyi-bunyi huruf dikenalpasti, kemahiran menyebut dan membunyikan suku kata KVK dan KVKK dijalankan. Setelah membentuk suku kata, perkataan yang bermakna akan terbentuk. Pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan lagi jika menggunakan gambar sebagai sokongan kepada perkataan yang dieja itu. Setelah murid dapat membaca perkataan-perkataan itu, murid akan diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang terdiri daripada perkataan-perkataan yang dibaca tadi.

Kaedah Abjad Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu mengenalpasti nama-nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad a hingga z, huruf besar dan kecil. Penggunaan bahan bantu belajar amat membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Setelah murid menghafal semua nama huruf, murid perlu ditekankan nama dan bunyi huruf vokal ( a, e, i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja. Pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata. Kaedah Pandang dan Sebut Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan

membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

WAN NOOR AZIMAH BINTI MAHMAD 780127-09-5140

TAJUK / AKTIVITI

Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran untuk Lakonan

OBJEKTIF

1. Menyebut dan membunyikan suku kata tanpa gambar.

KEMAHIRAN

1. Menyebut dan membaca perkataan KVK dan KVKK

PANDUAN PENGGUNAAN : TAJUK LAKONAN : ANAK ITIK DENGAN BURUNG BELATUK

1. Guru memilih beberapa orang murid untuk memegang watak-watak yang

terdapat dalam cerita. Watak-watak itu ialah itik, anak itik dan burung belatuk.

2. Murid-murid diberi skrip atau dialog untuk digunakan semasa melakonkan watak

mereka. Watak untuk suara latar akan dibaca oleh guru. SKRIP/ DIALOG :

Ada seekor anak itik. Namanya Uning. Pada suatu hari, Uning pergi bersiar-siar. Uning bertemu dengan seekor burung belatuk. ( SUARA LATAR )

Uning : Wah, cantiknya kamu ! Kamu juga boleh terbang. Belatuk : Ya, aku cantik dan aku boleh terbang, tetapi kamu tidak boleh terbang.

Uningpun pulang bertemu ibunya. (SUARA LATAR)

Uning : Wahai ibu, mengapakah aku tidak boleh terbang seperti belatuk ? Ibu : Wahai anakku, setiap perkara yang dijadikan oleh Tuhan ada kelebihan masing-masing !

Anak itik diajak oleh ibunya pergi ke kolam untuk berenang. (SUARA LATAR)

Ibu : Wahai anakku, dapatkah burung belatuk itu berenang seperti kita ? Uning : Tidak! Burung belatuk tidak dapat berenang. Ibu : Kalau kamu menjadi burung belatuk, kamu tidak akan dapat berenang. Uning : Ya, mujurlah saya tidak jadi burung belatuk!

Uning sangat gembira. Uning boleh berenang. Uning dapat bermain-main di dalam kolam. (SUARA LATAR)

NILAI MURNI Sesungguhnya, setiap makhluk ciptaan Tuhan mempunyai keistimewaan masing-masing. Kita mestilah bersyukur dengan apa yang kita ada.

3. Seterusnya murid memakai topeng yang berkaitan dengan cerita tadi.

REFLEKSI TENTANG TUGASAN


( Oleh : WAN NOOR AZIMAH BT.MAHMAD - MTE C ) (780127-09-5140)

REFLEKSI Setelah saya mendapat tugasan ini, saya terdorong untuk mengingat kembali kenangan semasa kecil. Bagaimana saya boleh membaca ? Sebenarnya ibu saya adalah cikgu pertama saya. Seperti yang kita semua tahu, pembelajaran bermula dari rumah. Jika di rumah kita sudah diajar, adalah lebih senang untuk kita belajar di sekolah. Sebelum kita diajar di sekolah, di rumah kita sudah dilatih oleh ibu atau bapa menyebut objek-objek yang dilihat. Sebenarnya kemahiran membaca ini berkiat rapat dengan alam sekeliling. Pedagogi yang guru gunakan di sekolah pada masa ini adalah disebut kontekstual. Manusia dan alam sekeliling tidak dapat dipisahkan. Ini adalah kerena ia berkait rapat dengan kehidupan atau pengalaman murid itu sendiri. Jadi, dengan membuat tugasan ini, saya sedar betapa pentingnya pengajaran dan pembelajaran kita ini menggunakan pedagogi kontekstual ini. Guru harus juga sedar pengalaman murid adalah berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu guru juga perlu mengkaji atau mengenal pasti kecerdasan pelbagai yang ada pada murid. Ada murid mempunyai kecerdasan pelbagai verbal-linguistik yang tinggi tetapi ada juga yang tidak. Semasa menyediakan tugasan ini juga, saya telah merujuk rakan di sekolah,iaitu guru yang mengajar tahun satu dan guru pemulihan untuk mengetahui kemahiran-kemahiran yang mereka telah ajar kepada murid mereka dan bagaimana mereka melaksanakan aktiviti di sekolah kerana saya tidak ada pengalaman mengajar murid tahun satu atau tahun 2. Saya juga sudah hampir lapan tahun tidak mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Walau bagaimanapun, dengan adanya

tugasan ini saya dapat ilmu baru dan ini adalah amat berguna untuk kita dalam meneruskan kerjaya guru ini dan saya merasakan tugas guru ini lebih mencabar lagi pada masa akan datang.

You might also like