You are on page 1of 2

SEKOLAH RENDAH KERAJAAN NANGA BALINGIAU

Pelopor & Pengasas


Sekolah Rendah Kerajaan Nanga Balingiau telah diasaskan oleh penduduk tempatan yang inovatif iaitu Penghulu Barieng. Selain daripada Penghulu beliau juga merupakan Tuai Rumah di sebuah rumah panjang yang dinamakan rumah Barieng, Atas inisiatif sendiri Penghulu Barieng telah berusaha mengumpul tenaga penduduk tempatan untuk mendirikan sebuah sekolah sehingga terbinanya sebuah sekolah beratap rumbia, Beliau juga menyeru para ibubapa menghantar anak mereka untuk menjadi pelajar, Tenpa mengenal penat lelah beliau telah berusaha dengan gigih memohon dari pihak kerajaan untuk membekalkan tenaga pengajar sebagai guru di sekolah ini, Atas usaha yang beliau telah lakukan pihak berkuasa telah menghantar seorang guru pada awal Januari 1960, Kesan daripada pertambahan murid yang semakin ramai pihak berkuasa telah menghantar seorang lagi guru tambahan pada April 1960, Impak usaha dan kegigihan Penghulu Barieng telah menjadi asas kepada perkembangan pendidikan kepada seluruh penduduk tempatan sehingga ke hari ini, Kini setelah 52 tahun ditubuhkan Sekolah Rendah Kerajaan Nanga Balingiau telah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan serta terus beroperasi dengan 16 orang guru dan 127 orang murid.

Sejarah Sekolah
Sekolah Rendah Kerajaan Nanga Balingiau telah ditubuhkan pada 1 Januari 1960 dan telah beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 1965, Nama sekolah ini diambil bersempena sebuah anak sungai dibelakang sekolah iaitu sungai Balingiau, Sungai Balingiau merupakan salah satu cabang anak sungai di Hulu Sungai Mapai, Sistem perhubungan dan pengangkutan sebelum kewujudan jalan adalah menggunakan sungai, Pada waktu air besar perjalanan dari sungai Mapai adalah mengambil masa 45 minit sehingga satu setengah jam, Manakala pada musim kemarau dan air cetek perjalanan akan mengambil masa 5 ke 8 jam, Dalam usaha pembangunannya ia telah diperuntukkan bangunan tambahan iaitu 3 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik Guru Besar, Bangunan baru ini telah dirasmikan pembukaannya pada 14 Jun 1980 oleh Y.B. Datuk Leo Moggie Anak Erok,

You might also like