You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KINJANG 35300 CHENDERIANG, PERAK DARUL RIDZUAN

Kod : ABA0011 Email : sksrikinjang@gmail.com

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN 2012 KALI PERTAMA Tarikh : 3 Mei 2012 Hari : Khamis Masa : 1.30 tengahari Tempat : Perpustakaan Kehadiran : 1. Pn. Roslina bt. Hassan ( GPK HEM ) 2. Pn. Hassrina bt. Hassan Basri (Ketua ) 3. Pn. Natrah bt. Ahmad ( Setiausaha ) 4. Pn. Shahzaleny bt. Shamsuddin 5. Pn. Faridatul Akmam bt. Mohamad 6. Cik Nur Azwani bt. Mohd Nur Zalan

Ketidakhadiran : -

1.0 Ucapan Ketua


1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. 1.2 Mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua guru ke mesyuarat kali pertama ini. 1.3 Memohon agar semua AJK dapat bekerjasama dan memberikan komitmen yang baik dalam menjalankan tugas yang telah ditetapkan bagi sesi 2012.

Makluman : JK Kesihatan

Tindakan :JK Kesihatan

2.0 Ucapan GPK HEM


2.1 Mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua ke mesyuarat ini. 2.2 Mengucapkan selamat datang kepada Pn. Hassrina yang baru bertukar dari negeri Terengganu dan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Ketua J/K Kesihatan. 2.3 Memohon agar jawatankuasa dapat membincangkan dan menjalankan perancangan tahunan J/K Kesihatan bagi tahun ini dengan lebih berkesan dan lancar. 2.4 Meminta agar J/K agar dapat mengemaskini fail dan bekerjasama dengan guru-guru kelas untuk pengemaskinian rekod-rekod kesihatan.

Makluman : JK Kesihatan

Tindakan:JK Kesihatan & Guru Kelas

3.0 Perancangan Tahunan


3.1 Sudut PPDa akan diwujudkan bagi mempamerkan maklumat-maklumat berkaitan dengan penjagaan kesihatan. 3.2 Pertandingan Mewarna akan diadakankan bagi murid-murid Tahap 1 manakala pertandingan Melukis Poster akan diadakankan bagi murid-murid Tahap 2. 3.3 Program 5 minit dalam perhimpunan berkaitan dengan taklimat cara-cara penjagaan kesihatan akan diadakan pada bulan Julai. Setiap AJK akan diberikan jadual tugasan bagi menyampaikan maklumat tersebut. 3.4 Setiap JK juga perlu membuat pemantauan terhadap kantin dan PSS1M untuk memastikan tahap kebersihan demi kesihatan murid-murid. 3.5 Program Ceramah akan dijalankan dan Jawatankuasa akan menjemput Pegawai Kesihatan bagi sesi ceramah dan pameran bergerak. Makluman : JK Kesihatan Tindakan : JK Kesihatan

4.0 Hal-hal Lain


4.1 Papan Kenyataan dilorong bagi sudut Kesihatan perlu dibaiki memandangkan tiada tempat lain yang sesuai dijadikan sudut Kesihatan. 4.2 Pn. Roslina memaklumkan bahawa bahan-bahan pameran boleh diperolehi di Klinik-klinik Kesihatan. Makluman : JK Kesihatan Tindakan : JK Kesihatan

5.0Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada 2.10 tengahari dengan bacaan surah Al-Asyr.

Disediakan oleh, .................... (HASSRINA BT. HASSAN BASRI) Ketua J/K Kesihatan, SK Sri Kinjang, 35300 Chenderiang,Perak.

s.k 1. Guru Besar 2. GPK HEM 3. AJK 4. Fail

You might also like