You are on page 1of 2

BILIK TAYANGAN & APD

Penyelaras : Tengku Adnan Mahmud Setiausaha : En. Mohd Tarmizi Mohd Ghani AJK 1. Pn. Rozita Zakaria 2. Pn. Nor Hafiza Hassan Kemudahan bahan dan peralatan di Bilik Tayangan 1. Kampus Astro 2. TV 3. PA Sistem 4. Ruang Tayang 5. Koleksi CD 6. Radio 7. Wifi 8. Smart Board 9. Internet

PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN BILIK TAYANGAN & APD 1. Pelajar diminta senyap. 2. Pelajar tidak dibenarkan makan,minum atau tidur. 3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran. 4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini. 5. Pelajar tidak dibenarkan masuk semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik atau tempat yang disediakan. Bahan-bahan bilik audio visual 1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS. 2. Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS. Pakaian 1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap. 2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk. Peringatan: Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik audio visual.

Peraturan Penggunaan untuk Guru 1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik. 2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar.

3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan. 4. Semua peminjaman bahan dibuat dengan pengawasan Guru PSS. 5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik. WAJAH BARU BILIK TAYANG (MAC 2011) Penyelaras, Setiausaha bersama AJK Bilik Tayang telah mendapat sokongan daripada pihak pentadbir sekolah untuk membuat penambahbaikan fizikal di samping memberi perkhidmatan yang sewajarnya kepada guru-guru dan murid-murid. Bermula 7 Mac 2011.

You might also like