You are on page 1of 3

Kepentingan Rancangan Pembangunan 5 Tahun Terhadap Perkembangan SosioEkonomi Masyarakat Majmuk.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun ialah Rancangan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Perbezaan antara Rancangan Malaya dan Rancangan Malaysia ialah perancangan untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Rancangan Pembangunan 5 Tahun ini mempunyai banyak kepentingan terhadap perkembangan sosio-ekonomi masyarakat majmuk. Rancangan Malaya pertama (1966 1970) dirancang dengan tujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Matlamat utamanya adalah bagi memulihkan perusahaan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk. Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan luar bandar di samping mempelbagaikan keluaran pertanian. Rancangan ini juga menggariskan penubuhan RISDA untuk rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur masyarakat desa yang pada 1966 ditukar kepada (MARA) dan juga usaha LKTP 1956 bagi membuka tanah baharu untuk tujuan penempatan semula, menambah hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk yang pada 1971 ditukar kepada (FELDA) Rancangan Malaya kedua (1961 1965) pula penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah. Matlamatnya ialah untuk mengurangkan perbezaan

taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemudahan kesihatan, pelajaran dan perumahan. Tambahan pula, sistem Bilik Gerakan lah ditubuh bagi menyelaraskan kegiatan ekonomi di kampung dan daerah. Manakala, Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970) fokusnya adalah untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta Rancangan tersebut

meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.

mengutamakan pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua bidang ekonomi. Selain itu, ia juga bermatlamat untuk mempelbagai kegiatan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dan mempercepat integrasi. Rancangan tersebut juga memberi tumpuan kepada perindustrian gantianimport, perusahaan pembuatan serta penubuhan FELDA, FELCRA, MARDI, MIDA. Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank. Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayang di Sabah. MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif dibentuk dengan tujuan membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. MARA, Bank Bumiputera dan PERNAS pula ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan. Kemudahan prasarana berjaya dibangunkan namun ia tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 adalah Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975) bagi tujuan penstrukturan semula ekonomi. Digarab ke dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia. Tujuannya adalah bagi membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah dan seterusnya mencapai perpaduan Negara. Bermula dari RMK-2 sampai RMK-5, segala usaha ditumpukan untuk mencapai matlamat DEB.

Ketika itu, terdapat peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport serta penubuhan KEJORA, DARA, UDA, RISDA, LPN dan LKIM. Bagi mengelak daripada menyekat pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan ini memfokuskan perkembangan ekonomi yang lebih besar, supaya pada masa yang sama pegangan ekonomi kedua-dua kumpulan Melayu dan bukan Melayu. Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) berfungsi untuk menentukan harga padi yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran mereka. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berperanan memaju industri perikanan dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) ditugaskan memberi bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil getah. Di bawah pembangunan pertanian juga, penanaman dwimusim padi digalakkan supaya pesawah boleh menuai padi dua kali setahun sekaligus meningkatkan pengeluaran mereka. Lembaga Pertubuhan Peladang juga ditubuhkan pada tahun 1973 bagi menyelaras kerjasama dalam sektor perladangan di antara persatuan-persatuan peladang dan agensi-agensi kerajaan. RMK2 meneruskan inisiatif dalam meningkatkan kesihatan penduduk melalui program nilai pemakanan. Program terbabit termasuklah galakan menanam makanan

berkhasiat, panduan pemakanan dan perancangan hidangan, selain peruntukan makanan bagi kumpulan-kumpulan yang kekurangan zat makanan. Oleh itu, Rancangan tersebut amat penting untuk menitikberatkan usaha bagi menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestbilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

You might also like