You are on page 1of 14

Soalan Bahagian B

Mustaqim menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji kesan yis ke atas adunan tepung. Dia mencampurkan kuantiti yis yang berbeza ke dalam adunan tepung W, X, Y, dan Z yang jisimnya sama. Jadual di bawah menunjukkan ketinggian adunan selepas 30 minit.

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

(b) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul

dalam penyiasatan ini.

(c) Dalam penyiasatan ini, nyatakan apa yang

diukur (pemboleh ubah bergerak balas).


(d) Ramalkan ketinggian adunan itu jika 13 g yis

digunakan.

Rajah di bawah menunjukkan sekumpulan burung sedang makan buah betik.

(a)Nyatakan satu ciri-ciri buah betik yang menarik perhatian burung.


(b) Bagaimanakah burung membantu dalam

kemandirian spesies pokok betik?


(c) i.Jika burung tidak makan buah betik,

apakah yang akan berlaku pada spesies pokok betik?


ii. Berikan sebab-sebab bagi jawapan kamu di (c)i.

Sekumpulan murid mengumpulkan maklumat tentang jumlah makanan yang diperlukan oleh harimau yang berlainan berat. Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan ini.

(a) Nyatakan satu maklumat yang

dikumpulkan dalam penyiasatan ini. (b)Nyatakan hubungan antara apa yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasi) dengan apa yang diperhatikan (pemboleh ubah yang bergerak balas). (c) Ramalkan jumlah daging yang diperlukan oleh seekor harimau seberat 100 kg. (d) Nyatakan apa yang ditetapkan (pemboleh ubah yang dimalarkan) dalam penyiasatan ini.

Rajah di bawah menunjukkan satu litar elektrik yang disambungkan oleh sekumpulan murid.

Wayar nikrom dicelupkan ke dalam bikar berisi air.

(a) Apakah yang akan berlaku selepas dua

puluh minit suis dihidupkan?


(b) Beri satu alasan (inferens) bagi jawapan kamu di (a). (c) Nyatakan sumber tenaga yang digunakan. (d)Nyatakan perubahan tenaga berdasarkan

pemerhatian dalam eksperimen ini.

Faizal menjalankan satu penyiasatan. Berikut adalah langkah-langkah dalam penyiasatannya.


Langkah 1: Dia merenjiskan beberapa titis air ke atas sekeping roti. Langkah 2: Dia meletakkan roti itu di dalam beg plastik.

Langkah 3: Dia memerhatikan roti itu selepas empat hari.


Langkah 4: Dia melihat roti itu di bawah mikroskop.

Rajah di bawah menunjukkan pemerhatian Faizal.

(a) Apakah yang dapat diperhatikan selepas

empat hari?
(b) i. Adakah kulapuk merupakan

mikroorganisma?
ii. Berikan sebab bagi jawapan kamu di (b)i. (c) Kulapuk dikelaskan dalam kumpulan

mikroorganisma mana?

Dalam satu penyiasatan, Kah Choong memasang dua litar elektrik seperti yang berikut.

Keputusan penyiasatan adalah seperti yang berikut.


1. Mentol dalam litar X kurang terang.

2. Mentol dalam litar Y lebih terang

(a) Dalam penyiasatan ini, kenal pasti... i. apakah yang diubah (pemboleh ubah

dimanipulasi)? ii. apakah yang diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas)?


(b)Apakah hubung kait antara apa yang diubah

dengan apa yang diperhatikan yang telah kamu nyatakan di (a)?


(c)Berdasarkan keputusan penyiasatan, apakah

inferens kamu tentang perbezaan kecerahan mentol dalam litar X dengan litar Y?

You might also like