You are on page 1of 11

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TOPIK 9

KONSTRUKTIVISME SEBAGAI PERSPEKTIF KONTEMPORARI YANG DOMINAN DALAM PEMBELAJARAN SAINS

Sinopsis Topik ini membincangkan tentang fahaman konstruktivisme sebagai pendekatan yang merupakan asas proses pengajaran dan pembelajaran sains. Konsep dan ciri-ciri

konstruktivisme dibincang agar pelajar dapat mengenal dengan lebih mendalam tentang pendekatan ini. Akhirnya peranan guru dan murid yang perlu dilaksanakan bgi mempastikan kekerkesanan pelaksanaan pendekatan ini dibincangkan. Hasil Pembelajaran Memperihalkan tentang konsep konstruktivisme Menyenarakan ciri-ciri konstruktivisme Menghurai peranan guru dan murid bagi melaksana pendekatan konstruktivisme

Pengenalan

KONSTRUKTIVISME

Konsep konstruktivisme

Ciri-ciri pengajaran konstruktivis

Peranan pengajaran konstruktivis

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Ada banyak pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan. Anda sudah belajar tentang teori pembelajaran behaviorist yang didokong oleh

psikologist seperti Skinner, Pavlov, dan Thorndike. Juga anda telah belajar tentang teori pembelajaran kognitif yang dipelopori oleh Piaget. Bertitik tolak daripada pandangan teori pembelajaran kognitif ini maka lahirlah satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar iaitu

konstruktivisme. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh individu yang berfikir. individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disamaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya.

AKTIVITI 1
Kenapa pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran sains?

1.1 KONSEP KONSTRUKTIVISME Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid (Rajah 9.1)

Rajah 9.1 : Pembelajaran Konstruktivisme [Sumber: kk4141.wordpress.com] Pendekatan konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti berikut; Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka. Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.

Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama. Faktor ini berlaku apabila seorang pelajar menyadari gagasan-gagasannya tidak konsisten atau sesuai dengan pengetahuan ilmiah.

Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik miknat pelajar.

1.2 CIRI-CIRI P&P KONSTRUKTIVISME Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna yang dibina itu bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.

Justru bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru-guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan

pengetahuan sedia ada ini. oleh itu dapat dirumuskan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada mengenai konsep yang dipelajari ( Bodner, 1986 dalam Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Berikut adalah beberapa ciri-ciri pembelajaran (Rajah 9.2) yang terdapat dalam satu modul yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ).

Ciri Pertama Guru menggalakan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna guru perlu hanya menyediakan garis kasar dalam menyediakan rancangan pengajaran mereka. Seterusnya pelaksanaan pengajaran mereka bergantung kepada respon pelajar mereka.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Ciri Kedua Guru perlu menggalakan pelajar supaya berdialog dengan sesama mereka mahupun dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan pelajar satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Guru akan meminta pelajar memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Pelajar adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. Ini menunjukkan bahawa dalam pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar adalah secara aktif dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari.

Ciri Ketiga Guru dan pelajar perlu menganggap proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil pembelajaran. Ciri ini bermaksud dalam pendekatan konstruktivisme, proses pengajaran dan pembelajaran itu senndiri amat penting kepada pelajar kerana pada waktu inilah pelajar akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah serta membantu mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

Ciri Keempat Pendekatan konstruktivisme ini menyokong pembelajaran secara koperatif ( kumpulan ). Jika diperhatikan ciri-ciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran koperatif tidak mempunyai perbezaan ketara. Dalam pembelajaran secara koperatif, pelajar akan bekerjsama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama.

Ciri Kelima Guru menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar. Guru tidak perlu memandang rendah kepada usaha pelajar mereka walaupun sekiranya apa yang dilakukan oleh pelajar tidak menepati kehendak mereka. Ini akan membuatkan pelajar merasakan usaha mereka dihargai dan akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi di lain hari.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Menggalakkan murid bertanya dan berdailog dengan murid dan guru Menggalak soalan yang dimulakan oleh murid dan gunakannya sebagai panduan merancang pengajaran Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid Ciri-ciri Pembelajaran Secara konstruktivisme Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea

Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran Menyokong pembelajaran koperatif

Menggalak dan menerima daya usaha dan autonomi murid Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar
Rajah 9.2 : Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme [Sumber: Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme, PPK]

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Ciri Keenam Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar. Bagi membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu mendedahkan pelajar mereka dengan dunia sebenar di mana masalah berkaitan wujud.

Ciri Ketujuh Guru boleh menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen kerana kaedah eksperimen adalah salah satu kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar.

Ciri Kelapan Guru perlu mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Ciri ini adalah penting bagi seorang guru supaya mereka tahu setakat mana kebolehan pelajar mereka mentaksir sesuatu masalah berkaitan topik yang diajar. Maklumat ini penting untuk guru kerana konstruktivisme amat menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.

Ciri Kesembilan Guru perlu mengambl kira kepercayaandan sikap yang dibawa oleh pelajar. Atan long ( 1980 ) dalam Nor Kamilah Khalil ( 2005 ) berpendapat pengalaman adalah kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil dari penerimaan rangsangan, pembelajaran dan tingkah laku. Ketiga-tiga saling berkaitan kerana guru perlu memastikan kesemuanya dalam keadaan yang terbaik bagi mendapatkan hasil pelajaran yang maksimum.

Manakala dalam satu modul lagi yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ) menyenaraikan 12 ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar, fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran, guru bertindak fasilitator, menyokong pembelajaran koperatif atau pembelajaran berkumpulan, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar, memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar, mengalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan rakan dan guru, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

oleh pelajar dan menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. 1.3 PERANAN DALAM PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME Oleh sebab pembelajaran secara konstrukivisme adalah merupakan pendekatan berpusatkan murid tentunya peranan murid dan guru akan berubah. Begitu juga persekitaran bilik darjah perlu diubah supaya sesuai dan dapat menyokong pembelajaran konstruktivisme. Mari kita lihat dahulu apakah peranan guru dalam pembelajaran jenis ini. Di antaranya; Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Menggalakkan murid menerangkan ida mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan seharian mereka Menggalakkan urid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, menerka dan membuat hipotesis. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Menggalak pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. Menyediakan pengalaman belajar yang memungkinkan murid bertanggung jawab dalam membuat rancangan, proses, dan penelitian. Manakala murid pula perlu memainkan peranan yang tertentu juga sekiranya pembelajaran konstruktivisme boleh berlangsung. Di antaranya; Setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Mereka perlu berinisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis menentukan kemahiran dan pengetahan di

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan. Murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segala-galanya. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan it akan dapat membantu murid mengukuhkan atau mengubah idea mereka. Murid mencabar hipotesis yang telah mereka buat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Seterusnya mereka berpeluang untuk menguji hipotesis mereka Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal untuk menolong mereka menjana idea da pengetahuan. Selain daripada peranan guru dan murid yang pelu berubah, teknik pentaksiran juga perlu turut berubah. Selalunya ujian digunakan. Murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan

jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja. Cara pentaksiran harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik pentaksiran yang boleh digunakan ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan. Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

AKTIVITI 2 Adakah anda guna konstruktivime? Jawab Ya atau Tidak 1. Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. 2. Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. 3. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. 4. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah 5. Pelajaran berpusatkan murid 6. Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on' 7. Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir 8. Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut 9. Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya 10. Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina 11. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai 12. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori 13. Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan 14. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid 15. Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru 16. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid 17. Murid bekerja dalam kumpulan

Banding beza di antara pembelajaran konstruktivisme dengan pembelajaran tradisional atau objektivisme

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

References

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul Pengajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zurida Ismail, Syarifah Norhaida dan Syed Idros (2006). Kaedah Mengajar Sains. Kuala Lumpur: PTS Proffesional Publishing Sdn. Bhd.

http://www.teachersrock.net http:// images.rizawatiagro.multiply.multiplycontent.com/..

You might also like