You are on page 1of 5

PROFIL PELATIH

NAMA NOMBOR KAD PENGENALAN UNIT / KUMPULAN TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR BANGSA AGAMA ALAMAT RUMAH

: AINA MUNIRAH BINTI MOHD PUZI : 911122-13-6190 : PISMP1111 PENGAJIAN AGAMA : 22 NOVEMBER 1991 : HOSPITAL BESAR BINTULU, SARAWAK : MELAYU : ISLAM : NO 1142J LUCKY TOWER, JALAN TUN AHMAD ZAIDI, TANJUNG BATU, 97000 BINTULU, SARAWAK

NOMBOR TELEFON E-MAIL LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

: 013-8287478 : aina.ainamunirah.munirah@gmail.com i. (1998-2003) SK AGAMA (MIS) BINTULU ii. (2004-2008) SMK AGAMA MIRI iii. (2009-SEKARANG) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

REFLEKSI Nama : Aina Munirah Binti Mohd Puzi No. KP: 911122-13-6190

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya saya dan rakan seperjuangan telah berjaya menjalani program Bina Insan Guru dengan jayanya. Kami telah mimilih tarikh 7 Februari 2013 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, Sabah. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pengarah IPGKTAR kerana telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk melaksanakan program BIG di Negeri di Bawah Bayu. Sabah. Ucapan jutaan terima kasih kepada tutor kumpulan kami, Ustazah Musliha, kerana telah membenarkan dan memberi sokongan dan dorongan dalam melaksanakan program BIG kali ini. Tidak dilupakan juga pensyarah-pesnyarah bimbingan yang telah banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. SEBELUM BIG Pada 4 Februari 2013, kami PISMP Ambilan Januari 2011 telah diberi taklimat berkenaan program Bina Insan Guru Siri 5/2013 yang mesti dijalankan pada semester ini. Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Micheal Belekum dengan penerangan yang jelas. Kami dikehendaki menjalankan lawatan penandaarasan ke sekolah berwatak seperti Sekolah Amanah, Sekolah Bestari, Sekolah Berprestasi Tinggi, dan sebagainya. Akan tetapi, kami PISMP Pengajian Agama telah membuat persiapan awal untuk mengadakan mesyuarat bagi menentukan tempat dan tarikh pelaksanaan BIG yang akan kami jalankan. Dalam mesyuarat ini juga, kami telah menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pelaksana lawatan penandaarasan yang akan diadakan di SK Sri Gaya, Kota Kinabalu pada hari Khamis, 7 Februari 2013. Setiap AJK bergerak dalam kumpulan masing-masing bagi berbincang berkenaan bidang tugas mereka bagi memudahkan perjalanan kami kelak. Selain itu, ketua dan penolong kumpulan kami yang telah banyak menguruskan persediaan kami dan berkorban masa demi melaksanakan program BIG ini dengan kehendak kami. Pada awalnya, kami telah menyediakan kertas kerja bagi menjalankan program ini. Namun Alhamdulillah kerana kertas kami telah diluluskan oleh Terima kasih diucapkan kerana member pengarah atas budi bicara beliau.

kepercayaan kepada kami untuk menjalankan program ini di luar negeri Sarawak.

Hasil

daripada

kerjasama

kami

semua

telah

membuahkan

hasil

yang

membanggakan dan BIG kami ini Berjaya dijalankan dengan jayanya. SEMASA BIG Setelah sampai di Kota Kinabalu, Sabah pada 7 Februari 2013, kami telah berangkat ke SK Sri Gaya pada awal pagi. Sesampainya kami di sana, kami disambut dengan sangat baik oleh pihak sekolah terutamanya Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan guru-guru di kawasan dewan terbuka sekolah. Mereka amat mengalu-alukan kedatangan kami dengan tangan terbuka dan penuh hormat. Kemudian, kami dijemput ke bilik mesyuarat sekolah untuk mendengar taklimat daripada pihak sekolah. Antara perkara yang dijelaskan oleh guru besar sekolah ialah pengenalan sekolah, kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah, pencapaian sekolah dan sebagainya. Saya amat teruja dan terpegun dengan pencapaian yang dicapai oleh sekolah ini. Ia amat membanggakan. Sebelum mendapat gelaran ini, SK Sri Gaya merupakan Sekolah Kluster Kebangsaan Sabah pada 27 Mac 2007. Hal ini sekaligus mengotakan visi sekolah yang patut dicapai pada tahun 2008. Setelah itu, sekolah ini diberi anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi pada 27 Disember 2012 sempena kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh murid-murid, guru-guru, dan juga pihak sekolah. Kejayaan ini juga menepati sasaran dan visi sekolah yang baru dan disasarkan akan dicapai pada tahun 2015. Namun begitu, berkat penat lelah guru-guru dan pihak sekolah, visi sekolah dapat dicapai sebelum tiba masanya. Guru besar bercadang untuk memperkenalkan visi terbaru yang bertaraf antabangsa untuk menjadi sasaran sekolah pada masa hadapan. Antara kejayaan dan kebitaraan sekolah ini ialah tarian, kawad kaki dan juga mata pelajaran Matematik. Saya sekali lagi terkejut dan teruja dengan kejayaan pihak sekolah iaitu murid-murid mereka telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di London. Sememangnya mereka tidak mempunyai tenaga pengajar yang mahir, akan tetapi, guru-guru di sana ada yang berkebolehan untuk mengajar pelbagai jenis tarian di sekolah. Kejayaan-kejayaan seperti ini telah membakar semangat saya untuk bergelar seorang guru pada masa akan datang. Selain itu, sekolah ini juga turut terkenal dengan kawad kaki daripada muridmurid. Sekolah ini juga menitikberatkan kawad kaki sebelum masuk ke kelas, waktu

rehat dan juga setelah selesai sesi persekolahan. mengajar murid-murid dalam kawad kaki.

Pihak sekolah juga ada

menjemput tenaga pengajar daripada pegawai-pegawai bomba dan polis untuk Latihan seperti ini sekaligus dapat memupuk nilai disiplin dan patuh terhadap arahan yang diberikan oleh ketua. Seterusnya, latihan ini dapat mendidik banyak nilai murni yang perlu disemai dalam diri murid-murid sejak di bangku sekolah lagi. Di samping itu, saya turut tertarik dengan tiga perkara yang menjadi asas pihak sekolah dalam kemenjadian murid. Antaranya ialah Mahu, Mampu dan Peluang. Mahu bermaksud kemahuan dalaman guru-guru dan juga murid-murid untuk mencapai kejayaan dan mampu membawa maksud kemampuan mereka untuk mencapai kejayaan tersebut. Seterusnya, peluang pula ialah peluang yang perlu diambil dan tidak boleh dilepaskan oleh mereka sama ada di dalam ataupun di luar sekolah yang boleh diambil oleh murid-murid. Oleh itu, tidak mustahil sekolah ini mendapat pelbagai anugerah seperti Sekolah Cemerlang Gred A, Sekolah Mithali sebanyak dua kali oleh Tabung Haji Malaysia dan banyak lagi. Setelah tamat sesi taklimat dan soal jawab, kami dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah yang agak luas dan sudah pastinya cantik dan bersih. Saya amat kagum dengan penerimaan murid-murid yang amat menghormati tetamu yang datang dengan memberi ucapan salam dan tuduk sebagai tanda hormat walaupun mereka kaya dengan pelbagai etnik dan budaya. Kami dibawa ke galeri sekolah yang merupakan bukti kejayaan sekolah yang amat membanggakan dan terletak di tengah bangunan. Terdapat banyak trofi dan piala yang telah dimenangi oleh pihak sekolah, sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Panorama sekitar sekolah amat cantik dan unik. Mereka mempunyai

roundabout atau bulatan yang dibina di hadapan sekolah yang dianggap sebagai Tugu Sekolah yang melambangkan tanda bulatnya kesepaduan antara warga sekolah dan juga ibu bapa. Yang menambahkan lagi keunikan bulatan tersebut ialah ia dibina oleh ibu bapa murid-murid di sekolah tersebut sebagai tanda sumbangan terhadap pihak sekolah terhadap kejayaan anak-anak mereka. Banyak iktibar yang boleh saya ambil daripada ini iaitu sikap guru-guru yang amat disegani oleh pihak ibu bapa sehingga sanggup berkorban tenaga dan masa mereka di samping bersyukur dan berterima kasih terhadap pihak sekolah. Kerjasama dan

kesepaduan seperti ini yang harus dipupuk oleh semua sekolah di seluruh Negara untuk dijadikan panduan dan pedoman bagi melahirkan sekolah yang cemerlang pada masa akan datang. Setelah melalui pelbagai pengalaman manis mahupun pahit sepanjang menjalani program ini, saya berharap kami semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna yang telah dikongsikan oleh pihak sekolah kepada kami. Program ini juga sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada kami untuk mengorak langkah untuk bergelar guru yang cemerlang suatu hari kelak. Diharap, kejayaan program kami ini sesuai dengan hasrat kami untuk menjadi pemangkin kepada anak-anak murid untuk membina generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

You might also like