You are on page 1of 5

Tingkat-Tingkat Nafsu

Allah jadikan makhluk pelbagai jenis. Ada jenis yang hanya diberi jiwa suci tanpa nafsu, iaitu malaikat. Ada yang diberi nafsu sahaja tanpa akal iaitu binatang. Ada yang diberi akal dan nafsu serta perasaan iaitu manusia. Nafsu manusia terbahagi kepada beberapa peringkat. Diantaranya ialah: 1. Ammarah 2. Lawwamah 3. Mulhimah 4. Mutmainnah 5. Radhiah 6. Mardhiah 7. Kamilah

Hakikat nafsu, ia sentiasa mengajak kepada kejahatan. Firman Allah s.w.t.: "Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53) Walaupun nafsu sentiasa mengajak kepada kejahatan tetapi Allah memberi keistimewaan kepada manusia iaitu kemampuan dan kekuatan untuk mengendalikan nafsu sehingga menjadi baik dan boleh didorong kepada kebaikan. Nafsu yang terdidik ialah nafsu mutmainnah. Mutmainnah ialah nafsu ahli syurga.

"Wahai nafsu mutmainnah(nafsu yang tenang) kembalilah kepada Tuhan kamu dengan hal saling redha meredhai. Masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr: 27-30)Kesimpulannya, nafsu terbahagi
kepada dua iaitu nafsu baik dan nafsu jahat. Siapa yang dikuasai salah satu daripadanya dia akan bersifat dengan pilihannya itu. Proses ke arah itulah yang disebut Mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu) seperti sabda Rasulullah s.a.w.:"Orang yang berjuang atau berjihad sebenarnya ialah orang yang berjuang melawan nafsu dan menundukkan dan mengendalikannya sehingga taat kepada Allah." [Riwayat Tirmizi] TINGKAT DAN MAQAM NAFSU MANUSIA

>> NAFSU AMMARAH ialah nafsu paling jahat yang sentiasa mengajak manusia yang dikuasai ke arah kejahatan, melakukan dosa dan berseronok melakukannya. Firman Allah s.w.t.: "Sesungguhnya nafsu Ammarah itu sangat menyuruh berbuat jahat." (Yusuf:53) SIFAT-SIFAT ORANG BERNAFSU AMMARAH: 1. Selalu terdedah kepada godaan nafsu dan syaitan. Nafsu Ammarah sentiasa menyuruh seseorang berbuat jahat sama ada dia faham perbuatan itu jahat atau tidak. 2. Tidak merasa dika atau menyesal atas perbuatan jahatnya malah perasaannya lega dan gembira. 3. Terlalu gembira apabila mendapat nikmat dan berputus asa jika ditimpa kesusahan. Allah menggambarkan dalam firmanNya: "Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengannya. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka akan berputus asa." (Ar-Rum: 36) 4. Sifat-sifat keji yang timbul dari benih nafsu Ammarah ini ialah bakhil, tamak kepada harta dunia, cintakan keduniaan, sombong, takbur, kedekut, hasad dengki, lalai terhadap Allah, dendam dan lain-lain.

Barang siapa mendapati dirinya ada salah satu sifat tersebut, itu tandanya dia termasuk ke dalam golongan ammarah. Orang berilmu atau tidak juga boleh terjebak dalam golongan ini. Nafsu Ammarah ialah serendah-rendah darjat dan sejahat-jahat nafsu dalam dunia Tasawuf. Tempat yang wajar untuk golongan ini ialah kawah neraka yang penuh dengan azab pedih. Na'uzubillahi min zalik.

>> NAFSU LAWWAMAH ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri atau mencela diri sendiri jika berlaku suatu kejahatan/dosa keatas dirinya sendiri. Sebagai contoh, jikalau dirinya tertinggal solat, hatinya akan menyesal dan segera memohon keampunan Allah, kemudian mengqahaknya. Bila terlajak berbuat dosa, dia segera menyesal. Walau bagaimanapun, dirinya masih berat melakukan kebajikan dan taat masih terasa berat sehingga dilakukan dalam keadaan TERPAKSA. "Aku bersumpah dengan nafsu Lawwamah (pencerca dan pengkritik diri)." (Al-Qiyamah: 2) Walaupun hatinya boleh dan mudah terdorong ke arah ibadah dan kebaikan, tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan sepenuhnya walaupun Nafsu Lawwamah lebih tinggi daripada Nafsu Ammarah kerana golongan ini melakukan sesuatu dengan ilmu dan kenal kejahatan dengan ilmu. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan jadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri." [Riwayat Abu Mansur, ad-Dailami]

SIFAT-SIFAT ORANG BERNAFSU LAWWAMAH: 1. Mencela kesalahan diri sendiri. 2. Selalu berfikir mengenang dosa dan keburukannya. 3. Rasa takut bila bersalah. 4. Mengkritik terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan. 5. Mudah merasa riak iaitu hendak menunjuk-nunjuk kepada orang apabila membuat kebaikan. 6. Mudah merasa sum'ah iaitu ingin memperdengarkan atau memberitahu orang suatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian. 7. Mudah merasa ujub, iaitu perasaan yang menolak dalam hati, merasakan diri lebih baik daripada orang lain walaupun zahirnya dia menunjukkan seperti sifat tawadhuk, pemurah dan segala sifat-sifat mazmumah yang tidak mampu dilawan dan sedang menguasai hatinya. Martabat nafsu Lawwamah terletak pada kebanyakkan orang awam. Syurga untuk orang martabat ini TIDAK TERJAMIN, kecuali setelah mendapat keampunan Allah dan rahmatNya. Jalan selamat untuk orang yang bersifat nafsu Lawwamah ialah perlu sentiasa bergaul dengan orang baik dan sentiasa berada dalam lingkungan yang baik. Dia hendaklah menjauhi kawan-kawan dan suasana jahat, kerana hatinya mudah tergoda dan terikut dengan kejahatan. Selain itu, orang yang berada pada maqam nafsu ini hendaklah:

1. Belajar dan berusaha melatih diri untuk bermujahadah nafsu, membenci maksiat dan menanam rasa cinta kepada kebaikan. 2. Dibantu dengan zikrullah supaya hati menjadi lembut. 3. Setelah itu dibantu lagi dengan berdoa memohon bantuan Allah bagi memudahkan melawan nafsu yang jahat. 4. Hendaklah dipimpin oleh seorang guru mursyid. >> NAFSU MALHAMAH ialah setelah seseorang melalui mujahadah yang sungguh-sungguh untuk meleburkan nafsu Ammarah dan Lawwamah, maka nafsunya akan meningkat kepada nafsu Mulhamah. Nafsu peringkat ini sudah menerima latihan proses KESUCIAN HATI atau Mujahadatunnafsi. Tiada lintasan-lintasan kotor atau was-was syaitan lagi, sebaliknya malaikat atau Allah mengilhamkan kebaikan pada hatinya. "Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya orang yang menyucikan hatinya mendapat kemenangan dan orang yang mengotorkan hatinya akan rugi (celaka)." (Al-Syam: 8-10) SIFAT-SIFAT ORANG BERNAFSU MULHAMAH: 1. Tidak sayangkan harta, tidak cinta dunia. 2. Merasa cukup dengan kurniaan Allah (qanaah). 3. Mendapat ilmu laduni atau ilham. 4. Timbul rasa rendah diri kepada Allah. 5. Taubat yang yang sebenar-benarnya. 6. Sabar yang hakiki. 7. Tahan menerima kesusahan dan lan-lain sifat mazmumah. Mereka dalam martabat ini mula masuk ke SEMPADAN WALI ALLAH dan mula mencapai fana yang menghasilkan makrifat dan hakikat. Walau bagaimanapun sifat-sifat baik sama ada zahir atau bathinnya belum benar-benar berakar dengan teguh dalam diri dan hatinya. Oleh itu, dia perlu menjaganya dengan mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan amalan solehnya kerana ujian keatasnya setiap ada. Sekiranya dia tidak berjaga-jaga, Allah akan mencabut semula maqam itu menjadi Lawwamah.

>> NAFSU MUTMAINNAH terhasil daripada latihan yang berterusan, nafsu Mulhamah akan meningkatkepada nafsu Mutmainnah. Hati sudah sampai peringkat SUCI dan TENANG. Nafsu Mutmainnah ialah martabat nafsu pertama yang telah mula mendapat Keredhaan Allah dan layak masuk ke syurga. Firman Allah s.w.t.: "Wahai orang yang bernafsu Mutmainnah, pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dalam keadaan redha-meredhai dan masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr: 27-30) Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah, dikatakan seorang Mukmin yang bertaqwa. Hati dan jiwanya tetap tenang walau ditimpa musibah yang berat. Tenang dalam menghadapi sebarang keadaan.

SIFAT-SIFAT ORANG BERNAFSU MUTMAINNAH: 1. Murah hati. 2. Tawakal yang benar. 3. Arif dan bijaksana.

4. Kuat beribadah. 5. Syukur yang benar. 6. Redha pada segala hukuman Allah. 7. Takwa yang benar dan lain-lain sifat mahmudah.

>> NAFSU MARDHIAH adalah hasil kegigihan melatih diri untuk memakrifatkan diri kepada Allah daripada maqam Nafsu Mutmainnah. Orang ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan Allah. Orang ini mendapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam atau dikenali sebagai FIRASAT. Rasulullah s.a.w. bersabda" Takutilah akan firasat orang Mukmin, kerana mereka (orang mukmin) melihat dengan Nur Allah (petunjukNya)." [Riwayat Tirmizi] Tabiat orang diperingkat ini luar biasa, ia tidak takut kepada bala Allah dan tidak tahu gembira pada nikmatNya kerana yang dia tahu hanya keredhaan Allah dan hukumanNya. Allahu Robbi! "Sesungguhnya wali-wali Allah tidak pernah merasa takut dan bimbang." (Yunus: 62) Nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbinya dan mereka disinari oleh Nur Syuhud kepada Makrifat, bertalu-talu masuk ke dalam hati nurani yang tetap waja itu. Alam di sekeliling laksana cermin. Apabila dia melihat alam yang dilihatnya ialah Allah kerana semuanya hasil ciptaanNya. Hal ini berlaku setiap ketika. Maqam ini disebut juga sebagai maqam Musyahadah sepertimana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadithnya mengenai sifat al-Ihsan yang bermaksud: "Maksud Ihsan ialah apabila engkau menyembah Allah, hendaklah terasa seolah-olah engkau melihatNya. Jika engkau tidak dapat melihat Allah, ketahuilah bahawa Dia melihat kamu." [Riwayat Muslim] Sifat-sifat mahmudah yang lahir dari Nafsu Radhiah ialah zuhud, ikhlas, warak, memelihara hukum-hukum Allah dan lainlain sifat kerohanian yang tinggi. Maqam nafsu ini hanya dapat dicapai oleh para wali Allah. Mereka dapat merasa nikmat melakukan kebajikan dan berbudi luhur. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar dilidah tetapi hatinya penuh khusyuk dan tawadhuk mengingati Allah s.w.t. Firman Allah dalam al-Quran: "Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dalam keadaan merendahkan diri dan takut." (Al-A'raf: 205) NAFSU MARDHIAH ialah mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar-benar sebati dengan Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah dia. Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmat." [Riwayat Ibnu Majah] Segala gerak geri orang diperingkat ini, diredhai Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadith Qudsi bahawa Allah berfirman, maksudnya: "Sentiasalah hambaKu berdampingan kepadaKu dengan mengerjakan ibadah sunat sehingga Aku kasihkan dia. Maka apabila Aku kasihkan dia nescaya Aku Pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Penglihatan yang dia melihat dengannya, Pertuturan lidah yang dia bertutur dengannya, Penampar tangannya yang dia menampar dengannya dan Berfikir Hatinya yang dia berfikir dengannya." [Riwayat Bukhari]

Orang yang dapat mencapai martabat nafsu Mardhiah ini digelar wali Allah dalam martabat yang istimewa. Sifat-sifat kerohanian mereka ialah: 1. Elok dan tinggi budinya umpama nabi-nabi. 2. Lemah lembut dalam pergaulan masyarakat. 3. Sentiasa ghairah untuk berdamping dan beribadah dengan Allah. 4. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah dan lain-lain sifat terpuji.

>> NAFSU KAMILAH ialah orang di peringkat tingkatan-tingkatan nafsu yang tertinggi kesuciannya. Setiap perlakuannya benar-benar mengikut garisan keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan. Cintanya tertumpu kepada Allah, ingatan kepadaNya tidak pernah putus. Allah s.w.t. membayang-kannya dalam hadith qudsi yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah lama orang-orang yang baik itu rindu untuk bertemu dengan Aku dan sebaliknya Aku lebih rindu akan bertemu mereka." [Riwayat Abu Darda'] Hanya para Rasul, para Nabi dan para wali Allah sahaja yang boleh sampai ke taraf nafsu Kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yang tinggi ini dengan proses mujahadah yang bersungguh-sungguh InsyaAllah. Apabila kita sudah mengenal di tahap mana nafsu kita, maka dapatlah kita berusaha meningkatkannya ke peringkat yang lebih tinggi dan mendorongnya kepada kebaikan. Bahkan tuntutan meningkatkan nafsu ke maqam yang tinggi AMAT DIPERINTAHKAN. Ini kerana orang yang berada di peringkat nafsu terendah sentiasa berada dalam suasana maksiat dan menderhakai Allah. Maka wajib bagi kita meninggalkan segala maksiat dan kembali menjadi hamba Allah yang taat insyaAllah.

You might also like