You are on page 1of 30

1.

0 Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Menurut kamus dewan (2010), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. sesuatu Strategi perkara. juga bermakna bidang kebijaksanaan dalam menguruskan Dalam

pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

1.1

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

1.2

Penyerapan

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.

1.3

Penggayaan

Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja,
1

permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Ini akan meningkatkan lagi penguasaan murid terhadap topik yang telah dikuasai oleh murid-murid.

2.0 Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kamus Dewan (2010) mendefinisikan pendekatan sebagai cara atau langkahlangkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.

2.1 Pendekatan Induktif

Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.

2.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya baru. mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan

2.3 Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

1.4

Pendekatan Komunikatif
3

Pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.

Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

3.0 Kaedah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri
4

daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

3.1

Kaedah Natural

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.

3.2

Kaedah Nahu Tradisional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

3.3

Kaedah Terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang
5

Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.

3.4

Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

3.5

Kaedah Linguistik

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

3.6 Kaedah Kod Kognitif

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

3.7 Kaedah Bahasa Komuniti

Pembelajaran

bahasa

komuniti

atau

Community

Language

Learning

merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.

3.8 Kaedah Oral-Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

4.0 Teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu 4.1 Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka
7

berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

4.2 Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

4.3 Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
8

penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

4.4 Teknik Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

4.5 Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini muridmurid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
9

peranan yang dipertanggungjawabkan.

Memberi peluang kepada murid

mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

4.6 Teknik Drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

5.0

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran Tarikh Tahun Masa

: Bahasa Melayu Tahun 3 : 6 Ogos 2012 : Tahun 3 Bistari

: 60 minit (jam 2pm 3pm )


10

Tema Tajuk

: Makanan Berasaskan Pertanian : Makanan Berasaskan Pertanian

Hasil Pembelajaran (Fokus Utama) 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian,

pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain

Aras 3 i. Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. 8.2 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 i. Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks.

11.1 karya.

Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sebuah

Aras 1 i. Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.

Hasil Pembelajaran ( fokus sampingan ) 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.
11

Aras 1: Mengecam perkataan istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca.

Objektif Sebelum pelajaran ini berakhir; 1. Secara berpasangan pelajar dengan menggunakan sekurangkurangnya dua ayat tunggal dalam dalam perbualan yang sesuai dengan situasi. 2. Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnnya empat ayat tunggal dalam pengurusan grafik makanan berasaskan pertanian.

Pengetahuan sedia ada: Murid daripada keluarga pertanian dan tahu akan hasil-hasil pertanian.

Bahan bantu belajar: Teks, gambar digital, TMK, lembaran kerja.

Sistem bahasa a. Morfologi : kata adjektif b. Sintaksis : ayat tunggal c. Sebutan dan intonasi: kesantunan berbahasa d. Kosa kata : timbus, lembap, subur, bertuah

12

Langkah dan masa Set Induksi (5 minit)

Hasil pembelajaran

Aktiviti

Pengajaran

dan catatan

Pembelajaran 1. Kepentingan makanan daripada pertanian 1. Murid melihat BBB. Gambar Buahbuahan

gambar-gambar pokok pisang yang disediakan oleh guru. Murid guru; a) Apakah nama buahbuahan yang anda lihat? b) Dimana tersebut? c) Apakah memakan buahan? Guru dengan Makanan Pertanian. mengaitkan pelajaran aktiviti iaitu khasiat buahboleh menjawab soalan

didapati buah-buahan

Berasaskan

Langkah 1 (10 minit)

4.2 komen

Mengemukakan yang sesuai

1. Guru gambar pisang.

menunjukkan BBM: Gambar pokok pokok pisang, Jenis makanan menyatakan yang dihasilkan daripada buah pisang.

berdasarkan pemerhatian, pengalaman maklumat lain. dan yang

2. Murid

kegunaan Daun pisang Buah pisang

disampaikan oleh pihak

13

Pokok pisang

3. Murid mengenalpasti produk yang pisang 4. Dua orang murid makanan dihasilkan buah

menggunakan

menceritakan pengalaman mereka membantu ibu atau keluarga mereka membuat kerepek. Langkah 2 (20minit ) Aras 3 Mengemukakan pandangan membina sesuatu dilihat, didengar. Membina majmuk sesuatupenulisan dan menulis dalam teks perkara dibaca yang tentang yang atau 1. Guru seperti menunjukkan gambar

buah-buah yang lain pokok, buah kelapa dan kelapa sawit. 2. Guru mengutarakan soalan dan dari

beberapa kegunaannya diperolehi

kepada murid tentang BBM: hasil makanan yang tanaman tersebut. 3. Makanan dihasilkan yang daripada Teks ( m/s 2)

ayat tunggal dan ayat

tentang sesuatu tajuk.

tanaman lain seperti nenas, betik dan lainlain 4. Murid membaca teks dengan sebutan dan
14

intonasi yang betul 5. Murid teks. 6. Murid membina ayat tunggal berdasarkan tanaman tadi. Langkah 3: (20 minit) Aras 1 Meneliti menarik yang dibaca. perkara dalam ditonton yang bahan atau
1. Guru

dan

guru tentang

berbincang

membahagi BBM: kepada 3 dalam Teka kata Lembaran kerja/ silang

murid orang

kumpulan. 2. Murid silang menjawab kata

lembaran kerja teka kumpulan 3. Ketua jawapan

dalam komputer KB: menjawab

kumpulan teka kata

silang

membentangkan masing-masing. 4. Murid menulis empat ayat berdasarkan makanan berasaskan pertanian. Penutup (5 minit) Guru buahan dan lagu tunggal

kumpulan berdasarkan kecerdasan pelbagai

murid Bahan buah- (lagu buahan lirik lagu.

audio buahdan

menyanyikan

6.0

Refleksi Pengajaran Mikro


15

Dalam melaksanakan mengajaran mikro, saya telah melaksanakan langkah 3 iaitu aktiviti murid menjawab teka silang kata jenis buah-buahan di atas lembaran kerja berdasarkan ciri-ciri dan kegunaannya. Murid-murid diberi arahan untuk membuat 5 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang murid. Setelah itu, saya membacakan arahan untuk menjawab lembaran teka silang kata berdasarkan pembayang yang diberi dan masa yang diberikan adalah dalam tempoh 10 minit.

Kekuatan aktiviti murid dengan menggunakan lembaran teka silang kata ini ialah aktiviti berpusatkan murid di mana aktiviti ini melibatkan kerjasama antara murid dalam kumpulan sepenuhnya. Di samping itu, jika terdapat murid yang pasif dan pendiam, guru boleh menempatkan murid ini dalam kumpulan yang terdiri murid yang aktif supaya mereka dapat membantu murid yang pasif dan pendiam. Kekuatan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir semasa menjawab soalan dan keyakinan diri semasa guru meminta murid untuk membentangkan hasil perbincangan jawaban antara kumpulan.

Dari segi kelemahan, aktiviti ini terlalu memakan masa yang agak lama dan telah melebihi dari masa yang telah dirancang iaitu dalam 15 minit. Masa ini menjadi agak panjang kerana guru memberi arahan dan mengedar lembaran kerja telah mengambil masa dalam 3 minit dan perbincangan dalam kumpulan telah mengambil masa 12 minit atau lebih.

Cadangan saya agar guru memaparkan teka silang kata melalui LCD agar menjadikan aktiviti ini lebih menarik dan berkesan. Di samping itu, aras dan bilangan soalan perlu dikurangkan atau disesuaikan dengan aras murid supaya murid tidak terlalu mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan aktiviti ini.

16

7.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu Tahun 1 Cemerlang SK Saint John Beaufort

Pada 5 september 2012, saya telah melaksanakan pemerhatian ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu murid tahun 1 Cemerlang. Tempoh sesi pengajaran adalah 1 jam 30 minit iaitu dari jam 7.10 pagi 8.40 pagi. Di awal sesi PdP, guru melaksanakan set induksi di mana guru mengimbas kembali pengetahuan sedia ada murid tentang isi pelajaran lepas iaitu tentang tema keluarga Ana dan mengaitkannya dengan tema pembelajaran hari tersebut iaitu tentang keluarga Huda. Seterusnya masuk kepada langkah satu, di mana guru menerangkan kepada tentang keluarga Huda yang pergi berkelah di pantai Teluk Kemang berdasarkan buku teks. Di dalam langkah satu ini, guru ada mengaplikasikan kemahiran teknik menerang dan menyoal. Guru menerangkan situasi yang berlaku dalam gambar. Contohnya, pada gambar satu guru menerangkan tentang suasana tepi pantai yang merupakan tempat orang ramai selalu pergi berkelah. Di samping kemahiran teknik menerang, guru juga mengaplikasikan kemahiran menyoal kepada murid. Contohnya, 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Adakah adik Huda pandai berenang? Apakah kegunaan pelampung? Di manakah keluarga Huda makan? Apakah jenis makanan yang di bawa oleh keluarga Huda? Apakah ayah Huda buat? Apakah ibu Huda buat? Apakah Huda buat?

Guru mengaplikasikan kemahiran menerang dan menyoal secara selingan sehinggalah pada gambar yang terakhir iaitu gambar yang keempat. Setelah
17

itu, guru masuk kepada langkah 3 di mana murid-murid diminta untuk mengeluarkan buku latihan dan meminta murid untuk membuat ayat mudah berdasarkan gambar tadi. Contohnya, gambar satu tentang pergi berkelah. Oleh itu, murid di minta untuk membuat ayat mudah berdasarkan perkataan pergi berkelah. Seterusnya pada gambar kedua, murid diminta membuat ayat mudah dari perkataan mandi dengan ayah.

Selepas itu, pada gambar ketiga perkataan makan bersama-sama dan pada gambar keempat mengemas barang. Murid-murid mengambil masa agak panjang untuk menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru tersebut iaitu dalam tempoh 50 minit. Apabila murid-murid selesai menyiapkan semua latihan yang diberikan, guru memberikan latihan buku kerja kepada murid. Latihan tersebut adalah mengenalpasti dan bina ayat. Oleh kerana masa tidak mencukupi, guru meminta murid untuk menyiapkan latihan tersebut di rumah. Guru tidak sempat untuk membuat langkah yang terakhir iaitu sesi penutup.

Pada memerhatikan

awal guru

sesi

pengajaran

dan set

pembelajaran induksi dengan

guru,

saya

melaksanakan

mengimbas

pengetahuan sedia ada murid pada pelajaran lepas dan seterusnya mengaitkanya dengan isi pelajaran sesi PdP. Ini merupakan satu langkah di mana ia dapat menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran. Di samping itu, saya juga melihat bahawa guru ada mengaplikasikan kemahiran teknik menerang dan menyoal pada langkah satu dan saya juga melihat bahawa murid-murid aktif menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh guru. Muridmurid masih berminat untuk mengikuti sesi PdP.

Pada langkah kedua, saya melihat minat dan penumpuan murid semakin berkurang kerana pada langkah ini guru memberikan murid latihan untuk membina ayat berdasarkan gambar. Murid mulai bercerita dan membuat bising kerana sudah hilang tumpuan dan fokus serta berasa sedikit
18

bosan untuk mengikuti sesi PdP. Tempoh murid untuk menyiapkan latihan yang diberi juga agak lama dan ini membuatkan murid berasa lebih bosan dan kurang minat. Walau bagaimanapun, saya kagum melihat guru itu mengawal keadaan dalam bilik darjah. Apabila murid melakukan kesalahan seperti membuat bising, guru segera menegur murid dan mengarahkan murid untuk kembali ke tempat duduk dan menyuruh murid untuk menyiapkan latihan yang diberi. Pada pendapat saya juga, berkemungkinan murid masih lemah dalam membuat ayat mudah dan ini menyebabkan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan latihan tersebut menjadi agak panjang. Guru juga tidak membuat sesi penutup untuk merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut dan tidak memberikan peneguhan positif kepada murid. Saya mencadangkan agar guru mempelbagaikan kaedah dan teknik pembelajaran murid agar murid tidak cepat berasa bosan dan masih mengekalkan minat untuk mengikuti sesi PdP. Guru boleh melaksanakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan di mana murid dapat bekerjasama untuk membina beberapa ayat mudah yang lengkap agar dapat melibatkan semua murid dan seterusnya dapat menjana idea yang baru.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian dan minat murid seperti menyusun kad perkataan supaya menjadi satu ayat mudah yang lengkap pada manila kad. Di samping itu, guru juga boleh melaksanakan aktiviti permainan bahasa di mana beberapa orang murid menggantungkan kad perkataan pada leher mereka dan berdiri di hadapan kelas. Seterusnya guru meminta beberapa orang murid untuk menyusun kad perkataan tersebut untuk menjadi satu ayat mudah yang lengkap.

19

8.0

Refleksi

Kerja kursus ini merupakan kerja kursus yang wajib dilaksanakan dan disempurnakan bagi memenuhi kehendak pro forma kursus ini. Sebelum memulakan kerja kursus ini, penulis telah membuat sedikit perancangan dengan merujuk kepada pensyarah pembimbing tentang tajuk tugasan agar lebih memahami kehendak soalan dan cuba untuk mendapat idea bagaimana untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Di samping itu, penulis juga banyak mencari maklumat daripada buku-buku rujukan dan sumber maklumat daripada internet. Tugasan 1 meminta penulis untuk mencari maklumat dari pelbagai sumber tentang strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penulis telah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu melalui kuliah yang telah disampaikan dan juga melalui pembentangan yang telah dilaksanakan. Di samping itu, penulis juga telah mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan kolaborasi antara rakan-rakan.

Di samping itu, tugasan satu juga meminta penulis untuk merancang dan menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dan mengaplikasikan perkara (i) dalam pelaksanaan PdP dalam bilik darjah.
20

Perancangan dan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ini dibuat dalam secara berkumpulan dan telah melaksanakan pengajaran mikro. Setiap ahli kumpulan mengambil satu bahagian di dalam Rancangan Pengajaran Harian untuk melaksanakan pengajaran mikro dan telah membuat refleksi masing-masing. Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), penulis tidak dapat melaksanakan pengajaran makro berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina kerana tidak berpeluang untuk masuk mengajar. Oleh itu, penulis hanya membuat pemerhatian ke atas sesi pengajaran dan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru di sekolah tersebut dan membuat refleksi. Kekuatan diri penulis dalam menyempurnakan kerja kursus ini ialah kemahiran diri dalam mencari dan mendapatkan maklumat melalui buku-buku rujukan dan juga informasi melalui internet. Di samping itu, penulis juga sentiasa berfikiran positif, berkeyakinan diri, tidak mudah putus asa dan bersikap rajin sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Kelemahan diri penulis semasa menyiapkan kerja kursus ini ialah kurang bijak dalam membahagikan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan kerja kursus yang lain serta kurang mahir dalam menghurai dan menghubungkaitkan dan memperkembangkan idea penulis dengan baik.

Cadangan penulis agar pengajaran makro dapat dilaksanakan sepenuhnya di Institut Pendidikan Guru Keningau agar guru pelatih dapat berpeluang mengaplikasikan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbanding dengan pengajaran mikro di mana guru pelatih hanya dapat mengaplikasikan beberapa strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran sahaja.

21

Bibliografi Ain Jemin. 2010. Kepentingan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu sekolah rendah. Diakses pada 7 September 2012, dari, http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-pendekatan-strategikaedah.html Faridah Nazir. 2010. Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Griffen. 2010. Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Diakses pada 7 september 2012, dari, http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategi-pendekatankaedah.html Kamus Dewan Edisi keempat. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan Jah Tuan Yusof. 2012. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir. 2012. Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

22

Mok Soon Sang. 2010. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

LAMPIRAN

23

Bahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Soalan Pemahaman Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1) Para Penonton __________ tangan setelah menyaksikan persembahan nyanyian berduet itu. A bertepuk B bersilang C bertampar

2) Sempena Hari Guru, Cikgu Siti Halimah __________ hadiah daripada murid-muridnya. A membeli B menerima C memberikan D menyampaikan

3) Nurfadilah seorang murid yang cemerlang. __________ pihak sekolah menganugerahinya Tokoh Murid Cemerlang pada tahun ini. A Sejak itu
24

B Jika begitu C Lantaran itu D Namun begitu

4) Pada pagi itu, Mak Cik Tipah sedang __________ air di dapur. A merebus B menanak C mengukus D menjerang

5) Sempena perayaan Hari Guru, Wan Zalela telah memberi __________ bunga kepada guru kelasnya. A seikat B setangkai C sejambak D sekuntum

6) Nurul Shuhaibah __________ lembaran kamus itu untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami. A memusing-musing B membelek-belek C mengkaji-kaji D melihat-lihat

25

7) Setiap tahun sebelum menjelang hari raya, Siti Liyana akan membantu ibunya __________ lemang. A menyalai B memasak C membakar D memanggang

8) Beberapa orang daripada kumpulan pendaki gunung itu masih dalam perjalanan manakala yang lain telah sampai di __________ nya. A sisi B hujung C puncak D pangkal

9) Abang membawa beberapa __________ rambai yang baru dipetik dari dusun datuk. A ikat B gugus C tandan D tangkai

10) Shahidan sedang __________ bola takraw yang dilambung oleh apit kanannya. A melibas B merejam C melontar D memukul

26

11) Puan Maria menghadiahkan __________ kalung mutiara kepada anak gadisnya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke dua belas. A seurat B sebutir C sebilah D seuntai

12) Albert dan adiknya terpesona melihat padi yang __________ di sepanjang perjalanannya ke Alor Star, Kedah. A menguning B kekuningan C dikuningkan D menguningkan

13) Harwan Singh dan Hamidi __________ kerana sudah lama tidak bertemu. A berpelukan B bersalaman C bertamparan

14) Lelaki tua itu jatuh __________ apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar. A terduduk B tersandar C terjelepok D terperosok

15) Puan Choo sedang __________ tepung untuk membuat kuih donat.
27

A menguli B mengaul C meramas D membancuh

16) Beberapa __________ kayu api dan beberapa __________ papan lapis disusun di atas para-para oleh datuk. A puntung keping B batang batang C ketul longgok D ikat potong

17) Cik Linda hendak menyediakan juadah pada tengah hari itu, dia sedang __________ bawang besar. A meraut B menyiang C menghiris D mengupas

18) ____________ para ibu bapa __________ para guru mestilah bekerjasama menangani masalah disiplin murid masa kini. A Bukan saja namun B Walaupun tetapi C Baik mahupun D Kian kian

19) Seekor siput kelihatan __________ di atas seketul batu yang besar.
28

A menjulur B menyusur C mengesot D merangkak

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 20) Ura-ura hendak mendirikan sebuah pasar raya di kawasan itu senyap begitu sahaja. A Rancangan B Cadangan C Desakan D Saranan

29

Lembaran Kerja Aktiviti Berkumpulan

30

You might also like