You are on page 1of 4

KEPENTINGAN HUTAN

sebagai sumber kayu balak menyumbangkan keseimbangan iklim dunia sumber air bekalan makanan ubat-ubatan sistem edaran ekologi

SUMBER GENETIK

Kepelbagaian yang wujud di dalam hutan-hutan asli juga menjadi sumber primer bagi usaha memperbaiki mutu tanaman. banyak tanaman pemakanan yang berasal daripada hutan kini ditanam di ladang dan tidak lagi dikutip secara liar di dalam hutan.

Sumber genetik tumbuhan boleh dipulihara dengan beberapa cara yang berlainan. Antaranya termasuklah:o o o

pemuliharaan secara in situ, pemuliharaan secara ex situ sama ada melalui bank gen biji benih atau bank gen lapangan dan pemuliharaan secara in vitro sama ada menggunakan kaedah kultur tisu, penyimpanan debunga atau DNA.

in situ- adalah satu pendekatan yang memulihara tumbuhan di tempat ia tumbuh. Ia adalah satu pendekatan yang dinamik dan tumbuhtumbuhan dikekalkan di dalam persekitaran semula jadinya dan terus hidup seimbang dengan komponen yang lain seperti patogen dan ekosistemnya. ex situ- pula melibatkan pemindahan tumbuhan dari tempat tumbuhnya dan ditanam dalam kebun yang khusus iaitu arboretum atau di dalam bank gen.

PEMBEKAL BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN Sebilangan besar makanan dan minuman yang dijual di kedai dan di pasaraya datang dari tumbuhan hutan. contohnya buah kopi, pisang, koko ( yang digunakan untuk membuat coklat ), durian, beras, teh, limau manis, nenas tumbuhan yang membekalkan rempah seperti kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, buah pala dan halia. Hutan juga bertindak sebagai pembekal makanan kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijiran, putik bunga, daun-daun dan pelbagai bahagian lain pokok. Fauna yang hidup di dalam hutan ini pula menjadi pemangsa dan juga mangsa di antara satu dengan yang lain lalu membentuk satu rantaian makanan.

KAWASAN TADAHAN AIR Ia berfungsi menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahanlahan ke dalam anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penuras yang menapis air hujan bagi memastikan air yang mengalir ke kawasan tadahan adalah jernih dan bersih. . Ekosistem hutan berperanan sebagai pengawal kadar aliran air.

UBAT UBATAN Terdapat tumbuhan hutan hujan yang terbukti berguna kepada manusia kerana membekalkan ubat-ubatan yang amat mustahak Pelbagai jenis rawatan daripada hasil tropika ini, termasuk ubat tahan sakit, ubat batuk, dadah yang melegakan kebimbangan, pil perancang keluarga, ubat bius, antibiotik, ubat penentang barah Tumbuhan hutan hujan membekalkan ubat-ubatan untuk penyakit rosy periwinkle Madagascar untuk leukimia, kacang calabar di Afrika Barat untuk penyakit mata dan betik Latin Amerika untuk penyakit yang berkaitan dengan perut.

PENGAWAL HAKISAN TANAH Akar-akar pokok mengikat dan mencengkam tanah-tanih untuk menegapkannya. hutan boleh mengelakkan penggondolan permukaan tanah dan menyebabkan zat galian tanah hilang daripada permukaannya. Zat-zat tanah amat diperlukan untuk tumbesaran pokok seperti kalium, magnesium, nitrat dan potasium. Zat tanah tersebut akan hilang melalui proses larutan dan larut resap di kawasan-kawasan hutan yang dibersihkan dan kemudiannya dibakar.

SUMBER KAYU BALAK DAN PRODUK HUTAN Sumbangan sumber ini bukan hanya dilihat daripada hasil jualan kayu-kayannya melalui pertumbuhan industri yang berkaitan tetapi juga sumbangannya untuk kesejahteraan sosial manusia dan hidup- hidupan serta persekitaran. Kayu keras Tropika merupakan satu daripada komoditi utama yang penting bagi negara-negara membangun sebagai hasil eksportnya dan seterusnya menjadi sumber pendapatan negara. Selain daripada itu, produk hutan yang lain adalah untuk kegunaan utama kayu gergajian kayu keras berkualiti tinggi bagi perabot rumahtangga, pembuatan lantai, produk fabrik, kabinet, almari dan lain-lain. Kualiti yang lebih rendah digunakan untuk pembuatan lantai yang umum. White oak, red oak, gum, maple dan ash adalah di antara kayu keras yang umum manakala red oak merupakan spesies tunggal yang terpenting. Kayu gergajian kayu lunak dipergunakan terutama sebagai bahan bangunan. Kayu lunak digunakan untuk tujuan dekoratif dan penyempurnaan terakhir seperti pembuatan panel, dinding sisi, lantai, bahan potongan luar, pembuatan pintu dan jendela. Produk hutan lain yang dihasilkan dari sumber hutan adalah rotan- rotan di mana banyak digunakan untuk Industri Kecil Tempatan. Rotan ini mempunyai nilai yang tinggi jika dikomersialkan di mana dapat menghasilkan perabot, barang perhiasan dan kraftangan.

HUTAN SEBAGAI TEMPAT REKREASI

Oleh kerana peningkatan urbanisasi dan cara hidup yang boleh menyebabkan ketegangan, manusia biasanya akan cuba kembali kepada unsur-unsur yang asas. Hutan juga merupakan satu tempat untuk melarikan diri dari kesibukan harian. Kajian telah dilakukan menunjukkan pengunjung hutan rekreasi mempunyai motivasi untuk bersunyi, mengalami ciri-ciri kembara serta meningkatkan kekuatan fizikal dan mental. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk menikmati persekitaran hutan yang teduh dan kedinginan air sungai serta menghirup udara yang bersih dari tumbuhan yang menghijau.

You might also like