You are on page 1of 1

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.

Justeru, Jadikanlah kami pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi kami dalam bidang akademik serta mempunyai peribadi yang luhur. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua. Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan kami terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan. Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu di dunia dan di akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan Negara. Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemahlembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaandan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

You might also like