You are on page 1of 30

NAMA CALON

: NUR FATIN FARIHA BINTI ABD LATIF NOMBOR KAD PENGENALAN: 960501-04-5206 ANGKA GILIRAN : BH101 K015 TINGKATAN : 3 AMANAH NAMA GURU : PUAN ROZAINITA BT ABDUL RAHMAN SENARAI KANDUNGAN

Perkara
Penghargaan Objektif kajian Kedah Kajian Hasil kajian Institusi pentadbiran tempatan
1. Nama rasmi/ nama ringkas/ nama lain 2. Lokasi 3. Matlamat/ objektif/ misi/ visi penubuhan 4. Carta organisasi dan senarai pentadbir

Muka surat

Latar belakang
1. Sejarah penubuhan(Asal usul/ Tarikh/ Pengasas) 2. Undang- undang Tubuh/ Und - ang undang Kecil/ Garis Panduan Penubuhan 3. Perincian peranan/ Tanggungj - awab bidang tugas pentadbir 4. Cara pelantikan pentadbir tempatan

Peranan
1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. Ekonomi Pendidikan Kebudayaan Pelancongan Kemajuan yang dicapai Pengiktirafan/ penghargaan Cabaran yang dihadapi Perancangan masa hadapan

Perkembangan

Rumusan Lampiran Rujukan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Walaupun menghadapi cabaran, tetapi ia tidak melunturkan semangat untuk melaksanakan kajian ini. Saya dapat melaksanakannya dengan baik hasil kerjasama saya dan beberapa pihak yang lain.

Saya, Nur Fatin Fariha binti Abd Latif daripada tingkatan 3 Amanah mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada Pengetua Cemerlang SMK TTDI JAYA, Datin Aisah binti Jaman kerana memberi kemudahan kepada pelajar- pelajar tingkatan 3 untuk melaksanakan kerja kursus Sejarah PMR 2011.

Saya turut mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada guru Sejarah saya, Puan Rozainita bt Abdul Rahman yang banyak membimbing saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak memberi keyakinan dan kesenangan kepada saya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya, Encik Abd Latif bin Md Aris dan Puan Sapiyah binti Samat yang banyak memberi sokongan dan galakan.

Saya juga menyanjung tinggi akan rakan rakan sekelas saya iaitu pelajar pelajar 3 Amanah seperti Siti Noor Hidayah, Fazliaty Edora, Nur Zafirah dan lain - lain yang samasama yang menjalankan kajian ini dalam susah dan senang.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kerja kursus ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif- objektif berikut. Secara amnya, kerja kursus dilakukan supaya dapat mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih. Hal ini membolehkan saya menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah secara rasional. Saya juga dapat merekod fakta sejarah dengan betul. Hasilnya, saya akan mendapat satu kajian ilmiah yang dilaksanakan dengan tatacara yang betul, tepat dan jelas.

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk membuka mata kita supaya mengetahui dengan lebih mendalam tentang Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) selaku Pihak Berkuasa Tempatan yang telah membangunkan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor yang makmur. Selain itu, tujuannya juga ialah supaya dapat mengetahui dengan jelas tentang sejarah MBSA, visi, misi dan latar belakang organisasi ini. Di samping dapat menerangkan peranannya dari segi ekonomi, pendidikan, keagamaan dan lain lain, kajian ini juga bertujuan supaya dapat menghuraikan pula perkembangan MBSA dari sumber kewangan, pembangunan prasarana, keistimewaannya dan banyak lagi.

Akhir sekali, nilai- nilai murni dan unsur- unsur patriotisme juga dapat disemai melalui kajian ini dan diharap dapat dijadikan amalan untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dengan memerhati secara menyeluruh tentang bagaimana peranan dan perkembangan MBSA dalam pembangunan Shah Alam ke arah mencapai matlamatnya.

Saya telah menggunakan kaedah penyelidikan dan rujukan iaitu dengan mencari maklumat di laman internet dan buku buku ilmiah untuk mengetahui tentang sejarah MBSA.

Saya juga melawat kawasan kajian iaitu bangunan MBSA di Shah Alam untuk mencari maklumat tambahan dan sebagai bukti bahawa saya telah mencari maklumat di kawasan kajian.

HASIL KAJIAN 1. Institusi Pentadbiran Tempatan


Setiap tempat, bandar, negeri atau negara pasti mempunyai kawalan keselamatan dan pentadbirannya yang tersendiri. Begitu juga dengan bandar Shah Alam yang merupakan ibu negeri Selangor. Bandar Shah Alam yang sedang membangun ini dikenali juga dengan nama Bandar Anggerik.

1.1 Nama rasmi/ Nama ringkas/ Nama lain Bandar Shah Alam ditadbir oleh satu organisasi Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam atau nama ringkasnya MBSA. Pada asalnya, organisasi ini dinamakan Majlis Perbandaran Shah Alam dan ditukar menjadi Majlis Bandaraya Shah Alam.

1.2 Lokasi Organisasi ini bertempat di bangunannya iaitu Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam. Jika orang ramai mempunyai sebarang masalah, mereka boleh pergi ke alamat Wisma MBSA, Peti Surat 7200, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

1.3 Matlamat/ Objektif/ Misi/ Visi penubuhan Setiap organisasi pasti mempunyai matlamat, objektif, visi dan misi penubuhannya untuk mencapai kejayaan yang diinginkan. MBSA telah menetapkan wawasannya iaitu bersama menjadikan Shah Alam bandaraya bestari, cemerlang dan bertaraf dunia. MBSA juga mempunyai objektif atau matlamat penubuhannya iaitu mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah bandaraya yang indah, bersih dan selamat, memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan pembangunan lestari, merancang dan menyediakan kemudahan prasarana perbandaran yang lengkap dan berkualiti, meningkatkan pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal dan mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan.

Selain itu, objektif MBSA juga ialah mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, telus dan berkesan secara berterusan, memastikan warga kerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan dan pelancongan, menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah dan profesional dan akhir sekali ialah memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam.

Visi MBSA yang dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatannya ialah Menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya bestari yang indah, berdaya maju, harmonis dengan alam sekitar ke arah mewujudkan masyarakat madani melalui nilai-nilai pembangunan mampan.

Misi MBSA pula ialah Memberi dan memastikan semua aktiviti di setiap peringkat sentiasa di tahap tahap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti. Slogan yang dijadikan pembakar semangat oleh warga MBSA untuk terus berkhidmat kepada penduduk ialah Bersama ke arah kegemilangan

1.4 Carta organisasi dan senarai pentadbir Sesebuah organisasi yang cemerlang pasti mempunyai nadi penggerak iaitu kumpulan individu yang sama sama berusaha memajukan bandar Shah Alam ke arah kemajuan yang diimpikan. Berikut merupakan carta organisasi dan senarai pentadbir organisasi MBSA :

Carta organisasi umum pentadbiran MBSA.

Carta organisasi khusus dan senarai pentadbiran MBSA.

2. Latar belakang
Sejarah penubuhan sesuatu organisasi menjadi titik permulaan kepada kejayaannya. Tarikh penubuhan keramatnya pula menjadi sejarah yang amat bermakna untuk diingati. Undang undang penubuhannya pula menjadi garis panduan untuk terus berkembang menjadi sebuah organisasi yang maju.

Para pentadbirnya pula bertanggungjawab membawa haluannya ke arah kemajuan atau kemunduran ibarat sebuah kapal yang dikemudi oleh seorang kelasi di tengah lautan maha luas. Cara pelantikan pentadbirnya pula dilakukan dengan bijak dan saksama untuk menyeimbangkan organisasi ini.

2.1 Sejarah penubuhan ( Asal usul/ Tarikh/ Pengasas ) Bandar Anggerik ditadbir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sebelum itu ia lebih dikenali dengan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA). MPSA ditubuhkan pada 7 Disember 1978. Ia ditubuhkan serentak dengan peristiwa perisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan.

Apabila Shah Alam diisytiharkan sebagai bandaraya pada 10 Oktober 2000, MPSA dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Shah Alam. Bagaimanapun, organisasi ini hanya memulakan pentadbirannya pada 1 Januari 1979 di sebuah rumah kedai di Seksyen 3.

2.2 Undang undang tubuh/ Undang undang kecil / Garis panduan penubuhan MBSA ditubuhkan di bawah Akta 171 Kerajaan Tempatan. Akta ini memperuntukkan MBSA mentadbir, berkhidmat dan membangunkan bandaraya Shah Alam.

Undang undang Kecil 2007 pula telah digubal dan diwartakan. Antaranya ialah Undang undang Kecil Mengkompaun Kesalahan Kesalahan(MBSA) Jalan Parit dan Bangunan 2005 , Undang undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian(MBSA) 2005, Undang undang Kecil Tanah Perkuburan Islam(MBSA) 2005, Undang undang Kecil Tandas Awam(MBSA) 2005, Undang undang Kecil Vandalisme(MBSA) 2005, Undang undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan Kesalahan) (MBSA) Kerajaan Tempatan 2005, Undang undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang undang Kecil Pasar(MBSA) 2007 dan Undang undang Kecil Pusat Sukan Persendirian(MBSA) 2007.

Selain itu, Undang undang Kecil ini juga merangkumi Undang undang Kecil Kolam Renang(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Pusat Siber dan Kafe(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Establisyemen Makanan(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Kerja Tanah(MBSA) 2007 dan Undang undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah sarap(MBSA) 2007.

Undang undang Kecil yang lain juga ialah Undang undang Kecil Perintah Pengangkutan Jalan( Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MBSA) 2007, Undang undang

Kecil Iklan Pilihanraya (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Perlesenan Anjing dan Rumah Pembiakan(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Hotel(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Krematorium(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Pengendali Makanan( MBSA) 2007, Perintah Tetap Mesyuarat(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Iklan(MBSA) 2007 dan Undang undang Kecil Penjaja(MBSA) 2007.

2.3 Perincian peranan/ Tanggungjawab bidang tugas pentadbir Shah Alam dibahagikan kepada 12 zon dan setiap zon diwakili oleh seorang Ahli Majlis sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi yang juga Ahli Majlis. Setiap Ahli Majlis diberi sejumlah peruntukkan untuk melaksanakan segala aktiviti dan melakukan kerja kerja pembaikan kecil.

2.4 Cara pelantikan pentadbir tempatan MBSA diketuai oleh seorang Datuk Bandar yang merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Datuk Bandar juga merupakan Ahli Majlis yang memikul tanggungjawab bersama 23 Ahli Majlis yang lain bagi setiap dua tahun tempoh lantikan. Ahli ahli Majlis ini terdiri daripada ahli politik, golongan profesional, ahli akademik dan tokoh korporat.

Pengurusan Majlis juga dianggotai oleh Timbalan Datuk Bandar, Timbalan Setiausaha dan pengarah pengarah jabatan serta ketua ketua bahagian yang mengetuai beberapa portfolio. MBSA mempunyai 1200 orang kakitangan yang memegang 153 jenis jawatan.

Pada awal pentadbirannya, ia hanya beroperasi pada 1 Januari 1979 di sebuah rumah kedai di Seksyen 3 dengan jumlah kakitangannya seramai 123 orang. Kakitangannya juga merupakan kakitangan Lembaga Bandaran yang diwujudkan khas untuk mentadbir Shah Alam.Apabila MPSA mula beroperasi, secara automatik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menjadi Yang di Pertua.

Disebabkan Yang di- Petua tidak bertugas sepenuh masa, Penolong Setiausaha dilantik untuk membantu tugas tugas Yang di- Pertua. Pada tahun 1979, jawatan Setiausaha diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Pada tahun1988, MPSA mendapat seorang Yang di- Pertua sepenuh masa dan ia ditukar menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaiktaraf. Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Pada Oktober 1988, ia berpindah pula ke bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA.

3. Peranan MBSA
Dalam usaha membangunkan bandar Shah Alam, MBSA berperanan besar daripada segi ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan.

3.1 Ekonomi Peranan MBSA yang utama ialah menjadikan Shah Alam sebagai sebuah pusat perindustrian sehinggakan diiktiraf sebagai sebuah bandar raya pertama di Malaysia yang mempunyai kawasan perindustrian yang terancang.

MBSA juga telah menyediakan banyak kemudahan untuk kegiatan ekonomi di Shah Alam. Keadaan ini telah menarik ramai pelabur datang ke negara kita untuk melabur.

MBSA turut menyediakan kemudahan pengangkutan yang efisyen yang menggalakkan kepada pertumbuhan sektor perindustrian di Shah Alam. Antarapusat perindustrian yang terdapat di Shah Alam ialah Kawasan Perindustrian HICOM(Seksyen 26), HICOM Glenmarie Industrial Park (Seksyen U1), Kawasan Perindustrian Temasya(Seksyen U1), Kawasan Perindustrian Bukit Jelutong(Seksyen U8), Kawasan Perindustrian AMJ(Seksyen 32), Kawasan Perindustrian Elit( Seksyen 33) dan pelbagai multi nasional industri.

Dalam pentadbiran Shah Alam, MBSA juga telah menjadikannya sebagai pengeluar kereta Proton.

3.2 Pendidikan Pendidikan merupakan asas utama kepada pembentukan masyarakat yang bersahsiah cemerlang. Oleh itu, beberapa pusat pendidikan seperti pusat pengajian tinngi dan sekolah telah ditubuhkan. MBSA bertanggungjawab menubuhkan kemudahan pusat pendidikan yang sempurna untuk kecemerlangan generasi muda di Shah Alam.

Antara pusat pendidikan yang menjadi kebanggaan setiap penduduk di Shah Alam ialah Kampus Universiti Teknologi MARA (UITM) yang terletak di Seksyen 1, Universiti Industri Selangor(UNISEL), Institut Teknologi MARA(ITM), Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan(PTPL), Institut Pendidikan Selangor (Inpens), Politeknik Shah Alam (PSA) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Pusat pusat pendidikan tersebut menyediakan banyak kemudahan kepada para penuntutnya agar selesa untuk menimba ilmu.

Shah Alam juga mempunyai sebanyak 121 buah tadika, 52 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah.

Justeru, setiap penduduk di Shah Alam sepatutnya bersyukur dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh MBSA. Terbukti pendidikan merupakan aspek penting untuk berjaya dalam hidup.

3.3 Kebudayaan. Sebagai sebuah bandaraya yang sedang membangun, MBSA turut menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan sebagai mengekalkan khazanah warisan negara dan menarik ramai pelancong datang ke Shah Alam.

Antara tempat kebudayaan yang disediakan untuk orang ramai dan pelancong ialah Kompleks Taman Seri Budaya Negeri Selangor dan Muzium Negeri Sultan Alam Shah yang menyimpan pelbagai koleksi dan artifak tinggalan sejarah berkaitan dengan salasiah Kesultanan, kebudayaan dan tradisi rakyat negeri Selangor.

Selain itu, Galeri Seni juga disediakan di bandar Shah Alam. Galeri tersebut merupakan pusat seni dan budaya bagi penggiat penggiat seni. Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam juga merupakan antara tempat kebudayaan yang terdapat di Shah Alam. Ia merupakan mercu tanda yang mempromosikan kegiatan dan kesenian Malaysia.

MBSA turut menubuhkan kumpulan orkestra yang dikenali sebagai Orkestra Shah Alam. Kumpulan ini mengadakan persembahan sebanyak dua kali setahun di Auditorium MBSA.

3.4 Pelancongan Sektor pelancongan merupakan antara kegiatan yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan menyumbangkan kepada sumber pendapan negara. Pihak MBSA menyediakan banyak tempat pelancongan yang menarik di sekitar Shah Alam. Antaranya ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, hotel dan pusat konvensyen, Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam Shah, Dataran Shah Alam, Muzium Negeri, Perpustakaan Negeri, Muzium Institut Penyelidikan Getah dan banyak lagi.

Malah, penubuhan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC) juga banyak membantu dalam menyebarkan tempat tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Shah Alam.

4. Perkembangan
Beberapa perancangan penting untuk perkembangan sesebuah organisasi.

4.1 Kemajuan yang dicapai. MBSA telah mencapai beberapa kemajuan dalam perkembangannya. Oleh sebab MBSA telah banyak menyumbangkan jasa kepada penduduk, bandar Shah Alam semakin maju. Struktur pentadbiran MBSA yang bijak dan cekap telah berjaya membangunkan Shah Alam. Antara kemajuan yang dicapai oleh Shah Alam dalam pentadbiran MBSA ialah dikenali sebagai bandar raya terancang yang pertama di Malaysia, negeri pertama di Malaysia yang diisytiharkan sebagai negeri maju pada tahun 2005 dan diisytiharkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan terbaik di Selangor pada tahu 2005.

Selain itu, dalam usaha MBSA membangunkan Shah Alam, ia telah menganjurkan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti Petandingan bercerita sirah sirah rasul, pelawanan bola sepak, program Jom Teropong Angkasa dan lain lain. Aktiviti aktiviti yang telah dianjurakan mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk kerana mereka kian mengetahui tentang pentingnya perpaduan yang dipupuk dalam aktiviti sosial.

Seterusnya, ramai pelabur datang ke negara kita. Hal itu juga merupakan salah satu kemajuan pentadbiran MBSA daripada segi perindustrian. Pentadbiran MBSA di Shah Alam juga telah menarik ramai pelancong datang ke negara kita. Di samping itu, daripada segi pendidikan pula generasi hari ini semakin celik ilmu kerana wujudnya kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan. MBSA juga telah menyediakan banyak kemudahan pendidikan untuk kebaikan penduduk.

4.2 Pengiktirafan/ penghargaan Berdasarkan usaha dan sumbangan MBSA, ia layak diberi pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya. Antara pengiktirafan yang diterima sepanjang tahun 2000 hingga 2010 ialah Anugerah Ceria Bahasa 2000, kategori Pihak Berkuasa Tempatan, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Tempat Kedua pada Pertandingan Laman Web Terbaik Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor, 2000, Antara lima pemenang pada Pertandingan Akhir Laman Web Terbaik Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan, 2000, Tuan Rumah Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2001, Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam, 10 Oktober 2000, Tuan Rumah Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan ke-43, 2000, Pavillion Antarabangsa Terbaik dan Spesis Terbaik (Pingat Emas), Pameran Anggerik Antarabangsa Miami ke-55, 2000, Florida, USA, Hibrid Terbaik (Pingat Emas) dan Best Stand Judging (Pingat Gangsa), Kongres Anggerik Eropah ke-12, 2000, Copenhagen, Denmark, Pavillion Antarabangsa Terbaik (Pingat Perak), Pameran Anggerik Kebangsaan Afrika Selatan ke-11, 2000, Pretoria, Afrika Selatan dan Anugerah Persijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), 2001.

Selain itu, MBSA juga telah memenangi Johan kategori Perkhidmatan, Pertandingan Amalan 5S Peringkat Kebangsaan, 2001, Tempat Kedua Anugerah Pameran Antarabangsa, Kongres Asia Pasi_k ke-7, 2001, Nagoya, Jepun, Anugerah Kualiti Perkhidmatan Perancangan Terbaik 2001, daripada Pertubuhan Perancang Malaysia (tiga tahun berturut-turut), Anugerah Inovasi ICT Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 2002, Tuan Rumah bagi Persidangan Anggerik Sedunia (WOC) ke-17 pada tahun 2002, Johan Perbarisan, Perbarisan Hari Kebangsaan 2002, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-45 Peringkat Negeri Selangor, Tempat Ketiga acara perbarisan, Perbarisan Minggu Wanita Peringkat Negeri Selangor 2002, Johan Keseluruhan (kali kedua), Kejohanan Sukan Pihak

Berkuasa Tempatan Selangor ke-2, 2003, Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2003, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-46 Peringkat Negeri Selangor dan Johan kategori Terbuka-Sektor Perkhidmatan, Amalan 5S Antara Organisasi, 2003.

MBSA juga telah memenangi Johan, Anugerah Kualiti Kaunter Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor, 2003, Anugerah Persijilan MS-ISO 9001:2000, Johan Keseluruhan (kali ketiga berturut-turut), Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor ke-3, 2004, Menerima Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara bagi Laporan Kewangan MBSA tahun 2001, 2002 dan 2003, Anugerah Persijilan Amalan 5S, 2004, Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2004, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-47 Peringkat Negeri Selangor, Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2005, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-48 Peringkat Negeri Selangor, Anugerah Inisiatif Persekitaran Fizikal 2005 bagi Perancangan Inovatif dan Kualiti Kehidupan Seimbang: Kajian Kes Taman Wetland Kota Kemuning, Juara Kategori A (Bandaraya/Majlis Perbandaran), Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC), 2006 dan Pengiktirafan sebagai Bandaraya Selamat di Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2006.

Bukan itu sahaja, organisasi ini juga telah diberi pengiktirafan Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2007, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-50 Peringkat Negeri Selangor 2007, Juara Kategori Pengurusan, Majlis Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ke-20 Peringkat Negeri Selangor, 2007, Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Selangor, 2007, Hadiah Kecemerlangan bagi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC),

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, 2007, Anugerah Khas Bandaraya Lestari Inisiatif Pentadbiran Alam Sekitar, 2006/2007, Bandaraya Mampan Petunjuk Bandar Mampan Bandaraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Tahun 2007, Anugerah Persijilan MSISO 9001: 2000, 2008, Anugerah Persijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), 2008, Anugerah Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), 2008 dan Bandaraya Mampan Petunjuk Bandar Mampan Bandaraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Tahun 2009.

Segala usaha untuk mencipta kemajuan tercapai apabila MBSA juga memenangi Anugerah Ceria Bahasa 2009, Kategori Pihak BerkuasaTempatan, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan, Penarafan 4 Bintang Dalam Sistem Star Rating, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, 2009, Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentabiran Cemerlang (APPC), anjuran Kerajaan Negeri Selangor, 2009, Naib Johan Pertandingan Kawad Formasi Piala Datuk Bandar Petaling Jaya, 2009, Tempat Pertama Sepanduk Terbaik Kategori Badan Berkanun/Swasta Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1430H/2009M, Johan - Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Piala Datuk Bandar, 2010, Johan - Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Selangor. (Kategori Teknikal), 2010, Tempat Ke-2 (bagi Kategori Jabatan dan Bandar Raya) pada Perarakan 10 Tahun, Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Bandar Raya Shah Alam, 2010, Johan Pertandingan Kawad Formasi Piala Datuk Bandar Petaling Jaya, 2010, Penganugerahan Bandar raya MampanSempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2010 dan Penarafan 5 Bintang bagi Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia, Anjuran MDEC, 2010.

4.3 Cabaran yang dihadapi Dalam gah mencipta kegemilangan, MBSA turut menghadapi cabaran sepanjang pentadbirannya. Antaranya ialah sektor perindustrian bandar terjejas. Hal ini berlaku disebabkan oleh kegawatan ekonomi dunia. Malah, para peniaga dan pengusaha sudah mula hilang keyakinan terhadap ekonomi Shah Alam terutamanya sektor eksport. Jika hal ini dibiarkan berterusan, pendapatan MBSA akan terjejas berikutan kekurangan hasil ekonomi. Tambahan pula, pihak MBSA terpaksa pula mengeluarkan belanja besar bagi membaiki kemudahan awam yang rosak akibat vandalisme yang dilakukan oleh penganggur.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh MBSA ialah persaingan antara Shah Alam dengan bandar bandar lain seperti Putrajaya, Cyberjaya, Klang dan Selayang. Persaingan bandar bandar ini berlaku daripada segi pembangunan, ekonomi dan lain lain. Implikasi jangka panjang daripada pembangunan bandar bandar ini boleh menjejaskan penarafan bandar Shah Alam bahkan daya tarikan Shah Alam akan menurun berikutan dengan penghijrahan penduduk ke bandar bandar lain.

Di samping itu, MBSA juga menghadapi masalah dengan ketidakpuasan terhadap keutuhan pentadbirannya sehinggakan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan, prasangka dan tanggapan negatif. Tetapi, tohmahan tohmahan tersebut dianggap sebagai pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan.

4.4 Perancangan masa hadapan Bagi mencapai visi, misi dan matlamat penubuhan, MBSA telah merancang beberapa perancangan masa hadapan. Antaranya ialah menggubal Perancangan Strategik bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2009 hingga tahun 2013. Perancangan tersebut dilakukan adalah untuk merealisasikan matlamat penubuhannya. MBSA juga telah merancang untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia untuk kebaikan penduduk Shah Alam. Selain itu, organisasi ini merancang untuk memperkasa ICT penduduk bagi mencapai matlamat kerajaan yang inginkan rakyatnya celik IT. MBSA juga telah merancang beberapa dasar iaitu Dasar Kualiti, Dasar Pembangunan Mampan(seimbang), dan Dasar Bandaraya Selamat dan Nilai nilai Madani sebagai salah satu strategi untuk mencapai matlamatnya. Berdasarkan perancangan perancangan tersebut, MBSA mentadbir Shah Alam dengan bijak. Tidak hairanlah ia dianugerahkan Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik di Selangor.

RUMUSAN
Kesimpulannya, dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya berjaya mengumpul banyak maklumat dan pengalaman serta nilai yang akan saya amalkan dalam kehidupan seharian untuk menjadi individu yang cemerlang. Hasil kajian ini membolehkan saya menyelidik dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang pihak berkuasa yang bertanggungjawab mentadbir Shah Alam.

Seterusnya, kajian ini menjadikan saya lebih menghargai pihak berkuasa bandar Shah Alam. Selain itu, kajian ini juga mengajar saya tentang sifat gigih dan tidak kenal erti putus asa seperti pihak MBSA yang gigih memajukan Shah Alam walaupun menghadapi banyak cabaran seperti tohmahan dan pelbagai prasangka buruk. Hasilnya, segala impian yang diimpikan akan tercapai.

Selain itu, kajian ini juga mendidik sesebuah masyarakat itu supaya mengamalkan sikap bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk penduduk yang sentiasa bermuafakat. Malah, ia memudahkan pihak berkuasa yang mentadbir kawasan tersebut.

Negara pula aman dan makmur hasil daripada pentadbiran bandar yang cekap dan efektif. Oleh itu, kuasa kuasa asing sukar untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara kita kerana kesedaran individu, kerjasama sesebuah masyarakat dan hasil pentadbiran yang bijak dan cekap.

Dalam menghasilkan kerja kursus ini, saya benar benar merasai kaedah pengkajian sejarah yang sebenar. Perkara yang paling penting sekali ialah saya mendapat

pengalaman yang paling berharga bagi meningkatkan kemajuan diri ke arah mencapai matlamat individu bersahsiah cemerlang.

LAMPIRAN

RUJUKAN
Saya telah merujuk beberapa jenis sumber rujukan dalam proses pelaksanaan kerja kursus Sejarah PMR 2011. Rujukan buku ilmiah 1993, Selangor Maju Bersama, halaman 260 263(Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Media Printext (M) Sdn. Bhd) Rujukan majalah 1991, Shah Alam Bersih dan Indah, halaman 4 6 (Unit Perhubungan Awam, MPSA). Melawat tempat kajian Melawat tempat kajian iaitu bangunan MBSA untuk mencari maklumat bagi pelaksanaan kerja kursus ini. Rujukan http://www.mbsa.gov.my/home Risalah Aktiviti Shah Alam Mac 2011 dan Aktiviti Bandar Raya Shah Alam. Sumber sumber lain Merujuk sumber sumber lain untuk mencari maklumat

KARANGAN ESEI: BAGAIMANAKAH INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN DAPAT MEMPERKUKUH INTEGRASI NASIONAL DI NEGARA KITA.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa Pihak Berkuasa Tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan lain lain memainkan peranan penting dalam pentadbiran sesebuah tempat atau bandar. Negeri Selangor merupakan antara negeri termaju di Malaysia. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam. Bandaraya Shah Alam ditadbir oleh satu organisasi iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Terdapat pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir tempat lain seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum mengorak langkah lebih panjang, marilah sama sama kita hayati maksud bagi setiap perkataan dalam tajuk esei ini iaitu Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita? Menurut Kamus Dewan Bahasa institusi bermaksud badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu. Pentadbiran ialah perbuatan menguruskan sesuatu manakala tempatan ialah tanah air sendiri. Perkataan memperkukuh membawa maksud menjadikan lebih kuat sementara integrasi ialah penggabungan kaum. Akhir sekali, perkataan nasional bermaksud bangsa atau kebangsaan.

Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang cekap dan efisyen telah dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita melalui peranannya daripada segi perindustrian, pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan lain lain. Ia telah menyumbangkan banyak jasa terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pentadbirannya.

Misalnya, MBSA telah banyak mewujudkan banyak pusat perindustrian sehinggakan bandaraya Shah Alam mendapat gelaran Bandar Perindustrian. Keistimewaan

daripada kewujudan pelbagai pusat perindustrian ini telah banyak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tanpa mengira kaum. Keadaan ini dapat melahirkan individu yang produktif dan berusaha untuk memajukan diri. Melalui sikap rajin, berdikari, tabah menghadapi cabaran dan risiko kerja dan berketerampilan, ia dapat memajukan sektor industri di negara kita.

Paling penting sekali ialah ia dapat melahirkan masyarakat yang senantiasa berganding bahu untuk membangunkan negara daripada segi ekonomi. Belakangan ini, rakyat semakin menyedari kepentingan untuk memajukan negara agar setaraf dengan negara negara maju yang lain.

Selain itu, pihak Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya dan lain lain telah menganjurkan pelbagai aktiviti bermanfaat khusus untuk permata negara. Permata negara yang dimaksudkan ialah golongan remaja. Contohnya, MBSA menganjurkan aktiviti berbasikal, senamrobik, Pusat Seni Setempat- Music To Youth dan banyak lagi. Kebiasaannya, aktiviti aktiviti tersebut diadakan pada waktu cuti persekolahan. Keadaan ini dapat menghindarkan diri remaja daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti rempit, lepak merokok dan sebagainya. Di samping itu, ia juga dapat melatih diri menjadi seorang individu yang berdisiplin dan juga dapat menyemai sikap sukakan cabaran dan bersatu padu kerana segala aktiviti dilakukan bersama sama.

Seterusnya, Pihak Berkuasa Tempatan juga mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar. Aktiviti ini dapat menjamin kesihatan yang baik dan persekitaran yang selamat. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga mengukuhkan ukhuwah

antara jiran tetangga. Selepas itu, sikap muafakat dan amalan muhibah dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan dan perayaan di Malaysia. Misalnya, aktiviti kesenian dan kebudayaan acapkali dipersembahkan kepada orang ramai di Laman Budaya. Aktiviti yang diadakan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang adat dan tradisi kaum lain di Malaysia.

Bahkan, ia juga dapat menyemai sikap cinta akan negara kerana dikurniakan negara yang aman dan unik. Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah lupa untuk mengadakan rumah terbuka. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu tetapi juga dapat mewujudkan negara yang harmoni setaraf dengan negara maju yang lain.

Tuntasnya, Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBSA, DBKL, MPSJ dan lain lain memainkan peranan penting untuk mewujudkan masyarakat 1Malaysia. Justeru, kita seharusnya bersyukur kerana setiap kawasan tempat tinggal ditadbir dengan bijaksana. Oleh itu, hargailah dan sertailah pelbagai aktiviti yang menarik dan sudah pasti menyeronokkan yang acapkali dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

You might also like