You are on page 1of 28

ANATOMI DAN FISIOLOGI

By Nurul Nazihah Bt Jamaludin

Otot rangka merupakan sejenis otot yang menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan.

Klik di sini

Video

Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian tengah gentian otot untuk miofibril.

Perimisium Tulang Fasikel Salur Darah

Gentian otot

Tendon

Epimisium

Gambarajah : Anatomi otot rangka

Aturan unik ini membenarkan pergerakan yang lebih berkesan. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus

Serat Otot Merupakan sel-sel otot. Berbentuk silinder & mempunyai banyak nukleus. Berjalur dan bersaiz besar. Diameternya di antar 10m 100m. Panjangnya mencapai sehingga 40cm.

Serat otot Myofibrils

Striations Nucleus

Filaments containing actin and myosin

Gambarajah : SERAT OTOT

Epimisium Dikenali juga sebagai tisu penghubung kasar. Meliputi keseluruhan bahagian luar otot. Tendon yang terdapat pada kedua-dua hujung otot rangka terbina daripada unjuran epimisium.

Perimisium Otot terdiri daripada fasikel-fasikel. Setiap fasikel diliputi tisu penghubung berfiber. Membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel.
Endomisium Dikenali juga sebagai tisu penghubung halus & meyelaputi setiap fiber otot.

Endomysium

Serat otot Epimysium Perimysium

Gambarajah : TISU PENGHUBUNG

Kekuatan otot rangka selari dengan kawasan keratan lintangnya. Kekuatan badan pula bergantung kepada prinsip biomekanik (jarak di antara selitan otot dan sendi, saiz otot, dan sebagainya). Otot biasanya diatur berlawanan agar apabila satu kumpulan otot mengucup, satu kumpulan otot lagi mengendur.

Kebolehrangsangan (irritability/excitability) Kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Keupayaan ini membolehkan otot untuk mengucup.

Kebolehkuncupan (contractibility) Keupayaan otot untuk menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan. Daya dihasilkan apabila otot menguncup. Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang lain.

Klik di sini

Video

Kebolehpanjangan (extensibility) Keupayaan otot untuk meregang atau memanjang. Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang melebihi panjang asal apabila otot relak.

Kekenyalan (Elasticity) Keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal selepas meregang atau menguncup

Agonasis Otot yang berperanan sebagai penggerak utama dalam sesuatu pergerakan. Antagonis Otot yang menghasilkan pergerakan berlawanan denagn otot penggerak utama. Tindakan berlaku secara serentak dengan otot.

Sinergis

Otot yang membantu otot penggerak utama. Menambahkan daya untuk melakukan pergerakan. Menstabilkan sendi dengan mengurangkan pergerakan lain.

Penguncupan Isometrik Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada panjang otot walaupun penguncupan ini menghasilkan daya. Tidak menghasilkan pergerakan. Contoh: Menolak dinding dengan siku bengkok atau kedua-dua tangan.

Penguncupan Isokinetik Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap di sepanjang pergerakan. Dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mengawal halaju pergerakan tersebut. Contoh: Menggunakan peralatan khusus di gimnasium.

Penguncupan Isotonik Penguncupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap di sepanjang julat pergerakan. Menyebabkan perubahan pada panjang otot & berlakunya pergerakan. Terbahagi kepada dua iaitu penguncupan esentrik yang menyebabkan pemanjangan otot dan penguncupan konsentrik pula melibatkan pemendekan fiber otot.

Otot-otot rangka manusia terdiri daripada gabungan fiber sentak cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat (fiber merah). Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan kekal (sustain) Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan pantas tetapi penguncupan jenis ini tidak bertahan lama.

FUNGSI OTOT Menghasilkan pergerakan. Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh peguncupan otot. Otot memberi bentuk pada manusia untuk menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur. Menstabilkan sendi. Otot-otot rangka menstabilkan sendi-sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi.

Setiap otot rangka melekat pada tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain.

Dua tempat lekatan otot ialah:


Lekatan Proksimal Lekatan yang dikenali sebagai origin.Lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih hampir dengan batang tubuh.

Lekatan Distal Lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih jauh dari batang tubuh.Dikenali sebagai Insertion.

Saling tindakan otot-otot. Pergerakan efektif melibatkan aktiviti pelbagai otot disamping otot utama yang berperanan melakukan pergerakan secara terus.Hal ini bermakna otot-otot dalam tubuh saling bertindak dalam melakukan pergerakan. Otot tidak sendirian untuk melakukan pergerakan.

You might also like