You are on page 1of 32

OBJEKTIF KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

Objektif Kajian Tempatan ini ialah untuk membolehkan saya: 1. 2. 3. 4. 5. Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah Mengenali nama dan lambang-lambang sekolah Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah Mengamalkan nilai muni yang diwarisi bersama dalam warga sekolah Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang sekolah.

KAEDAH KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

Kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian tempatan ini ialah:

1. Temu Ramah Temu ramah merupakan salah satu kaedah tinjauan dalam penyelidikan. Ia melibatkan pertemuan antara pengkaji dengan responden (orang sumber) untuk mendapatkan maklumat. Dalam mendapatkan maklumat yang terdiri daripada soalan-soalan yang saya sediakan dan diajukan serta dijawab secara lisan.

2. Kaedah Lawatan dan Pemerhatian Lawatan dan pemerhatian adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi peluang kepada pelajar memerhati dan mengkaji sesuatu secara langsung diluar bilik darjah. Dalam menjalankan Kajian Sejarah Tempatan, saya boleh membuat lawatan dan pemerhatian tentang asal usul tempat, bangunan bersejarah, perkembangan infrastruktur atau kemudahan asas, peristiwa bersejarah serta pentadbiran setempat.

3. Kaedah Analisis Dokumen Melalui kaedah ini, pelbagai boleh digunakan bagi mendapatkan maklumat semasa saya menjalankan Kajian Sejarah Tempatan. Ini termasuklah dokumen sumber pertama dan sumber kedua.

1. LATAR BELAKANG SEKOLAH


1.1 ASAL-USUL NAMA SEKOLAH Institut Canossian merupakan nama asal sekolah ini. Kini, sekolah ini bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent (SMKCC). Nama sekolah bertukar kerana pertukaran bahasa penghantar iaitu pertukaran Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia

1.2 SEBAB-SEBAB NAMA ITU DIPILIH Pemilihan nama sekolah ini, iaitu Canossian Convent adalah berdasarkan nama pengasas sekolah ini iaitu Magdelene of Canossa. Nama ini dipilih adalah untuk mengigati sumbangan jasa beliau yang banyak dan kesanggupan beliau meninggalkan rumahnya untuk membantu orang yang fakir miskin.

1.3 TARIKH NAMA ITU DIPILIH Nama Canossian Convent mula diguna pada 3 Januari 1954 iaitu selepas pembinaan bangunan Sekolah Menengah baru. Sekolah ini merupakan sekolah separuh kerajaan. Oleh itu, semua undangundang dan peraturan sekolah ini digubal oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Johor serta pertolongan dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Jemaah Pengelola sekolah ini.

1.4 TEMPAT ASAL SEKOLAH SMKCC terletak diatas bukit Jalan Batu Pahat. Pada mulanya, SMKCC menggunakan bangunan sekolah rendah. Pada tahun 1949, DYMM Sultan Johor, Almarhum Sultan Ibrahim telah mengkhairatkan 25 ekar tanah milik baginda sendiri di Klang kepada institut Canossian untuk kebajikan dan pelajaran mereka.

1.5 PERASMIAN SEKOLAH Batu Asas yang pertama telah didirikan pada 3 Januari 1950 oleh H.S Mons. M. Olcomendy dari Singapura. Dalam tempoh masa satu tahun, sekolah ini siap dibina. Pada Januari 1951 sekolah dibuka. Pelajaran dimulakan dalam aliran Bahasa Inggeris. Lebih kurang 300 orang murid berada di sekolah rendah. Sekolah menengah bermula pada bulan januari 1954 dan kumpulan pertama calon peperiksaan Senior Cambridge mengambil peperiksaan itu pada bulan Disember 1958.

2. NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN SEKOLAH


NAMA SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent

VISI Sekolah unggul penjana generasi terbilang

MATLAMAT SEKOLAH Semua pelajar menerima pendidikan yang sepenuhya. Segala aktiviti pendidikan adalah untuk membentuk individu yang lengkap dari segi intelek, sosial, emosi dan rohani. Nilai-nilai mulia yang membawa erti dalam hidup disampaikan kepada pelajar melalui suasana sekolah dan personnel. Berpandukan semangat pengasas kami, semua pelajar terutamanya yang susah dan lemah diberi bantuan dalam pembelajaran. Latar belakang keluarga dan kemampuan diberi pertimbangan dalam merancang kurikulum serta aktiviti kokurikulum sekolah

MISI Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

FALSAFAH SEKOLAH Melahirkan pelajar-pelajar yang berpindidikan, berkeperibadian, bertanggungjawab lagi berdidiplin yang dapat memberikan sumbangan yang positif terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara serta diberi pertimbangan dalam merancang kurikulum serta aktiviti kokurikulum sekolah.

LAGU SEKOLAH United in common endeavour At work, at play, lifes lesson we learn Our youthful hearts are fill with ardour For truth and wisdom we yearn Courageously with head held high We march on ever through life Schooled in your spirit Canossa For virtue, true nobility we strive Schooled in your spirit Canossa For virtue we strive Our alama mater, our guardian, our guide Prepare our spirit for dutys call Our country to serve with virtous might We stand for truth and for right

Lambang Sekolah Latar belakang yang berwarna biru terdapat bintang bersudut 4 yang memancarkan cahaya ke arah sebuah buku. Itulah bintang kebijaksanaan yang memancarkan cahaya ke atas pengetahuan. Bintang ialah suatu symbol citacita yang tinggi yang menggerakkan seseorang itu ke arah perbuatan yang baik dan mulia. 4 pecahan pada bintang itu melambangkan tujuan penting kehidupan kita iaitu untuk mendapatkan kejayaan sebenar dengan cara mempelajari dan mengamalkan 4 prinsip sosial yang berdasarkan lambang dan cogan kata.

Buku pada lambang ini bermaksud pengetahuan

VIA (way) iaitu bagaimana hendak menjalani kehidupan kita dengan penuh keyakinan walapun terdapat ranjau dan kesusahan

VERITAS (truth) iaitu bagaimana dalam keadaan yang mengelirukan dapat kita membezakan antara yang benar dan yang salah

VITA (life) bermaksud bagaimana untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan dan berkekalan sepanjang masa.

3. INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS


3.1 LATAR BELAKANG, TARIKH DAN PENUBUHAN BANGUNAN ASAS Dengan pertolongan tentera British yang bertempat di Kluang. Padang sukan diratakan untuk digunakan. Pada 5 Disember 1956. Hari sukan yang pertama, perasmian padang, sukan dilangsungkan. SMKCC telah menggunakan bilik SKRCC untuk menjalankan pembelajaran hingga thun 1960. Sekolah menengah mempunyai 11 bilik darjah, sebuah makmal besar lengkap dengan alat-alat dan 2 buah Bilik Sains Rumah tangga dengan bahan dan peralatan.

3.2 BANGUNAN TAMBAHAN, TARIKH DAN SEBAB PEMBINAAN Bangunan baru dibina di sebelah kelas 2(3). Tujuan pembinaan bangunan baru ini adalah disebabkan kekurangan kelas. Bangunan ini dibina 2 tingkat dengan RM80ribu.

3.3 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Pihak sekolah telah menyediakan banyak kemudahan di sekolah. Antaranya ialah perpustakaan. Murid-murid boleh membaca buku dan mencari maklumat yang diperlukan. Selain itu, pusat computer juga telah disediakan bagi murid-murid untuk belajar untuk belajar computer. Pejabat disediakan supaya ibu bapa dapat berurusan dengan guru dengan mudah.

3.3 PELAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH

4.

4. PENGETUA

4.1 BIODATA PENGETUA Nama penuh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent (SMKCC) ialah Lew Mui Lian. Beliau berusia 54 tahun. Beliau dilahirkan pada 12 Ogos 1956 dan berasal dari Kluang, Johor. Sekarang beliau tinggal di 9, Jalan Cantik 86000 Kluang, Johor. Hobi beliau pada waktu lapang ialah membuat kraf tangan. Nama suami beliau ialah Tan Kok Eng. Kini beliau mempunyai 4 orang anak iaitu 2 lelaki dan 2 orang perempuan. Beliau mendapat pendidikan awal dan peringkat menengah di Canossian Convent pada 1962 hinggalah pada 1973. Pada tahun 1974 hingga 1975, beliau bekerja sebagai kerani. Seterusnya, beliau 9

menyambung pengajian di Tingkatan 6 di Tunku Abdul Rahman College dari tahun 1976 hinggalah tahun 1977. Setelah itu, beliau menyambung pengajian di Univrsiti Malaya pada 1978 hingga 1980 dan di peringkat diploma pada 1981. Cita-cita beliau pada zaman dahulu ialah untuk menjadi seorang guru. Semasa beliau menjadi seorang pelajar, beliau jarang diberi anugerah pada zaman itu. Beliau mula berkhidmat sebagai guru di SMK Pekan Nanas, SMK Vokasional Kluang, SMK Parit Hj Hassan (SMK Sri Gading), SMK Dato Syed Esa (Batu Pahat) dan kini di Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent, Kluang Johor. Pandangan beliau terhadap sekolah ini adalah sangat baik jika dibandingkan dengan sekolahsekolah terdahulu. Beliau gembira dan berpuas hati dengan jawatan yang disandang sekarang dan beliau ingin meneruskan apa yang pengasas kita korbankan. Tindakan beliau untuk menignkatkan kecemerlangan sekolah ini adalah percaya kepada tuhan, berdoa setiap hati dan menggalakkan pelajar untuk menimba ilmu di sekolah ini tanpa mengira tahap status sosioekonomi masing-masing serta mendidik dan mendisiplinkan pelajar dengan penuh kasih sayang. Sepanjang beliau menjadi gurur, beliau mendapat ramai kawan baru. Pesanan beliau jika meninggalkan sekolah ini ialah menasihati agar tradisi pengasas diteruskan dan bukan di seperti sekolah lain. Pelajar diterapkan dengan nilai murni yang baik. Beliau memikul jawatan yang berat dengan takdir dan bimbingan tuhan. Harapan beliau terhadapa tugasan folio sejarah ini ialah pelajar dapat mengenali dan memhami sejarah SMKCC dan tujuan pengasas membuka sekolah ini.

4.2 SIFAT-SIFAT ISTIMEWA Sifat istimewa Pn Lew Muw Lian ialah beliau dapat memahami orang lain.

4.3 TUGAS-TUGAS DAN SUMBANGAN PENTING PENGETUA TERHADAP MASYARAKAT SEKOLAH Sumbangan penting pengetua terhadap sekolah ini ialah jika boleh, beliau akan mengajar kanakkanak untuk membuat kraf tangan. Beliau juga akan menghubungi kawan-kawan lamanya.

10

5. TOKOH GURU

5.1 BIODATA TOKOH GURU Guru kelas saya bernama Siti Haslina Binti Mohd Hassan. Beliau lahir di Kulai, Johor pada 28 Mac 1985. Beliau tinggal di 43, Jalan Pelangi 16 Taman Pelangi. Nama ibu beliau ialah Rohana @Askhana Binti Abdullah dan bapanya pula ialah Mohd Hassan Bin Hamzah. Beliau mempunyai 3 orang adik-beradik dan sudah berkahwin pada 2009 di Kulai. Suaminya bernama Mohd Fauzi Bin Abdul Rahman. Beliau pernah belajar di Tadika Bukit Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alaudin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara. Beliau mendapat pendididkan tinggi di Universiti 11

Putra Malaysia. Beliau pernah bercita-cita menjadi seorang pramugari. Semasa di peringkat pelajar. Beliau pernah menerima beberapa anugerah kepujian pengetua. Beliau berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 2009 dan sekolah pertama beliau berkhidmat ialah di Sekolah Menegah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Kulai. Pandangan beliau tentang SMKCC adalah unik. Selain itu, pengalaman yang tidak akan dilupakan seumur hidup ialah apabila mendapat kejutan daripada pelajar semasa hari jadi beliau. Cabaran yang pernah ditempuh ketika berkhidmat sebagai seorang guru ialah berdepan dengan ibu bapa yang tidak mengakui kesalahan anak mereka. Harapan dan tindakan beliau untuk meningkatkan kecemerlangan SMKCC ialah dengan menjalankan tugasa dan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin dan berharap SMKCC mendapat kecemerlangan yang diimpikan.

5.2 SIFAT-SIFAT ISTIMEWA Puan Haslina seorang guru yang berdidiplin. Beliau juga seorang yang bersifat kelakar dan ceria.

5.3 TUGAS-TUGAS DAN SUMBANGAN PENTING PENGETUA TERHADAP MASYARAKAT SEKOLAH Beliau bertugas sebagai guru tingkatan 2(3). Beliau merupakan seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Sebenarnya juga, beliau juga adalah guru penasihat bahasa Melayu. Pn Haslina juga adalah guru penyelaras Nilam sesi petang serta juga guru penasihat pusat sumber. Jawatan lain yang dipegang oleh beliau adalah beliau merupakan ketua bagi rumah kuning untuk hari sukan. Pn. Haslina juga merupakan guru penasihat nagi bagi kumpulan koir sekolah. Tidak cukup dengan itu, beliau juga merupakan guru penasihat Kadet Remaja Sekolah. Sumbangan yang paling besar dan bermakna yang beliau pernah curahkan ialah tiada yang paling besar selain mendidik pelajar menjadi manusia. Pesanan beliau sekiranya beliau meninggal SMKCC ialah menjadi orang yang berbudi bahasa kerana daripada budi bahasa itu orang akan memandang tinggi kepada kita. Harapan beliau terhadap tugasan folio sejarah ini ialah pelajar yang melaksanakan folio sejarah ini akan mendapat markah penuh dan menjadi tokoh pelajar.

12

6. BADAN PENGURUS/PIBG

6.1 TARIKH DAN TUJUAN PENUBUHAN PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ditubuhkan selepas pembukaan sekolah pada tahun 1952. Antara tujuan penubuhan PIBG ekolah ialah untuk menyediakan pekhidmatan untuk kemajuan dan kebajikan pelajar di sekolah. Selain itu, iainya juga bertujuan untuk membantu sekolah, memenuhi kehendak dan kemahuan kebendaan pelajar dalam kegiatan mereka.seterusnya untyuk membolehkan ibu bapa dan para untuk bertukar-tukar pendapat mengenai pembelajaran amnya. Selain itu, tujuan penubuhan PIBG ini juga adalah untuk mmberi peluang kepada para pelajar dan guru untuk berunding anatara satu sama lain. Akhir sekali, PIBG ditubuhkan untuk membantu para pelajar untuk mendapatkankan sumber yang diperlukan ubtuk menyiapkan kerj rumah mereka sama ada di rumah atau di sekolah.

6.2 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 2011\2012 PENASIHAT YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA (BU BAPA) : PN.HJH MAHIZAN BINTI MUHAMMUD : EN LEE KOK HWEE : EN DESMOND LIM : PN. NORAIN ABDUL RAHIM : CIK GHEETALETCHUMY A/P MUNUSAMY : 1. PN. HAPIZAH HAMDAN 2. PN. NORTHIP A/P PAK JUN 3. EN. CHONG WAI YIN 4. EN. NG SEE BOON : 1. PN. ONG PIN LAY 2. CIK CHIN FOUT LENG 3. PN. NOR ASZLIN MOHAMED SALIH 4. PN. MURNIYATI ZAINAL : 1. EN. ALFRED LIM 2. EN. CHONG CHIN PING : 1. EN. AZNAN NORDIN 2. EN. PATHMANATHAN A/P GOVINDASAMY 3. EN. LOW TECK LOOW 4. EN. PURAN SINGH 13

AHLI JAWATANKUASA (GURU)

JURU AUDIT

PEMEGANG AMANAH

6.3 KEGIATAN-KEGIATAN PENTING

Portfolio Pembinaan Bangunan Makmal Komputer TARIKH 5 Feb 2010 7 Julai 2010 15 Okt 2010 22 Okt 2010 26 Nov 2010 16 Dis 2010 20 Dis 2010 29 Dis 2010 1 Jan 2011 13 Jun 2011 Julai 2011 Okt 2011 29 Dis 2011 Jan 2012 12 Mei 2012 CATATAN Penyerahan peruntukan khas Program Bantuan Modal oleh Y.B. Dato Dr Hou Kok Chung Mesyuarat PIBG Perbincangan khas berkaitan Projek Pembinaan Makmal Komputer Penyerahan Iklan Tender kepada PPD Kluang Pengambilan borang tender dan taklimat tapak projek di SMKCC Kluang Temuduga Tender sebutharga Mesyuarat jawatankuasa pemilihan tender bersama Pegawai Unit Pembangunan dan Teknikal PPD Kluang Pengeluaran surat perjajian penerimaan kontraktor untuk menjalankan projek Kerja-kerja awalan projek pembinaan makmal komputer Kerja pembinaan bangunan bermula Penyerahan kunci bangunan bermula Dewan Terbuka digunakan untuk aktiviti Bulan Membaca Pemasangan komputer dan talian internet Mesyuarat guru 1/2012 menggunakan bilik mesyuarat baru Pengguanaan bilik komputer untuk kegunaan pelajar Majlis perasmian bangunan Makmal Komputer oleh Y.B. Dato Dr Hou Kok Chung

6.4 SUMBANGAN TERHADAP SEKOLAH

Laporan Kewangan Tabung Pembangunan Pibg Rumusan Kutipan NAMA Y.B. Dato Dr Hou Kok Chung : Tabung Pembangunan KPM Tunai Kutipan Walkathon Datin Khoo-Tan Ngah Chin Lee Foundation JUMLAH (RM) 200 000 20 000 132503 100 000 50 000 JUMLAH 502 503 14

PERBELANJAAN BUTIRAN Pembinaan bangunan Pendawaian lektrik dan pemasangan Komputer dan LCD Pemasangan jubin dan mengecat Pemasangan pagar Tandas Pemasangan paip Awning Bilik Sakit Lain-lain JUMLAH (RM) 200 000 52 169 59 000 26 752 12 000 6 000 6 605 6 600 1 900 37 910

PERANCANGAN TAHUN 2012 Penyelenggaraan: 1. 2. 3. 4. Laluan ke makmal Pemasangan pagar kantin Penambahan lampu jalan di pintu masuk sekolah Penambahbaikan sistem pengudaraan dewan sekolah

Perancangan Jangka Panjang 1. Makmal sains 2. Kantin 3. Bilik guru

15

7. TOKOH BEKAS PELAJAR

7.1 BIODATA TOKOH PELAJAR Nurul Nadia Binti Jaaffar adalah seorang seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent (SMKCC). Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 11 Oktober 1987 dan kini berusia 24 tahun. Beliau kini tinggal di No 436, Jalan Seri Impian 3/11, Taman Seri Impian 2B, 86000 Kluang, Johor. Hobinya adalah bersenam. Ibunya bernama Zuazizan Binti Abd Aziz manakala nama bapanya pula ialah Jaaffar Bin Sapuan. Beliau mempunyai 3 orang adik beradik yang mana belia adalah anak yang sulung. Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Al-Husna dan bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar, Kluang. Beliau seterusnya menyambung pelajarannya di SMKCC.

16

Pada asalnya beliau bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Namun kini beliau bekerja sebagai kerani pembantu pentadbiran di Pejabat Daerah Kluang.

7.2 SIFAT-SIFAT ISTIMEWA Beliau adalah seorang yang suka bergurau serta terlibat aktif dalam banyak aktiviti.

7.3 CABARAN DAN SUMBANGANNYA Menurut beliau, cabaran yang besar dihadapinya semasa bersekolah di SMKCC ialah untuk menjalankan tugasnya semasa memegang jawatan penting di sekolah. Hal ini kerana beliau pernah dilantik untuk menjadi Pengawas Muda semasa di SMKCC. Selain itu, cabaran lain yang dihadapi beliau adalah sama seerti orang lain yang bergelar pelajar iaitu cabaran untuk menghadapi SPM. Selain itu, be;iau juga turut terlibat mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan di peringkat zon. Beliau telah mengharumkan nama SMKCC apabila mendapat tempat ketiga semasa mewakili sekolah menyertai kuiz perdagangan. Selain itu, beliau juga pernah mendapat tempat sagu hati sewaktu mewakili sekolah menyertai pertandingan pidato.

17

8. PERISTIWA-PERISTIWA BERSEJARAH
HARI GURU Hari guru diadakan pada 16 Mei 2012 di Dewan Badminton SMKCC. Hari guru ini dihadiri oleh para guru dan pelajar. Hari guru dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Johor dan juga lagu sekolah. Selepas itu, kami semua pelajar diarahkan untuk pergi ke padang untuk untuk menyaksikan acara sukaneka yang disertai oleh semua guru. Antara acara sukaneka yang diadakan ialah tarik tali, angkat bendera dan sebagainya. Selepas waktu rehat, pengetua memberikan ucapan sempena hari guru. Selepas tamat semua ucapan, semua guru dan para pelajar dihiburkan oleh sebahagaian daripada persembahan pelajar sekolah ini khas sempena untuk para guru. Antara persembahan yang dilakukan oleh para pelajar ialah tarian latin, fantastic baby, cry cry dan macam-macam lagi. Setelah itu, guru-guru pula membuat persembahan nyanyian di atas pentas dan upacara penyampaian hadiah dijalankan. Pengetua menyampaikan hadiah kepada setiap pemenang. Setelah selesai dengan upacara penyampaian hadiah, kami pun bersurai tetapi sebelum itu kami memberi hadiah kepada guru masing-masing sebelum pulang.

Kesan Hari guru diadakan dengan banyak tujuan. Antaranya ialah untuk kami para pelajar sentiasa bersama memperingati hari guru sebagai tanda terima kasih kami kepada guru kerana telah banyak memberi kami tunjuk ajar dan nasihat. Selain itu, hari guru juga harus disambut bagi menghilangkan rasa beban yang ditanggung dengan menghiburkan mereka dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan. Kesimpulannya hari guru amat penting dan harus diadakan setiap tahun di sekolah bagi mengenang jasa guru.

18

9. PRESTASI KEJAYAAN AKADEMIK


9.1 PENCAPAIAN AKADEMIK SEKOLAH DAN ANALISIS PMR 2007-2012 TAHUN 2007 2008 2009 2010 2011 BIL CALON 168 170 184 157 184 % LULUS 95.83 92.94 88.04 95.54 95.65 SEMUA A BIL 20 34 34 35 32 % 11.9 20.00 18.48 22.29 17.39 GPS 2.00 1.93 1.95 1.64 1.90

ANUGERAH SEKOLAH HARIAN TERBAIK PMR 2009,2010 DAN 2011 PERINGKAT NEGERI JOHOR Pencapaian kecemerlangan sekolah bagi peperiksaan PMR adalah seperti butiran berikut: Bilangan pelajar yang paling ramai mengambil peperiksaan ialah 184 orang. Bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 32 orang. Jumlah pelajar yang lulus berperatuskan 95.65%. GPS bagi tahun 2011 ialah 1.90

SPM 2007-2012 TAHUN 2007 2008 2009 2010 2011 BIL CALON 163 139 172 166 181 % LULUS 99.39 95.65 99.42 100.00 98.90 SEMUA A BIL 4 6 14 15 22 % 2.45 4.35 8.14 9.04 12.0 GPS 4.40 4.28 3.44 3.26 3.54

ANUGERAH SEKOLAH HARIAN TERBAIK SPM 2009,2010 DAN 2011 PERINGKAT NEGERI JOHOR Pencapaian kecemerlangan sekolah bagi peperiksaan SPM adalah seperti butiran berikut:

19

Bilangan pelajar yang paling ramai mengambil peperiksaan ialah 181 orang. Bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 22 orang. Jumlah pelajar yang lulus berperatuskan 98.90%. GPS bagi tahun 2011 ialah 3.54.

PENCAPAIAN 100% LULUS 3 TAHUN BERTURUT-TURUT SPM

MATA PELAJARAN PEND. ISLAM GEOGRAFI SAINS PSV ERT REKA CIPTA FIZIK KIMIA BIOLOGI BAHASA CINA BAHASA TAMIL KESUSASTERAAN TAMIL 2009 2.67 2.40 3.35 2.23 0.93 2.06 3.32 3.26 3.64 2.98 3.88 3.88

GPMP 2010 3.05 3.06 2.63 2.96 2.75 1.25 3.27 3.50 3.22 2.91 2.86 2.63

2011 2.71 3.05 3.33 2.98 5.17 2.66 3.51 3.16 3.19 3.13 3.64 3.82

Pencapaian kecemerlangan matapelajaran bagi peperiksaan SPM adalah seperti butiran berikut: Berdasarkan keputusan SPM, SMKCC telah mencatat keputusan 100% selama tiga tahun berturut-turut. Namun terdapat perubahan dalam gred purata mata pelajaran bagi setiap subjek. Seperti yang tercatat di atas, subjek pendidikan islam telah mencatat antara subjek yang paling baik sepanjang tiga tahun kecemerlangan keputusan SPM. Keputusan paling baik diperolehi pada tahun 2009 dengan gred purata 2.67. tahun kemudiannya telah mencatat sedikit penurunan sebelum memperbaikinya pada tagun berikutnya. Bagi subjek geografi pula, keputusan yang terbaik adalah pada 2009 iaitu 2.40 sebelum mencatat sedikit penurunan pada dua tahun berikutnya tetapi masih lagi dalam lingkungan keputusan yang baik. Bagi subjek sains pula, gred purata yang paling baik dicatat pada tahun 2010 iaitu 2.63 berbanding dengan gred purata pada 2009 dan 2011. Untuk subjek PSV pula, keputusan baiknya berjaya dikekalkan dalam ketiga-tiga tahun tersebut. Bagi subjek ERT pula, subjek ini merupakan subjek yang paling banyak mencatat penurunan dari setiap tahun hinggalah pada tahun 2011 ianya mencatat gred purata 5.17. 20

Subjek yang terbaik antara kesemua subjek adalah subjek Reka Cipta yang mana menjadi subjek terbaik bagi keputusan SPM pada 2010 dan 2011 dengan mendapat gred purata yang paling baik. Manakala bagi subjek biologi, kimia dan fizik pula mencatat keputusan yang hampir seragam bagi ketiga-tiga tahun tersebut. Subjek Bahasa Cina juga mencatat keputusan yang hampir seragam namun terdapat sedikit penurunan dari setiap tahun. Bagi subjek Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil pula mencatat keputusan paling baik pada tahun 2010 berbanding dengan keputusan pada tahun 2009 dan juga 2011.

PENCAPAIAN 100% LULUS 3 TAHUN BERTURUT-TURUT PMR

MATA PELAJARAN SAINS KH (PILIHAN 2)

2009 2.02 1.76

GPMP 2010 1.69 1.54

2011 1.88 1.80

Pencapaian kecemerlangan matapelajaran bagi peperiksaan PMR adalah seperti butiran berikut: SMKCC telah mencatat keputusan cemerlang pada PMR untuk 3 tahun berturut-turut dengan pencapaian lulus 100%. Gred Purata mata pelajaran dalam subjek sains dilhat semakin baik daripada tahun 2009 ke tahun 2010 dengan pencapaian gred purata daripada 2.02 ke 1.69. namun terdapat sedikit penurunan pada tahun 2011 dengan gred purata 1.88 tetapi keputusan ini masih lagi dianggap baik. Bagi subjek kmhiran hidup (pilihan 2) pula, keputusannya dianggap baik pada ketiga-tiga tahun tersebut dengan gred purata paling terbaik diperoleh pada tahun 2010 dengan gred purata 1.54.

21

ANUGERAH CEMERLANG SPM 2011 ( DR BERNES & THAMS AWARD )

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22.

NAMA DAPHNE NGAN HWEE ERN CHIA HUI YAH ER JIA LE JEMIMA TANG SHU XIA ENG PEI SHAN EVELYN YONG JING TING JOAN LEE XING ERN EYU HUI SHAN LAI SHU YEE CHUNG XIN YEE YAP SIN TONG LAU YEE SHEAN ELLYANAASYIKIN BINTI ROSLAN WAN HUI CHIN CHIN XIN YI WONG KAH VOON THAM SI YAN KHEW JIA WEN GOH MIN YEE CHAI WAN CHIN CHAI JIA HUI CHUA JIA YIN

PENCAPAIAN 9[A+]1[A]1[A-] 8[A+]3[A] 8[A+]3[A] 8[A+]2[A] 8[A+]2[A] 8[A+]1[A]1[A-] 7[A+]2[A]1[A-] 7[A+]1[A]1[A-] 6[A+]1 [A]3[A-] 4[A+]2 [A]3[A-] 4[A+]1 [A] 5[A-] 4[A+]5 [A]2[A-] 4[A+]5 [A] 4[A+]5 [A] 3[A+]2 [A]5[A-] 3[A+]1 [A]6[A-] 3[A+]7[A]1[A-] 3[A+]6 [A]2[A-] 3[A+]5 [A]2[A-] 3[A+]5 [A]2[A-] 2[A+]2[A]6[A-] 2A+]6 [A]2[A-]

9.2 TOKOH PELAJAR

Pelajar Terbaik SPM 2011 1. JEMIMA TANG SHU XIA 2. ENG PEI SHAN

22

10.

PRESTASI DAN KEJAYAAN KOKURIKULUM

10.1 JENIS PERSATUAN/KELAB ATAU PASUKAN SERAGAM DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. Pasukan Kadet Polis Pasukan Kadet Remaja Sekolah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Pasukan Taekwondo Pasukan Beruniform Renjer dan Pasukan Pandu Puteri Pergerakan Puteri Islam Kadet Trafik Sekolah Persatuan Bahasa Tamil Persatuan Agama Islam Persatuan Bahasa Melayu, Drama dan Kesusasteraan English Language Society Persatuan Sains dan Matematik Persatuan Bahasa Cina Kelab Pusat Sumber Pembimbing Rakan Sebaya Kelab Koperasi SMKCC Kelab Koir Kelab Seni Visual dan Kraftangan Kelab Fotografi Interact Club Kelab Perpustakaan Kelab rukun Negara Kelab Anti-Dadah Kelab Kewangan Kelab SPBT Kelab Reka Cipta Kelab Komputer Kelab Catur Kelab Ekonomi Rumah Tangga Kelab Kemahiran Hidup Pasukan Olahraga Sekolah Young Christian Student Kelab Tarian dan Kecergasan Persatuan Renang Kelab Badminton 23

36. 37. 38. 39.

Kelab bola Keranjang Kelab Bola Tampar Kelab Bola Jaring Kelab Ping Pong

10.2 PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2012

PERTANDINGAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD PEREMPUAN KESELURUHAN BADMINTON INDIVIDU DAN BEREGU CATUR PASUKAN P15 PASUKAN P18 INDIVIDU P15 INDIVIDU P18 KESELURUHAN PUBLIC SPEAKING INTERNATIONAL UNDERSTANDING DAY

PENCAPAIAN JOHAN DAERAH KETIGA DAERAH JOHAN DAERAH JOHAN DAERAH NAIB JOHAN DAERAH JOHAN DAERAH NAIB JOHAN DAERAH JOHAN DAERAH JOHAN DAERAH JOHAN DAERAH

24

RUMUSAN

Setelah melaksanakan tugasan ini, banyak perkara yang saya dapati hasil daripada menyiapkan folio ini. Tidak tersangka bahawa banyak perkara tentang sekolah ini yang masih tidak saya ketahui walaupun kali ini adalah tahun kedua saya di sekolah ini. Melalui tugasan ini juga dapat saya mempelajari bagaimana untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Pada mulanya saya berasa susah hati kerana tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Kaedah temu ramah, pemerhatian, analisis dan sebagainya boleh digunakan. Selain mengenali tentang perkara asas tentang sesuatu sekolah seperti lambang, visi dan misi, saya dapat mengetahui tentang serba sedikit mengenai pengetua sekolah, tokoh guru serta bekas pelajar sekolah ini dan bagaimana mereka dapat memberikan sumbangan pada masyarakat sekeliling mereka. Hal ini sepatutnya menjadi contoh kepada semua pelajar. Tugasan ini juga membolehkan saya untuk mengenali sekolah ini dengan lebih mendalam iaitu mengenai infrastruktur serta juga mengenai golongan yang menyokong pihak sekolah iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKCC. Diharap agar segala yang saya laksanakan di sekolah ini dapat membantu saya untuk mengenali tentang sekolah ini dan juga berharap agar segala kecemerlangan yang dikecapi dapat diteruskan seperti yang semua harapkan.

25

RUJUKAN

Orang Sumber Nama Jawatan : Pn Lew Mui Lian : Pengetua SMKCC

Nama Jawatan

: Siti Haslina Binti Mohd Hassan : Guru Tingkatan 2(3)

Nama Jawatan

: Nurul Nadia binti Jaafar : Pelajar

Sumber Maklumat Majalah Sekolah Kerja kursus tahun 2010 Guru-guru Sumber lain

26

LAMPIRAN

27

Perpustakaan 1. 2. 3. 4. 5. Menyediakan perkhidmatan pinjaman, rujukan dan penyelidikan kepada kakitangan jabatan. Mengumpul, meyimpan dan memulihara bahan perpustakaan Menyediakan senarai katalog bagi memudahkan rujukan dan pencarian maklumat Membantu penggguna dalam usaha mengakses maklumat dari sumber luar Menggalakkan pengguna untuk menggunakan bahan-bahan sumbernya

28

Padang Tempat rekreasi Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi lain bagi tujuan perolehan Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran Sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti rasmi sekolah seperti hari sukan sekolah.

29

Surau Institut menimba ilmu Tempat untuk melaksanakan aktiviti keagamaan (islam) Sebagai tempat untuk menjalankan pembelajaran yang berkaitan dengan amali seperti solat dan membaca al-quran

30

Bilik komputer. Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer. Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengatucaraan komputer kepada pelajar dan guru. Menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan pelajar , di antara kelab dan individu dalam masyarakat. Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti sekolah dan masyarakat. Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan yang semakin berorientasikan komputer. Memupuk sikap yang positif dan mengurangkan kekeliruan mengenai penggunaan komputer dalam kehidupan. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan komputer dengan menggalakkan penggunaan komputer secara positif.

31

Makmal sains Mengembangkan kemahiran saintifik pelajar Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains Membentuk dan mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni semasa pembelajaran dan menjalankan eksperimen sains. Memberikan ruang yang lebih selesa dan sesuai bagi memastikan pembelajaran mata pelajaran sains lebih efektif. Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid. 32

You might also like