You are on page 1of 8

(1371-1435M)

BIODATA
Nama : Ma He a.k.a. Cheng Ho (Zheng He) Tempoh Hayat : 1371M - 1435M Tempat Lahir : Yunnan, Tanah Besar China Tempat Meninggal : Calcutta,India Bahasa Pertuturan : Fasih dalam Bahasa Cina dan Arab Karier : Sida istana, Laksamana Armada China Gelaran : Ambassador Of Peace Tempoh Aktif : 1405M - 1433M Kawasan Pelayaran : Vietnam, Taiwan, Melaka, Sumatra, Kepulauan Jawa, Sri Lanka, Selatan India, Teluk Parsi, Kepulauan Arab, Laut Merah, Selatan Mozambique (mengetuai 7 armada ke 30 buah negara) Catatan Pelayaran : Eunuch Sanbao To Western Ocean @ Zheng He To The Western Ocean

KAPAL CHENG HO
dipanggil juga kapal pusaka.Merupakan kapal terbesar digunakan pada abad ke-15. Panjangnya 138 m lebar- - 56 m Kapasiti kapal 2500 ton

SUMBANGAN
Bidang kebudayaan

Bidang perniagaan

Bidang pelayaran antarabangsa

BIDANG PELAYARAN
Memimpin tujuh ekspedisi penjelajahan dan penerokaan serta mengetuai ekspedisi perlayaran terbesar pada tahun 1414 melibatkan 63 buah kapal besar dan 100 kapal kecil sebagai pengiring ke Asia Tenggara. Matlamat utama ekspedisi Cheng Ho ialah meluaskan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia, menonjolkan kuasa dan pengaruh China ke seluruh pelusuk dunia, mengumpul cukai, mengasaskan koloni wilayah naungan, mengemukakan maklumat tentang wilayah asing dan mendapat bantuan bagi mengatasi serangan Monggol.

BIDANG PERNIAGAAN
Merancang dan membangunkan hubungan perdagangan antara China dengan Barat melalui jalan laut, serta ekspedisi ke kawasan seperti kepulauan Melayu, India, Sri Lanka,Teluk Parsi, Aden dan Pantai Timur Afrika. Pernah belayar ke India, Sri Lanka, Kepulauan Maldives, Teluk Parsi, Tanah arab dan pantai timur Afrika. Beliau pernah ke Jeddah, Hormuz dan Pantai Somalia untuk menjual barang-barang seperti tembikar dan sutera serta membeli barang-barang seperti gading gajah dan tanduk badak dari pedagang-pedagang Arab.

BIDANG KEBUDAYAAN
Melawat Melaka pada tahun 1409 dan 1411, dan menyampaikan hadiah berupa cap mohor, persalinan, payung kuning dan kain sutera kepada sultan Melaka, iaitu Parameswara. Menyertai ekspedisi membawa utusan khas daripada Maharaja China ke negara-negara yang dilawati. Beliau diutus oleh Maharaja Yung Lo untuk mengiringi utusan asing yang kembali ke negara asal, iaitu benua Afrika.

NILAI TAMADUN PADA CHENG HO


Berpandangan luas Berwawasan Berdedikasi Taat

You might also like