You are on page 1of 6

TUTORIAL WEEK 2

Menganalisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Group: Subaidi bin Abdul Samat Alice Eliska Anak John@Ragun Amira Syazana binti Amiruddin

Kepentingan Perpaduan dan Integrasi


3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara:

Ekonomi perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan.

Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya.

Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang.

Budaya mewujudkan budaya yang pelbagai dalam Negara. mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dengan mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia

Keselamatan mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.

You might also like