You are on page 1of 23

EMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TAHUN 2008. 1. Projek : Pembangunan Manusia Asas Komoditi ( PMAK ) 2.

Sub Projek : Ternakan ikan keli 3. Jenis Projek : Ternakair 4. Status Projek : Pembesaran Projek 5. Nama Pertubuhan Peladang : Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Siput (U) 6. Negeri : Perak Darul Ridzuan 7. Objektif Projek : Seperti di dalam kertas kerja 8. Lokasi Projek 8.1 Kampung : Kampung Jalong 8.2 Mukim : Sungai Siput 8.3 Daerah : Kuala Kangsar 9. Saiz Projek : 1 ekar 10. Tarikh Projek dimulakan : Januari 2008 11. Status Tanah dan Kelulusan : Seperti di lampiran 11.1 Hak Milik : Abdul Hamed bin Abdullah 11.2 Kelulusan Menggunakan Tanah : 1 ekar 11.3 Keadaan Tanah Sekarang : Tanah terbiar 11.4 Kemudahan Sedia Ada : Berdekatan dengan kolam dan jalan raya 11.5 Kesesuaian Tanah : Seperti di lampiran 12. Kaedah ( Korporat,usahawan / perlaksanaan projek ( Nyatakan kaedah / Modal ) : PMAK 12.1 Kaedah ( Korporat, usahasama dengan swasta dan usahawan, agihan pendapatan ) Peserta Projek : 70 % PPK : 30 % 12.2 Jawatan / anggota Bilangan Gaji / emolumen Separuh / sepenuh masa Ahli 4 Tiada Sepenuh masa / berjadual 13. Jadual Perlaksanaan : Seperti di lampiran 14. Kos Projek ( Nyatakan kerja kerja dan kos terlibat secara terperinci ) : 14.1 Pecahan Kos 14.1.1 Kos Tetap : Seperti dalam kertas kerja 14.1.2 Kos Operasi : Seperti dalam kertas kerja 15. Modal diperlukan ( Berdasarkan kepada aliran wang tunai projek ) : RM 40,000.00 16. Pembiayaan Modal : 16.1 Peruntukan Grant : RM 40,000.00 17. Pemasaran Hasil : 17.1 Jangkaan Tarikh Pengeluaran : Mac 2008 17.2 Anggaran Harga : RM 2.50 / kg 17.3 Anggaran Hasil : 8.8 mt / sepusingan 17.4 Kaedah Pemasaran : PPK Sungai Siput (U)

18. Daya Maju Projek : 18.1 Untung / Rugi Projek 18.1.1 Jumlah Pendapatan : RM 22,000.00 18.1.2 Jumlah Perbelanjaan : RM 8,200.00 18.1.3 Untung / Rugi : RM 13,800.00 18.1.5 Kadar Pulangan Dalam (IRR): 30.02 % 18.1.6 Titik Pulangan Modal (BEP) : Tahun ke 4 19. Impak Projek 19.1 Bilangan Ahli Mendapat Faedah : 93 orang ahli 19.2 Pendapatan Kepada Peserta : 805.00 / bulan 19.3 Peratus Sumbangan Projek Kepada Perniagaan PP : 100 % 20. Penjelasan Ringkas Mengenai Projek : Seperti dalam kertas kerja KANDUNGAN Bil. Tajuk Mukasurat 1. PENDAHULUAN 7 2. OBJEKTIF PROJEK 7 3. BUTIRAN PROJEK 3.1 Lokasi 8 3.2 Saiz projek 8 3.3 Kemudahan infrastruktur 8 4. ORGANISASI PENGURUSAN 4.1 Pengurusan projek 8 4.2 Struktur organisasi 9 4.3 Pengurusan projek 9 4.4 Perlaksanaan projek 10 5. ASPEK PEMASARAN 10 6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN 6.1 Kos tetap 10 6.2 Kos berubah 11 6.3 Pendapatan projek 11 6.4 Untung / ( rugi ) projek 11 6.5 Pembiayaan 11 6.6 Pembahagian keuntungan 12 6.7 Analisa Pendapatan Projek - seperti lampiran m/s akhir 6. JUSTIFIKASI 12-13 7. KESIMPULAN 13 KERTAS KERJA PROJEK TERNAKAN IKAN KELI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SUNGAI SIPUT (U) PERAK DARUL RIDZUAN

************************************************************************ 1. PENDAHULUAN Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon peruntukan sebanyak RM 40,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu sahaja. ) di bawah peruntukan Program Pembangunan Manusia Asas Komoditi ( PMAK ) untuk melaksanakan Projek Ternakan Ikan Keli sebanyak 5,000 ekor sepusingan. PPK Sungai Siput (U) mengenalpasti sekumpulan peladang nita yang berjumlah 4 orang dan berminat untuk menternak ikan keli secara komersil. Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, projek ekonomi dan pembangunan infrastruktur ke arah menyokong pengeluaran makanan di daerah Kuala Kangsar. Menggalakkan perladangan berasaskan kelompok untuk merealisasikan konsep satu kawasan satu produk (1K1P). Ini juga secara tidak langsung dapat memberi suatu galakan ke arah pengaktifan unit 2. OBJEKTIF PROJEK Membantu meningkatkan pendapatan kumpulan peladang nita PPK Sungai Siput (U) dengan menjadikan projek ini sebagai salah sumber ekonomi yang boleh dilakukan di persekitaran rumah. Membesarkan dan menperkemaskan projek ternakan ayam kampung sedia ada di unit yang dipilih agar boleh mencapai saiz pengeluaran ayam kampung organik yang besar dan komersil serta memenuhi kehendak pengguna dengan menghasilkan makanan yang bersih dan halal. Mengaktifkan unit yang berdekatan agar dapat berdaya saing kembali dalam bidang pengeluaran produk berasakan ternakan kampung / sumber sedia ada. Mewujudkan lebih ramai peladang nita di kalangan ahli peladang yang aktif dalam bidang ternakan disamping mewujudkan usahawan tani yang berwawasan dan berdaya saing. 3. BUTIRAN PROJEK 3.1 Lokasi Kawasan ini terletak di Kampung Jalong dalam daerah Sungai Siput (U) dan jarak antara tapak projek dan PPK adalah 12km, tanah ini adalah hak milik En.Abdul Hamed bin Abdullah yang juga seorang Ahli Jemaah Pengarah PPK Sungai Siput (U) Perak. 3.2 Saiz Projek

Projek ternakan ikan keli ini dilaksanakan di dalam kolam simen dengan kapasiti sebanyak 80,000 ekor ikan keli sepusingan dengan jumlah 6 buah kolam ternakan simen berukuran 20 x 60. Sebanyak 5 pusingan setahun dicadangkan untuk ternakan ini. 3.3 Kemudahan Infrastruktur Kawasan projek yang dicadangkan berdekatan dengan jalan raya, kemudahan elektrik dapat dibekalkan, kemudahan air bersih boleh diperolehi dan berdekatan dengan kawasan rumah peserta bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja di kolam dilakukan. 4. ASPEK ORGANISASI DAN PENGURUSAN 4.1 Pengurusan Projek Satu jawatankuasa projek akan dibentuk bagi tujuan pengawasan dan penyeliaan supaya projek berjalan lancar mengikut dasar yang ditetapkan oleh Ahli Jemaah Pengarah PPK serta Lembaga Pertubuhan Peladang. Pengurus Besar akan bertanggungjawab kepada Ahli Lembaga Pengarah dengan menyediakan kertas kerja dan program yang berkaitan dengan pengurusan projek. Pengurus Projek akan bertanggungjawab kepada Pengurus Besar di dalam perkara penyeliaan / pemantauan dan perjalanan projek agar jadual harian ternakan dipatuhi oleh peserta. Manakala Pengurus Bahagian Perniagaantani akan bertanggungjawab kepada Pengurus Besar dalam perkara yang melibatkan pemasaran ternakan ikan keli ini. Satu jawatankuasa teknikal akan dibentuk terdiri daripada Pengurus Besar, Pengurus Projek, Pengurus Perniagaantani, Pegawai LPP Negeri, Pegawai Jabatan Haiwan Infoternak dan Jabatan Perikanan bagi membincangkan apa jua masalah berkaitan teknikal dan cadangan bernas projek ternakan ikan keli PMAK ini. 4.2 Struktur Organisasi 4.3 Pengurusan Projek 4.4 Perlaksanaan Projek Kerja kerja pembinaan kolam simen ini akan dilakukan secara kontrak. Darisegi gunatenaga kerja pula, pihak PPK akan menghantar borang permohonan projek PMAK. Projek ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh perserta dan jadual perlaksanaan kerja dan pembahagian tugas akan dibuat untuk memudahkan kerja pemantauan dibuat oleh Pengurus Projek. Projek ini akan dijalankan dalam tempoh 7 tahun dimana setiap tahun dapat dilaksanakan sekurang kurangnya 4 pusingan dan maksima sebanyak 5 pusingan. Ini bergantung kepada rutin kerja, pemasaran hasil, masalah penyakit dan pembasmian.

5. ASPEK PEMASARAN Pemasaran ikan keli ini akan dilakukan oleh Pengurus Bahagian Perniagaantani dengan kerjasama diantara penternak / peserta PMAK, pemborong dan usahawan usahawan PPK yang telibat dalam bidang pemasaran. Harga yang ditetapkan untuk jualan dipasar basah adalah mengikut harga semasa pasaran yang dianggarkan sekitar RM 2.00 hingga RM 6.00 sekilogram. 6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN 6.1 Kos Tetap a. Kos bagi peyediaan kolam simen dengan Keluasan 20 x 60 dan tinggi 3 dengan Kelengkapan sistem pengairan dan oksigen. Bertiang dan berbumbung dengan sistem Pendawaian elektrik. RM 32,000.00 b. Pengisar makanan. RM 800.00 c. Pam Elektrik 2 hp / diesel. RM 1,600.00 JUMLAH RM 34,400.00 6.2 Kos Berubah a. Anak benih ikan keli sebanyak 80,000 ekor x 0.03 sen/ekor RM 5,600.00 b. Makanan ikan keli ( RM 0.50 sen x 2,400 kg ) RM 1,200.00 c. Ubatan dan vaksin RM 200.00 d. Pengangkutan RM 600.00 e. Elektrik RM 600.00 ( catatan : makanan ikan keli akan diperolehi daripada lebihan bahan makanan basah di pasar seperti perut ayam, perut ikan dan sebagainya dan perbelanjaan berkenaan akan ditanggung oleh peserta).

JUMLAH RM 8,200.00 6.2 Pendapatan Projek Perkiraan adalah diambilkira peratus kematian sebanyak 45 % iaitu 36,000 maksima dengan purata berat seekor 0.20gram ( sekilogram @ 5 ekor ). a. Pendapatan jualan ikan keli ( 44,000 ekor x 0.20gram x RM 2.50 sen ) RM 22,000.00 6.4 Untung / ( Rugi ) Projek a. Jumlah Pendapatan RM 22,000.00 b. Jumlah Perbelanjaan RM 8,200.00 Lebihan / ( Kurangan ) RM 13,800.00 6.5 Pembiayaan ( Ekuiti Modal ) a. Peruntukan PMAK RM 40,000.00 b. PPK / Peserta Projek RM 2,600.00 JUMLAH RM 42,600.00 6.6 Pembahagian Keuntungan Pembahagian keuntungan akan dibuat setiap pusingan seperti berikut: a. Peserta PMAK : 70% b. PPK : 30% 6.7 Analisa Pendapatan Projek Perkiraan pendapatan setiap peserta adalah seperti berikut : a. Jumlah keuntungan satu pusingan : RM 13,800.00 b. Pembahagian keuntungan

* Peserta PMAK : RM 9,660.00 * PPK : RM 4,140.00 c. Pendapatan setiap peserta / pusingan : RM 2,415.00 d. Pendapatan purata setiap peserta / bulan : RM 805.00

7. JUSTIFIKASI PROJEK Potensi Ternakan Ikan Keli. Penternakan ikan keli menggunakan kolam simen telah terbukti dapat meningkatkan hasil pengeluaran ternakan. Ini adalah kerana pengurusan ternakan yang mudah dipantau dan penjagaan kebersihan kualiti air dapat ditentukan sendiri oleh penternak. Disamping itu kerja kerja penggredan ikan keli dapat dilakukan dengan mudah kerana dasar kolam yang rata dan tidak berlumpur. Proses penggredan ini amat penting bagi ternakan keli kerana keli merupakan haiwan karnivor (pemakan daging). Ketidakseimbangan ternakan dari segi saiz akan menggalakkan pemangsaan sesama ikan keli. Oleh yang demikian setiap ikan yang besar dan ganas/ hiperaktif perlulah diasingkan daripada kolam ternakan. Mengikut pengalaman daripada beberapa penternak yang telah mengusahakan ternakan keli, purata ikan keli yang bersaiz besar ini adalah sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan ternakan. Ikan keli juga mendapat harga yang berpatutan dan permintaan yang tinggi dikalangan penggemarnya. Harganya sekitar RM 4.00 hingga mencecah RM 6.00 sekilo bergantung kepada kawasan dan bekalan. Purata penggemar ikan keli ini adalah daripada orang melayu dan kerana itu bekalan keli yang bersih dan halal perlulah dibekalkan oleh penternak yang beretika. Ini kerana terdapat beberapa kes dimana penternak memberikan bangkai ayam kepada ternakan keli sebagai sumber protein. Ini belum termasuk dengan penternak bangsa asing yang memberi makan bangkai khinzir kepada ternakan keli mereka. Oleh yang demikian perbuatan seperti ini hendaklah dielakkan dengan mewujudkan barisan penternak keli yang beretika, bersih dan halal kepada pengguna. 8. KESIMPULAN Perusahan ikan keli dengan menggunakan kaedah ternak di dalam kolam simen amat menguntungkan kerana pengurusan ternakan yang mudah dan berkesan. Ini adalah kerana kualiti air dapat ditentukan dengan menggunakan alat pengukur pH disamping pengairan air yang berkesan dan praktikal. Proses penuaian hasil juga mudah dilakukan memandangkan keli diternak di dalam kolam simen.

Penangkapan hasil dilakukan di saluran air limbah keluar dengan membuka paip aras air dan seterusnya menahan keli di saluran air keluar. Hanya 1 orang pekerja diperlukan untuk tugasan ini berbanding sekurangnya 2 orang jika dilakukan di kolam tanah untuk memegang pukat. Kerja kerja penangkapan hasil juga dapat diselesaikan dengan cepat dan menjimatkan masa. Peratusan kematian keli juga dapat dikurangkan memandang usaha penggredan dapat dijalankan dengan lancar dan mudah bagi mengasingkan keli yang bersaiz besar dan agresif. Ini kerana sifat keli yang memakan daging dan sensitif dengan apa jua bentuk pergerakan dihadapannya. Sekiranya ternakan diusahakan di kolam tanah, masalah seperti ikan bersembunyi di dalam lumpur semasa proses penggredan tidak dapat dielakkan. Kerja kerja penangkapan hasil juga memakan masa yang lama kerana keli bijak menyembunyikan diri dan membuat lubang di dasar kolam. Kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan supaya PPK Sungai Siput (U) dapat menjalankan satu lagi projek yang memberi manfaat kepada ahli untuk memberikan PPK peluang untuk memperbaiki keadaan ekonomi ahli disamping meningkatkan pendapatan kepada kewangan PPK melalui jualan input pertanian dan pemasaran ikan keli. Justeru itu kami benar benar berharap supaya pihak tuan dapat meluluskan peruntukan grant sebanyak RM 40,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu Sahaja ) untuk menjayakan hasrat ahli dikalangan peladang nita untuk projek akuakultur ternakan ikan keli di dalam kolam simen. PESANAN : PANDAI2 LER OLAH KERTAS KERJA NI, NI SEBAGAI PANDUAN JER. OK Posted by syahir at 11:26 AM 20 comments: Anonymous said... terima kasih. kalau ada kertas kerja lain, boleh tolong paparkan sekali. April 6, 2008 10:59 AM syahir said... InsyaAllah. :] April 7, 2008 7:05 PM Norazimah said... Mekacih...lama dah sy cari contoh detail macam ni. Mekacih ye....peace out :) April 22, 2008 11:25 AM

Hamba Allah said... Bro..alhamdulillah... terima kasih...detail mcm nie juga suda laaaama gue carik... tida ada apa yg gue bulih bagi, secara ikhlas saya doakan sepenuh hati agar tuan perolehi rezeki halal dan b

LAMAN UTAMA

| NOTA | ARTIKEL & PAUTAN | FORUM | IKLAN & PROMOSI | HUBUNGI | BLOG

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA

Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI!

PENGENALAN

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.

Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

1.

Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

2.

Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumbersumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

3.

4.

5.

Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

1.

Usahawan/Penternak - Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam. - Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan. - Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

2.

Institusi Kewangan/pelabur - Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

3.

Pembekal - Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.

4.

Kakitangan - Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu

terutamanya pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan mereka.

5.

Pengeluar tender/kontrak (pelanggan) - Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik dan berterusan

Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1.

Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan Nama perniagaan/projek Tujuan rancangan perniagaan Nama syarikat, alamat dan lain-lain Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2.

Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3.

Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja Latarbelakang perniagaan Latarbelakang ahli kongsi Kedudukan Projek Objektif Projek Rancangan Pentadbiran Rancangan Operasi Rancangan Pemasaran Rancangan Kewangan Penutup Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-

i. ii.

Nama Syarikat Jenis perniagaan yang diceburi

iii. Nama dan lokasi/alamat perniagaan

iv. Status dan saiz projek v. Produk

vi. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan vii. Anggaran kos projek.

Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

i.

Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan. Merancang perlaksanaan projek. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan. Lain-lain.

ii. iii. iv. v.

Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i.

Alamat Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii.

Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.

iii.

Tarikh dan Nombor Pendaftaran. Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

iv.

Modal Permulaan Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

v.

Bank Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

i. Nama penuh ii. No. kad pengenalan iii. Tarikh lahir iv. Umur v. Alamat Tetap

vi. No telefon vii. Taraf perkahwinan viii. Kelulusan akedemik ix. Kursus yang pernah dihadiri

x.

Kemahiran

xi. Pengalaman xii. Pekerjaan sekarang xiii. Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran

i. ii.

Pentadbiran Carta Organisasi

iii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja iv. Spesifikasi Tugas v. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji

vi. Senarai Keperluan Pejabat vii. Perbelanjaan Pentadbiran

a. b. c.

Perbelanjaan aset Perbelanjaan bulanan Lain-lain perbelanjaan

Bahagian 8 - Rancangan Operasi

1. Carta aliran Proses Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2. Unit pengeluaran / jam operasi Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3. Keperluan bahan Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

4. Tenaga Kerja Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

5. Mesin dan peralatan Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

6. Susun atur Ruang Operasi Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun

atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

7. Lokasi Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

8. Overhead operasi Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

9. Perbelanjaan Operasi Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran

1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2. Sasaran Pasaran Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmensegmen pasaran dikawasan berkenaan.

3. Saiz Pasaran Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4. Pesaing-pesaing utama Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5. Kekuatan dan kelemahan pesaing Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

6. Syer pasaran Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7. Ramalan Jualan Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

8. Strategi Pemasaran

i.

Strategi Barangan Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

ii. Strategi Promosi Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii. Strategi harga Harga seunit yang dicadangkan.

iv. Strategi edaran Corak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

Bahagian 10 - Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1.

Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2.

Penyata-penyata kewangan: i. Aliran wang tunai ii. Penyata pendapatan iii. Kunci kira-kira iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang. v. Kos pelaksanaan Projek vi. Pelaburan aset tetap: Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai. vii. Modal Pusingan: Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi viii. Lain-lain perbelanjaan: Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

3. i.

Sumber Pembiayaan Projek (SPP) Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk

tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset. ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal. iii. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

5. Prestasi Penyata Pendapatan Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai. 6. Prestasi Kunci kira-kira Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

7.

Analisis Daya Maju Kewangan Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.

Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:

i. ii. iii. iv.

Nilai kini bersih Kadar Pulangan dalaman Nisbah faedah kos Tempoh pulang modal

Nilai kini bersih Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

Contoh-Contoh Jadual

Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.

Bil 1 2 3

Jawatan Pengurus Kerani kewangan Pekerja Ladang

Bil pekerja 1 2 4

Contoh jadual Spesifikasi Tugas

Jawatan

Tanggungjawab

Kami ada contoh kertas kerja penternakan kambing dan lembu fidlot. Klik Sini sekiranya berminat. dodon[at]dodon.org
anda adalah pelawat yang ke:

Free Counter

You might also like