You are on page 1of 26

1.

PENDAHULUAN

Tabiat pelajar kerap bersembang di dalam kelas semasa P&P berlangsung adalah tidak dinafikan. Salah satu sebab tabiat ini berlaku adalah disebabkan kurangnya pemupukan nilai-nilai murni dalam diri seseorang individu. Kebiasannya masalah ini dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di kelas-kelas belakang ataupun kelas yang mempunyai para pelajar yang rendah tahap akademiknya. Namun begitu, bagi sekolahsekolah harian biasa ataupun sekolah-sekolah yang berada di pedalaman, masalah pelajar bersembang di dalam kelas bukan sahaja melibatkan kelas belakang, tetapi turut melibatkan pelajar-pelajar kelas hadapan. Kelas hadapan ataupun kelas yang para pelajarnya mempunyai tahap akademik yang lebih baik biasanya dilabelkan sebagai pelajar yang berdisiplin, bijak dan menghormati pengkaji. Mereka juga biasanya memberi tumpuan di dalam kelas dan rajin mengemukakan soalan. Bagi sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah elit biasanya kedudukan kelas langgung tidak memberi kesan kepada tahap disiplin pelajar yang rendah kerana mereka telah dilatih supaya menghormati guru dan mereka juga biasanya memberi fokus semasa P&P. Tetapi, adalah menjadi masalah dalam kalangan guru sekolah harian biasa yang letaknya di kawasan kampung untuk berhadapan dengan pelajar kelas hadapan yang mempunyai masalah yang sama dengan pelajar kelas belakang iaitu kerap bersembang sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi bising dan mengganggu kelancaran P&P.

2.0

PERNYATAAN MASALAH/FOKUS KAJIAN

Kajian ini menumpukan kepada masalah pelajar kelas hadapan iaitu kelas 2 Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai, Perak. Kelas ini merupakan kelas pertama dalam tingkatan 2 selain tiga lagi kelas lain iaitu 2 Bestari, 2 Cerdas dan 2 Damai yang disusun mengikut kategori keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) pelajar. Kebiasaannya, guru-guru tidak sukar untuk mengawal tingkah laku pelajar-pelajar di kelas hadapan. Namun begitu, adalah menjadi masalah guru-guru di sekolah harian biasa terutamanya yang terletak di luar bandar untuk mengawal pelajar yang bising walaupun ditempatkan di kelas hadapan. Pelajar-pelajar ini sepatutnya mempunyai sifat-sifat murni sebagai pelajar yang baik selaras dengan kedudukan kelasnya. Mereka juga sepatutnya lebih banyak bertanya tentang akademik berbanding soalan-soalan yang tiada kaitan dengan akademik. Menjadi pendengar yang baik juga biasanya merupakan antara kriteria bagi pelajar kelas hadapan. Berdasarkan Abdullah Hassan et.al (1999:23), antara fungsi utama mendengar ialah untuk belajar. Mendengar dengan baik ketika proses P&P membolehkan seseorang itu mudah memahami apa yang diajar oleh guru mereka. Masalah pelajar bersembang akan menyebabkan mereka tidak mendengar dengan baik. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila guru lain juga kerap mengadu tentang kekesalan mereka terhadap sikap segelintir pelajar kelas ini. Sekiranya mereka tidak dapat mempamerkan nilai-nilai murni dalam diri dan mengawal sikap gemar bersembang, keadaan ini akan mewujudkan masalah yang lebih serius. Mereka sepatutnya bukan berasa bangga apabila ditempatkan di kelas hadapan berbanding pelajar-pelajar kelas
2

lain. Sepatutnya mereka perlu berasa bersyukur kerana diletakkan di kelas hadapan dan sering mendapat perhatian guru supaya lebih maju dalam akademik. Namun pelajar ini dilihat hanya berasa selesa berada di dalam kelas hadapan, tetapi tidak mahu mengamalkan nilai-nilai murni seperti yang diterapkan dalam matapelajaran Sivik. Perkataan nilai didefinisikan sebagai sifat ketinggian yang terdapat pada masyarakat (Kamus Dewan, 2002: 930). Manakala perkataan murni pula membawa maksud bersih, suci dan tulen (2002:910). Pemupukan nilai-nilai murni dalam diri

seseorang mampu membentuk jati diri individu yang berjaya dan berwawasan. Dalam pentadbiran negara juga, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dibentuk untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Dalam pendidikan pula, matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan diperkenalkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai sikap positif serta terhindar daripada unsur-unsur negatif. Kempen nilai-nilai murni juga giat dijalankan dalam pelbagai cara antaranya pengiklanan di dalam televisyen dan media cetak. Oleh yang demikian, kajian ini mesti dijalankan bagi mengenalpasti kefahaman pelajar terhadap nilai-nilai murni, amalan yang dilakukan oleh pelajar ketika belajar di dalam kelas bagi subjek Sivik dan Kewarganegaraan serta langkah pemupukan nilai murni dalam diri pelajar supaya pelajar lebih fokus kepada P&P dan mengurangkan bersembang di dalam kelas. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan kerana melibatkan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru sebagai penyelidik (Lee Soon Guan, 1997).

3.0

TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN/ OBJEKTIF KAJIAN


3

Kajian ini perlu dilaksanakan kerana pengkaji melihat bahawa masalah pelajar kelas hadapan yang gemar bersembang semasa P&P dijalankan sebagai masalah yang paling besar berbanding masalah-masalah lain. Hal ini demikian kerana, pengkaji mendapati bahawa masalah pelajar bersembang ini boleh menyebabkan wujudnya masalah lain iaitu kesukaran pelajar lain yang ingin memberi tumpuan kepada P&P, mengganggu tumpuan guru menyampaikan P&P, penurunan tahap kecemerlangan pelajar dan menyebabkan suasana sekolah menjadi bising dan tidak kondusif untuk P&P kelaskelas lain. Guru-guru bagi matapelajaran lain juga mengalami masalah yang sama dengan masalah yang pengkaji lalui. Lebih-lebih lagi pengkaji mengajar subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, dan pelajar ini langsung tidak menanam nilai-nilai murni seperti yang diajar dalam subjek tersebut. Mereka gemar menyampuk percakapan pengkaji, bertanya perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan akademik dan loya buruk walaupun pengkaji bertegas dengan mereka. Oleh itu, pengkaji perlu menyelesaikan masalah ini bagi membentuk sikap pelajar yang berdisiplin, menghormati guru dan mengambil berat tentang akademik. Oleh yang demikian, kajian ini mesti dilaksanakan kerana pelajar-pelajar ini bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2013. Oleh itu, mereka perlu membentuk peribadi yang baik dan berusaha untuk menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

4.0

SOROTAN LITERATUR
4

Pengurusan bilik darjah sangat penting dalam memastikan objektif P&P tercapai. Sememangnya adalah sukar untuk menguruskan bilik darjah beserta dengan pelajar-pelajarnya lebih-lebih lagi bagi guru pelatih. Tetapi jika seseorang guru dapat mengendalikannya dengan baik sudah pasti proses P&P menjadi lebih baik. Berdasarkan Hasani Dali dan Johdi Salleh, (2009:3) prosedur pengurusan bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan kepada tingkah laku pelajar di bilik darjah yang diharapkan oleh guru pelatih. Oleh itu, guru pelatih perlu menetapkan peraturan yang dipersetujui bersama oleh pelajar sebagai satu kontrak yang dapat mengawal tingkah laku mereka. Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar mampu membentuk sahsiah diri mereka. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Azizah Salleh et. al (2001: 10) dalam kajiannya yang bertajuk Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran- Kooperatif dalam Sains, hasil kajian beliau menyatakan bahawa proses penerapan nilai-nilai murni dalam matapelajaran sains boleh dilaksanakan oleh guru-guru daripada pelbagai jenis sekolah tidak kira walau pelbagai bangsa. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa setiap jenis sekolah yang dikaji dapat melaksanakan pembelajaran koperatif dengan jayanya. Contohnya hampir kesemua jenis sekolah menunjukkan peningkatan penerapan nilai-nilai murni melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian guru dan temu bual pelajar. Menurut Mohd Uzi Dollah (2007: 2) dalam kajiannya yang bertajuk Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes ada menyentuh tentang falsafah pendidikan negara iaitu; Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasrkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
5

ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1996)

Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bukan saja untuk pembangunan individu semata-mata, tetapi sebagai persediaan menjadi masyarakat dan negara yang memiliki nilai-nilai murni. Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni merupakan antara perkara penting dalam pendidikan negara ini dan wajar diterapkan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana, masalah kurangnya nilai-nilai murni dalam diri menyebabkan remaja sekarang tiada rasa hormat dengan orang-orang disekeliling mereka. Penerapan nilai-nilai murni semasa pembelajaran di dalam bilik darjah boleh dipraktikkan dalam prinsip behaviorisme dari segi fokus kepada rangsangan dan gerak balas. Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Eliyas (2002:114), fokus kepada rangsangan dan gerak balas selalunya berguna apabila pelajar menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai - contohnya, apabila mereka bercakap dengan tidak menghormati orang lain atau mereka selalu meninggalkan tempat duduk sehingga mengganggu orang lain. Oleh itu, guru boleh menggunakan teori ini untuk pelajar bergerak balas menggunakan rangsangan yang diberikan. Misalnya, pelajar yang mendengar arahan guru akan dipuji dan keadaan ini akan merangsang pelajar lain untuk mendengar arahan juga.

4.0

METODOLOGI KAJIAN

4.1

Reka bentuk kajian


6

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan juga kualitatif.
a)

Kaedah kuantitatif Borang soal selidik Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor pelajar bersembang semasa pengkaji mengajar di dalam kelas.

i.

ii.

Soalan ujian Soalan ujian ini memerlukan pelajar menyenaraikan nilai-nilai murni yang pelajar ketahui. b) Kaedah kualitatif Pemerhatian Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji terhadap tingkah laku pelajar-pelajar di dalam kelas semasa P&P Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sedang berlangsung. Tujuannya untuk mengenalpasti nilai-nilai murni dalam diri pelajar serta pelajar-pelajar yang gemar bersembang semasa P&P.

i.

ii.

Temubual Temubual dengan pelajar yang didapati kerap mengganggu P&P kerana gemar bersembang serta menyoal pelajar tentang amalan-amalan murni yang perlu
7

dilakukan oleh pelajar yang berkaitan dengan topik-topik P&P. Misalnya amalan murni sebagai rakyat negara demokrasi. 4.2 Kumpulan sasaran Kumpulan sasaran terdiri daripada 18 orang pelajar dari kelas 2 Amanah, Sekolah Menengah Kebangsaaan Sungkai. Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar kelas ini kerana mereka merupakan pelajar kelas hadapan dan pengkaji merupakan guru matapejalaran Sivik dan Kewarganegaraan mereka. 4.3 Instrumen Instrumen yang digunakan dalam Kajian Tindakan ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan tahap persetujuan pelajar terhadap soalan yang berkaitan dengan Kajian Tindakan. Selain itu, edaran-edaran kertas A4 untuk pelajar menyenaraikan nilai-nilai murni yang difahami serta keratan-keratan kecil kertas pelbagai bentuk dan berwarna-warni untuk pelajar mencatatkan nilai-nilai murni dan amalan negatif yang telah dilakukan semasa P&P bagi matapelajaran Sivik dan

Kewarganegaraan.

5.0

TINJAUAN AWAL

5.1

Prosedur pengumpulan data

Pengumpulan data akan dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temubual, edaran borang soal selidik serta ujian. Perhatian dilakukan ke atas pelajar yang mempunyai karakter iaitu lincah dan sering membuat kecoh di dalam kelas. Pengkaji akan memanggil pelajar yang diperhatikan sedang bersembang semasa P&P dan akan bertanya secara spontan tentang apa yang dibualkan. Setelah itu, pengkaji akan mengedarkan pula borang soal selidik kepada semua responden. Data-data akan dikumpulkan daripada jawapan responden terhadap soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik. Selain itu, data juga akan dikumpulkan berdasarkan ujian kepada pelajar bagi menyenaraikan nilainilai murni yang pelajar fahami serta catatan pelajar tentang amalan negatif dan nilai murni diri masing-masing semasa P&P berlangsung. Data daripada pemerhatian dilakukan ke atas kesan perubahan kedudukan pelajar yang telah diubah kedudukan dan pasangannya.

5.2 Analisis data awal Analisis data awal dilakukan dari tiga aspek iaitu pemerhatian awal, soalan ujian dan edaran borang soal selidik.

5.2.1

Analisis pemerhatian Tujuan pemerhatian awal dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan tingkah laku murid semasa pengkaji mengajar.
9

Pemerhatian dilakukan selama 6 minggu bermula minggu pertama pengkaji mengajar. Semasa minggu pertama sehingga ketiga, pengkaji mendapati tingkah laku pelajar masih terkawal. Namun minggu berikutnya, tingkah laku pelajar semakin tidak memuaskan apabila P&P pengkaji kerap terganggu dengan kebisingan pelajar serta pelajar yang suka berjalan semasa pengkaji mengajar. Keadaan ini menyebabkan pengkaji menunjukkan kekesalan dengan perubahan sikap pelajar yang sepatutnya tidak diamalkan bagi pelajar yang berada di kelas hadapan. Keadaan ini sangat berbeza dengan kelas kedua yang lebih berdisiplin berbanding kelas pertama semasa pengkaji mengajar dalam subjek Sejarah bagi kelas tersebut. Oleh yang demikian, pengkaji akan menganalisis sikap pelajar melalui soalan ujian pula. 5.2.2 Analisis soalan Ujian Analisis ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan pelajar tentang nilainilai murni. Pengkaji memberi soalan kepada pelajar untuk menyenaraikan sebanyak mungkin nilai-nilai murni yang pelajar tahu. Hasil daripada analisis ini pengkaji mendapati bahawa kesemua 18 orang pelajar dapat menyenaraikan nilai-nilai murni dengan betul. Namun begitu, daripada 18 orang pelajar hanya terdapat lima orang pelajar yang dapat menyenaraikan nilai-nilai murni secara keseluruhan dengan frasa yang betul misalnya perkataan jujur dan bukan tidak menipu. Manakala 17 orang pelajar ada menyenaraikan perkataan hormat-menghormati dan berdisiplin di dalam kertas jawapan mereka. Dua nilai ini amat penting untuk dipraktikkan ke dalam diri pelajar supaya masalah gangguan pelajar bersembang di dalam kelas samasa P&P tidak menjadi lebih rumit. Secara keseluruhannya, kesemua pelajar mempunyai pengetahuan yang baik tentang pemupukan nilai-nilai murni dalam diri.
10

5.2.3 Analisis borang soal selidik Setelah pengkaji menganalisis borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar, pengkaji mendapati 88 peratus atau 16 orang pelajar yang mengaku mereka pernah berbual semasa pengkaji mengajar manakala hanya 2 orang yang menyatakan mereka tidak berbual semasa pengkaji memberi penerangan P&P. Ini membuktikan apabila 16 orang pelajar berbual dengan rakan sebelah kiri, kanan, depan atau belakang mereka sudah pasti keadaan kelas akan menjadi bising. Rajah 1 menunjukkan carta pai darjah persetujuan pelajar Rajah 1: Peratus pelajar bersembang semasa pengkaji mengajar

6%

6%

39%

sang setuju at setuju tidaksetuju sang tidaksetuju at

49%

Kebiasaannya, apabila pengkaji melihat pelajar yang bising semasa pengkaji memberikan penerangan, mereka akan ditegur serta merta tentang sikap mereka. Berdasarkan analisis yang dibuat, lima orang pelajar sangat bersetuju dan lapan orang pelajar menyatakan setuju. Ini menunjukkan terdapat lima orang pelajar yang paling dikesan oleh pengkaji kerana kekerapan mereka berbual sehingga menyebabkan pengkaji
11

menegur mereka. Manakala lapan orang lagi mungkin pernah ditegur tetapi tidak terlalu kerap kerana sikap mereka masih boleh dikawal. Manakala lima orang pelajar menyatakan tidak bersetuju iaitu dua orang daripadanya tidak gemar bersembang semasa pengkaji mengajar manakala tiga orang lagi mungin berbual secara berbisik.

Bil.Pelajar

Rajah 2: Pelajar yang Ditegur Semasa Membuat Bising

9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Sangat Setuju Setuju Tidak setuju Sangat Tidak Setuju

Selain itu, pengkaji juga membuat andaian tentang faktor pelajar gemar membuat bising dan bersembang semasa pengkaji memberi penerangan antaranya pengkaji tidak garang, pengajaran pengkaji yang membosankan , pelajar tidak menghiraukan pengajaran kerana sudah faham tentang topik yang diajar dan juga sikap pelajar yang memang gemar bersembang tidak kira di mana jua berada. Berikut merupakan graf berkenaan faktor pelajar gemar bersembang semasa pengkaji mengajar.
12

Bil. Pelajar

Rajah 3: Faktor Pelajar Gemar Bersembang

20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Guru tidak garang Pengajaran m bosankan em Pelajar sudah faham topik Sikap pelajar sendiri
Faktor pelajar bersembang

Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Terdapat lima orang pelajar yang bersetuju bahawa pengkaji tidak garang dan menyebabkan mereka boleh berbual semasa proses P&P. Manakala yang selebihnya tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju dengan faktor tersebut. Ini menunjukkan bahawa ada segelintir pelajar yang ditegur secara lembut disebabkan tingkah laku mereka yang masih terkawal dan pelajar tersebut mengandaikan pengkaji tidak garang. Namun dalam sesetengah hal yang melampaui batas, pengkaji bersikap tegas ketika menegur pelajar. Selain itu, terdapat lima orang atau ataupun 27.80 peratus pelajar sahaja yang memberi pendapat bahawa cara pengajaran pengkaji membosankan dan membolehkan mereka berbual. Manakala selebihnya tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju dengan faktor tersebut. Oleh yang demikian, pengkaji mengandaikan bahawa lima orang pelajar tersebut adalah pelajar yang hiperaktif dan sentiasa menginginkan keunikan dalam P&P. Sikap tersebut juga tidak menghalang mereka untuk terus berbual di semasa P&P
13

berlangsung. Pengkaji pula perlu mengubah teknik pengajaran pengkaji untuk menarik minat pelajar. Faktor seterusnya adalah pelajar sudah faham dengan topik yang diajar serta menyebabkan mereka malas untuk memberi perhatian lantas lebih gemar berbual semasa P&P. Pengkaji akui ramai pelajar yang mudah untuk memahami matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan kerana ilmu ini boleh didapati secara tidak formal daripada ibu bapa dan juga media massa. Berdasarkan analisis data awal ini, lima orang pelajar juga yang mengakui mereka sudah faham dengan setiap topik yang diajar oleh pengkaji. Selain itu, tidak kurang juga pelajar yang tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju iaitu masingmasing tujuh dan enam orang. Hal ini demikian kerana, berdasarkan pemerhatian pengkaji mendapati bahawa masih terdapat pelajar-pelajar yang sangat berminat dengan matapelajaran ini kerana bersifat perbincangan walaupun telah faham topik. Seterusnya adalah sikap pelajar sendiri yang sukar diubah walaupun telah diberikan amaran keras. Seseorang yang aktif sukar mengawal sikap mereka yang gemar bercakap. Mereka bukan sahaja berbual, malah mungkin sedang membincangkan topik diajar oleh pengkaji di hadapan kelas. Terdapat lima orang pelajar yang sangat bersetuju tentang sikap mereka yang memang gemar berbual. Secara keseluruhan daripada hasil analisis, pengkaji mengandaikan lebih daripada lima orang pelajar yang bermasalah dalam persekitaran bilik darjah iaitu gemar bersembang ketika pengkaji mengajar di hadapan kelas serta masalah disiplin yang lain. Antaranya mengganggu rakan dan membuat bising untuk mengambil perhatian pengkaji. Oleh yang demikian, pengkaji merasakan kajian ini perlu dijalankan kerana lebih
14

daripada lima orang pelajar kelas ini yang bermasalah. Keadaan ini agak janggal bagi pelajar di kelas hadapan lebih-lebih lagi pelajarnya hanya belasan orang sahaja. Pelajar yang kerap membuat bising akan mengganggu konsentrasi pelajar lain untuk belajar. Pengkaji juga mendapatkan kepastian tentang pendapat mereka bahawa kedudukan kelas pertama tidak menghalang mereka membuat bising. Hasil daripada analisis, jumlah pelajar yang bersetuju dan sangat tidak bersetuju adalah dua kali ganda dengan pelajar yang mengakuinya iaitu 12 orang berbanding enam orang ataupun 66.0 peratus bebanding 34.0 peratus. Rajah di bawah menunjukkan peratusan yang dinyatakan.

Rajah 4: Hubungan Antara Kedudukan Kelas Dengan Sikap Pelajar

6% 44% 28% Sangat setuju Setuju Tidak setuju 22% Sangat tidak setuju

Bagi mendapatkan kembali kefahaman pelajar tentang konsep di disiplin dalam kelas dan cara mendapatkan persekitaran kelas yang kondusif untuk belajar, pengkaji mendapatkan pula persetujuan pelajar tentang penerapan nilai-nilai murni bagi
15

menjadikan seseorang itu berdisiplin tidak kira di mana jua berada. Hasilnya pengkaji mendapati bahawa keseluruhan pelajar mengakui bahawa pemupukan nilai-nilai murni dalam diri mampu mengingatkan mereka tentang pentingnya berdisiplin di dalam kelas. Terdapat 17 orang yang sangat bersetuju dan seorang bersetuju. Oleh yang demikian, hasil daripada analisis data awal daripada borang soal selidik pengkaji dapati separuh daripada kelas ini bersetuju bahawa punca mereka bersembang semasa P&P adalah disebabkan faktor diri sendiri. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain juga yang dihuraikan di atas. Sebagai pengkaji, pengkaji melihat bahawa pelajar kelas ini agak mengada-ngada dan sering menganggap amaran pengkaji sebagai gurauan.Sikap ketidakmatangan pelajar ini haruslah di bendung agar mereka lebih menghormati pengkaji walaupun terdapat segelintir daripada mereka yang kelihatan masih belum matang. Kajian Tindakan ini mesti dijalankan bagi membendung sikap pelajar yang gemar bersembang kerana masalah yang mungkin dianggap remeh ini mampu memberi masalah yang lebih besar misalnya menurunkan prestasi pembelajaran murid dan membantutkan tugas pengkaji dalam menyampaikan P&P. Berdasarkan Azizi Yahaya et.al (2004), pelajar akan melanggar peraturan di sekolah sewaktu mereka belajar dan juga bermain. Ini bermakna, dapat juga akan melanggar disiplin dalam apa jua bentuk P&P. 5.3 i. ii. faham?
16

Persoalan kajian Apakah tingkah laku yang kerap dilakukan oleh pelajar semasa P&P berlangsung? Adakah pelajar faham dan dapat menyenaraikan nilai-nilai murni yang pelajar

iii.

Apakah teknik yang sesuai untuk mengatasi tingkah laku kerap bersembang semasa P&P sedang berlangsung?

iv.

Adakah objektif P&P akan tercapai apabila pelajar dapat menanamkan nilai-nilai murni dalam diri?

v.

Adakan penerapan nilai-nilai murni sesuai dipupuk semasa P&P bagi matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan

6.0

PERANCANGAN TINDAKAN Bagi melaksanakan tindakan ke atas kajian ini, model yang digunakan adalah Model Lewin yang dikemukalan oleh Kurt Lewin (1940). Model ini berprinsipkan kepada penambahbaikan berterusan. Oleh yang demikian, Kajian Tindakan dijalankan ini sangat bersesuaian dengan model ini kerana pengkaji ingin membuat penambahbaikan kepada P&P supaya pelajar memberi fokus kepada P&P dan tidak bersembang semasa P&P dijalankan. Terdapat 7 peringkat untuk menjalankan tindakan kajian ini seperti yang terdapat dalam gambar rajah berikut:

17

Rajah 1: Model Kurt Lewin i. Mengenalpasti idea Pengkaji akan mengenalpasti idea permasalahan setelah mendapat refleks daripada P&P lalu iaitu mengkaji tingkah laku pelajar semasa P&P berlangsung. ii. Pencarian fakta Pengkaji akan mencari fakta-fakta berkenaan dengan gangguan yang dihadapi oleh pengkaji semasa mengajar di dalam kelas. Antara gangguan yang dihadapi adalah dari pelajar itu sendiri yang membuat bising, tidak berdisiplin serta bersembang semasa pengkaji memberi penerangan P&P.

18

iii.

Perancangan tindakan Pengkaji akan membuat perancangan tindakan terlebih dahulu iaitu: a) b)
c) d)

Mencari jalan penyelesaian Membuat penambahbaikan kepada P&P Menanam nilai-nilai murni terhadap pelajar supaya menghormati pengkaji Menambah kualiti pengajaran sebagai seorang guru Pelaksanaan tindakan

iv.

Tindakan dilakukan berdasarkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan mengikut keadaan persekitaran bilik darjah dan pelajar. v. Penilaian terhadap tindakan yang diambil Penilaian terhadap tindakan yang diambil dicatatkan dalam bentuk jadual. vi. Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan dapatan langkah V. Tidak semua tindakan yang dijalankan berjaya mewujudkan rasa kesedaran kepada pelajar supaya tidak bersembang semasa P&P. Oleh itu, pengkaji perlu mengkaji semula pelan tindakan dan melakukan penambahbaikan kepada pelan tindakan yang telah dijalankan. vii. Langkah tindakan seterusnya Sekiranya pelan tindakan yang dijalankan ini berjaya menanam kesedaran kepada pelajar, maka pengkaji akan terus memperingatkan kepada pelajar supaya fokus terhadap P&P
19

sangat penting lebih-lebih melibatkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun hadapan . Sekiranya pelan tindakan ini tidak berjaya, maka pengkaji perlu memilih pelajar yang betul-betul tidak boleh berubah dan menjalankan kajian tindakan kepada pelajar tersebut sahaja.

7.0

PELAKSANAAN TINDAKAN Pelaksanaan tindakan dilakukan bagi mendapatkan data tentang tingkah laku pelajar yang ketara iaitu kerap bersembang ketika di dalam kelas agar pengkaji dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Bagi mendapatkan data ini pengkaji perlu tahu tentang apa yang menyebabkan pelajar bersembang, pengetahuan pelajar tentang nilai-nilai murni, dan juga cara untuk mengatasi memupuk nilai-nilai murni seperi yang diajar dalam subjek Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh itu, pengkaji melaksanakan takwim tindakan iaitu:

Hari Pertama

Tindakan pengkaji Pengkaji membuat pemerhatian untuk mengenalpasti tingkah laku pelajar ketika pengkaji mengajar. Pemerhatian ini dilakukan untuk mengenalpasti pelajar yang bersembang ketika pengkaji mengajar. Pengkaji juga ingin mengenalpasti pelajar-pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni.

Kedua

Pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada kesemua 18 orang pelajar kelas ini bagi mendapatkan faktor dan punca yang menyebabkan mereka gemar bersembang. Soalan terdiri daripada soalan tertutup.

Ketiga

Pengkaji mengedarkan kertas kosong untuk pelajar menyenaraikan nilai-nilai murni yang pelajar fahami berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Keempat

Pengkaji menukar kedudukan dan pasangan bagi pelajar yang membuat


20

kesalahan seperti bising, berjalan-jalan semasa pengkaji memberi penerangan dan seumpama dengannya sebagai denda. Kelima Pengkaji mengedarkan keratan-keratan kertas A4 berwarna yang berbeza bentuk sebanyak 4 kali pada tarikh yang berlainan. Pengkaji mengarahkan pelajar menyenaraikan nilai-nilai murni pada muka hadapan dan kelakuan negatif pelajar pada muka belakang kertas sepanjang P&P Sivik. Pelajar perlu jujur mencatat nilai murni dan amalan negatif masing-masing. Kertas akan dikutip pada setiap kali penghujung P&P. Kaedah ini dinamakan teknik MURNI. Berikut merupakan bentuk-bentuk kertas sebagai sesuatu simbolik yang diedarkan untuk pelajar menyenaraikan nilai-nilai murni dan amalan negatif masing-masing.

i. ii.
iii. iv.

19/9/2012: Bentuk petak 25/9/2012: Bentuk hati 26/9/2012: Bentuk bintang

8.0

02/10/2012: Bentuk bulat ANALISIS DAN PENEMUAN Setelah membuat pemerhatian, analisis borang soal selidik dan juga soalan ujian bagi mengetahui tentang pengetahuan pelajar tentang nilai-nilai murni, pengkaji mendapati masalah pelajar bersembang ini masih berlaku dan mereka kurang kesedaran walaupun telah ditegur. Seterusnya pengkaji telah menukar kedudukan pelajar yang didapati kurang menunjukkan kelakuan yang bagus di dalam kelas misalnya gemar bersembang, berjalan di dalam kelas ketika pengkaji mengajar dan juga tidak serius ketika menjawab pertanyaan guru. Hal ini demikian kerana sebagai langkah untuk mengawal perlakuan negatif, adalah lebih baik pengkaji mencegahnya terlebih dahulu. Menurut Abdullah Hassan et. al (1999:90) dalam prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah,
21

peluang untuk pelajar bersikap negatif akan berkurangan sekiranya usaha menghalangnya dibuat terlebih dahulu.Oleh itu, pengkaji telah menukar kedudukan lima orang pelajar yang didapati paling bermasalah dengan pasangan mereka bersembang. Terdapat pelajar yang mula sedar dengan sikap mereka malah ada juga yang bersikap sama apabila mereka bersembang dengan jarak jauh pula. Langkah seterusnya, pengkaji menggunakan teknik yang dinamakan sebagai Teknik MURNI oleh pengkaji untuk memupuk kesedaran dalam diri pelajar agar lebih berdisiplin di dalam kelas semasa guru mengajar. Pada permulaan kelas, pengkaji telah mengedarkan keratan kertas yang pelbagai warna kepada setiap pelajar iaitu seorang pelajar mendapat satu keratan kertas. Pengkaji memberi arahan kepada pelajar supaya mencatat nilai-nilai murni dan amalan negatif yang dilakukan oleh diri pelajar masingmasing di dalam keratin kertas tersebut. Guru memberikan simbolik kepada keratan kertas tersebut sebagai lambang kepada insan-insan yang disayangi oleh pelajar. Pelajar dikehendaki berkelakuan jujur dan tidak menipu semasa mencatat. Langkah ini agak berkesan kepada pelajar kerana mereka sensetif dengan insaninsan yang disayangi dan menyebabkan mereka cuba menjaga tingkah laku mereka di dalam kelas. Kesannya, pengkaji dapat mengajar dengan tenang dan pelajar-pelajar juga dapat memberi respon yang baik apabila di soal. Langkah ini diteruskan pada P&P yang seterusnya sehingga pengkaji berpuas hati dengan tingkah laku pelajar di dalam kelas. Hasil daripada semakan pengkaji tentang nilai-nilai murni dan amalan negatif pelajar adalah seperti berikut: i. 19/9/2012: Bentuk petak
22

Nilai Murni: Amalan negatif = 54:43

ii. iii. iv.

25/9/2012: Bentuk hati 26/9/2012: Bentuk bintang

Nilai Murni: Amalan negatif = 44:36 Nilai Murni: Amalan negatif = 43:18 02/10/2012: Bentuk bulat Nilai Murni: Amalan negatif = 59:34 Keputusan ini memperlihatkan bahawa nilai murni pelajar lebih banyak berbanding amalan negatif. Keadaan ini saja sudah memadai bagi mendapatkan persekitaran bilik darjah yang tenang untuk P&P. Objektif P&P juga tercapai apabila pelajar berminat dengan setiap perbincangan yang dilakukan dalam kelas.

9.0

PENILAIAN DAN REFLEKSI Berikut merupakan penilaian terhadap tindakan yanag telah dilaksanakan Tindakan Pertama Penilaian Pemerhatian yang dibuat mendapati bahawa pelajar-pelajar kelas 2 Amanah mempunyai masalah tingkah laku yang kurang berdisiplin semasa pengkaji mengajar. Nilai-nilai murni seperti menghormati pengkaji tidak diamalkan seperti yang sepatutnya dilakukan oleh kelas hadapan. Pengkaji mendapati hanya seorang sahaja pelajar kelas ini yang berdisiplin disebabkan sikap yang pendiam. Manakala yang lainnya tidak serius semasa P&P dan gemar bersembang. Kedua Berdasarkan borang soal selidik, pengkaji mendapati hampir

keseluruhan kelas ini pernah ditegur oleh guru-guru lain kerana bersembang semasa P&P. Perkara yang dibualkan juga pelbagai,
23

antaranya berkenaan dengan hiburan, isu semasa dan juga hal-hal akademik. Hasil analisis borang soal selidik, pengkaji melihat bahawa masalah ini agak serius dan perlu dibendung supaya tidak melarat. Ketiga Pengkaji mendapati bahawa pelajar dapat mengenalpasti nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang untuk menjadi manusia yang berguna. Setiap pelajar dapat menyenaraikan setiap nilai murni dengan tepat tetapi kurang mengamalkannya lebih-lebih lagi sikap berdisiplin dan menghormati guru. Oleh itu, pengkaji meneruskan usaha dengan menukar kedudukan pelajar yang didapati paling bermasalah. Keempat Teknik menukar tempat duduk sebagai denda terhadap pelajar yang tidak berdisplin dilihat kurang berkesan kerana pelajar berkeras tidak mahu menukar tempat. Walaupun kedudukan dengan pasangan sudah dijarakkan, mereka masih lagi bersembang dengan jarak jauh. Keadaan ini disebabkan kurangnya rasa hormat pelajar terhadap pengkaji. Kelima Teknik MURNI merupakan teknik spikologi untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar semasa P&P berlangsung. Pelajar merasakan satu tanggungjawab untuk memenuhi keratan kertas yang diedarkan dengan mencatat nilai-nilai murni masing-masing yang diamalkan semasa pengkaji mengajar dari awal hingga tamat masa P&P. Suasana kelas agak aman kerana pelajar ingin mengamalkan nilai-nilai murni dan mencatatnya di dalam kertas. Tambahan pula keratan kertas yang berbeza bentuk itu telah dilambangkan sebagai sesuatu yang amat pelajar sayangi. Oleh itu, pelajar akan cuba untuk menjadi baik disebabkan perlambangan
24

yang

diberi.

Bentuk-bentuk

kertas

dilambangkan seperti berikut: i. ii.


iii.

Petak: jujur dengan ayah Hati: Jujur dengan ibu Bintang: Jujur dengan Tuhan Bulat: Jujur dengan diri sendiri

iv.

10.0

KESIMPULAN

Rumusan daripada kajian tindakan ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat perubahan yang dilakukan oleh pelajar apabila teknik berbentuk psikologi ini dilakukan. Sedikit sebanyak, dalam diri pelajar terdapat satu naluri lembut apabila mengaitkan mereka dengan insan-insan tersayang yang menghantar mereka ke sekolah dan tanggungjawab mereka sebagai anak untuk memberikan yang terbaik dalam pencapaian akedemik mereka. Tambahan pula, mereka merupakan pelajar yang pintar dan mudah untuk mendengar nasihat walaupun adakalanya mereka memperlihatkan sifat kurang matang. Secara keseluruhannya, pelajar yang paling degil di kelas ini juga mampu dilembutkan supaya mereka menjadi pendengar yang baik, tidak bersembang serta menjadi pelajar yang berdisiplin selaras dengan kedudukan kelas mereka. Pengkaji berharap dengan teknik MURNI yang diperkenalkan ini dapat disesuaikan dalam matapelajaran lain supaya pelajar dapat mengingati tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Sebagai pelajar, mereka bukan saya perlu belajar dengan bersungguh-sungguh, tetapi mereka juga perlu menanam nilai-nilai murni supaya apa yang dihajati akan mudah tercapai. Pelajar tidak bermakna langsung tidak boleh bersembang semasa P&P. Tetapi perkara yang
25

dibualkan itu hendaklah menjurus kepada P&P. Jika terdapat isu-isu yang ingin dibincangkan, guru-guru boleh mengambil isu tersebut sebagai perbincangan yang boleh diselitkan ke dalam P&P iaitu selingan. Oleh itu, pengkaji berharap setiap langkah dalam Kajian Tindakan ini dapat digunapakai dengan sebaiknya.

Bibliografi Abdullah Hassan & Ainun Mohd (1999). Kemahiran intrapersonal untuk guru. Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd Azizi Bin Yahaya & Rohaya Binti Ahmad (2004). Faktor-Faktor Penyebab Masalah Disiplin Di Sekolah. Diperolehi pada Mei 18, 2012 daripada http://eprints.utm.my/10404/1/FAKTORFAKTOR_PENYEBAB_MASALAH_DISIPLIN_DI_SEKOLAH.pdf Kamus Dewan. (edisi ketiga.). (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Lee Soon Guan (1997). Guru Sebagai Penyelidik: Faktor-Faktor Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan di Sekolah. Diperoleh pada Mei 17, 2012 daripada http://etd.uum.edu.my/877/1/Lee_Soon_Guan.pdf Syaiful Bahri Djamarah (2000). Guru dan anak didik dalam interaksi edukatif. Jakarta: Penerbit Rineka Cipta Sejarah SMKS (2012). Diperolehi pada Mei 18, 2012 daripada

http://diarismksungkai.blogspot.com/p/sejarah-smks.html Teori dan Model Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Mei 27, 2012 daripada http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Teori%20&%20Model%20P&P.pdf Thomas Farrell (2004). Reflecting on classroom. Singapura: Pearson Education Office In Asia.
26

You might also like