You are on page 1of 7

Asas Grafik Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan

hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar. Definisi grafik Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebihketerangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek graphikos bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Prinsip Penghasilan Grafik Perancangan Penyediaan ilustrasi Warna Huruf Persembahan Perancangan Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk. Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan : Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menentukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster, lukisan) Prinsip rekabentuk Prinsip mudah Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar. Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan. Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.

Rajah 1.4.1 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) Prinsip penyatuan Penyatuan hendaklah perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan. Elemen-elemen tersebut hendaklah saling lengkap melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

Rajah 1.4.2 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) Prinsip Penegasan Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian. Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut.

Rajah 1.4.3 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) Prinsip seimbang Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah. Perimbangan merupakan susunatur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Perimbangan terdiri daripada perimbangan formal dan perimbangan tidak formal.

Rajah 1.4.4 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) 1.5 Keperluan visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk Garisan Fungsi garisan dalam rekabentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu. Bentuk Tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

Rajah 1.4.5 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) Ruang Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggal disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak dalam kalangan pemerhati. Warna Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara Penggunaan Warna Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya. Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

Panduan am mewarna Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elelmen tumpuan. Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokoromik, warna berhampiran atau warna penggenap. Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami. Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu. Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagaiwarna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning. Skema warna Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna

i. Skim warna monokromik Warna monokromik berharmaoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Contohnya: warna ungu muda hingga warna ungu-tua. ii. Skim warna berhampiran Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada warna-warna yang berhampiran dalam carta warna. Contohnya warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren dan oren. iii. Skim warna penggenap Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta warna. Contoh; warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu. Alat mewarna Pena bermata felt Pensel warna, kapur warna, pastel dan krayon Cat air Cat sembur Kertas berwarna dan plastik berwarna Penghurufan Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan.

Saiz huruf Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan baik.

Jarak huruf Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah.

Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti huruf san serif ( huruf blok), serif ( time roman), dokoratif ( huruf berbunga seperti dalam kad raya) Cara menulis huruf / angka i. Tulisan bebas Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya, dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa digunakan untuk grafik yang besar seperti carta dan poster. ii. Huruf yang dipotong Huruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan pada bahan grafik. iii. Huruf pindah kering (Dry transfer lettering) Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.

Rajah 1.4.6 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) iv. Huruf Stensil Untuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok) boleh digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil guide) dan pen khasnya.

Rajah 1.4.7 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) Cara membuat gambar i. Menekap (tracing) (guna karbon pensil, kapur atau pastel, kedah tebuk. ii. Petak grid iii. Pantograf iv. Episkop v. Penyalinan gambar (fotostat) vi. Kaedah pengunjuran ( OHP, Slaid

Rajah 1.4.1: Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

PERSEMBAHAN Grafik yang telah siap dihasilkan perlulah disediakan untuk digunakan dalam bilik darjah. Kadang-kadang bahan visual yang dihasilkan itu adalah besar atau nipis. Ini akan merumitkan kerja guru semasa mempamerkan bahan-bahan itu kepada murid. Bahan-bahan visual itu juga disimpan untuk kegunaan pada masa-masa yang lain ataupun oleh guru-guru yang lain. Kebanyakkan bahan-bahan bantuan jenis ini memang cepat menjadi kotor,mudah terkoyak atau rosak dan visual-visual yang ditampal mudah tanggal. Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini tiga langkah boleh digunakan untuk menentukan bahan visual yang telah dihasilkan itu dapat digunakan atau disimpan dengan lebih mudah dan sempurna. Langkah-langkah itu ialah: a. Melapik b. Alas tepi c. Laminasi

You might also like