You are on page 1of 2

KEK KARAMEL Bahan-bahan : Loyang 22cm (A)-Gula Hangus 2 sudu besar gula (untnk buat gula hangus) *tabur

gula dalam loyang dan masak ats api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jadi perang,boleh guna sudu untuk ratakan gula hangus keseluruh bahagian) Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah) (B) Bahagian Karamel* 1 cawan susu cair 1 cawan susu pekat manis 1 sudu teh esen vanila 3 bj kuning telur 2 biji telur (putih & kuning *campuran yang diatas ini manis (C) Lapisan Kek 140 gm tepung gandum 70 gm gula kastor 3 bj kuning telur 135 ml air biasa 1 sudu teh baking powder 45 ml minyak msk 2 sudu besar susu pekat manis D) Merinque 6 bj putih telur 70 gm gula kastor 1 sudu teh krim of tartar Cara-cara : Sediakan bahan (A) dahulu,ketepikan. Kacau semua bhn (B) perlahan2,jangan berbuih nanti karamelnya tak menjadi. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi,ketepikan. Pukul bahan (C) *cikmin guna mixer Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat tak jatuh(meringue) Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul dengan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak.. masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung. Bakar cara double boiling selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160C / 170C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadimasa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman. Sedap dimakan sejuk. Nota cikmin:bakar guna api bawah sahaja pada suhu 160c selama 50 minit dan 10 minit terakhir cikmin bukak api atas bawah pada suhu 150c untuk garingkan sedikit bahagian atas kek..ini untuk mengelakkan lapisan kek bahagian bawah tu tidak melekat bila kita potong nanti.

You might also like