You are on page 1of 22

PROSES PENERBITAN AYAT BAHASA MELAYU

Proses Penerbitan Ayat BM Dari Segi Transformasi Generatif - Konsep Transformasi Generatif - Konsep Ayat Terbitan - Konsep Pengguguran
1

KONSEP TATABAHASA TRANSFORMASIGENERATIF (TTG)

Proses penerbitan ayat sebenarnya berasal daripada konsep Tatabahasa Transformasi-Generatif, iaitu menukarkan dan menerbitkan ayat. Tatabahasa Transformasi-Generatif merupakan aliran transformasi generatif, iaitu satu aliran mazhab pengkaji bahasa yang telah dikemukakan oleh Noam Chomsky diperkenalkan pada tahun 1957 melalui penerbitan sebuah tesisnya yang bertajuk Syntactic Structure. Beliau merupakan seorang profesor linguistik yang telah menyumbangkan buah fikirannya berkaitan transformasigeneratif di Massachusetts Institute of Technology.
2

Teori ini berpendapat bahawa setiap ayat yang dihasilkan mengandungi dua peringkat, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat, manakala struktur permukaan pula ialah struktur yang telah mengalami perubahan daripada struktur dalaman dan juga merupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur dan yang akan diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa ( komponen fonologi )

Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenias hukum atau rumus tatabahasa. Pertama, jenis rumus struktur frasa, yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis yang kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada penerbitan ayat pada peringkat permukaan.

KONSEP AYAT TERBITAN


Ayat terbitan Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:538) ialah, : * * * * ayat yang mengalami proses gramatis, ayat yang menerapkan rumus transformasi ayat yang mengubah peraturan struktur ayat, dan ayat yang memperluas sesuatu unsur dalam frasa, klausa dan ayat.

PROSES PENERBITAN AYAT

Proses pengguguran: pengguguran subjek FN, pengguguran FPred, dan pengguguran FN yang mendahului FRelatif. Proses penyusunan semula: penyusunan FN sebagai subjek, penyusunan FN sebagai objek, dan penyusunan semula melalui ayat songsang. Proses peluasan: peluasan FN sebagai subjek, peluasan FPred, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.

PROSES PENGGUGURAN

Proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan, iaitu pembuangan butir linguistik daripada untaian. A + B + C menjadi A + C apabila B digugurkan.

Unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi dalam ayat.

PENGGUGURAN FN SEBAGAI SUBJEK

Pengguguran subjek KGN diri orang kedua dalam ayat perintah. Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan Contoh: *Kamu diam. Diam. *Anda semua masuklah ke dalam dewan ini. Masuklah ke dalam dewan ini. *Awak jangan datang lagi. Jangan datang lagi. *Silalah anda jawab soalan ini. Silalah jawab soalan ini.
8

PENGGUGURAN SUBJEK DALAM AYAT MAJMUK

Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama, dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang di awal ayat majmuk tersebut Contoh: Lelaki itu kuat + Lelaki itu berani

Lelaki itu kuat dan berani.


Baju ini mahal kerana baju ini diimport dari Itali.

Baju ini mahal kerana diimport dari Itali.


Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama + Mahasiswa itu gigih belajar.

Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama kerana gigih belajar.
9

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya, yang terdiri daripada salah satu frasa iaitu Frasa kerja, frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama boleh digugurkan Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.

Pengguguran seluruh FPred FK yang serupa. Contoh:


Ali belajar di UPM + Siti belajar di UPM. Ali dan Siti belajar di UPM. Berlari dapat mengeluarkan peluh + Berjalan dapat mengeluarkan peluh. Berlari dan berjalan dapat mengeluarkan peluh.
10

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Pengguguran FPred FN. Contoh: Bunga raya lambang negara + Tugu kebangsaan lambang negara.

Bunga raya dan tugu kebangsaan lambang negara.


Lelaki itu bukan suaminya + Lelaki ini bukan suaminya

Lelaki itu dan lelaki ini bukan suaminya.


Kesantunan amalan kita + Kebersihan amalan kita

Kesantunan dan kebersihan amalan kita.

11

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Pengguguran FPred FAdj. Contoh:

Suami sangat amanah + Isteri sangat amanah

Suami dan isteri sangat amanah.


Mahasiswa harus sabar + Mahasiswi harus sabar

Mahasiswa dan mahasiswi harus sabar.


Perangainya amat unik minggu ini + Sikapnya amat unik minggu ini.

Perangainya dan sikapnya amat unik minggu ini.

12

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Pengguguran FPred FSN. Contoh: Suami di Kelantan + Isteri di Kelantan

Suami dan isteri di Kelantan


Dia akan ke Moscow + Pekerjanya akan ke Moscow

Dia dan pekerjanya akan ke Moscow.


Kain ini untuk ibu + Jam ini untuk ibu

Kain dan jam ini untuk ibu.

13

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT

Beberapa bahagian daripada frasa predikat boleh juga mengalami proses pengguguran. Antaranya: a) oleh + FN dalam ayat pasif b) Kata bantu yang serupa c) FN sebagai objek yang serupa d) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

14

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT

Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif. Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan. Contohnya: Bola itu ditendang oleh Ali Bola itu ditendang. Taj Mahal itu telah dibina oleh Shah Jahan dalam masa 40 tahun. Taj Mahal itu telah dibina. Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam oleh pendatang asing. Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam. Murid itu telah dipukul oleh gurunya. Murid itu telah dipukul.
15

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT


Pengguguran kata bantu yang serupa. Kata-kata bantu yang serupa yang hadir dalam predikat frasa kerja dan predikat frasa adjektif boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu yang pertama dalam ayat-ayat yang digabungkan. Contohnya: Orang itu boleh berpantun + Orang itu boleh bersyair Orang itu boleh berpantun dan bersyair. Anaknya belum dapat berjalan + Anaknya belum dapat bertutur. Anaknya belum dapat berjalan dan bertutur. Dia dapat memandu kereta + Dia dapat memandu lori Dia dapat memandu kereta dan lori.
16

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT


Pengguguran FN sebagai objek yang serupa. Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa dalam ayat-ayat yang digabungkan, objek itu digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu objek yang terakhir. Contohnya: Orang itu mengejar ayam + Orang itu menangkap ayam

Orang itu mengejar dan menangkap ayam.


Dia menutup pintu + Dia membuka pintu

Dia menutup dan membuka pintu.


Kami menyokong wawasan negara + Mereka menentang wawasan negara

Kami menyokong tetapi mereka menentang wawasan negara.


Ayahnya menembak burung + Anaknya memikat burung

Ayahnya menembak dan anaknya memikat burung.


17

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT


Pengguguran FN sebagai objek selepas KKJ yang bermakna adjektif. Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif. Antara kata-kata kerja yang sedemikian termasuklah: mempesonakan menghairankan menakjubkan menghampakan menggembirakan memilukan mendukacitakan mengghairahkan Kesemua kata kerja di atas menggambarkan perasaan tertentu dan boleh didahuli oleh kata penguat seperti amat, sungguh, sangat dan sebagainya. Objek frasa nama ini boleh digugurkan sekiranya terdiri daripada kata ganti nama orang pertama.
18

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT

Pengguguran FN sebagai objek selepas KKJ yang bermakna adjektif. Contoh: Pemandangan itu amat mengagumkan kami.

Pemandangan itu amat mengagumkan.

Kekalahan itu sungguh memilukan pasukan Brazil. Kekalahan itu sungguh memilukan. Lakonannya itu sangat mempersonakan penonton.

Lakonannya itu sangat mempersonakan.

Saya pasti prestasinya tahun ini akan menghampakan anda.

Saya pasti prestasinya tahun ini akan menghampakan.


19

PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF


Pengguguran FN subjek. Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Orang itu bapa Aminah + Orang itu memakai kopiah Orang yang memakai kopiah itu bapa Aminah.

Yang memakai kopiah itu bapa Aminah.


Puteri itu puteri bongsu + Puteri itu cantik berseri Puteri yang cantik berseri itu puteri bongsu. Yang cantik berseri itu puteri bongsu.

20

PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF


Pengguguran FN Objek. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek. Proses yang sama seperti itu berlaku juga terhadap frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek. Contoh: Imai membeli baju + Baju itu merah Imai membeli baju yang merah itu.

Imai membeli yang merah itu.


Mereka memilih hadiah + Hadiah itu menarik Mereka memilih hadiah yang menarik itu.

Mereka memilih yang menarik itu.


21

PENGGUGURAN KN YANG BERFUNGSI SEBAGAI INTI DALAM FN

Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama, KN Inti + Penerang, boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contohnya: Contoh: > Pekerjaan bertani memerlukan teknologi moden. Bertani memerlukan teknologi moden. > Sifat sopan tantun perlu wujud dalam kalangan pelajar. Sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar. > Amalan bersedekah amat dituntut oleh Islam. Bersedekah amat dituntut (oleh) Islam. > Perbuatan merokok membahayakan kesihatan. Merokok membahayakan.
22

You might also like