You are on page 1of 3

014 - Apakah Rekaan Instruksi (Instructional Design) dan Fungsinya?

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Rekaan Instruksi a.k.a Instructional Design (ID) telah ditafsirkan oleh ramai penyelidik dan pengkaji sebagai satu prosedur yang sistematik di dalam membangunkan bahan-bahan instruksi atau pengajaran. Prosedur ini dibangunkan berdasarkan teori-teori instruksi dan pembelajaran yang telah wujud bagi menghasilkan satu perisian yang memenuhi kehendak pengguna dan objektif pembelajaran tersebut. ID terlibat secara langsung di dalam pembinaan bahan-bahan, aktivit-aktiviti, ujian dan penilaian. Mengapa ID digunakan? Penggunaan ID sering dikaitkan dengan pedagogi iaitu pembelajaran kanak-kanak. Sebenarnya, ianya tidak terhad dan mampu melangkaui jurang ilmu dalam penghasilan sesuatu bahan pembelajaran. Ini termasuklah pembelajaran orang dewasa ataupun andragogi.

Berdasarkan kepada persoalan tugasan yang telah disediakan di forum Dengan merujuk kepada pautan yang diberikan (http://www.elearnspace.org/Articles/InstructionalDesign.htm), atau rujukan dari pelbagai sumber lain, bincangkan kepentingan Instructional Design dalam membangunkan koswer multimedia dengan mengaitkan kepada satu contoh ID dan beberapa teori pembelajaran. kepentingan ID dalam membangunkan sesuatu perisian memang terbukti dari pelbagai sudut dan aspek. Jika kita amati pautan yang telah diberikan, Instructional Design turut digunakan di dalam pembelajaran secara e-learning. Apakah e-learning? E-learning merupakan gabungan antara tekonolgi dan pendidikan dan fungsi perekabentuk instruksi adalah untuk menghubungjalinkan kedua-dua entiti ini. Bagaimanakah ianya berlaku? Perekabentuk program ataupun perisian akan bekerjasama dengan pakar-pakar mengenai subjek tertentu bagi memastikan perisian tersebut tidak lari dari objek asal pembelajaran. Instructional Design wujud disini sebagai satu konsep yang mengawal proses pembelajaran untuk mencapai objektifnya dan ianya bukanlah satu teknologi yang berasaskan algorithm semata-mata. Bagaimanakah ID memainkan peranan di dalam e-learning? Di dalam artikel yang diberikan, banyak dibincangkan bagaimana ID bertindak sebagai satu entiti yang penting dalam proses penyampaian pembelajaran. ID bukannya hanyalah sekadar menceritakan mengenai teori-teori yang sepatutnya diikuti tetapi ianya lebih kepada pengaplikasian teori itu sendiri. Beberapa syarikat telah pun mengambil inisiatif dengan mempraktikan e-learning untuk pelangganpelanggan mereka. Antara syarikat tersebut ialah SkillSoft Corporation. SkillSoft adalah pelopor dalam bidang penyediaan e-learning untuk syarikat-syarikat multinasional, pendidikan dan juga SME. Syarikat ini menyediakan pembelajaran e-learning yang komprehensif, sumber maklumat atas talian, teknologi pembelajaran yang fleksibel dan juga bantuan selepas perkhidmatan. Syarikat ini juga mempunyai falsafah ID nya yang tersendiri. ID modelnya berasakan kepadakonsepkonsep pengajaran yang berorientasikan prestasi, penguasaan dan aturan aktiviti danstrategi pengajaran. (Performance-oriented instruction, mastery and sequencing of instructional activities and strategies).

Model-model ini mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran dewasa yang menekankaninisiatif pelajar, pengurusan diri dan pembelajaran melalui

orang pengalaman.

Reka bentuk setiap perisian kursus SkillSoft bermula dengan mentakrifkan objektif prestasi yang menumpukan kepada pengguna dan kemudiannya pemilihan dan pelaksanaan strategi pengajarandan pembelajaran a ktiviti-aktiviti yang sesuai bagi mereka berdasarkan objektif tersebut. Bacaan lanjut di pautan ini. SkilSoft menekan 4 asas penting di dalam pembangunan perisiannya. Asas-asas tersebut kemudiannya disokong oleh beberapa teori pembelajaran dan juga prinsip-prinsip ID. 1. Objektif Perisian Criterion-referenced Instruction (Mager) Cognitive Domain (Bloom's Taxonomy of Learning Level) Cognitive Learning Theories (Ausubel, Bruner dan Gagne) Pengisian Perisian (Content) Bloom's Taxonomy (Benjamin Bloom) Sequencing of Instruction (Bruner, Reigelith, Scandura, Mager, Bloom) Structured Writing and Information Mapping Theories (Robert Horn) Multiple Intelligence (Howard Gardner) Instructional Strategies Engagement Theory (Greg Kearsly & Bend Shneiderman) Experiential Learning (Carl Rogers) Interactivity Advance organizers (David Ausubel) Learning Style Theories (Kolb, Gardner, Guilford) Sequencing and Content Organization Specific Simple to Complex (Bruner, Regeltuh, Scandura) Linear (Behavioral S-R theories, as from Skinner, Hull, Thorndike) Elaboration Theory (Reigeltuh) Chunking, Information Processing Theory (G.Miller) Cumulative Strategy (Landa) Component Display Theory (D.Merill) Scaffolding (Bruner) Croterion-Referenced Instruction (R. Mager) Assessments (Tests) Measuring Instructional Results (Robert Mager) Matery Learning (John B. Carroll) Bloom's Taxonomy of Cognitive Learning -

2.

3.

4.

Kesimpulan Contoh di atas menunjukkan bagaimana pentingnya Intructional Design dalam menghasilkan perisianperisian multimedia atau e-learning ataupun apa-apa produk berkaitan pengajaran dan pembelajaran termasuklah kanak-kanak dan orang dewasa.

Penghasilan perisian multimedia akan menjadi pemudahcara di dalam pengajaran andainya ID diaplikasikan mengikut keperluan objektif yang betul. Ini bermakna, secanggih mana pun perisian yang dihasilkan, andainya ia tidak disokong oleh pakar-pakar subjek tertentu, maka objektif tersebut masih sukat dicapai. Kerjasama antara pakar-pakar subjek untuk menentukan teori mana yang harus diguna pakai serta penghasil perisian amatlah penting bagi menghasilkan perisian yang baik.

You might also like