You are on page 1of 1

10 SAHABAT NABI SAW DI JAMIN SYURGA

Hadis Nabi berkaitan ialah maksudnya Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan, dengan katanya: Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar, (2)- Umar, (3)-Utsman, (4)- Ali, (5)- Zubair, (6)-Tolhah, (7)-Abdul Rahman, (8) Abu Ubaidah, (9) Saad Bin Abu Waqqas, maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu, di manakah lagi seorang?.

Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid: Demi Allah Wahai Abu Aawar! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya: Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu Aawar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga?

Senarai 10 Sahabat-Sahabat yang dijamin masuk Syurga. 1 ) Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban 2 ) Saiyyidina Umar Al Khattab r.a. Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil 3 ) Saiyyidina Uthman bin Affan r.a. Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu 4 ) Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a. Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah 5 ) Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a. Shahid Yang Hidup 6 ) Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a. Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

7 ) Abdul Rahman bin Auf r.a. Orang Yang Berniaga Dengan Allah

8 ) Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a. Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

9 ) Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a. Orang Kepercayaan Ummat Ini

10 ) Saiyyidina Said bin Zaid r.a. Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih

You might also like