You are on page 1of 11

IPG Kampus Bahasa Melayu

Hubungan Etnik
Pensyarah: Dr. Tajulddin

PISMP 3 E

Ahli kump 2: - Norkhuzaimah bt. Tahir - Normi Shuhadha bt. Midon - Nur Atiqah bt. Mohd Norhaidar - Fariss Izzat bin Mohd. Norizan -

Tugasan: Bincang berkenaan Rancangan Pembangunan (RM-2)Tahun Malaya Kedua (1961-1965) & RMK 1 (1966-1970)

Rancangan Pembangunan Negara

Selepas Tanah Melayu (Malaya) mencapai kemerdekaan, kerajaan telah merancang dan melaksanakan usaha-usaha perancangan dan pembangunan negara bagi mengatasi pelbagai masalah sosioekonomi dan politik.

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)


Rancangan Malaya Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuan telah dicapai bagi perancangan yang lebih intensif. o Pertama, rancangan ini telah diseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang juga dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia. o Kedua, rancangan pembangunan ini menggunakan dua strategi perancangan dari bawah ke atas. Tumpuan utama ialah pembangunan luar bandar dan penyertaan rakyat dalam proses perancangan dan pelaksanaan. o Ketiga, beberapa perubahan telah dibuat, iaitu satu kajian menyeluruh telah dilaksanakan ke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya.

Matlamat RM-2
a) Membaikpulihkan kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar.

b) Menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA.

C) Menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman supaya hasil negara bertambah dan mengurangkan import makanan dari luar negara. Fenomena ini membolehkan pengurangan dalam pergantungan kepada sektor-sektor pertanian tertentu sahaja.

d) Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 1966 bertujuan untuk membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.

RM-2 lebih tersusun berbanding dengan RM-1 kerana melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan dan rancangannya digubal berdasarkan permintaan rakyat. Peruntukan pembangunan juga telah ditambah sebanyak RM 2,105 juta, iaitu dua kali ganda daripada peruntukan RM-1. Bagi memastikan kejayaan perancangan ini, bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara, terutama di setiap pejabat daerah. Hasilnya, dari segi pencapaian, RM-2 menunjukkan purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 sebanyak 6.4% setahun.

Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) 1966-1970

RMK-1 merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. RMK-1 memberikan tumpuan kepada aspek intergrasi dalam kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar pembangunan dapat meningkatkan kebajikan semua rakyat. RMK-1 banyak membuat perancangan baharu, terutama berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program di setiap sektor ekonomi.

Peruntukan RMK-1 berjumlah RM10, 500 juta, iaitu melibatkan RM 4,550 juta daripada sektor awam dan RM 5,950 juta daripada sektor swasta. Beberapa agensi kerajaan turut dilahirkan di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan ini seperti: -Majlis Amanah Rakyat(MARA) pada tahun 1966 -Bank Bumiputera pada tahun 1966. -Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia/ Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967 -Lembaga Penasihat Tarif -Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969

Tujuan penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif : membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. Tujuan penubuhan MARA, Bank Bumiputera dan PERNAS: menggalakkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.

Setelah lima tahun, kajian menunjukkan program-program yang dirancang melalui RMK-1 berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Namun demikian, setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, kerajaan menyedari bahawa waktu itu pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan kerana masih ketara ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaum dan kawasan. Justeru, bagi menyambung usaha-usaha RMK-1, DEB dilancarkan bersama RMK-2. Sekali gus bertujuan membaikpulihkan kepincangan strategi dan pendekatan yang digunakan sebelum ini.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

You might also like