You are on page 1of 2

DOA HARI ORIENTASI

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana dengan izinnya kami berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini . Ya Allah , Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan KeredhaanMu Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.


Mudah-mudahan maklumat yang diberikan diminggu orientasi ini dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah anak didik kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran . Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami diperolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

You might also like