You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KINJANG 35300 CHENDERIANG, PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITIA B. INGGERIS BIL 1/2012

Panitia Mata Pelajaran Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran Guru Yang Hadir

: Bahasa Inggeris : 19 Januari 2012 : 1.15 tengahari : Pusat Sumber Sekolah : Puan Rafidah binti Abu Bakar : 4 orang : Puan Rafidah binti Abu Bakar Puan Salasiah binti Hamid Encik James Sundram T Cik Nur Azwani bt Mohd Norzalan

Agenda

1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan wakil pentadbir 3. Buku Persediaan Mengajar 4. Prosedur pembelian dan pengurusan stok 5. Pencerapan Hasil Kerja Murid 6. Peperiksaan ( Penyediaan soalan dan skema) 7. Kaedah P & P 8. Program Peningkatan Pelajaran 9. Takwim Panitia 10. Lain-lain

1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 1/2012 dan mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan selamat menyambut semester baru persekolahan dan berharap agar guru-guru dapat bekerjasama dengan lebih baik lagi pada tahun 2012 dengan perancangan aktiviti yang lebih mantap. 1.3 Mesyuarat bersetuju melantik Cik Nur Azwani bt Mohd Nor Zalan sebagai Setiausaha Panitia bagi sesi 2012 berikutan pertukaran Pn Roshidah bt Abdul Rahim ke Gopeng. Tindakan : Puan Rafidah binti Abu Bakar

2. UCAPAN WAKIL PENTADBIR 2.1 Puan Salasiah selaku wakil Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan berharap kerjasama dapat dipupuk di kalangan semua guru demi meningkatkan prestasi murid dalam Bahasa Inggeris. Tindakan : Puan Salasiah binti Hamid

3. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR 3.1 Guru-guru diminta menyiapkan Buku Persediaan Mengajar mengikut yang telah diarahkan oleh Guru Besar . Bagi Bahasa Inggeris, penulisan BPM hendaklah mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Bagi tahun 1 dan 2, BPM hendaklah ditulis mengikut KSSR sementara bagi tahun 3-6 masih lagi mengikut sistem KBSR. 3.2 Bagi Tahun 1dan 2, BPM hendaklah mempunyai perkara-perkara berikut: Focus : Theme : Topic: Content Standard: Learning Standard: Objectives: Activities: 3.3 Bagi Tahun 3-6, BPM hendaklah mempunyai perkara-perkara berikut: Theme: Topic: Objectives: Skills: Activities: Teaching Aids Tindakan: Makluman

4. PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK 4.1 Puan Salasiah mengingatkan guru-guru supaya pembelian barang-barang pada tahun dilakukan seperti tahun-tahun lepas iaitu dengan mengadakan perbincangan dan seterusnya Ketua Panitia akan mengisi borang Nota Minta dan dilanjutkan kepada Guru Besar untuk kelulusan. 4.2 Barang-barang hanya boleh dibeli daripda pembekal-pembekal yang telah di iktiraf oleh sekolah. 4.2 Barang-barang yang hendak dibeli mestilah mengikut anggaran perbelanjaan yang yang disediakan oleh Panitia. 4.3 Setiap barang yang dibeli hendaklah direkodkan dalam senarai inventori dan stok. Tindakan : Makluman

5. PENCERAPAN HASIL KERJA MURID 5.1 Pengerusi meminta setiap guru merujuk kepada Panduan Dasar Kurikulum bagi tujuan pencerapan klinikal dan jadual penghantaran buku latihan kepada pentadbir. ( SILA RUJUK PANDUAN DASAR KURIKULUM dan LAMPIRAN 1) 5.2 Pengerusi juga meminta semua guru menyediakan TOV dan target ( Headcount) untuk kelas masing-masing. TOV adalah berdasarkan markah PKSR 2- 2011 atau markah Ujian Kali Pertama 2012 bagi Tahun 1.

Tindakan : Makluman

6. PEPERIKSAAN (PENYEDIAAN SOALAN DAN SKEMA) 6.1 Penilaian dan Peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah seperti yang telah ditetapkan dalam mesyuarat Kurikulum sekolah iaitu: 6.1.1 6.1.2 6.1.3 1 kali ujian bulanan PKSR 1 dan PKSR 2 Penilaian berterusan untuk SBOA

( SILA RUJUK LAMPIRAN 2) 6.2 Guru-guru diminta menyediakan soalan mengikut topik yang telah diajar dan menyediakan satu salinan untuk fail panitia dan Bank Soalan. 6.3 Pada tahun 2012 ini, soalan perlu disediakan sendiri oleh guru-guru memandangkan Majlis Guru Besar tidak akan menyediakan soalan-soalan peperiksaan. Tindakan: Makluman

7. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7.1 Guru-guru diminta melaksanakan P&P mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir. Aktiviti P&P hendaklah dapat menarik minat murid. Guruguru digalakkan menggunakan CD yang telah dibekalkan ke sekolah. 7.2 Guru-guru yang telah mengikuti bengkel bersama Native Speaker diminta mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari bersama murid-murid. Puan Salasiah mengatakan Program Native Speaker adalah baik dan murid-murid berasa seronok belajar. Yang menjadi masalah hanyalah bengkel-bengkel yang diadakan terlalu kerap.

8. PROGRAM PENINGKATAN PELAJARAN 8.1 Guru-guru diminta membincangkan program-program untuk peningkatan mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk guru dan murid. 8.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mengekalkan program yang telah dirancang pada tahun lepas dan berharap agar ianya dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada tahun ini. (SILA RUJUK LAMPIRAN PROGRAM PENINGKATAN PELAJARAN) 9. TAKWIM PANITIA 9.1 Pengerusi juga meminta guru-guru membincangkan program bagi Panitia untuk sepanjang tahun. (SILA RUJUK LAMPIRAN TAKWIM PANITIA) 10. HAL-HAL LAIN 10.1 Pengerusi meminta semua guru Bahasa Inggeris bekerjasama untuk mengemaskan almari Panitia BI yang terletak di Kelas Tahun Satu. 10.2 Guru-guru juga diminta membuat perancangan mengenai barang-barang yang ingin dengan menggunakan duit Panitia BI. (SILA RUJUK ANGGARAN PERBELANJAAN PANITIA) 10.3 Guru-guru juga diminta bekerjasama dalam melatih murid-murid untuk Karnival Bahasa. Pada tahun ini dicadangkan agar sekolaj menghantar wakil untuk aktiviti Action Song dan Public Speaking. 10.4 Guru-guru diminta menyediakan jadual waktu dan biodata masing-masing untuk simpanan fail. 10.5 Encik James Sundram selaku guru Penyelaras Bestari diminta membuat jadual untuk Pembelajaran ICT di makmal computer yang akan berlangsung sehingga bulan Mac.

10.6 Guru-guru diminta membincangkan aktiviti unuk Minggu Bahasa Inggeris pada 26-30 Mac 2012. ( SILA RUJUK KERTAS KERJA MINGGU BAHASA INGGERIS)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Pengerusi mengucapkan terima kassih kepada semua guru atas kehadiran pada mesyuarat ini.

Disediakan oleh

Disemak oleh

(CIK NUR AZWANI BT MOHD NORZALAN) Setiausaha

(RAFIDAH BT ABU BAKAR) Ketua Panitia

You might also like