You are on page 1of 9

Praktikal 2 : Daya dan Gerakan Objektif : 1) Mengenal pasti jenis daya yang berbeza dalam konteks yang berlainan.

2) Mengukur pecutan objek yang jatuh secara bebas. Pengenalan : Daya adalah satu jenis fenomena yang sentiasa berada di sekeliling kita seharian. Ianya juga wujud dalam pelbagai jenis bentuk dan sentiasa berbeza mengikut situasi-situasi yang berlainan. Daya juga bertindak mengikut 3 Hukum Newton yang diperkenalkan oleh Sir Issac Newton. Ianya amat penting dalam kehidupan seharian kita, seperti penggunaan sistem takal dan juga penciptaan brek kereta. Teori :

1) Mengikut Hukum Newton yang pertama, semua jasad akan kekal dalam keadaan rehat atau bergerak dalam halaju yang tetap jika tidak dikenakan daya.
2) Bagi Hukum Newton kedua pula, kadar perubahan momentum adalah

berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek pada arah yang sama dengan arah sesuatu tindakan. 3) Hukum Newton ketiga menyatakan bahawa setiap daya tindakan terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. 4) Untuk mendapatkan halaju sesuatu jasad, persamaan dibawah akan diguna pakai. S = ---t v = halaju s = sesaran t = masa

5) Untuk mendapakan pecutan sesuatu jasad pula, persamaan dibawah akan digunakan. a = pecutan v = halaju akhir u = halaju awal t = masa

vu = ------t

Aktiviti 1 : Mengenal pasti jenis daya yang berbeza di dalam konteks yang berlainan. Pernyataan masalah : Adakah semua daya sama dalam konteks yang berbeza ? Hipotesis : Jenis daya adalah berbeza dalam konteks yang berbeza. Prosedur : 1) Bongkah kayu diletakkan di atas lantai. Bongkah kayu tersebut ditolak dan pemerhatian dicatatkan. 2) Bola ping pong dilambung ke udara. Pemerhatian dicatatkan. 3) Wayar diikiat dengan tegang di antara dua batang paku yang telah diketuk kedalam sekeping kayu. Wayar tersebut ditolak dan pemerhatian dicatatkan. 4) Bola ping pong diletakkan di dalam bikar yang berisi air. Bola ping pong itu seterusnya ditekan ke dalam air. Pemerhatian dicatatkan. 5) Buku diletakkan di atas tapak tangan dan pemerhatian dicatatkan. 6) Setiap pemerhatian, satu inferens dinyatakan.

Keputusan : Pemerhatian Bergerak dengan halaju yang tinggi sehingga bongkah kayu berada dalam keadaan rehat. Inferens Berlaku geseran antara permukaan bongkah kayu dengan lantai yang menyebabkan bongkah kayu Prosedur 2 Bola ping pong akan bergerak ke atas dengan halaju yang paling tinggi dan menjadi semakin perlahan semasa pergerakan ke atas sehingga berhenti. Kemudiannya bola ping pong itu akan bergerak ke bawah dengan pecutan dan disambut. Prosedur 3 Prosedur 4 Bongkah kayu itu akan bergerak ke hadapan. Selepas tangan melepaskan bola atas dengan pecutan ke permukaan Prosedur 5 air. Tangan ada berasa satu daya yang menekan ke bawah. Ini berlaku kerana adanya daya tujahan terhadap objek tersebut. Sesuatu jasad yang berada apungan. Fenomena ini berlaku kerana daya graviti bertindak ke atas buku membuatkan tangan kita terasa seperti ditekan. berhenti. Fenomena ini berlaku seperti pemerhatian adalah kerana wujudnya daya graviti.

Prosedur 1

ping pong, bola itu akan bergerak ke didalam air mengalami daya

Kesimpulan : Semua jenis daya adalah berbeza dalam konteks atau situasi yang berbeza.

Aktiviti 2 : Mengukur pecutan objek jatuh bebas. Pernyataan masalah : Adakah pecutan jatuh bebas sama untuk jasad yang berlainan jisim? Hipotesis : Pecutan jatuh bebas adalah sama untuk jasad yang berlainan jisim. Bahan dan radas : Jangka masa detik, pita detik, pengapit, sumber kuasa, wayar penyambung, jisim 300g, jisim 450g, jisim 600g, pita pelekat. Prosedur : 1) Kerusi diletakkan di atas meja. Jangka masa detik diapitkan di bahagian atas kerusi. 2) Pita detik diletakkan pada jangka masa detik dan jisim 300g diletakkan dengan pita pelekat. 3) Jangka masa detik dihidupkan dan beban dibiarkan jatuh secara bebas ke bawah. 4) Pita detik tersebut dipotong secara setiap 2 titik dan disusun untuk membentuk graf. 5) Langkah 3 dan 4 diulang dengan jisim 450g dan 600g 6) Setiap pita detik bagi setiap jisim akan dibuat graf bagi menentukan nilai pecutan setiap jisim tersebut.

Keputusan : Pemberat 300g Titik Jarak (cm) I 1.4 II 1.8 III 2.2 IV 2.7 V 3.1 VI 3.5 VII 4.0 VII 4.3 IX 5 X 5.1 XI 5.5

Pemberat 450g Titik Jarak (cm) I 2.4 II 2.9 III 3.1 IV 3.5 V 4.0 VI 4.4 VII 4.6 VII 5.4 IX 5.6 X 5.8 XI 6.2

Pemberat 600g Titik Jarak (cm) I 2.2 II 3.2 III 3.5 IV 3.9 V 4.2 VI 4.5 VII 5 VII 5.3 IX 5.8 X 6.0 XI 6.5

Pengiraan : Pemberat 300g Halaju awal = 1.4 cm 0.02 saat = 70 cm/s Halaju akhir = 5.5 cm 0.02 saat = 275 cm/s Pecutan = Halaju Akhir Halaju Awal Masa 275 70 = 205 = 1025 cm/s2 0.22 0.02 0.20

Pemberat 450g

Halaju awal = 2.4 cm 0.02 saat = 120 cm/s Halaju akhir = 6.2 cm 0.02 saat = 310 cm/s Pecutan = Halaju Akhir Halaju Awal Masa 310 120 = 190 = 950 cm/s2 0.22 0.02 0.20 Pemberat 600g Halaju awal = 2.2 cm 0.02 saat = 110 cm/s Halaju akhir = 6.5 cm 0.02 saat = 325 cm/s Pecutan = Halaju Akhir Halaju Awal Masa 325 110 = 215 = 1075 cm/s2 0.22 0.02 0.20

Kesimpulan: Pecutan jatuh bebas adalah sama untuk jasad yang berlainan jisim.

Soalan : 1)Adakah nilai pecutan yang diperoleh bagi jism yang berbeza sama dengan nilai g (pecutan ke arah pusat gravity bumi). Terangkan. Tidak. Ini adalah kerana nilai g merujuk kepada pecutan jatuh bebas dalam keadaan sempurna, di mana tidak sama dengan keadaan bilik dalam eksperimen ini. 2) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya yang bertindak ke atas objek yang jatuh bebas? Daya tersebut adalah tetap dan berterusan. 3) Jika eksperimen ini dilakukan di bulan, adalah nilai pecutang yang diperoleh bagi jisim yang berbeza sama dengan nilai g? Terangkan. Tidak. Ini adalah kerana daya graviti yang terdapat pada bulan adalah lebih lemah daripada yang bumi, iaitu lebih kurang 1/6 daya graviti bumi.

Langkah berjaga-jaga :

1)Dalam jatuh bebas, pastikan beban jatuh terus ke lantai dengan tanpa halangan. 2) Pastikan tiada bendasing pada permukaan lantai sebelum menolakkan bongkah kayu. 3) Pita detik dipastikan bersih untuk mendapatkan satu bacaan yang jelas. 4) Jisim beban yang digunakan untuk setiap pita detik ditulis pada belakang pita detik untuk mengelakkan kekeliruan. 5) Penulisan jisim beban pada belakang pita detik juga dapat menjaminkan bacaan pita detik jelas. 6) Wayar yang diikat dipastikan tegang supaya dapat bergetar dengan jelas. 7) Sebelum memasangkan jangka masa detik, pastikan arus yang diguna adalah A.C. supaya dapat menghasilkan getaran yang sebanyak 50Hz dalam satu saat. 8) Menggunakan voltan arus yang sesuai seperti yang ditulis pada jangka masa detik semasa menghidupkan jangka masa detik. Voltan yang kurang sesuai akan mengrosakkan jangka masa detik. 9) Semasa menjalankan jatuh bebas, gunakan ketinggian yang lebih tinggi untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan jelas. 10) Pastikan panjang pita detik diukur dan dipotong sebelum memulakan eksperimen jatuh bebas.

You might also like