You are on page 1of 53

BAB 2 : GURU 2012

BAB 2 : GURU 2012


2.0 PENGENALAN Secara umumnya, guru adalah seseorang yang mengajar walaupun satu huruf. Guru juga merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.

Konsep profesion boleh dirumuskan sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang Menurut Lieberman (seorang tokoh pendidikan di Amerika Syarikat yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,

bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

mempunyai ikhtisas dalam latihan perguruan Guru dianggap sebagai pakar dalam pendidikan Ciri-ciri Konsep Profesion Perguruan

Mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah

Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara

Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya

BAB 2 : GURU 2012


Bagaimanapun, perguruan juga mengandungi ciri-ciri lain yang tidak dianggap sebagai satu profession. Di antaranya ialah : i. Guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang perguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang itu tidak semestinya beroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya. ii. Kemasukan ahli ke dalam profesion perguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. Sebahagian besar orang biasa pun boleh menjadi guru yang tidak perlu mempunyai kebolehan intelek atau kelayakan akademik yang tinggi. iii. Autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. iv. Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru itu jika tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. v. Tidak semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat pembentukan yang berbeza.

Guru yang memperolehi kemahiran profesional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti kokurikulum berlandaskan amalan teori-teori pendidikan.Tugas seorang guru amat mencabar. Terdapat segelintir individu yang bimbang untuk menerima tanggungjawab sebagai seorang guru. Ini kerana mereka bimbangkan kerenah pelajar yang akan mereka lalui termasuk beban tugas yang harus dipikul. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga sesetengah individu yang bersedia mengajar kerana minat mereka yang mendalam untuk mendidik anak-anak bangsa.

BAB 2 : GURU 2012


2.1 DEFINISI GURU

BAHASA SANSKRIT

Guru adalah pengajar ilmu Guru adalah symbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu (vidya) & pembagi ilmu Guru adalah orang yang memandu muridnya dalam jalan menuju kebenaran

AGAMA HINDU

AGAMA BUDDHA

AGAMA SIKH

Posisi penting; salah satu inti ajaran agama Sikh adalah terhadap ajaran Sepuluh Guru Sikh kepercayaan

AGAMA ISLAM

Guru adalah murabbi (pengasuh), muallim (pengajar), muaddib (pengajar adab sopan), mudarris (guru) alim @ ulama Ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat yang berstatus

MON SOOK SANG

Guru adalah sebagai pengamal ilmu, dan ilmu yang diperolehi diamalkan dan disebarkan kepada pelajar-pelajar untuk menghasilkan generasi yang berilmu. Imam Ghazali berpendapat ilmu tidak dapat dipisahkan daripada hakikat dan kebenaran. Ia meliputi kefahaman tentang agama dan kemahiran-kemahiran untuk kehidupan. Seseorang yang berilmu bukan sahaja memiliki kebenaran, malahan keyakinan serta kesedaran bahawa ilmu boleh memberikan kepuasan kepada jiwa manusia dan menimbulkan kehidupannya. keinginan untuk mengejar kebahagiaan yang bermakna dalam

BAB 2 : GURU 2012


Mok Soon Sang, 1999, menyatakan bahawa seseorang yang berilmu pengetahuan sering dipandang tinggi martabatnya. Ini adalah kerana ilmu dapat

mentranformasikan manusia daripada bebal kepada cerdik, buta huruf kepada berpelajaran, dan serba kekurangan kepada sempurna, baik dalam kebendaan mahupun dalam kerohaniannya. Bangsa yang berjiwa besar, mempunyai wawasan

tinggi serta dapat meningkatkan martabatnya ke mercu kejayaan dan kecemerlangan adalah bangsa yang berilmu pengetahuan, sentiasa mengejar ilmu yang digunakan sebagai alat yang penting untuk kemajuan sama ada bagi diri mahupun masyarakat dan negara. Mengikut Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Guru bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu yang diperolehi agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara tersebut tercapai (Mok Soon Sang, 1999).

2.2

PERANAN GURU Profesionalisme adalah nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang matlamat pekerjaannya

untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab (Sufean Hussin, 1995). Oleh itu sebagai guru untuk memenuhi peranan dan tanggungjawab dalam profesion perguruan, guru itu perlu komited pada peranan dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya, menjaga maruah diri, dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa.

Guru perlulah menguasai bidang ilmu yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Ini kerana guru akan menjadi rujukan bukan sahaja kepada murid-murid, tetapi juga kepada rakan sejawat dan juga kepada masyarakat sekelilingnya. Oleh sebab itu, guru perlulah banyak membaca, sama ada mengenai mata pelajaran yang diajar ataupun isu-isu semasa agar tidak dikatakan ketinggalan (Esah Sulaiman, 2004).

BAB 2 : GURU 2012


Guru-guru juga perlu mengajar dengan fakta yang betul supaya murid-murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul. Pada masa yang sama, guru juga menyemarakkan budaya ilmu di kalangan ahli masyarakat sekolah. Antara cara melaksanakannya adalah dengan menganjurkan minggu bahasa, kem motivasi, pertandingan bahas dan lain-lain (Esah Sulaiman, 2004). Guru juga perlu menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan prestasi dalam aktiviti pengajaran (Mok Soon Sang, 2000).

Konsep Ilmu

Conficius (551-475SM)

Imam Al Ghazal

Prof Syed Muhammad AlAltas Ilmu merupakan sesuatu yang bermakna & membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia

Konteks Masa Kini

Ilmu ialah proses memperolehi kefahaman & pengetahuan sesuatu perkara @ hakikat yg sebenar

Ilmu tidak dapat dipisahkan dengan hakikat & kebenaran. Ia meliputi kefahaman tentang agama & kemahiran2 untuk kehidupan

Ilmu merupakan kefahaman yang sebenar & diperolehi daripada hasil pendapatan manusia, melalui pengalaman @ kajian secara sistematik mengikut kaedah sains

Mengikut tafsiran Confucius (551-475 S.M), seorang tokoh pendidik yang terkenal di China, ilmu didefinisikan sebagai kefahaman dan pengetahuan sesuatu perkara atau hakikat yang sebenar. Imam Ghazzali berpendapat ilmu tidak dapat

dipisahkan daripada hakikat dan kebenaran. Mengikut beliau, ilmu adalah sama dengan kefahaman agama dan kemahiran-kemahiran untuk kehidupan.

BAB 2 : GURU 2012


Profesor Syed Muhammad al-Attas mengatakan bahawa ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Sharifah Alwiyah Alsagoff berpendapat bahawa ilmu merangkumi beberapa aspek iaitu ilmu sebagai kepercayaan, ilmu sebagai kecekapan diri dan ilmu yang dilahir daripada kontemplasi,penikmatan dan kajian kendiri. Di bawah konteks masa kini, ilmu merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada hasil pendapatan manusia, melalui pengalaman atau kajian secara sistematik mengikut kaedah sains (Mok Soon Sang, 2000). Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dijelaskan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Jadi, di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan (Mok Soon Sang, 2000).

2.2.1 Pendidik

Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Peranan

BAB 2 : GURU 2012


yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada muridmuridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna (Mok Soon Sang, 2000). Dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar & diberi tugas menyampaikan ilmu kpd murid2nya i) Menguasai ilmu pengetahuan dlm teori pembelajaran & sosiologi manusia ii) Mewujudkan interaksi yg positif dlm pelbagai hala iii) Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam pelbagai hala iv) Menggunakan teknik mengajar yg memudahkan pelajar

PENDIDIK

Ciri-ciri guru berkesan oleh J.M Cooper :

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, guru dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa suatu hari nanti. J. M. Cooper berpendapat bahawa guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti: i. ii. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. iii. Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar.

BAB 2 : GURU 2012


iv. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. (Mok Soon Sang, 2000)

AGEN SOSIALISASI
Pendidikan di institusi perlu mementingkan nilai kemasyarakatan Berperanan menanamkan sikap, nilai, dan sahsiah yang sempurna bagi pelajar memenuhi kehendak dan peraturan masyarakat

AGEN PERUBAHAN
Pendidikan adalah proses & aktiviti yg bertujuan membawa perubahan kepada seorang individu mengikut norma & nilai sesuatu masyarakat Berperanan mengekalkan kebudayaan tradisi yg bersesuaian dengan kemajuan & pembangunan tetapi juga menyediakan masyarakat untuk menghadapi & menerima pembaharuan

2.2.2 Agen Sosialisasi

Sekolah sebagai satu institusi masyarakat juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikuti nilai, norma dan kehendak masyarakat. Oleh itu, persekolahan yang berorganisasi itu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Contohnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti bahasa, sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Guru juga wajarnya mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang bendera Negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Ringkasnya, peranan guru sebagai agen sosialisasi adalah : i. ii. iii. iv. v. Sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan. Sebagai pembentuk sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Sebagai pembentuk masyarakat penyanyang. Sebagai role model kepada murid dan masyarakat. Sebagai penghubung di antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dengan masyarakat. vi. Sebagai penyumbang kepada masyarakat. (Mok Soon Sang, 2000)

BAB 2 : GURU 2012


2.2.3 Agen Perubahan

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas kendiri seseorang. Oleh itu, sekolah merupakan pengaruh utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan dalam pembentukan sahsiah seorang individu (Mok Soon Sang, 1999). Pada hari ini, kebudayaan masyarakat sentiasa berubah. Justeru itu, pendidikan di seekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi. Pada masa ini, sekolah tidak hanya semata-mata memberi pendidikan dalam aspek mengekalkan kebudayaan tradisi yang bersesuaian dengan kemajuan dan pembangunan tetapi juga menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima pembaharuan (Mok Soon Sang, 1999). Perubahan dalam pendidikan di Malaysia bermakna menukar dari segi kebiasaan serta rutin ke satu bidang yang baru seperti : i. ii. iii. Dari stail pendidikan dan kepimpinan yang autokratik kepada demokratik. Dari perkhidmatan rutin kepada perkhidmatan penyayang. Daripada rasinaliti teknikal yang mengandaikan bahawa semuanya adalah sama dan homogen, rutin dan statik kepada rasinaliti reflektif yang bersifat berbeza dan heterogenus, tersendiri dan dinamik. iv. Daripada strategi berpusat guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada strategi berpusatkan murid. v. Daripada program pendidikan berpusat ilmu pengetahuan kepada program pendidikan sepadu, yang meliputi rohani, intelek dan jasmani. (Mok Soon Sang, 1999) Abdul Halim al-Muhammadi (1991) menegaskan bahawa guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya ejen yang menyampaikan tidak efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya.

BAB 2 : GURU 2012


Paduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi merupakan kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan. Selain tugas di dalam bilik darjah, guru juga mempunyai tugas lain yang diharapkan oleh masyarakat. Guru-guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada muri-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang baik dan seterusnya memberikan contoh dan sahsiah yang baik kepada masyarakat. Peranan guru amat diperlukan terutamanya kepada masyarakat yang masih tidak membangun agar dapat memberikan pengajaran dan didikan agar masyarakat ini tidak ketinggalan zaman dan masih di takuk yang lama. Guru diharapkan dapat menjadi agen pembaharuan bagi masyarakatnya. Guru perlu sentiasa

berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru ke arah yang ingin dibentuk oleh masyarakat (Mok Soon Sang, 2000).
2.2.4

PENGAJAR & PENYEBAR ILMU

Menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran

Menjadi rujukan kepada murid2, rakan sejawat & masyarakat

Menyemarakkan budaya ilmu di kalangan ahli masyarakat sekolah

Sumber ilmu adalah diperolehi daripada amalan hidup manusia dan dalam proses amalan itu, ilmu terus berkembang. Amalan atau mengaplikasikan ilmu menjadi pengukur

piawai untuk membuktikan kesahihannya (Mok Soon Sang, 2000).

Sekolah dan institusi pendidikan yang lain merupakan pusat perkembangan ilmu yang utama dengan membekalkan ilmu dalam pelbagai disiplin melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, si samping penggunaan kemudahan-kemudahan seperti pusat sumber untuk memperolehi ilmu daripada aktiviti bacaan dan rujukan. Budaya ilmu didefinisikan sebagai

segala aktiviti ilmu pengetahuan yang dilaksanakan oleh setiap ahli masyarakat dan diterima sebagai nilai tara utama dalam amalan hidup mereka (Mok Soon Sang, 2000).

10

BAB 2 : GURU 2012

Pembimbing
Menolong individu memahami diri sendiri dan orang lain

Fasilitator / Pemudah Cara


Memotivasikan pelajar Membimbing pelajar Memberi peneguhan & ganjaran Memastikan disiplin terkawal

Penyelidik Dalam menyelesaikan masalah pendidikan, guru digalak untuk menjalankan penyelidikan tindakan Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat mengukuh serta memperkembang lagi teori yg diamalkan & menyelesaikan masalah

2.2.5 Pembimbing

Menurut Mok Soon Sang (2000), di dalam bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosio-emosi. Oleh itu, selain mengajar, guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membibing murid-murid menjalankan

aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing murid menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya.

Bagi murid-murid yang menghadapi masalah sosio-emosi, seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid ini supaya mereka dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.

Guru membimbing pelajar dalam pembelajaran mereka, memberi bimbingan dalam mengurus persatuan dan kelab di sekolah. Guru juga bersedia meluangkan masa mendengar masalah pelajar dan memberi nasihat yang membina kepada pelajar agar mereka membuat keputusan yang betul dalam sesuatu perkara. Segala bimbingan, ajaran dan nasihat yang

11

BAB 2 : GURU 2012


diberikan adalah secara ikhlas dan bukannya untuk meminta hadiah atau bayaran (Esah Sulaiman, 2004).

2.2.6 Fasilitator / Pemudah Cara

Memotivasikan Pelajar Memastikan Disiplin Terkawal

FASILITATOR

Membimbing Pelajar

Memberi Peneguhan & ganjaran

Fasilitator bermaksud pemudah cara. Sebagai seorang fasilitator, tugas utama seorang guru ialah melicinkan segala proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, guru haruslah menyediakan segala rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik serta alat bantu mengajar yang mencukupi, memotivasikan murid-murid supaya bersedia belajar, memberi arahan dengan jelas dan ringkas, membekalkan bahan-bahan pelajaran yang mencukupi serta sesuai untuk digunakan oleh murid-murid, membimbing mereka menjalankan aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dengan menggunakan kaedah menyoal, mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dengan menggunakan dorongan dan teknik peneguhan serta megawal disiplin kelas supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar, sistematik dan teratur.

12

BAB 2 : GURU 2012


2.2.7 Penyelidik

Guru juga merupakan seorang penyelidik yang aktif (Mohd. Saleh, 1998).

Dalam

menyelesaikan masalah pendidikan seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin dan pengurusan, guru digalak untuk menjalankan penyelidikan tindakan. Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat mengukuh serta memperkembang lagi teori yang diamalkan dan juga menyelesaikan masalah (Esah Sulaiman, 2004).

2.2.8 Pengurus

Sebagai pengurus pembelajaran, guru merancang pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang hendak diajar pada setiap hari. Sebagai seorang pengurus, guru juga menyelaras segala aktiviti dalam kelasnya supaya berjalan secara teratur dan lancar. Guru membuat keputusan sebelum mengajar, membentuk kumpulan pembelajaran, menyusun bilik darjah, dan mempamerkan hasil kerja pelajar (Esah Sulaiman, 2004).

13

BAB 2 : GURU 2012


Guru juga melakukan banyak kerja pentadbiran seperti mengemaskini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi pelajar, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya. Adakalanya guru itu merupakan pengurus di peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan (Esah Sulaiman, 2004). Selain tugas-tugas tersebut, tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosio-emosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
2.2.9 Pembentuk Akhlak

Guru adalah pembentuk akhlak pelajar (Shahril, 1993).

Pengajarannya diterapkan

dengan nilai moral supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Dengan menunjukkan tingkah laku yang baik, pelajarnya dapat menteladani guru tersebut. Guru yang berkelakuan buruk biasanya tidak disukai oleh masyarakat, dan tidak akan menjadi bahan rujukan oleh mereka (Esah Sulaiman, 2004).

14

BAB 2 : GURU 2012

Abdul Rauf Dalip (1985) menyenaraikan empat peranan guru agama terhadap muridmuridnya dalam membentuk akhlak pelajar: i. Menyedari dan insaf bahawa mereka menjadi ikutan dan teladan kepada muridmurid dalam segala hal. Dengan itu, mereka harus menjadi contoh yang baik

kepada murid dan masyarakat. ii. Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah Taala dalam hati muridmuridnya dan menanamkan iktikad yang benar serta kepercayaan yang betul dalam jiwa mereka. iii. Mendedah dan memahamkan murid-murid kepada berbagai-bagai bentuk ibadat yang wajib dikerjakan dan cara melakukannya samada dari segi hokum dan hikmatnya mahupun faedah dan pengaruhnya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. iv. Menimbulkan semangat dan minat murid-murid ke atas mempraktikkan ajaranagama sehingga menjadi adat kebiasaan bagi mereka seperti mengerjakan sembahyang, berpuasa, rajin belajar, suka menjaga kebersihan dan sebagainya. (Ahmad Mohd. Salleh, 1997)

15

BAB 2 : GURU 2012


2.2.10 Penulis

Ramai guru yang terlibat dalam penulisan artikel, buku teks sekolah serta buku-buku ulangkaji mengikut bidang kepakaran masing-masing. Banyak peristiwa di sekolah yang boleh dijadikan bahan penulisan guru untuk dikongsi dengan masyarakat, rakan seperjuangan dan pelajar (Esah Sulaiman, 2004).
2.2.11 Penjaga Impian

Parkay (1990) mengatakan guru juga sebagai penjaga impian (keepers of the dream). Dalam kehidupan sebagai guru, tentu ada antara guru-guru yang telah mempengaruhi aspek tertentu dalam kehidupan murid-muridnya sehingga muridnya itu berjaya. Guru sebenarnya penjaga kepada impian negara dengan keyakinan bahawa melalui pendidikan dapat ditingkatkan lagi kualiti kehidupan manusia (Esah Sulaiman, 2004).
2.2.12 Pembina Kemahiran Sosial

Menurut Lavoie (1994) pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang dan personality. Ada yang suka menyendiri, tidak suka berinteraksi dengan rakan lain, ada yang bertindak kasar, kurang mengormati rakan-rakan dan pelbagai sikap negative yang lain. Guru perlu

mengadakan pelbagai aktiviti dan bimbingan supaya pelajar seperti ini memperoleh kemahiran bersosialisasi (Esah Sulaiman, 2004).

16

BAB 2 : GURU 2012


2.2.13 Penjaga / Ibu Bapa

Apabila pelajar berada di sekolah, maka peranan dan tanggungjawab ibu bapa perlu digalas oleh guru di sekolah dalam tempoh berkenaan. Keselamatan pelajar semasa berada di sekolah perlu diberi perhatian. Ini merupakan peranan yang agak berat kerana bilangan pelajar adalah ramai. Oleh itu, perancangan dan pelaksanaan dari sudut keselamatan pelajar perlu diberi perhatian serius (Esah Sulaiman, 2004).

Peranan yg agak berat kerana bilangan pelajar adalah ramai

PENJAGA / IBU BAPA

Memberi perhatian serius kepada perancangan & pelaksanaan dari sudut keselamatan pelajar

17

BAB 2 : GURU 2012


TAJUK:DEFINISI GURU SOALAN LATIHAN

1. Berikan 3 contoh definisi guru.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan guru yang berkesan?

18

BAB 2 : GURU 2012


SKEMA JAWAPAN

1.

i) Menurut Mok Soon Sang guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat yang berstatus dan merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik murid - murid di sekolah.

ii) Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam, guru ialah murabbi (pengasuh), muallim (pengajar), muaddib (pengajar adab sopan), mudarris (guru) alim atau ulama.

iii) Dalam agama Hindu, guru merupakan simbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu (vidya) dan juga pembagi ilmu. Seorang guru adalah pemandu spiritual/kejiwaan murid-muridnya.

2. Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti: i. ii. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. iii. iv. Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

19

BAB 2 : GURU 2012


TAJUK: PERANAN GURU SOALAN LATIHAN

1. Berikan lima contoh peranan guru dan huraikan 2 daripadanya.

20

BAB 2 : GURU 2012


SKEMA JAWAPAN

1. a) Guru sebagai pendidik b) Guru sebagai penyelidik c) Guru sebagai ibu bapa d) Guru sebagai agen sosialisasi e) Guru sebagai fasilitator

2.

a) Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, guru dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa suatu hari nanti.

b) Guru juga merupakan seorang penyelidik yang aktif. Dalam menyelesaikan masalah pendidikan seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin dan pengurusan, guru digalak untuk menjalankan penyelidikan tindakan. Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat mengukuh serta memperkembang lagi teori yang diamalkan dan juga menyelesaikan masalah.

21

BAB 2 : GURU 2012


2.3 Sahsiah dan Keperibadian Guru 2.3.1 Definisi Untuk menjadi seorang guru yan baik bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana peranan guru bukan sahaja menyebarkan ilmu tetapi sahsiah yang di pamerkan juga menjadi contoh yang boleh membentuk sikap seseorang pelajarnya. Jadi adalah penting bagi seorang guru mempunyai sahsiah yang murni. Menurut Kamus Dewan 2001: Sahsiah merupakan keperibadian,peribadi: yang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau sahsiah sebagai insan yang terpuji

SAHSIAH

Keperibadian, peribadi

KEPERIBADIAN

Perihal sifat, sikap seseorang yang membezakannya daripada yang lain

2.3.2 Sahsiah dan Keperibadian guru Sebagai seorang guru atau pendidik yang menjadi medium utama kepada penyampaian dan penyebaran ilmu, tidak hairanlah sahsiah dan keperibadian mereka sering dilihat dan diadali oleh murid seterusnya masyarakat. Situasi ini berlaku kerana masyarakat melihat dan menilai guru sebagai agen sosial yang memainkan peranan cukup tinggi dalam menjana pembangunan sesebuah negara menerusi pembangunan modal insan sebermula peringkat awal pendidikan.Buktinya dapat

22

BAB 2 : GURU 2012


dihayati dalam sajak Guru Oh Guru pada rangkap ketiga, karya sasterawan negara Usman Awang;

Guru Oh Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

USMAN AWANG 1979

Sahsiah yang murni dan wajib juga dituntut dari perspektif Islam dimana mengikut Abd Halim (1991).

i. Zuhud Mendidik pelajarnya agar mencari keredhaan Allah S.W.T dan tidak kerana hal-hal yang lain yang membawa keuntungan atau kebendaan mencari nama ii. Halim Mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun

23

BAB 2 : GURU 2012

Mahmudah

Zuhud

Ber kemampuan

Halim

Luhur

iii. Luhur Menjaga kebersihan jiwa daripada segala kekotoran ada dan syara serta mempunyai peribadi yang tinggi iv. Berkemampuan Mempunyai kemampuan dalam menyampaikan ilmu v. Mahmudah Memliki sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah iaitu angkuh, riya, hasad dengki dan sifat keji yang lain.

Pengertian sahsiah yang murni mempunyai pelbagai ciri-ciri. Jadi untuk memudahkan kita lebih memahami pengertian sahsiah guru yang murni, kita boleh melihat sahsiah murni dari beberapa perspektif. Oleh yang demikian, sahsiah guru yang berjaya pada masa sekarang bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi serta profesional semata-mata, tetapi juga dari segi sosial.

2.3.3 Sahsiah Dari Segi Kualiti Peribadi 1. Bertangungjawab Sifat tangungjawab yang ada dalam diri seseorang itu dapat membantu guru itu menjalankan tugasnya dengan mudah.

24

BAB 2 : GURU 2012


2. Kepimpinan Dengan kualiti kepimpinan yang ada, seseorang guru itu akan mampu mengawal sesuatu situasi yang dihadapinya. 3. Yakin Seorang guru haruslah mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan tugasannya. Ini gurunya. 4. Sabar Tahap kesabaran yang tinggi dapat membezakan seseorang itu bertindak secara rasional ataupun tidak 5. Baik Hati Sikap baik hati yang ditonjolkan akan membuatkan pelajar rasa selesa dan dihargai 6. Jenaka Sifat jenaka yang ada pada diri seseoran guru itu mampu mebuatkan pelajarnya rasa gembira dan mnimbulkan minta untuk belajar Justeru guru memiliki tanggungjawab besar bukan sahaja secara langsung iaitu mengajar di sekolah bahkan tidak langsung iaitu menerusi sikap dan tingkah laku, pertuturan, emakanan, perwatakan dan pemikiran. Oleh yang demikian, sahsiah dan keperibadian yang tinggi dan mulia seperti berikut:a) Integriti Seorang guru harus memiliki integriti atau kejujuran yang tinggi.Ianya boleh dilihat melalui cara penyampaian ilmu yang telus dan bersungguh-sungguh,rancangan mengajar yang tersusun,menjadi sumber rujukan dan contoh kepada para pelajar menerusi pelbagai aspek mampu untuk menimbulkan rasa hormat pelajar kepada

25

BAB 2 : GURU 2012


dalaman dan luaran.Integriti guru biasanya akan dinilai oleh pelajar sekaligus akan disampaikan kepada ibu bapa dan seterusnya menjadi bualan masyarakat. b) Profesional Guru juga perlu memiliki tahap kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah masalah peribadi.Dalam hal ini,guru harus bersikap profesional dalam menguruskan emosi agar proses penyampaian ilmu berjalan lancar.Selain itu,sikap profesional perlu ditunjukkan dalam mesyuarat kepada ketua dan rakan sekerja demi mencapai kata sepakat tanpa sebarang perbezaan pendapat yang melampau dalam mencapai objektif bagi visi dan misi sesebuah sekolah. Di samping itu,etika keguruan juga harus dititikberatkan samada semasa atau selepas waktu persekolahan.Ini sejajar dengan peranan yang dipikul sebagai agen sosial masyarakat. c) Semangat berpasukan Semangat berpasukan merupakan salah satu elemen penting dalam menentukan kejayaan sekolah melalui kesungguhan melaksanakan tanggungjawab yang diberi samada dari perspektif kurikulum dan kokurikulum .Cita-cita untuk membangunkan sistem pendidikan negara tidak mampu diraih sekiranya tiada kerjasama dan persefahaman antara guru-guru,ibu bapa,bahagian pentadbiran dan pengurusan seterusnya jabatan dan kementerian yang terlibat.

ADIL

TELUS AMANAH AKAUNTABILITI

BERETIKA BERILTIZAM

CINTA ILMU KOMPETEN

MUAFAKAT HORMAT FOKUS MATLAMAT

26

BAB 2 : GURU 2012


2.3.4 Kesan keruntuhan sahsiah dan keperibadian guru

a) Mencemarkan profesion keguruan Sahsiah dan keperibadian guru harus dijaga dan ia amat sensitif pada sebarang perkara yang boleh menggugat nama baik profesion keguruan.Satu kesalahan yang melibatkan keruntuhan sahsiah dan keperibadian guru,bukan saja mencemarkan maruah seorang guru malahan keseluruhan profesion keguruan. b) Menghilangkan kepercayaan pelajar dan masyarakat Tatkala sahsiah dan keperibadian guru mula tercemar, maka secara automatik pelajar hilang kepercayaan terhadap kredibiliti guru itu sendiri ataupun terus membuat kesimpulan secara menyeluruh terhadap profesion keguruan berkaitan keupayaan dan kemahiran guru untuk mengajar.Hal ini seterusnya memberi impak kepada ibu bapa dan masyarakat khususnya. c) Menyekat proses penyebaran ilmu Lantaran kepercayaan pelajar dan masyarakat yang mula goyah berikutan sahsiah dan keperibadian guru yang tercemar.maka proses penyebaran ilmu akan tergugat dan ianya mengganggu dan mempengaruhi pembangunan sistem pendidikan negara.

cemar profesion, pembangunan negara terjejas

menyekat proses penyebaran ilmu

27

BAB 2 : GURU 2012


d) Keruntuhan sosial pelajar dan masyarakat Guru merupakan ikon pelajar dan sebarang kesalahan yang melibatkan sahsiah dan keperibadian guru akan turut mempengaruhi tindak-tanduk pelajar.Mereka akan mengganggap kesalahan sahsiah atau peribadi merupakan satu kesalahan umum yang boleh dilakukan memandangkan guru sendiri turut tergelincir dalam melakukan kesalahan tersebut.Sekiranya anggapan ini berpanjangan,sudah tentu institusi masyarakat mula runtuh akibat keruntuhan sosial pelajar. e) Pembangunan negara turut terjejas Akhir sekali,kemajuan sesebuah negara turut terjejas kerana gagal melahirkan generasi bijak,pandai,bersahsiah dan berperibadi mulia susulan daripada kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh segelintir guru yang melanggar sahsiah dan keperibadian keguruan.

2.3.5 Kesimpulan Oleh yang demikian,warga guru dan pendidik keseluruhannya harus menyedari hakikat akan kepentingan menjaga sahsiah dan keperibadian dimata pelajar,ibu bapa,masyarakat dan negara.

28

BAB 2 : GURU 2012


TAJUK: SAHSIAH DAN KEPERIBADIAN GURU

SOALAN

1. Apakah definisi sahsiah dan keperibadian?

2. Terangkan satu contoh sahsiah dan keperibadian yang tinggi yang perlu ada dalam diri seorang guru.

3. Apakah kesan dan perbezaan antara keruntuhan sahsiah guru dengan keruntuhan sahsiah seseorang yang bukan guru di mata masyarakat?

29

BAB 2 : GURU 2012


SKEMA JAWAPAN

1. Definisi sahsiah adalah peribadi manakala keperibadian adalah sikap atau tingkah laku seseorang yang membezakannya daripada yang lain.

2. Integriti atau kejujuran merupakan satu contoh sahsiah dan keperibadian yang harus ada dalam diri setiap guru.Guru yang memiliki integriti yang tinggi dapat menjalankan tugas dengan telus dan bersungguh-sungguh lebih-lebih lagi dalam menjalankan tanggungjawab ketika menyampaikan ilmu.Masalah masuk lewat ke kelas,tidak mengajar tidak akan wujud dalam diri guru yang memiliki integriti kerana berpegang teguh kepada konsep amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi.

3. Keruntuhan sahsiah seseorang guru lebih memberi kesan yang mendalam pada pandangan masyarakat berbanding dengan seseorang yang bukan guru.Ini kerana,guru merupakan agen sosial yang penting dalam mendidik masyarakat melalui pendidikan di sekolah.Gelaran pendidik itu sendiri seharusnya melambangkan kesempurnaan dalam memberi contoh dan teladan yang baik terhadap masyarakat.Berbeza dengan golongan bukan guru.Keruntuhan sahsiah bagi golongan bukan guru akan hanya dipersalahkan pada dirinya sahaja tetapi berbeza sekiranya seseorang itu ialah guru. Ini kerana kesalahan dari segi sahsiah yang mungkin dilakukan oleh seorang guru akan mencemarkan profesion keguruan itu keseluruhannya.Segala kemahiran dan keupayaan guru itu akan turut dipertikai sekiranya terdapat kesalahan dari segi sahsiahnya.Berikutan itu,masyarakat akan hilang kepercayaan dan rasa hormat pada guru tersebut amnya dan profesion guru khususnya.

30

BAB 2 : GURU 2012


2.4. ETIKA PROFESION PERGURUAN

2.4.1 Definisi

ETIKA

Berasal dari bahasa Greek adalah ethos watak kesusilaan atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Terbahagi kepada 2 iaitu normatik dan metachic.

Normatic

panduan dan pertuturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.

Metachic

analytic yang berfungsi menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau jahat dan critical yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.

ETIKA

Kamus Dewan etika ditakrifkan sebagai satu prinsip moral atau set prinsip set moral.

ETIKA PROFESIONAL

semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

ETIKA KEGURUAN

Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

31

BAB 2 : GURU 2012


2.4.2 Etika dan Tanggungjawab Guru

2.4.2.1 Etika Profesion Perguruan Seorang guru tidak harus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru tidaklah harus bertingkah laku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingankepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.

32

BAB 2 : GURU 2012


Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan caracara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan). Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

2.4.2.2 Tanggungjawab Seorang Guru 1. Terhadap pelajar 2. Terhadap rakan sejawat &profesion perguruan

TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU 4. Terhadap ibu bapa 3. Terhadap masyarakat & negara

33

BAB 2 : GURU 2012


2.4.2.3 Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang lain. Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2.4.2.4 Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat & Profesion Perguruan Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah sesorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan serta berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan. Sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutama guru yang baru menyertai profesion. Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

34

BAB 2 : GURU 2012


2.4.2.5 Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu jaran yang boleh mencemarkan nama baik Negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupuk sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Pelajar juga mestilah menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara dengan tingkah laku yang sopan dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

35

BAB 2 : GURU 2012


TAJUK : ETIKA PROFESION PERGURUAN

Soalan : Jawab soalan-soalan berikut.

1. Lengkapkan definisi-definisi berikut:

a) Etika berasal dari bahasa Greek iaitu ___________ di mana watak ______________ atau _____________ yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

b) Etika professional adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan _____________, _____________ dan ___________ dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

c) Etika keguruan adalah satu set _________________ atau _______________ guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Soalan 2 hingga 3 berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.

2. Cikgu Tana seorang guru kelas telah menerima aduan daripada beberapa orang murid mengenai seorang guru baru yang bersikap tidak adil terhadap mereka. Sebagai seorang yang memahami Kod Etika Perguruan Malaysia, apakah yang harus dilakukan oleh Cikgu Tana? A. Membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat staf sekolah

36

BAB 2 : GURU 2012


B. Merujukkan murid yang membuat pengaduan kepada kaunselor sekolah C. Berbincang dengan guru itu supaya masalah tersebut dapat diatasi D. Melaporkan kepada Guru Besar sekiranya aduan tersebut betul dan boleh menjejaskan imej perguruan

3. Apakah tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat yang perlu dipatuhi mengikut Kod Etika Perguruan Malaysia? I. mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan maruah guru II. bersikap adil, berpakaian, bercakap dan bertingkah laku yang dapat memberi contoh yang baik III. berusaha menunaikan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh IV. menjauhkan diri dari kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru A. I dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II dan IV sahaja D. I, II dan III sahaja

37

BAB 2 : GURU 2012


SKEMA JAWAPAN TAJUK : ETIKA PROFESION PERGURUAN Soalan : Jawab soalan-soalan berikut.

1. Lengkapkan definisi-defini berikut:

d) Etika berasal dari bahasa Greek iaitu adat

ethos

di mana watak kesusilaan atau

yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

e) Etika professional adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan kualiti , produktiviti dan disiplin

tahap

dalam perkhidmatan dengan memberi

penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

f)

Etika keguruan adalah satu set

tingkah laku

atau tanggungjawab

guru

terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Soalan 2 hingga 3 berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.

2. Cikgu Tana seorang guru kelas telah menerima aduan daripada beberapa orang murid mengenai seorang guru baru yang bersikap tidak adil terhadap mereka. Sebagai seorang yang memahami Kod Etika Perguruan Malaysia, apakah yang harus dilakukan oleh Cikgu Tana? A. Membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat staf sekolah

38

BAB 2 : GURU 2012


B. Merujukkan murid yang membuat pengaduan kepada kaunselor sekolah C. Berbincang dengan guru itu supaya masalah tersebut dapat diatasi D. Melaporkan kepada Guru Besar sekiranya aduan tersebut betul dan boleh menjejaskan imej perguruan

3. Apakah tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat yang perlu dipatuhi mengikut Kod Etika Perguruan Malaysia? I. mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan maruah guru II. bersikap adil, berpakaian, bercakap dan bertingkah aku yang dapat memberi contoh yang baik III. berusaha menunaikan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh IV. menjauhkan diri dari kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru A. I dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II dan IV sahaja D. I, II dan III sahaja

39

BAB 2 : GURU 2012


2.5 GURU DAN MASYARAKAT

Guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat dan peranan ekonomi yang berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajar. Manakala masyarakat didefinisiskan sebagai komuniti manusia yang tinggal

bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat

merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individ u yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan budaya yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Masyarakat mengharapkan supaya guru-guru dapat memainkan perananperanan yang lain selain daripada menjadi tenaga pengajar di sekolah. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam

40

BAB 2 : GURU 2012


pembentukan sahsiah pelajar, menjadi kaunselor kepada para pelajar, menjadi pengamal dan penyebar nilai-nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. Kini, tugas dan tanggungjawab guru tidak terhad di dalam kelas sahaja. Di samping menjalankan tugas di dalam kelas, seseorang guru itu juga hendaklah bekerjasama dengan rakan sejawatnya kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara semua golongan guru di sekolah itu. Di samping itu, imej guru akan dapat dipertingkatkan sekiranya guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat. Di antara aktiviti masyarakat yang boleh diikuti oleh guru ialah aktiviti pergerakan belia dan sukan, badan kebajikan, aktiviti kebudayaan dan sebagainya, (Mok Soon Sang, 1990).

PENGGANTI IBUBAPA

PENGAMAL & PENYEBAR NILAI KEBUDAYAAN

HARAPAN MASYARAKAT TERHADAP GURU

PENASIHAT DAN PEMBIMBING

CONTOH SAHSIAH POSITIF

2.5.1

Pembentukan budaya masyarakat Di dalam proses membentuk budaya masyarakat yang cemerlang dan baik, guru-guru

juga turut memberi sumbangan bagi memastikan kebudayaan bangsa dapat diterapkan dengan baik. Berikut merupakan tindakan yang sepatutnya diambil oleh guru dalam menjayakan pembentukan budaya masyarakat ke arah yang lebih positif

41

BAB 2 : GURU 2012

Menjelaskan norma-norma sekolah

Memberi pendedahan tentang pendidikan

Menerapkan cita-cita positif pelajar

Peka terhadap masyarakat

PEMBENTUKAN BUDAYA MASYARAKAT Membina hubungan komunikasi yang sihat

Bersifat seperti masyarakat

i)

Memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai keberkesanan pendidikan; Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai keberkesanan pendidikan. Antaranya mengadakan perjumpaan dengan ibubapa bagi membincangkan perkembangan pelajaran anak-anak mereka dan memberi sedikit gambaran kepada ibubapa tentang proses pendidikan yang dijalankan.

ii)

Membantu pelajar menetapkan cita-cita; Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap guru bagi memastikan pelajar sentiasa cenderung untuk belajar bagi mencapai cita-cita mereka.

iii) Menjalin hubungan komunikasi yang sihat: Sikap ini bagi memastikan bahawa masyarakat berasa selesa setiap kali berinteraksi dengan guru dan sekaligus melahirkan rasa hormat masyarakat terhadap guru. iv) Bersifat seperti orang luar (masyarakat); Ini adalah untuk memudahkan seseorang guru itu berkomunikasi dengan baik di dalam masyarakat memandangkan guru juga adalah sebahagian daripada masyarakat.

42

BAB 2 : GURU 2012


v) Peka terhadap masyarakat; Sikap mengambil tahu terhadap keperluan masyarakat penting untuk mengetahui sejauh mana mereka boleh memahami tanggungjawab seorang guru. Kepekaan yang ditunjukkan oleh seorang guru terhadap masyarakat membolehkan guru dapat menilai diri sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru. vi) Menjelaskan norma-norma sekolah kepada masyarakat; Ini merupakan salah satu daripada keperluan yang harus dilakukan oleh setiap guru untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah bagi mengelakkan salah faham masyarakat.

2.5.2 Perkhidmatan perbincangan sekolah dengan ibubapa Perkhidmatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai anakanak mereka di sekolah. Antaranya ialah; Mengadakan hubungan dengan ibubapa untuk bersama-sama mengawasi kemajuan anak mereka, terutama dalam pelajaran. Menghubungi ibubapa apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. Menjadi penyelas program orientasi untuk para pelajar dan ibubapa. Mewujudkan kerjasama dengan ibubapa dalam memperbaiki disiplin di kalangan pelajar. Mengadakan sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga. Membantu pelajar-pelajar miskin dengan menyediakan kutipan derma. Pihak sekolah boleh menganjurkan berbagai-bagai kursus atau ceramah bagi ahliahli masyarakat tentang keagamaan, akhlak, kesihatan dan keselamatan jalanraya.

2.5.3 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

Persatuan ibubapa dan Guru (PIBG) merupakan komponen penting dalam merealisasikan wawasan sekolah. Objektif penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu ke arah kegemilangan dan pencapaian matlamat sekolah dari segi ko-

43

BAB 2 : GURU 2012


kurikulum, disiplin, moral dan keceriaan. PIBG berperanan sebagai pemangkin kepada usaha bagi mewujudkan sekolah sebagai institusi masyarakat yang dapat diterjemahkan melalui program peningkatan sekolah. Pengurusan sekolah akan lebih berkesan dengan penglibatan PIBG secara berfokus dan terancang. Jalinan kerjasama yang erat antara pentadbir sekolah dan peneraju PIBG dapat meyakinkan warga sekolah bagi membawa kejayaan yang gemilang kepada sekolah. Kewujudan PIGB juga menggambarkan semangat

bekerjasama di antara pihak ibubapa dan para guru bagi memastikan kejayaan dan kelancaran aktiviti serta program sekolah. Kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab dari kedua-dua belah pihak akan memberi impak yang positif dan memberangsangkan ke atas kecemerlangan sekolah.

2.5.4 Peranan guru di kaca mata masyarakat. Pengamal Keperluan Negara

Penyebar Ilmu

Pakar Rujuk

GURU

Pembina Negara

Penggerak Masyarakat

44

BAB 2 : GURU 2012


i) Guru sebagai pengamal mengikut keperluan negara Seseorang guru sering bertindak mengikut keperluan Negara. Setiap

pengajarannya adalah berdasarkan kurikulum iaitu samada KBSR, KBSM ataupun KBKK yang sememangnya digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. ii) Guru sebagai pakar rujuk Setiap guru memang mempunyai kekuatan-kekuatan dalam bidang

pengkhususannya. Oleh itu, guru tersebut hendaklah sentiasa berusaha ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dalam kemahiran pengajaran. iii) Guru sebagai penggerak masyarakat Guru merupakan perintis yang mana mendatangkan pelbagai pembaharuan dalam sesebuah masyarakat. Tenaga rakyat yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan tinggi merupakan usaha guru sebenarnya.

iv) Guru sebagai Pembina Negara Pembangunan sesebuah Negara bergantung pada tenaga rakyat yang berilmu pengetahuan. Rakyat pula bertanggungjawab meningkatkan produktiviti ekonomi Negara. Daya produktiviti yang tinggi terhasil daripada masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Golongan tenaga rakyat ini terhasil daripada guru. v) Guru sebagai penyebar ilmu Guru sememangnya menitikberatkan aspek penerapan budaya ilmu di kalangan para pelajar. Budaya ilmu tersebut merangkumi kegiatan membaca, berfikir, berkarya dan menjalankan refleksi.

2.5.5 KESIMPULAN Cita-cita rakyat Malaysia melalui pendidikan menjadi jelas dan semakin jitu dengan wujudnya Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 dan pengisytiharan Wawasan 2020 pada tahun 1991. Sekolah sebagai institusi dan guru sebagai seorang profesional dalam bidang pendidikan bertanggungjawab untuk mendidik dan melahirkan

45

BAB 2 : GURU 2012


generasi yang akan datang dan secara tidak langsung merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

GURU

MASYARAKAT

SEKOLAH

IBU BAPA

PELAJAR

Guru memainkan peranan menyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa. Jadi, guru haruslah mempunyai segala sifat dan kualiti yang murni dan bernilai bagi memastikan tanggungjawab seorang guru dapat dijalankan sebaik mungkin. Guru haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa. Guru juga merupakan perantara di antara pelajar, sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Tanpa guru, proses penyebaran dan pembentukan generasi berilmu tidak akan sempurna dan tidak mungkin akan tercapai. Terdapat tiga aspek penting dalam pembentukan seorang guru yang perlu diikuti iaitu tahap pendidikan guru, latar belakang pengetahuan yang hendak diajar (penguasaan bidang) dan kaedah atau cara ilmu pengetahuan yang disampaikan (pedagogi) kepada para muridnya. Guru yang mempunyai sahsiah yang baik akan

dapat mempengaruhi pembelajaran murid-murid dengan berkesan sekali.

46

BAB 2 : GURU 2012


Sifat-sifat baik seorang guru umumnya adalah hasil latihan dan kesedaran hendak mencapai matlamat menjadi guru yang berwibawa.

TAHAP PENDIDIKAN

PENGUASAAN BIDANG KAEDAH PEDAGOGI

Pembentukan insan ke arah keadaan yang harmonis dan seimbang akan membolehkan pelajar-pelajar menjadi rakyat yang berilmu pengetahuan,

bertanggungjawab dan berkebolehan mencapai kebahagiaan diri sendiri serta memberi sumbangan demi pembangunan dan kemakmuran negara. Guru yang profesional perlu cekap dalam pelbagai aspek termasuklah pengajaran, pengurusan, kepimpinan, penyelidikan, kemahiran interpersonal dan lainlain kemahiran yang diperlukan pada masa kini. Walaupun begitu, sebagai seorang guru di negara yang sedang pesat membangun, ia juga perlu mengambil kira nilai lain iaitu kerohanian, ekonomi, dan sosial sebagai asas dalam pengajaran dan tugas lain dalam pendidikan. Guru yang mempunyai etika profesionalisme juga perlu

menunjukkan sifat taqwanya dengan menjalankan tugas dengan penuh amanah, iltizam dan ikhlas.

47

BAB 2 : GURU 2012


TAJUK: GURU DAN MASYARAKAT SOALAN LATIHAN 1. Berikan 4 peranan guru di mata masyarakat selain daripada menjadi tenaga pengajar di sekolah.

2. Huraikan dua tindakan yang boleh diambil oleh guru dalam usaha membentuk budaya masyarakat yang positif.

3. Apakah objektif penubuhan dan peranan PIBG dalam sistem pendidikan?

48

BAB 2 : GURU 2012


SKEMA JAWAPAN 1. Peranan guru: 1) sebagai pengganti ibubapa 2) sebagai penasihat dan pembimbing 3) sebagai contoh sahsiah yang positif 4) sebagai pengamal dan penyebar nilai kebudayaan

2.

1) Memberi pendedahan tentang pendidikan Huraian- Masyarakat perlu mengetahui tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan kita. Kebanyakan masyarakat terutama yang tinggal di kawasan luar bandar kurang mengambil berat tentang pendidikan. Di sinilah guru perlu memainkan peranan untuk mendedahkan sejauh mana pendidikan boleh mengubah sebuah kehidupan.

2) Membina hubungan komunikasi yang sihat Huraian - Untuk mencapai matlamat pendidikan di dalam masyarakat, faktor utama yang perlu diambil kira ialah hubungan komunikasi. Amatlah penting untuk mewujudkan komunikasi yang baik dengan masyarakat sebelum seseorang guru maju ke langkah seterusnya dalam membentuk budaya yang positif. Guru perlu berfikiran terbuka, peka dan peramah dengan masyarakat setempat. Apabila perhubungan komunikasi berjalan dengan baik barulah mudah untuk guru memberikan input pendidikan yang berguna kepada masyarakat tersebut.

49

BAB 2 : GURU 2012


3. Persatuan ibubapa dan Guru (PIBG) merupakan komponen penting dalam merealisasikan wawasan sekolah. Objektif penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu ke arah kegemilangan dan pencapaian matlamat sekolah dari segi ko-kurikulum, disiplin, moral dan keceriaan. PIBG berperanan sebagai pemangkin kepada usaha bagi mewujudkan sekolah sebagai institusi masyarakat yang dapat diterjemahkan melalui program peningkatan sekolah.

50

BAB 2 : GURU 2012


BIBLIOGRAFI

Abd Ghani Abdullah & Tang K. N. t.th. Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus Pendidikan Wanita. Jurnal Pendidikan, 31 (2006), 97 105. Diperoleh : 14 April, 2012 dari http://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/motivasi-guru-dan-pengurusan-budayakolaboratif-pengurus.pdf Abd. Rahim Abd. Rashid. 1999. Profesionalisme, Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd. Abd Rahman Abd Majid Khan. 2007. Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh (1997), Falsafah, Pedagogi dan Metadologi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Arthur Jupong. 2009. Cabaran Profesion Keguruan. Diperoleh :10 April, 2012, dari http://www.slideshare.net/arthurjeo/7-cabaran-profesion-keguruan Atan Long (1980), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Choong, L.K. 2009. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Choong, L.K. 2009. Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur. Esah Sulaiman (2004), Pengenalan Pedagogi: UTM, Skudai

Ibrahim Ahmad. t.th. Profesion Keguruan Pilihan Terakhir?: Suatu Tinjauan. t.tp.: t.pt. Diperoleh:10 April, 2012 dari: http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ve d=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan

51

BAB 2 : GURU 2012


_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPj bxa-g0Q

Kamus Dewan. (3rd ed.). (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (1989), Pedagogi, Pemulihan,Pengayaan Dan Isu Pendidikan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang (1990), Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan, Pedagogi 4, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang (1999), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Semester 1, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Mok Soon Sang (2000), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang (2000), Pendidikan di Malaysia (Edisi ketujuh), Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Rohizani Yaakub, Shahabuddin Hashim, Mohd Zohir Ahmad. 2003. Pedagogi, Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Selangor: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Ruhizan Mohd Yassin, Mohd Jasmy Abd Rahman, Norlena Salamuddin, Rosadah Abd Majid. t.th. Proses Kognitif Pelajar Cemerlang dan Tidak Cemerlang. Jurnal Pendidikan, 27 (2001), 27 34. Diperoleh: 14 April, 2012, dari http://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/proseskognitif-pelajar-cemerlang-dan-tidak-cemerlang.pdf Salleh Abd. Rashid. t.th. Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum Dan Pengajaran. t.tp.: t.pt. Yahya Buntat & Zainuddin Masrom. 2003. Amalan Etika Profesion Perguruan di Kalangan Guru-guru Sekolah Kebangsaan kampung Melayu, Kulai, johor. Satu Tinjauan. Jurnal Teknologi, 38(E), 65-74.

52

You might also like