You are on page 1of 4

PERANAN PEMBAHAS Pembahas Pertama Kerajaan(Y.A.B. Perdana Menteri)-8 Minit 1.

Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau penakrifan terhadap tajuk atau usul yang dibentangkan dalam perbahasan tersebut. 2.Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan. 3.Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri Kedua dan Menteri Ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan. 4.Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. 5.Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mempertegaskan pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. 6.Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Pertama Pembangkang(Y.B. Ketua Pembangkang)-8 Minit 1.Tugas pertama Ketua Pembangkang ialah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak pihak kerajaan atau menolak definisi tersebut.Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi tersebut,mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka. 2.Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama Kerajaan) 3.Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam perbahasan tersebut. 4.Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang kedua dan pembangkang ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak pembangkang. 5.Tugas kelima ketua Pembangkang adalah untuk mengemukakan satu hujah dan member huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak pembangkang. 6.Tugas keenam ketua Pembangkang adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. 7.Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Kedua Kerajaan(Y.B. Menteri Kedua)-8 Minit 1.Tugas Pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baru yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolok definisi tersebut.Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak pembangkang,Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum itu. 2.Tugas kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukankan oleh ketua pembangkang. 3.Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. 4.Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. 5.Menteri kedua boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Kedua Pembangkang (Y.B. Pembangkang Kedua)- 8 Minit 1.Tugas pertama Pembangkang Pertama adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua. 2.Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri. 3.Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang. 4.Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. 5.Pembangkang Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Ketiga Kerajaan (Y.B.Menteri Ketiga)-8 Minit 1.Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua. 2.Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. 3 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah dibawa oleh pihak kerajaan dan mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

4.Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Ketiga Pembangkang (Y.B.Pembangkang Ketiga)-8 Minit 1.Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Ketiga. 2.Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendiriran dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua. 3.Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri. 4.Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. 5.Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

PERANAN PENGGULUNG Penggulung Pihak Pembangkang (Pembahas Pertama/Kedua)- 4 Minit 1.Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas kes/usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut. 2.Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk menutup kes pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.

Penggulung Pihak Kerajaan (Pembahas Pertama/Kedua)-4 Minit 1.Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas kes/usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul tersebut 2.Tigas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan dan membuat penegasan untuk menutup kes Kerajaan dalam menyokong usul yang telah dibentangkan. Peranan Pembahas Simpanan (YB. Menteri Keempat/Menteri Kelima/Pembangkang Keempat/Pembangkang Kelima)

1.Tugas pembahas simpanan (YB. Wakil Kerajaan Keempat dan Kelima dan Pembangkang Keempat serta Kelima) adalah untuk membantu membuat catatan hujah pihak lawan/bidasan/izin laluan dan memberikan kepada pasukannya. 2.Tugas pembahas simpanan juga adalah untuk memberi idea dalam perbincangan untuk sesi penggulungan. 3.Markah akan dinilai daripada kerjasama sepasukan antara pembahas simpanan dengan pembahas utama.Markah maksimum 10 diberi kepada pasukan.

You might also like