Praktikal 2

You might also like

You are on page 1of 8

Praktikal 1: Aloi Objektif : Untuk membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat.

Teori : Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan komposisi tertentu. Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama. Atom asing menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen. Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor.

Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang. Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen. Tujuan pengaloian ialah: (a) menambahkan kekerasan dan kekuatan logam tulen. Contohnya: magnalium (aloi magnesium dan aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen. (b) membaiki rupa logam dan menjadikan bahan lebih indah. Contohnya: piuter (aloi timah, antimoni dan kuprum) lebih indah daripada timah tulen. (c) mencegah kakisan logam. Contohnya: keluli nirkarat (aloi ferum, karbon, kromium dan nikel) sukar berkarat berbanding dengan ferum (besi) tulen.

Hipotesis

: Besi tulen paling mudah terkakis, keluli kurang mudah terkakis manakala keluil nirkarat tidak berkarat.

Pemboleh ubah

: Pemboleh ubah malar

: Keadaan eksperimen iaitu kuantiti dan suhu air.

Pemboleh ubah dimanipulasi

: Paku daripada jenis bahan berlainan.

Pemboleh ubah bergerak balas : Keadaaan pengaratan paku.

Bahan/Radas : Paku besi, paku keluli, paku keluli nirkarat, larutan agar-agar 5% (agaragar dilarutkan ke dalam 100 cm3 air panas), kalsium

heksasianoforat(III), air, kertas pasir, tabung uji dan rak tabung uji. Prosedur : i. Kertas pasir digunakan untuk mengeluarkan karat pada

permukaan paku besi, paku keluli dan paku keluli nirkarat. Petroleum di dalam kelalang penyulingan dipanaskan perlahanlahan. ii. Tiga tabung uji diisikan dengan larutan agar-agar sehingga penuh dan dilabelkan A, B dan C. iii. 1 cm3 larutan heksasianoferat(III) ditambah kepada setiap tabung uji. iv. Tiga jenis paku iaitu paku besi, paku keluli dan paku keluli nirkarat yang dibersihkan tadi dimasukkan ke dalam tabung uji A, B dan C masing-masing. v. Tabung uji tadi diletakkan di rak tabung uji dan dibiarkan selama tiga hari. Kepekatan warna biru diperhatikan. vi. Pemerhatian dicatatkan dalam jadual di bawah.

Gambar 1: penyediaan paku berlainan dalam setiap tabung uji.

Keputusan: Tabung uji A (paku besi) B (paku keluli) C (paku keluli tahan karat) Warna larutan Biru tua Sedikit kebiruan Tiada perubahan Kadar pengaratan Tinggi Rendah Tiada perubahan

Kesimpulan: Besi mengarat lebih cepat berbanding dengan keluli manakala keluli tahan karat tidak berkarat. Hipotesis diterima.

Perbincangan: 1. Kakisan ferum akan menghasilkan ion ferum (II) Fe(p) Fe2+(ak) + 2e-.

2. Berdasarkan keputusan di atas, paku besi tulen telah banyak terkakis manakala paku keluli hanya terkakis sedikit dan keluli nirkarat tidak terkakis langsung. 3. Fungsi larutan kalium heksasianoferat (III) adalah untuk menguji kehadiran ion ferum (II), iaitu warna biru tua akan terbentuk. Keamatan warna biru tua ini mengambarkan tahap pengaratan paku besi. 4. Warna biru yang terbentuk menunjukkan ion ferum (II) terhasil, iaitu kakisan ferum sudah berlaku. 5. Keamatan warna biru tua yang lebih tinggi menunjukkan bahawa kadar pengaratan juga tinggi kerana kepekatan ion ferum(II) yang terbentuk adalah lebih tinggi. 6. Besi berkarat dengan mudah tetapi keluli nirkarat (aloi yang terbentuk dengan menambahkan nikel dan kromium terhadap besi) lebih tahan kakisan. Nikel dan kromium membentuk satu lapisan oksida yang keras dan tidak telap air untuk menghalang besi daripada berkarat.

Soalan: 1. Terangkan fungsi larutan kalium heksasianoferat(III). Fungsi larutan kalium heksasianoferat (III) adalah untuk menguji kehadiran ion ferum (II), iaitu warna biru tua akan terbentuk. Keamatan warna biru tua ini menggambarkan tahap pengaratan paku besi.

2. Apakah hubungan antara kepekatan warna biru dan kadar pengaratan? Semakin pekat warna biru yang terbentuk semakin tinggi/banyak kadar pengaratan yang berlaku.

3. Terangkan bagaimana penggunaan larutan agar-agar dalam bentuk pepejal boleh meningkatkan pemerhatian eksperimen. Penggunaan larutan agar-agar dalam bentuk pepejal boleh meningkatkan pemerhatian eksperimen kerana ianya digunakan untuk memerangkap dan melihat warna biru yang terbentuk dengan lebih jelas. Hal ini kerana penyebaran berlaku paling perlahan dalam pepejal berbanding cecair dan gas.

4. Namakan komposisi keluli dan keluli nirkarat. Keluli- 99% ferum, 1% karbonKeluli nirkarat- 74% ferum, 18% kromium, 8% nikel.

5. Bandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nirkarat dan terangkan. Berdasarkan pemerhatian di atas, pengaratan besi tulen lebih cepat dari keluli tetapi keluli nirkarat tidak berkarat. Paku yang diperbuat daripada keluli nirkarat tidak berkarat kerana paku ini adalah aloi daripada ferum, kromium dan nikel. Paku yang diperbuat dari keluli berkarat dengan perlahan. Kandungan karbon atom akan menguatkan besi tetapi tidak menghalang pengaratan daripada berlaku. Pengaratan besi berlaku adalah contoh penghakisan. Apabila pengaratan berlaku, logam kehilangan elektron untuk membentuk logam besi.

6. Bagaimanakah susunan atom pada logam yang mempunyai kaitan dengan ketempaan (boleh ditempa) dan kemuluran logam? Ketempaan ialah kebolehan logam untuk membentuk kepada bentuk yang lain. Manakala, kemuluran ialah satu sifat fizik iaitu kebolehan untuk mengekalkan cangaan plastik tanpa retakan atau patah (dalam logam, contohnya apabila ditarik menjadi dawai). Apabila logam dikenakan tekanan, maka susunan atom dalam logam tersebut akan berubah.

7. Apakah perbezaan antara: (a) gangsa dan Loyang Unsur utama bagi gangsa dan Loyang ialah kuprum tetapi unsur minor bagi gangsa ialah timah manakala zink bagi Loyang. Gangsa lebih kuat dan tahan karat daripada Loyang. (b) Emas -24 karat dan emas -18 karat Emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99% emas tanpa campuran logam lain manakala emas 18K mempunyai 75% emas dan 25% campuran tembaga, nikel, zink dan lain-lain.

8. Jelaskan perbezaan di antara substitutional alloy dan interstitial alloy. Aloi dapat diklasifikasikan sebagai subtitutional alloy dan interstitial alloy, bergantung kepada cara pembuatannya. Di dalam subtitutional alloy komponen terdiri daripada saiz yang sama dan pelbagai jenis atom mudah berganti antara satu sama lain dalam struktur kristal. Manakala, bagi interstitial alloy berlaku apabila atom-atom daripada satu komponen adalah lebih kecil berbanding atom lain dan atom-atom yang kecil akan mengisi ruang di antara atom-atom yang bersaiz besar.

Rujukan: 1. Tan Pek Soo. (2008). Complete Text & Guide Bilingual Chemistry Form 4 Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. 2. Perry, Robert H. and Green, Don W. (1984). Perry's Chemical Engineers Handbook (6th ed.). McGraw-Hill3. 3. Ooi Theng Theng. (2008). Compact Guide Chemistry Bilingual. Selangor Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

4. Tyson, R.L.. ""2006 Biodiesel Handling and Use Guide Third Edition"" (PDF). http://www.nrel.gov/vehiclesandfuels/npbf/pdfs/40555.pdf

You might also like