You are on page 1of 10

1/5 Sumber

Rujukan Rujukan Kod Cawangan Rujukan ID Sumber Penjualan CAWANGAN CIMB Kod Cawangan Islamic - - - i ID Staf - Nama Staf Kod Kempen - - - - -

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)


Penthouse, Bangunan Ming Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur Tel : 1300 880 900 Fax : (03) 2035 2211

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi


* Wajib Diisi (Huruf Besar) * Nama mengikut K/P:

MAKLUMAT PERIBADI PEMOHON * No. K/P (Lama): * No. Paspot / No. K/P (Baru): * Tarikh Lahir: H H / B B / T T T T * Kewarganegaraan: * Jantina: u Lelaki u Perempuan Umur:

* Jenis Kediaman: u Sendiri u Sewa u Bawah Pembiayaan u Lain-Lain * Tahun Menduduki: * Alamat Surat-Menyurat:

u Ibubapa

* Bangsa: u Bumiputera u Cina u India u Lain-Lain u Bangsa Asing * Taraf Perkahwinan: u Berkahwin u Bujang u Bercerai u Duda atau Balu u Berpisah * Bilangan Tanggungan: Pengajian: u Ijazah Sarjana Muda u Diploma * No. Telefon Kediaman: * No. Telefon Bimbit:

* Poskod:

* Bandar:

u Lain-Lain

* Alamat Kediaman (Alamat Tetap):

* Poskod:

* Bandar:

Emel:

REKOD PEKERJAAN PEMOHON / MAKLUMAT PERNIAGAAN Majikan Kini * Jenis Pekerjaan: u Milik Majikan u Kerajaan u Bekerja Sendiri u Tidak Bekerja * Status Pekerjaan: u Tetap u Kontrak u Sementara Majikan: * No. Telefon: * Jawatan: * Tempoh Perkhidmatan: T T / B B * Jenis Perniagaan: * Pendapatan Kasar Bulanan: , RM Pendapatan Bulanan Yang Lain: , RM Majikan Dahulu: Jawatan: * Poskod: * Bandar: Tempoh Perkhidmatan: T T / B B * Tahun Mula Kerja: B B / T T T T * Samb:

* Alamat:

BUTIR-BUTIR SUAMI ATAU ISTERI (UNTUK PEMOHON SUDAH BERKAHWIN (*Wajib Diisi)) Nama: Majikan:

No. K/P (Lama): No. Paspot / No. K/P (Baru): No. Telefon Bimbit / No. Untuk Dihubungi:

Jawatan: Pendapatan Kasar Bulanan: , RM

HUBUNGAN KECEMASAN (SAUDARA / KAWAN YANG TINGGAL BERASINGAN) Nama: Alamat Kediaman: Hubungan Pertalian Dengan Pemohon: No. Telefon Kediaman: No. Telefon Bimbit: Poskod: Bandar:

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)

2/5

PERMOHONAN PEMBIAYAAN Jumlah: RM Tempoh:


,

0 0 0

* Kaedah Pembayaran: * Kadar Keuntungan ialah 2% sebulan (Kadar rata atau apa kadar yang ditetapkan oleh bank)

Bulan

NOTA : Semua yuran berkaitan akan ditolak daripada amaun pembiayaan

PEMBIAYAAN / PEMBIAYAAN JAMINAN LAIN DENGAN BANK ATAU INSTITUSI KEWANGAN LAIN Nama Institusi Kewangan Lain / Bank / Lain-lain Pembiayaan / Pinjaman Jenis Kemudahan / Kredit Bayaran Bulanan

BUTIR-BUTIR PENJAMIN (WAJIB DIISI JIKA JUMLAH PEMBIAYAAN MELEBIHI RM5,000 ATAU BAGI PEMBIAYAAN YANG KEDUA) Untuk pemohon sudah berkahwin, penjamin mestilah suami atau isteri * Hubungan Pertalian dengan Pemohon: * Jantina: u Lelaki u Perempuan u Suami atau Isteri u Adik-beradik * Kewarganegaraan: u Kawan u Ibubapa u Saudara u Anak * Bangsa: * Nama mengikut K/P: u Bumiputera u Bangsa u India u Lain-Lain u Cina *No. K/P (Lama): * Taraf Perkahwinan: * No. K/P (Baru): u Berkahwin u Bujang u Berpisah u Bercerai u Duda atau Balu * Tarikh Lahir: H H / B B / T T T T * Jenis Kediaman: u Sendiri u Sewa u Ibubapa * Tahun Menduduki: * Alamat Surat-Menyurat: * Jenis Perniagaan: * Alamat Majikan: * Poskod: * Bandar: u Bawah Pembiayaan u Lain-Lain Umur: * Bilangan Tanggungan: * Jenis Pekerjaan: u Milik Majikan u Bekerja Sendiri * Status Pekerjaan: u Tetap Majikan: u Kerajaan u Tidak Bekerja u Kontrak u Sementara

* Alamat Kediaman (Alamat Tetap): * Poskod: * No. Telefon Majikan: * Poskod: * No. Telefon Kediaman: * Tempoh Perkhidmatan: * No. Telefon Bimbit: T T / B B RM PERAKUAN (DARIPADA PELANGGAN INDIVIDU / BERSAMA) BERHUBUNG DENGAN GARIS PANDUAN BANK NEGARA MALAYSIA BAGI URUS NIAGA DAN PENDEDAHAN KREDIT DENGAN PIHAK BERKAITAN SILA LENGKAPKAN PERAKUAN DI BAWAH SEKIRANYA BERKAITAN. (SEKIRANYA TIADA PERAKUAN, BERMAKNA IANYA TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA) 1. u Saya adalah kakitangan Kumpulan CIMB 1. 2. u Pada pengetahuan saya, saya mempunyai saudara mara terdekat yang merupakan kakitangan Kumpulan CIMB atau merupakan penjamin saya2. Maklumat saudara mara terdekat yang merupakan kakitangan Kumpulan CIMB: Nama No. K/P Pertalian Bertindak sebagai penjamin (Sila nyatakan Ya atau Tidak) * Tahun Mula Kerja: B B / T T T T * Bandar: * Jawatan: * Bandar:

* Pendapatan Kasar Bulanan:

Kumpulan CIMB bermaksud CIMB Bank Berhad atau CIMB Islamic Bank Berhad atau CIMB Investment Bank Berhad atau lain-lain anak syarikat atau syarikat yang dikuasai oleh institusi-institusi perbankan yang tersebut. 2 Saudara-mara terdekat termasuk ibubapa / suami atau isteri kakitangan termasuk tanggungan suami atau isteri / anak / suami atau isteri anak / adikberadik dan suami atau isteri adik-beradik dan lain-lain tanggungan atau individu yang mungkin mempengaruhi atau dipengaruhi oleh kakitangan.
1

3/5

PENGISYTIHARAAN Saya dengan ini mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan ini adalah benar serta tepat dan bahawa saya membenarkan pihak Bank atau wakilnya untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan ini dari mana-mana sumber (yang mana berkenaan). Tanpa mengambil kira yang terdahulu, saya mengesahkan pihak bank adalah di beri kuasa untuk menyemak dan/atau membuat pemeriksaan dan/atau mendapatkan maklumat dan/atau pengesahan, dengan atau daripada mana-mana agensi rujukan kredit, dan/atau daripada mana-mana institusi kewangan ke atas saya dan/atau mana-mana pihak, individu dan/atau entiti yang pihak bank anggap sesuai, bagi apa jua tujuan yang pihak bank anggap bersesuaian. Permohonan ini akan terus menjadi hakmilik pihak Bank tidak kira sama ada pembiayaan ini diluluskan dan pihak Bank berhak menolak permohonan ini di atas budi bicara mutlaknya tanpa menyatakan apa-apa sebab. Pihak Bank dengan ini diberi kuasa yang nyata untuk berbincang dengan majikan dahulu, sekarang dan masa depan berkenaan permohonan pembiayaan ini dan/atau rekod pembayaran saya. Saya di sini juga memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebit mana-mana akaun deposit saya untuk ansuran bulanan pada atau sebelum tarikh matang setiap ansuran bulanan dan apa-apa caj berkaitan dengan permohonan ini. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang bankrap dan pada masa ini tiada tindakan undang-undang sedang diambil terhadap saya. Saya telah membaca dan memahami terma dan syarat (Terma) Pembiayaan Xpress Cash Financing-i (Kemudahan) dan membuat permohonan ini berasaskan Terma tersebut. Apabila permohonan saya bagi pembiayaan ini diterima, saya bersetuju untuk terikat kepada Terma yang berkuatkuasa ke atas Kemudahan ini. Saya mengakui bahawa penerimaan permohonan ini lengkap apabila Bank mengkreditkan pembiayaan yang diluluskan ke dalam mana-mana akaun persendirian saya yang dibuka di CIMB Islamic Bank Berhad dan/atau CIMB Bank Berhad. Sebarang perbezaan dalam jumlah Kemudahan yang dimohon dan diluluskan tidak akan mempengaruhi kesahihan Terma dan saya bersetuju mendapatkan pembiayaan bagi jumlah yang diluluskan oleh Bank. Saya dengan ini bersetuju mendaftar dengan Pelan Xpress Cash Protector-i dan bersetuju segala maklumat peribadi saya akan dihantar kepada CIMB Aviva Takaful Berhad (CATB) untuk dikemaskini di dalam sistem pengoperasian takaful. Saya dengan ini bersetuju untuk melantik CATB untuk menguruskan sumbangan takaful saya kepada CATB berdasarkan kepakaran CATB berkenaan dengan kontrak Wakalah mengikut Shariah. Sebagai ganjaran, saya bersetuju untuk membenarkan CATB membuat pemotongan sebanyak lima puluh (50) % sumbangan untuk fi wakalah dan dibayar kepada CATB sebagai operator takaful. Saya juga bersetuju baki sumbangan saya diberi sebagai Tabarru (sumbangan) ke dalam Tabung Tabarru Peserta (TTP) dan digunakan untuk membantu peserta lain di masa berlakunya perkara yang tidak diingini. Segala lebihan, jika ada, yang muncul daripada TTP di masa tempoh Akhir Takaful akan kekal dalam TTP dan tidak akan disumbangkan kepada sama ada CATB, saya ataupun peserta lain. Saya bersetuju tempoh perlindungan Takaful saya tidak boleh dibatalkan dan akan diteruskan sehingga tamat tempoh Takaful. Saya juga bersetuju segala lebihan daripada TTP boleh disimpan dalam tabung dan boleh juga didermakan oleh CATB kepada Organisasi kebajikan yang telah dikenalpasti oleh lembaga Pengarah CATB dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah CIMB Aviva Takaful. Saya mengetahui maklumat tentang pelan Takaful boleh didapati di laman web CIMB Aviva Takaful Berhad, http://www.cimbaviva.com Saya bersetuju dan memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendedahkan sebarang maklumat berkaitan atau mengenai saya, urusan saya dan/atau akaun perbankan saya kepada sesiapa yang berada di dalam atau di luar Malaysia termasuk tetapi tidak terhad kepada syarikat-syarikat dalam kumpulan Bank dan syarikat-syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holding Berhad. syarikat pemegangan utama Bank (Syarikat-Syarikat Kumpulan) sama asa Syarikat-Syarikat Kumpulan tersebut terletak, ditempatkan, menjalankan perniagaan, ditubuhkan atau diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan yang dianggap sejajar atau sesuai oleh pihak Bank. Pendedahan maklumat kepada Syarikat-Syarikat Kumpulan untuk tujuan promosi, penjualan, penghantaran dan pengedaran produk dan perkhidmatan kewangan hanyalah untuk memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang serta pelbagai tujuan pihak Bank dan/atau Syarikat-Syarikat Kumpulan. Meskipun telah disebut secara umum sebelum ini, pihak Bank mengakui bahawa (i) ia tidak akan mendedahkan maklumat saya kepada Syarikat-Syarikat Kumpulan yang terletak, ditempatkan, menjalankan perniagaan, ditubuhkan atau diperbadankan di dalam Malaysia untuk tujuan penjualan silang sekiranya pendedahan tersebut mendapat bantahan saya; (ii) ia hanya akan mendedahkan maklumat saya (kecuali maklumat yang berkaitan dengan urusan atau akaun saya) kepada pihak ketiga, termasuk Syarikat-Syarikat kumpulan yang terletak, ditempatkan, menjalankan perniagaan, ditubuhkan atau diperbadankan di luar Malaysia, untuk tujuan pemasaran, promosi dan hubungan strategik, sekiranya pendedahan tersebut telah mendapat persetujuan saya secara khusus. Saya telah menerima Lembaran Penerangan Produk yang menyatakan faedah-faedah dan tanggungjawap atas pembiayaan yang saya mohon. Saya sedia maklum terma-terma lengkap dan syarat-syarat lanjut berkaitan pembiayaan ini juga terdapat dalam laman web CIMB Islamic Bank di www.cimbislamic.com.my Sila tandakan ( 3 ) u Saya/Kami disini memberikan kebenaran saya/kami kepada CIMB Bank/CIMB Islamic Bank untuk berkongsi informasi saya/kami (tidak termasuk informasi berkenaan dengan hal ehwal atau akaun saya/kami) dengan pihak ketiga, seperti perikatan strategik untuk tujuan pemasaran dan promosi. Saya juga memberi kuasa untuk mengkreditkan kesemua amaun pembiayaan saya ke dalam dan mendebitkan bayaran ansuran bulanan dan lainlain caj berkaitan dengan Kemudahan ini daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad atau CIMB Bank Berhad saya :-

Tandatangan Pemohon Tarikh :

Disaksikan oleh Nama & ID Staf : Tarikh :

UNTUK KEGUNAAN CIMB EXPRESS SAHAJA Tandatangan Dokumen Lengkap Arahan Pengkreditan Pembiayaan Penyeteman Tarikh

UNTUK KEGUNAAN CIMB Islamic Bank (PENTADBIRAN KREDIT) SAHAJA Jumlah Pembiayaan Tempoh (Bulan) Kadar Keuntungan Ansuran Bulanan TANDATANGAN ........................................... Tarikh: ......................................... RM % RM

H H / B B / T T T T

4/5

SD

Doc No.

PERJANJIAN PENJUALAN ASET

PERJANJIAN PENJUALAN ASET ini (Perjanjian ini) dibuat pada DI ANTARA : 1. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No. Syarikat 671380-H), sebuah institusi perbankan yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat perniagaan di Penthouse, Bangunan Ming, Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur (Bank); dan 2. (Pembeli)(Bank dan Pembeli kesemuanya selepas ini dirujuk sebagai Pihak-Pihak dan secara individu dirujuk sebagai Pihak yang mana terpakai.)

BAHAWASANYA : 1. Berdasarkan Terma-Terma dan Syarat-Syarat terkandung di dalam borang permohonan Kemudahan yang diterima oleh Bank pada (Borang Permohonan), Bank telah bersetuju di atas permohonan Pembeli, untuk menyediakan Kemudahan tertakluk kepada Syarat-Syarat dan Terma-Terma yang terkandung di dalam Borang Permohonan tersebut. 2. Di bawah Terma-Terma yang terkandung di dalam Borang Permohonan tersebut, Pihak-Pihak akan memeterai Perjanjian Penjualan Aset di mana Bank akan menjual kepada Pembeli dan Pembeli akan membeli Aset yang akan dikenalpasti pada harga jualan. DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti yang berikut : 1. Pihak Bank dengan ini menjual dan Pembeli dengan ini membeli unit (Sila nyatakan jumlah unit) Portfolio Aset yang merujuk kepada Unit Aset Bernombor hingga kepunyaan Bank seperti yang tersenarai dalam Senarai Aset Tetap Bank (Aset) pada harga jualan RM (Harga Jualan Bank), secara pembayaran tertangguh dan tertakluk kepada Syarat-Syarat dan Terma-Terma yang terkandung di dalam Borang Permohonan dan juga Perjanjian ini. 2. Dengan pemeteraian Perjanjian ini, semua hakmilik dan kepentingan terhadap Aset tersebut berpindah daripada Bank kepada Pembeli. 3. Harga Jualan Bank perlu dibayar mengikut kaedah yang ditetapkan di dalam Borang Permohonan dan/atau Notis Pengeluaran Penuh daripada Bank. 4. Terma-Terma dan Syarat-Syarat yang dinyatakan di dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diulangi dan mengikat Pihak-Pihak terlibat di sini dan warisnya, wakil diri dan penggantinya. MAKA DISAKSIKAN BAHAWA wakil-wakil Bank dan Pelanggan telah masing-masing menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun yang dinyatakan di atas.
DITANDATANGANI oleh Bank DITANDATANGANI oleh Pembeli

5. Nama Staf (GCPF) : ID Staf : sebagai Wakil Kuasa untuk CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No. Syarikat 671380-H) di hadapan saksi :

1. Nama Pembeli : No. K/P : di hadapan saksi :

6. Nama Staf (GCPF) : ID Staf :

2. Nama Staf : ID Staf :

5/5

SD

Doc No.

PERJANJIAN PEMBELIAN ASET

PERJANJIAN PEMBELIAN ASET ini (Perjanjian ini) dibuat pada DI ANTARA : 1. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No. Syarikat 671380-H), sebuah institusi perbankan yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat perniagaan di Penthouse, Bangunan Ming, Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur (Bank); dan 2. (Penjual)(Bank dan Penjual selepas ini dirujuk sebagai Pihak-Pihak dan secara individu dirujuk sebagai Pihak, yang mana terpakai.) BAHAWASANYA : 1. Berdasarkan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat terkandung di dalam borang permohonan Kemudahan yang diterima oleh Bank pada (Borang Permohonan), Bank telah bersetuju atas permohonan Penjual, untuk menyediakan Kemudahan tertakluk kepada Syarat-Syarat dan Terma-Terma yang terkandung di dalam Borang Permohonan tersebut. 2. Di bawah Terma-Terma yang terkandung di dalam Borang Permohonan tersebut, kedua-dua Pihak akan memeterai Perjanjian Pembelian Aset di mana Penjual akan menjual kepada Bank dan Bank akan membeli aset yang akan dikenalpasti daripada Penjual pada harga belian. DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti yang berikut : 1. Penjual dengan ini menjual dan Bank dengan ini membeli unit (Sila nyatakan jumlah unit) Portfolio Aset yang merujuk kepada Unit Aset Bernombor hingga kepunyaan Bank seperti yang tersenarai dalam Senarai Aset Tetap Bank (Aset) pada harga belian RM (Harga Belian Bank), secara tunai dan tertakluk kepada Syarat-Syarat dan Terma-Terma terkandung di dalam Borang Permohonan dan juga Perjanjian ini. 2. Dengan pemeteraian Perjanjian ini, semua hakmilik dan kepentingan terhadap Aset tersebut berpindah daripada Penjual kepada Bank. 3. Harga Belian Bank akan dibayar secara tunai pada tarikh yang akan ditentukan oleh Bank kepada Penjual dengan melalui akaun penjual dengan Bank atau melalui apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Bank. 4. Terma-Terma dan Syarat-Syarat yang dinyatakan di dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diulangi dan mengikat Pihak-Pihak terlibat di sini dan warisnya, wakil diri dan penggantinya. MAKA DISAKSIKAN BAHAWA wakil-wakil Bank dan Pelanggan telah masing-masing menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun yang dinyatakan di atas.
DITANDATANGANI oleh Penjual DITANDATANGANI oleh Bank

3. Nama Penjual : No. K/P : di hadapan saksi

7. Nama Staf (GCPF) : ID Staf : sebagai Wakil Kuasa untuk CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No. Syarikat 671380-H) di hadapan saksi :

4. Nama Staf : ID Staf :

8. Nama Staf (GCPF): ID Staf :

Kemudahan Pembiayaan Peribadi Xpress Cash Financing-i


JADUAL PEMBAYARAN BULANAN

Nota : Jadual pembayaran bulanan berdasarkan kadar keuntungan 2% sebulan.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT (TERMA-TERMA) PEMBIAYAAN XPRESS CASH-i (KEMUDAHAN)


Pemohon yang dinamakan di dalam Borang ini membuat tawaran untuk mengambil Kemudahan daripada Bank berdasarkan Terma-Terma yang dinyatakan di sini (selepas ini dirujuk sebagai permohonan atau permohonan untuk Kemudahan):1. Duti setem yang perlu dibayar untuk Kemudahan ini dan sebarang perlindungan Takaful yang mungkin dikehendaki oleh Bank dan semua sumbangan dan kos berkaitan dengan pengambilan Takaful hendaklah dibayar oleh Pemohon dan akan ditolak daripada Kemudahan. Pemohon bersetuju bahawa untuk melaksanakan transaksi dasar di bawah Kemudahan, penerimaan permohonan adalah tertakluk kepada Bank dan Pemohon yang menandatangani, menyerahkan dan menyempurnakan perjanjian-perjanjian berikut:(a) Perjanjian Penjualan Aset, di mana Bank menjual kepada Pemohon dan Pemohon membeli daripada Bank aset daripada Portfolio Aset Bank (Aset tersebut) pada Harga Jualan Bank (Harga Jualan) dengan bayaran secara tertangguh berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalamnya (Perjanjian Penjualan Aset). (b) Perjanjian Pembelian Aset, di mana Pemohon menjual kepada Bank dan Bank membeli daripada Pemohon Aset tersebut pada Harga Belian Bank dengan bayaran secara tunai berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalamnya (Perjanjian Pembelian Aset). (c) Dokumen cagaran dan sebarang dokumen lain yang mungkin dikehendaki oleh Bank sekiranya perlu. Bank tidak menetapkan Pemohon untuk menggunakan Kemudahan bagi sebarang tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, Pemohon bersetuju bahawa beliau (rujukan kepada jantina lelaki dalam Borang ini termasuk pengganti hakmilik, waris dan wakil dirinya) tidak akan menggunakan Kemudahan bagi tujuan yang bercanggah dengan prinsip Shariah. Bank boleh menolak permohonan untuk Kemudahan ini tanpa sebarang sebab. 2. Pemohon memberi jaminan kepada Bank bahawa beliau dan Penjaminnya yang dinamakan di dalam Borang ini bukan sibankrap yang belum dilepaskan, dan tiada sebarang prosiding kebankrapan atau penggulungan, guaman undang-undang atau tindakan lain, sama ada semasa atau belum diputuskan terhadap Pemohon dan Penjamin yang akan menjejaskan keupayaan Pemohon untuk memenuhi tanggungjawabnya di bawah Terma-Terma ini. Pemohon juga memberi jaminan bahawa tiada Peristiwa Keingkaran seperti yang dinyatakan dalam perenggan (7) di bawah telah berlaku atau masih berterusan. Jaminan yang diberikan di dalam ini akan terus wujud dan berkuat kuasa selagi wang atau liabiliti di bawah Kemudahan masih belum dijelaskan dan terhutang oleh Pemohon. Kebenaran dan ketepatan semua perkara yang dinyatakan di dalam representasi dan jaminan di dalam ini membentuk asas komitmen Bank untuk menyediakan Kemudahan kepada Pemohon. Jika sebarang representasi dan/ atau jaminan yang dibuat tersebut pada bila-bila masa selepas ini didapati tidak tepat dari sebarang segi material, maka dan oleh itu dan meskipun sebarang perkara yang menyatakan sebaliknya di dalam ini, Bank berhak menurut budi bicara mutlaknya untuk menyemak semula, menggantung, menarik balik atau menamatkan Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya. Di mana berkenaan, Kemudahan hendaklah dijamin oleh Jaminan yang disempurnakan atau akan disempurnakan oleh Penjamin atau sebarang cagaran lain yang mungkin dikehendaki oleh Bank. Apabila dikehendaki oleh Bank, Pemohon hendaklah menyempurnakan atau menyebabkan pernyempurnaan sebarang cagaran lanjut atau lain yang boleh ditentukan oleh Bank. 3. Apabila Kemudahan diluluskan, Kemudahan akan dikreditkan ke dalam akaun Pemohon yang akan dibuka oleh Pemohon dengan Bank. Pemohon mengakui bahawa penerimaan permohonan ini oleh Bank adalah lengkap disempurnakan apabila perjanjian-perjanjian yang dinyatakan di dalam (1) di atas telah ditandatangani, diserahkan dan disempurnakan dan Kemudahan yang diluluskan dikreditkan oleh Bank ke dalam akaun Pemohon meskipun Kemudahan di dalam akaun Pemohon tidak digunakan. Sebarang perbezaan pada jumlah Kemudahan yang dipohon dan akhirnya diluluskan tidak akan menjejaskan kesahan Terma-Terma ini dan Pemohon adalah dianggap menerima Kemudahan dan jumlah yang diluluskan oleh Bank. Pembayaran Harga Jualan hendaklah dibuat oleh Pemohon dalam jumlah dan mengikut bilangan ansuran yang dinyatakan di dalam notis bertulis yang dikeluarkan oleh Bank. 4. Ansuran bulanan perlu dibayar pada hari pertama dalam bulan kalendar berikutnya dari tarikh pelepasan penuh Kemudahan atau pada sebarang tarikh lain yang akan ditetapkan oleh Bank dari masa ke semasa. Ansuran bulanan berikutnya hendaklah dibayar pada hari pertama dalam setiap bulan kalendar selepas itu. Bagi ansuran yang

dibayar dua minggu sekali, ansuran tersebut hendaklah dibayar pada hari pertama dalam bulan berikutnya dari tarikh pelepasan penuh Kemudahan atau pada sebarang tarikh lain yang akan ditetapkan oleh Bank dari masa ke semasa. Ansuran dua minggu sekali yang seterusnya hendaklah dibayar pada atau sebelum hari keempat belas (ke-14) dalam setiap bulan kalendar selepas itu. Pemohon dengan ini dengan tak boleh batal memberi kebenaran kepada Bank untuk pihak Bank mendebit mana-mana akaun deposit Pemohon bagi ansuran bulanan pada atau sebelum setiap tarikh ansuran bulanan yang kena dibayar dan sebarang caj lain yang berkaitan dengan Kemudahan ini. Debit terus tersebut akan dilaksanakan seperti berikut:- (i) Pemohon berakujanji untuk memastikan dana yang cukup disimpan di dalam akaun untuk menjelaskan bayaran ansuran. Bank boleh mengenakan caj ke atas semua arahan tetap pada tarikh yang kena dibayar, yang mungkin tidak akan dipulangkan meskipun sekiranya arahan tidak dilaksanakan kerana dana yang tidak mencukupi. (ii) Walaupun Bank akan berusaha untuk melaksanakan pembayaran bulanan tersebut, Bank tidak akan menanggung sebarang liabiliti sekiranya Bank dak dapat melaksanakan pembayaran bulanan tersebut atau tidak mematuhi arahan tersebut atas sebarang sebab apa pun yang di luar kawalan Bank. (iii) Arahan ini tertakluk kepada sebarang perkiraan yang wujud pada masa ini atau selepas ini antara Pemohon dan Bank berkaitan dengan Pemohon atau sebarang kemudahan perbankan yang diberikan kepada Pemohon (iv) Bank boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menentukan secara muktamad aturan keutamaan bagi pembayaran sebarang wang olehnya selaras dengan arahan ini atau sebarang perintah atau cek yang mungkin telah atau selepas ini diberikan oleh Pemohon kepada Bank atau dibayar kepada akaun Pemohon (v) Sekiranya pembayaran tidak boleh dibuat kerana dana yang tidak mencukupi di dalam akaun, Bank tidak akan melaksanakan pembayaran untuk tarikh pembayaran berkenaan. Pembayaran seterusnya hanya akan dibuat pada tarikh pembayaran berikutnya. Pemohon dikehendaki membuat perkiraan alternatif untuk membuat pembayaran berkenaan (vi) Sebagai balasan bagi Bank mengatur arahan ini, Pemohon berakujanji untuk menanggung rugi Bank terhadap semua atau sebarang dakwaan, tuntutan, kerugian, kerosakan, kos, caj dan/atau perbelanjaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank. 5. Meskipun apa jua perkara yang terkandung di dalam ini, Pemohon dengan ini bersetuju, berjanji dan berakujanji untuk membayar kepada Bank Tawidh (pampasan) terhadap ansuran lampau tempoh dan pembayaran sebarang keterhutangan atau Harga Jualan, mengikut keadaan, pada kadar seperti berikut:(a) satu peratus (1%) setahun ke atas bayaran bulanan/ansuran yang tertunggak sekiranya berlaku kelewatan atau kegagalan untuk membayar sebarang ansuran Harga Jualan dari tarikh pelepasan pertama sehingga tarikh matang Kemudahan; (b) satu peratus (1%) setahun ke atas baki Kemudahan yang belum dijelaskan (tertakluk kepada Ibra jika berkenaan) sekiranya berlaku kelewatan atau kegagalan untuk membayar sebarang ansuran Harga Jualan dari tarikh pelepasan pertama sehingga tarikh matang Kemudahan di mana kegagalan sedemikian menyebabkan keseluruhan Kemudahan ditarik balik atau dibawa ke mahkamah untuk penghakiman sebelum matang; dan (c) Kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam semasa bagi Bank ke atas baki Kemudahan yang belum dijelaskan (tertakluk kepada Ibra jika berkenaan) atau sebarang kaedah lain yang diluluskan oleh BNM sekiranya berlaku kelewatan atau kegagalan untuk membayar sebarang ansuran dan kegagalan sedemikian berterusan selepas Kemudahan matang. Jumlah Tawidh (pampasan) terhadap sebarang keterhutangan termasuk Harga Penjualan, mengikut keadaan, tidak boleh dikompaun. 6. Bagi penyelesaian awal sebahagian daripada Harga Jualan, jumlah yang diselesaikan:- (i) mestilah dalam gandaan tidak kurang daripada enam (6) kali jumlah Ansuran; (ii) akan diguna pakai menurut sususan kematangan songsang; dan (iii) tidak akan menjejaskan kewajipan Pemohon untuk membayar Ansuran berikutnya tepat pada masanya dan tanpa prejudis terhadap kewajipan Pemohon untuk membayar semua jumlah yang kena dibayar di bawah Kemudahan apabila dituntut oleh Bank. Sebarang jumlah yang dibayar tidak boleh dikeluarkan semula selepas itu. Bagi penyelesaian awal keseluruhan Harga Jualan, Bank akan memberikan kepada Pemohon Ibra (rebat) terhadap Harga Jualan, dan formulanya adalah seperti berikut:Pengiraan Ibra Ibra = [n(n+1) / N (N+1)] x PM n = baki bulan sehingga matang N = Jumlah tempoh pembiayaan menurut bulan PM = Jumlah Margin Keuntungan Jumlah yang kena dibayar selepas Pengiraan Ibra Jumlah yang Perlu Dibayar : Baki Harga Jualan Tawidh + Kos lain (jika berkenaan) - Ibra

7. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat bahawa Bank patuh terhadap kewajipannya di dalam ini atau tindakannya yang terus menyediakan Kemudahan supaya ianya tidak menjadi menyalahi undang-undang, tidak wajar atau tidak praktis dan Kemudahan yang disediakan adalah tertakluk kepada syarat bahawa tidak berlaku sebarang Peristiwa Keingkaran berikut:(a) Pemohon gagal atau ingkar membayar Harga Jualan Bank dan sebarang jumlah wang yang perlu dibayar di bawah Borang ini atau Kemudahan ini, sama ada dituntut secara rasmi atau tidak; (b) Pemohon dan/atau Penjamin dan/atau mana-mana pihak yang menyediakan Cagaran melakukan atau mengancam untuk melakukan keingkaran atau kemungkiran sebarang persetujuan/ perjanjian penetapan terma atau syarat yang terkandung di dalam Terma-Terma ini, Borang dan/atau Jaminan dan/atau sebarang dokumen Cagaran; (c) sebarang representasi atau jaminan yang dibuat oleh Pemohon di dalam ini terbukti tidak benar atau tidak tepat pada tarikh representasi atau jaminan tersebut dibuat atau dianggap telah dibuat; (d) petisyen telah dikemukakan atau perintah dibuat bagi sebarang perintah penghukuman dan/atau penerimaan perintah atau perintah penggulungan terhadap Pemohon dan/atau Penjamin dan/atau mana-mana pihak yang menyediakan Cagaran; (e) Terma-Terma ini dan/atau Jaminan dan/atau dokumen Cagaran adalah atau menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasa; (f) sebarang keterhuitangan Pemohon dan/atau keterhutangan mana-mana pihak Cagaran dan/atau mana-mana Penjamin (secara kolektif, Penanggung Obligasi) kepada Bank atau mana-mana pihak ketiga dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa menjadi kena dibayar atau jika manamana Penanggung Obligasi mungkin adalah atau menjadi bertanggungjawab kepada Bank atau mana-mana pihak ketiga di mana jua terhadap sebarang akaun perbankan, pembiayaan, pinjaman atau sebarang akaun lain semasa atau sebaliknya atau dalam sebarang cara lain apa pun jua termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana liabiliti Penanggung Obligasi sebagai jaminan atau penjamin atau jika keingkaran dilakukan berkaitan dengan sebarang peruntukan akaun; (g) Pemohon atau Penjamin atau mana-mana pihak yang menyediakan Cagaran di bawah ini telah memberikan maklumat atau data yang palsu kepada Bank; (h) menurut pendapat mutlak Bank, akaun Pemohon dengan Bank (termasuk sebarang akaun lain yang dibuka oleh Pemohon dengan Bank) kini atau dulu tidak dikendalikan dalam cara yang memuaskan; (i) peristiwa atau peristiwa-peristiwa telah berlaku atau telah wujud situasi yang boleh atau akan, menurut pendapat mutlak Bank, menjejaskan keupayaan Pemohon atau Penjamin atau manamana pihak yang menyediakan Cagaran di bawah ini untuk melaksanakan kewajipan mereka masing-masing di bawah Kemudahan ini, Jaminan atau sebarang Cagaran; ( j) Pemohon atau Penjamin atau mana-mana pihak yang menyediakan Cagaran menjadi tidak siuman atau meninggal dunia; (k) distres atau pelaksanaan dikenakan atau dikuatkuasakan terhadap sebarang harta Pemohon atau pemegang amanah, atau pegawai yang serupa dilantik terhadap keseluruhan atau sebahagian besar daripada asetnya; (l) di mana berkenaan, Pemohon berhenti atau mengancam untuk berhenti menjalankan perniagaannya atau memindahkan atau melupuskan atau bercadang untuk memindahkan atau melupuskan sebahagian besar daripada asetnya; (m) Pemohon mendakwa bahawa semua atau sebahagian daripada Terma-Terma ini yang material tidak lagi mempunyai kuasa penuh atau kesan; (n) sebarang akaun semasa Pemohon ditutup oleh mana-mana bank berikutan keperluan peraturan yang terpakai yang dari masa ke semasa mengawal cek tidak dilayan dan/atau dasar bank yang menyelenggara akaun semasa tersebut, meskipun akaun semasanya dengan Bank, sama ada dipegang secara tunggal atau bersama dengan orang lain, telah dikendalikan dengan memuaskan. Sekiranya berlakunya mana-mana satu atau lebih daripada satu Peristiwa Keingkaran tersebut, Kemudahan atau mana-mana bahagiannya akan digantung, ditarik balik atau ditamatkan dan/atau Harga Jualan dan semua wang lain yang perlu dibayar kepada Bank di bawah Kemudahan dan Borang ini akan menjadi perlu dibayar tertakluk kepada Ibra (rebat) yang formulanya dikira sepertimana dibentangkan di bawah. Di samping itu, Bank boleh, menurut budi bicaranya, menguatkuasakan sebarang Cagaran yang disediakan untuk Kemudahan bagi membayar semua jumlah kena dibayar dan belum berbayar di bawah Kemudahan.

Pengiraan Ibra Ibra = [n(n+1) / N (N+1)] x PM n = baki bulan sehingga matang N = Jumlah tempoh pembiayaan menurut bulan PM = Jumlah Margin Keuntungan

Jumlah yang kena dibayar selepas Pengiraan Ibra Jumlah Perlu Dibayar : Baki Harga Jualan + Tawidh + Kos lain (jika berkenaan) - Ibra

8. Bank berhak, pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya dan dengan memberi notis tujuh (7) hari kalendar kepada Pemohon, untuk menahan, menggabungkan atau menyatukan semua atau manamana akaun Pemohon (tidak kira jenisnya) (sama ada akaun semasa, deposit atau pinjaman) di mana jua letaknya dengan sebarang liabiliti dan kewajipan yang terhutang atau ditanggung oleh Pemohon kepada Bank dan memindahkan atau menolak daripada mana-mana akaun Pemohon dan/atau mana-mana Penanggung Obligasi dengan Bank di mana jua letaknya (sama ada akaun semasa, deposit, pinjaman atau sebarang jenis lain sama ada dalam Ringgit atau sebarang mata wang lain), sebarang baki yang tersedia atau sebarang jumlah kredit dalam sebarang akaun sedemikian untuk atau bagi tujuan menjelaskan keterhutangan mana-mana Penanggung Obligasi. 9. Pemohon dengan ini secara nyata memberikan kebenaran dan memberi kuasa kepada Bank, bila dan apabila dianggap wajar dan perlu oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk melakukan tindakan berikut yang dinyatakan selepas ini tanpa merujuk kepada Pemohon:(a) untuk memberikan, mengemukakan, memaklumkan, menerbitkan atau sebaliknya mendedahkan, atau mencatat butir-butir peribadi Pemohon yang diserahkan kepada Bank dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan akaun dan akaun masa hadapannya, Kemudahan dan sebarang maklumat atau dokumen lain apa pun jua yang berkaitan dengan hal ehwal atau akaun Pemohon (termasuk penyata akaun berkaitan dengannya) dan sebarang kemudahan lain yang mungkin dipunyai oleh Pemohon dengan Bank:(i) mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia termasuk tetapi tidak terhad kepada syarikat di dalam kumpulan Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk muktamad Bank (Syarikatsyarikat Kumpulan) sama ada Syarikat-syarikat Kumpulan tersebut bermastautin, terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia. Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan yang terlibat dalam promosi, penjualan, penyampaian dan pengedaran produk dan perkhidmatan kewangan adalah bagi tujuan memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain Bank dan atau Syarikat-syarikat Kumpulan; (ii) kepada mana-mana orang yang telah menjamin atau mungkin menjamin atau sebaliknya telah menyediakan cagaran atau mungkin menyediakan cagaran berkaitan dengan Kemudahan; (iii) mana-mana syarikat, organisasi, institusi, persatuan, biro kredit, agensi kredit, institusi kewangan atau entiti lain yang mungkin menjalankan semakan kredit terhadap Permohon, Unit Kredit Pusat Bank Negara Malaysia, Biro Maklumat Cek, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau sebarang pihak berkuasa atau badan lain yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, sebarang badan atau pihak berkuasa lain (kerajaan atau sebaliknya) yang dianggap wajar oleh Bank di bawah sebarang undang-undang, peraturan, garis panduan, keperluan kawal selia atau arahan yang terpakai (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya); (iv) mana-mana orang yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik sebarang wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemohon kepada Bank (termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pungutan hutang, dan dalam keadaan sedemikian, Klausa 20 selepas ini adalah terpakai, pekerja dan agennya); (v) mana-mana pegawai Bank dan/atau mana-mana orang atau entiti lain yang mempunyai kepentingan sah dengan Pemohon setakat mana berkaitan dengan Kemudahan; dan (vi) kepada mana-mana pihak ketiga yang membuat pertanyaan dengan maksud untuk memasuki transaksi yang dijangka dengan Bank. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, Bank mengakui bahawa (1) Bank tidak akan mendedahkan maklumat Pemohon kepada Syarikat-syarikat Kumpulan yang bermastautin, terletak, menjalankan perniaga an, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam Malaysia bagi tujuan penjualan silang jika pendedahan sedemikian dibantah oleh Pemohon; dan (2) Bank hanya akan mendedahkan maklumat Pemohon (tidak termasuk

maklumat berkaitan dengan hal ehwal atau akaun Pemohon) kepada pihak ketiga, termasuk Syarikat-syarikat Kumpulan yang bermastautin, terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di luar Malaysia, bagi tujuan perikatan strategik, pemasaran dan promosi, hanya jika Pemohon dengan nyata membenarkan pendedahan sedemikian. (b) untuk membuat laporan (termasuk laporan polis) dan/atau pekeliling dan/atau memasukkan iklan atau menerbitkan atau memaparkan notis (termasuk sebarang iklan dalam sebarang media) yang merangkum sebarang atau semua butir-butir peribadi Pemohon, butir-butir akaunnya berhubung dengan Kemudahan (termasuk tetapi tidak terhad kepada akaun dan status kewangan Pemohon) yang mungkin dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik sebarang wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemohon kepada Bank; (c) untuk menyemak butir-butir peribadi, urusan dan kedudukan kredit Pemohon dengan apa jua syarikat, individu, agensi, institusi kewangan atau badan lain dan untuk mendapatkan daripadanya sebarang maklumat yang mungkin diperlukan oleh Bank, sama ada melalui komunikasi lisan atau melalui dokumen; Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemohon atas sebarang kerugian atau kerosakan (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit) tidak kira sifatnya atau perasaan malu yang dialami oleh Pemohon hasil daripada atau disebabkan oleh pendedahan sebarang maklumat atau pentafsiran atau penggunaan maklumat yang didedahkan meskipun jika maklumat tersebut adalah tidak tepat atau salah dan sama ada disebabkan oleh kecuaian Bank atau tidak. Sila ambil maklum bahawa Bank hendaklah mendapatkan kebenaran nyata daripada Pemohon jika Bank ingin berkongsi maklumat Pemohon dengan mana-mana orang atau entiti dan/atau sebarang pihak berkepentingan lain dan kepada mana-mana pihak ketiga yang membuat pertanyaan dengan tujuan memasuki transaksi yang dijangka dengan Bank dan/atau Pemohon. Pemohon hendaklah diberi peluang untuk membenarkan (opt-in) sebarang pendedahan maklumat yang ditetapkan oleh Bank. 10. Semua fi dan perbelanjaan duti setem, fi peguamcara (atas dasar peguam dan anakguam) dan kos yang ditanggung atau dibelanjakan oleh pihak Bank berkaitan dengan atau sampingan kepada peruntukan dan persiapan dokumen bagi Kemudahan ini, Perjanjian Pembelian Aset, Perjanjian Penjualan Aset, Jaminan atau sebarang Cagaran dan/atau penguatkuasaan hak Bank di bawah Kemudahan, Jaminan dan/ atau sebarang Cagaran hendaklah dibayar oleh Pemohon, dan boleh, menurut budi bicara Bank, didebit kepada akaun Pemohon yang ditetapkan atau akaun Pemohon yang lain dengan Bank. Di samping peruntukan di dalam ini, Pemohon bersetuju menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas dan terhadap sebarang pembayaran, kerugian, kos, caj atau perbelanjaan apa pun jua, undang-undang atau sebaliknya, yang mungkin dialami, ditanggung atau dibelanjakan oleh Bank akibat pemberian dan penyediaan Kemudahan kepada Pemohon atau akibat sebarang keingkaran di bawahnya. Bank merizab hak untuk mengenakan caj dan Pemohon hendaklah dan dengan ini berakujanji untuk menanggung semua fi dan caj apa pun jua yang dikenakan oleh Bank yang dalam apa cara jua yang berkaitan dengan Kemudahan, Jaminan atau sebarang Cagaran dan penyata penebusan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan di bawahnya. 11. Pemohon dengan ini membenarkan penyampaian sebarang notis dengan tak boleh batal di bawah Terma-terma ini atau sebarang proses mahkamah atau penyerahan cek, deraf bank perintah juruwang atau sebarang dokumen atau barang lain melalui pos biasa atau serahan tangan atau melalui perkhidmatan kurier ke alamat Pemohon yang terakhir diketahui dalam rekod Bank dan perkhidmatan dan/atau penyampaian sedemikian akan dianggap berkesan dua (2) hari kalendar selepas dipos, jika dihantar melalui pos dan pada masa penghantaran, jika dihantar melalui serahan tangan atau melalui kurier. Penyampaian proses mahkamah juga boleh dilaksanakan melalui sebarang cara lain yang dibenarkan oleh undang-undang. Pemohon hendaklah dengan segera memaklumkan Bank secara bertulis tentang sebarang perubahan pada pekerjaan atau perniagaan atau alamat (pejabat atau kediaman) atau jika Pemohon bercadang untuk berada di luar Malaysia bagi tempoh melebihi tiga puluh (30) hari kalendar berturut-turut. Adalah penting bagi Pemohon untuk memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada butir-butir di atas untuk memastikan Bank mempunyai maklumat terkini tentang Pemohon. 12. Bank akan menggunakan sebarang wang pembayaran yang diterima, pertamanya untuk membayar ansuran yang perlu dibayar di bawah Kemudahan ini, dan seterusnya untuk membayar jumlah lain yang belum dijelaskan. Bank mempunyai budi bicara untuk mengubah

turutan keutamaan ini sebagaimana dianggap wajar olehnya. Jika sebarang jumlah yang diterima dalam bentuk pembayaran atau yang didapatkan kembali melalui penguatkuasaan adalah kurang daripada jumlah yang kena dibayar, Bank akan menggunakan jumlah tersebut menurut sebarang perkadaran dan turutan keutamaan dan secara amnya mengikut sebarang cara yang boleh ditentukan oleh Bank. 13. Sebarang sijil, notis atau tuntutan yang ditandatangani bagi pihak Bank oleh mana-mana pegawai Bank atau mana-mana peguamcara atau firma peguamcara yang bertindak bagi pihak Bank adalah bukti muktamad terhadap Pemohon tentang jumlah yang terhutang daripada Pemohon kepada Bank dan tentang semua perkara yang dinyatakan di dalamnya bagi semua tujuan apa pun jua, termasuk bagi tujuan prosiding undang-undang dan tidak boleh dipersoalkan atas sebarang sebab apa pun jua. 14. Bank, tetapi bukan Pemohon, berhak untuk menyerahhakkan hak dan liabilitinya di bawah Kemudahan. Liabiliti dan tanggungjawab yang diwujudkan oleh Terma-Terma ini, Perjanjian Pembelian Aset, Perjanjian Penjualan Aset, Jaminan atau sebarang dokumen Cagaran akan terus sah dan mengikat bagi semua tujuan apa pun jua meskipun sebarang perubahan melalui percantuman, penyusunan semula atau sebaliknya, yang mungkin dibuat pada penubuhan Bank. Masa, di mana jua disebut di dalam ini bagi pelaksanaan Terma-terma ini oleh Pemohon, hendaklah menjadi asas. Masa yang diperuntukan di sisi undang-undang untuk Bank mendapatkan kembali semua jumlah yang kena dibayar di dalam ini kepada Bank tidak akan bermula sehingga tuntutan bertulis bagi pembayaran jumlah yang kena dibayar dibuat terhadap Pemohon. Tawaran dan ketersediaan Kemudahan adalah tertakluk kepada kepatuhan dengan undang-undang berkaitan dengannya dan Seksyen 25 Akta Perbankan Islam 1983. 15. Sebarang Terma di dalam ini yang menyalahi undang-undang, tidak sah, dilarang atau tidak boleh dikuat kuasa di mana-mana bidang kuasa akan, berhubung dengan bidang kuasa tersebut, menjadi tidak berkesan setakat mana kepenyalahan undang-undang, ketidaksahan, larangan atau ketidakbolehkuatkuasaan tersebut tanpa membatalkan peruntukan lainnya. Sebarang kegagalan, peninggalan atau kelewatan oleh Bank untuk melaksanakan sebarang hak, kuasa, kelebihan atau remedi yang terakru kepada Bank di bawah Terma-Terma ini tidak akan menjejaskan sebarang hak, kuasa, kelebihan atau remedi tersebut atau ditafsirkan sebagai penepiannya atau persetujuan terhadap keingkaran tersebut, dan sebarang tindakan oleh Bank berhubung dengan sebarang keingkaran atau sebarang persetujuan terhadap keingkaran tersebut tidak akan menjejaskan atau memudaratkan sebarang hak, kuasa, kelebihan atau remedi Bank berhubung dengan sebarang keingkaran lain atau keingkaran seterusnya. Hakhak dan remedi yang diperuntukan di dalam ini adalah kumulatif dan tidak termasuk sebarang hak atau remedi yang diperuntukkan di bawah undang-undang. Terma-Terma ini dikawal oleh undangundang Malaysia. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran, atau percanggahan antara versi Terma-Terma ini dalam Bahasa Inggeris dan sebarang versi lain, versi Bahasa Inggeris mengatasi versi lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, sekiranya permintaan dibuat oleh Pemohon bagi versi Terma-Terma dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakannya kepada Pemohon dan sekiranya perjanjian dimasuki atas dasar ini, maka versi Bahasa Malaysia hendaklah mengatasi versi lain. 16. Kemudahan yang ditawarkan dan disediakan dengan syarat sebarang undang-undang berkaitan dengannya tidak dilanggar. Tanpa prejudis terhadap sifat am perkara yang disebut sebelum ini, tawaran dan ketersediaan Kemudahan adalah tertakluk kepada Pemohon membuat representasi dan berakujanji bahawa pembiayaan oleh Bank di dalam ini dan persetujuan Bank untuk memberikan atau membuat atau terus menyediakan Kemudahan kepada Pemohon tidak akan melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang yang berkuat kuasa atau keperluan kawal selia atau terma-terma dan syarat-syarat atau peruntukan yang ditentukan atau ditetapkan di dalam arahan atau garis panduan yang telah atau mungkin dari semasa ke semasa dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Persatuan Bank-Bank di Malaysia dan/atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan (Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai). Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai, yang mengawal Kemudahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) semua peruntukan Akta Perbankan Islam 1983 (IBA) yang berkuat kuasa dan semua garis panduan dan arahan BNM yang berkuat kuasa yang dikeluarkan terhadapnya peruntukan khusus yang terkandung dalam seksyen 25 IBA dan semua garis panduan BNM yang berkuat kuasa yang dikeluarkan berkaitan dengan seksyen 25 dan semua garis panduan BNM yang berkuat kuasa yang dikeluarkan berhubung dengan atau yang terpakai terhadap pemberian Kemudahan

kepada orang-orang yang berkaitan dengan Bank (ii) sebarang had kemudahan atau sekatan yang mungkin dikenakan terhadap Bank oleh BNM atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan lain dari semasa ke semasa. Pemohon hendaklah dengan segera memaklumkan Bank secara bertulis sekiranya sebarang Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai atau sebarang terma dan syarat berkaitan dengan Kemudahan tidak lagi dipenuhi atau didapati tidak dipenuhi. Semasa memberikan deklarasi berhubung dengan sebarang perkara yang disebut sebelum ini atau sebarang terma dan syarat berkaitan dengan Kemudahan apabila diperlukan dan berdasarkan terma-terma yang ditetapkan oleh Bank, Pemohon dianggap membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di dalam ini akan terus benar dan tepat dalam semua segi selagi Kemudahan masih tersedia atau sebarang jumlah masih perlu dibayar. 17. Adalah dengan ini dipersetujui dan diisytiharkan dengan nyata bahawa sebarang kemungkiran oleh Pemohon terhadap Terma-Terma ini dan/ atau terhadap Perjanjian Penjualan Aset, Perjanjian Pembelian Aset, Jaminan (jika berkenaan) dan/ atau mana-mana Cagaran termasuk sebarang dokumen memihak kepada mana-mana institusi kewangan atau pihak ketiga lain akan dianggap kemungkiran di bawah ini dan memberikan hak kepada Bank untuk menguatkuasakan semua atau mana-mana remedi yang disebut sebelum ini. 18. Tertakluk kepada dan tanpa menjejaskan hak Bank yang terkandung dalam Terma-terma ini, Bank hendaklah memberikan notis terdahulu kepada Pemohon selama sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh berkuat kuasa sebarang pelaksanaan untuk mengubah kadar atau kaedah pengiraan fi perkhdmatan, fi dan caj lain, pembayaran minimum kena dibayar, Tawidh (pampasan) dan sebarang fi atau levi lain yang terpakai yang diperuntukkan di dalam ini. Pemohon dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak mengguna pakai mana-mana satu atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berhubung dengan perubahan pada fi perkhidmatan, fi dan caj lain, pembayaran minimum kena dibayar, Tawidh (pampasan) dan sebarang fi atau levi lain yang terpakai termasuk tarikh kuat kuasa sebarang perubahan tersebut dengan syarat perubahan tidak boleh berkuat kuasa secara retrospektif:(a) dengan menampal notis di premis Bank dan menyatakan perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut. Komunikasi yang dibuat oleh Bank selaras dengan Klausa 18 (a) ini dianggap telah diterima oleh atau dimaklumkan kepada Pemohon pada tarikh penampalan notis di premis Bank; dan/atau (b) dengan menerbitkan sekali dalam satu atau lebih daripada satu akhbar harian pilihan Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut. Komunikasi yang dibuat oleh Bank selaras dengan Klausa 18 (b) ini dianggap telah diterima oleh atau dimaklumkan kepada Pemohon pada tarikh penerbitan pertama dalam sebarang akhbar harian pilihan Bank; dan/atau (c) dengan memasukkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut. Komunikasi yang dibuat oleh Bank selaras dengan Klausa 18 (c) ini dianggap telah diterima oleh atau dimaklumkan kepada Pemohon tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Pemohon; dan/atau (d) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut kepada Pemohon melalui pos biasa atau berdaftar. Komunikasi yang dibuat oleh Bank selaras dengan Klausa 18 (d) ini dianggap telah diterima oleh atau dimaklumkan kepada Pemohon tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis kepada Pemohon melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau (e) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik kepada Pemohon atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut di laman web Bank. Komunikasi yang dibuat oleh Bank selaras dengan Klausa 18 (e) ini dianggap telah diterima oleh atau dimaklumkan kepada Pemohon pada tarikh notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemohon atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di laman web Bank. 19. Bank merizab hak untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (Pindaan) sebarang Terma ini pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemohon sebelum mula berkuat kuasanya pada sebarang tarikh yang boleh dipilih oleh Bank. Menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank, makluman tentang Pindaan boleh dibuat melalui mana-mana satu daripada cara komunikasi berikut:-

(a) dengan menghantarnya kepada Pemohon melalui kurier atau serahan tangan; dan/atau (b) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut; dan/atau (c) melalui penerbitan sekali dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut; dan/atau (d) dengan memasukkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut; dan/atau (e) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut melalui pos kepada Pemohon melalui pos biasa atau pos berdaftar; dan/atau (f) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemohon atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh kuat kuasa perubahan tersebut di laman web Bank. Komunikasi kepada Pemohon melalui mana-mana satu kaedah komunikasi di atas akan dianggap telah diterima oleh atau dimaklumkan kepada Pemohon selaras dengan peruntukan Klausa 18 di atas dan di mana notis tentang Pindaan dihantar kepada Pemohon melalui kurier atau serahan tangan, pada tarikh penghantaran. Perubahan tersebut akan berkuat kuasa pada tarikh kuat kuasa yang ditetapkan oleh Bank. 20. Tertakluk kepada dan tanpa menjejaskan haknya di bawah Termaterma ini, Bank mempunyai hak, menurut budi bicara tunggalnya, dan apabila dianggap perlu, untuk melantik dan memberi kuasa kepada agen yang dipilih olehnya dan bagi pihaknya, untuk memungut semua dan sebarang jumlah yang kena dibayar kepada Bank daripada Pemohon di bawah Terma-terma ini. Pelantikan dan pemberian kuasa sedemikian hendaklah dimaklumkan kepada Pemohon sekurangkurangnya tujuh (7) hari kalendar secara terdahulu jika pungutan jumlah yang kena dibayar untuk akaun akan disumber luar kepada agensi pungutan hutang pihak ketiga. Bank akan memaklumkan kepada Pemohon tentang kesan terhadap hak dan obligasi Pemohon selepas akaun dipindahkan kepada agensi pungutan hutang pihak ketiga atau dijual kepada pihak ketiga. Dalam keadaan tertentu apabila Pemohon tidak dapat dihubungi, Bank dianggap telah memenuhi kewajipan ini jika notis sedemikian telah dihantar ke alamat Pemohon yang terakhir diketahui sekurang-kurangnya tujuh (7) hari kalendar secara terdahulu. Perlu diambil maklum bahawa Bank akan memberikan kepada Pemohon nama dan butir-butir untuk menghubungi agensi pungutan hutang pihak ketiga atau pihak ketiga yang mana Bank telah menyumberluarkan pungutan semua dan sebarang jumlah yang kena dibayar daripada Pemohon kepada Bank. 21. Sekiranya ada sebarang aduan tentang Terma-terma ini dan Kemudahan, Pemohon boleh menghubungi Customer Resolution Department Bank di alamat berikut, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau sebarang alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan faks lain yang boleh diubah oleh Bank dengan memaklumkan kepada Pemohon):Customer Resolution Department Aras 17, Menara Bumiputera Commerce, No 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: 603-2619 2380 Faks: 603- 269 13248 Alamat e-mel: CRU@cimb.com TaKrIfaN Bank merujuk kepada CIMB Islamic Bank Berhad Cagaran bermaksud sebarang cagaran yang dikehendaki oleh Bank agar disediakan oleh Pemohon atau mana-mana pihak lain untuk menjamin semua jumlah yang kena dibayar di bawah Kemudahan. hari bekerja bermaksud hari perniagaan (yang bukan hari Sabtu atau Ahad) apabila bank yang mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah peruntukan Akta Perbankan Islam 1983, dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur. hari kalendar bermaksud sebarang hari dalam bulan kalendar Gregorian, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Jaminan bermaksud jaminan yang harus diberikan oleh individu dan/ atau entiti undang-undang lain bagi tujuan menjamin semua amaun yang kena dibayar di bawah Kemudahan, dan Penjamin akan ditafsirkan dengan sewajarnya; Portfolio Aset bermaksud portfolio tentang aset kepunyaan Bank dan yang akan digunakan oleh Bank dan Pemohon untuk transaksi di dalam ini dan dianggap boleh diterima di bawah Shariah.

You might also like