You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci penduduk di Malaysia sehingga tahun 2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%).

Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai

kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pula wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan

suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Justeru , pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri ciri masyarakat dan kebudayaan ke dala minda generasi muda. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana budaya

merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi , 2005 : 1 ). . ( Che Su

You might also like