You are on page 1of 16

1

Penyelewengan Manhaj Dan Dakwah Sayid Qutub

Mohd. Asri Zainal Abidin berkata didalam ceramahnya di Markas al-


Khadim bahawa: “Tidak ada aliran yang menamakan diri sebagai sunnah
atau salaf apabila mereka mengambil pendekatan mengecam tokoh-tokoh
umat Islam dengan tuduhan-tuduhan yang sebahagian besarnya tidak benar,
seperti menuduh Sayid Qutub, menuduh hatta Hasan al-Banna, siapa lagi?
Menuduh al-Qaradhawi…..”.

Mohd. Asri Zainal Abidin merasakan pembongkaran terhadap kesesatan


tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sebagai: “mengecam tokoh-tokoh umat
Islam dengan tuduhan-tuduhan yang sebahagian besarnya tidak benar”.
Kemudian dia merayu dan menyeru: Haramkanlah tulisan-tulisan yang
seperti ini….. membazirkan masa untuk mengecam Hasan al-Banna”.
Mohd. Asri terus mengecam para ulama yang mendedahkan tentang
kesesatan, kemungkaran, bid’ah-bid’ah jamaah Ikhwanul Muslimin,
bahaya-bahaya kesan gerakan pertubuhan ini dan para kesesatan pemikiran
para tokohnya. Walaupun semua tulisan para ulama yang dikecam oleh
2
Mohd Asri disertakan dengan bukti-bukti rujukan, fakta-fakta ilmiyah dan
ketelitian nukilan teks yang jujur dan adil, ia masih dianggap sebagai
tuduhan yang tidak benar. Dengarlah dan tontonlah VCD ceramah Mohd.
Asri di Markas al-Khadim yang dipenuhi dengan kebodohan, membebel
dan menceceh dengan emosi dan sentimen. Isi ceramah dipenuhi dengan
menghina para ulama dan syeikh-syeikh (masyeikh) salafi, dengan tuduhan
tidak habis baca, baca sekerat-sekerat, menuduh yang tidak benar dan
membazirkan masa.

Mohd. Asri lebih banyak memperkatakan khilaf atau perselisihan di dalam


ceramahnya, tapi hanya berkisar tentang perselisihan atau khilaf dalam
masalah-masalah fiqh atau perkara furu’ dan cabang. Beliau sama sekali
tidak menyentuh perselisihan dalam bab akidah, sedangkan yang menjadi
pokok perbincangan dan kecaman para ulama salaf terhadap Ikhwanul
Muslimin, para tokoh dan gerakan dakwahnya ialah tertumpu terutama
pada persoalan-persoalan pokok dan manhaj yang berkisar dalam masalah
akidah, bukan fiqhiyah kerana tidak ada kompromi dalam isu-isu akidah
yang melibatkan kekekalan di syurga atau neraka diakhirat kelak.

Maka dengan ini membuktikan bahawa Mohd. Asri tidak membaca buku-
buku tulisan, pembahasan dan kritikan para ulama muktabar tentang
kesesatan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, gerakan dan jamaahnya. Di
tulisan ini penulis akan membuktikan sebahagian kecil sahaja tentang
penyelewengan, kesesatan dan kemungkaran seruan para tokoh Ikhwan
yang tidak disedari oleh Mohd. Asri, maka penulis dengan ikhlas akan
membuktikannya:

Sayid Qutub dianggap syahid oleh para pengikutnya sedangkan melalui


hujah, dalil dan pembuktian syara tidak boleh memutuskan seseorang
syahid kecuali dalam bentuk global1 atau menurut apa yang telah ditetapkan
oleh Allah dan RasulNya, iaitu terbunuh di medan perang fisabilillah. Di
dalam hadis Bukhari ada dijelaskan: “Tidak boleh mengatakan Si Fulan
syahid”.2

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah apabila mensyarahkan hadis


riwayat Bukhari di atas bahawa: “Tidak boleh memastikan seseorang
1
. Lihat: Fathul Bari 6/90. Ibn Hajar.
2
. Lihat: (1). Sahih Bukhari (Syahadah 2687). (2). Lihat: Syiar A’lam an-Nubala 159 160.
3
syahid kecuali melalui penentuan wahyu”. Jika sekiranya benar Mohd.
Asri mengambil bidang hadis, sila rujukan kepada kitab hadis tersebut.

Lihatlah kesan dari gerakan dakwah Sayid Qutub, ia telah melahirkan


fahaman Qutubiyah. Berkata Syeikh Abdussalam bin Salim bin Raja’ as-
Suhaimi: “Qutubiyun adalah mereka yang satu kaum mempelajari
tulisan Sayid Qutub, mengambil dan meyakini sebagai kebenaran mutlak
apa sahaja yang terdapat di dalam tulisan-tulisan tersebut sama ada
yang hak (benar) atau yang batil (merosakkan)”.3

Syeikh Abdussalam menjelaskan: “Sudah dimaklumi bahawa Sayid


Qutub bukanlah seorang yang menguasai ilmu agama. Dia hanyalah
seorang penulis (sasterawan) berpegang dengan mazhab Asy’ari.
Terdapat banyak kesalahan yang keterlaluan dan keji di dalam
tulisannya, malangnya apabila Sayid Qutub diberi teguran (oleh para
ulama), para pendokong Qutubiyah bangun membantah dengan kata-
kata yang keji”.4

Tahukah Mohd. Asri bahawa Sayid Qutub pernah melepaskan ejekannya


dan penghinaannya kepada para ulama muktabar yang meninggalkan kitab-
kitab turas (kitab-kitab rujukan utama) dengan cemuhan: “Sebahagian
syubhat yang muncul, ia dimunculkan oleh pemikiran agama dari orang
yang digelar saat ini sebagai rohaniawan. Iaitu syubhat yang merosak
Islam dan strukturnya sehingga ke dalam jiwanya. Mereka –
rohaniawan – merupakan makhluk yang paling mustahil untuk
diterapkan pemikirannya dan mustahil diikuti buah fikirannya, baik
dari segi budaya atau perilakunya, bahkan pakaian dan tindak-
tanduknya disebabkan kebodohannya terhadap realiti agama dan
warisan penjajah”.5

Sayid Qutub terus melahirkan celaan dan ejekannya terhadap ulama dengan
menuduh: “Kebodohan yang lahir dari kebudayaan Islam tidak akan
memberi tasawwur (gambaran) Islam yang teguh, kerana mereka
mengetahui dari orang-orang yang mereka kenali sebagai para
3
. Yang paling keji dan membahayakan ke atas orang-orang Islam ialah menghidupkan
pemikiran (fahaman) Khawarij iaitu takfiri (pengkafiran) dan teori “Tauhid Hakimiyah”.
4
. Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 98. Raja as-Suhaimi.
5
. Lihat: ‫ معركة السلم والرأسمالية‬hlm. 63. Sayid Qutub.
4
rohaniawan. Inilah kenyataan tentang Islam yang paling buruk yang
digambarkan oleh agama-agama yang lainnya”.6

Sedarkah Mohd. Asri bahawa Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali yang
dituduh Khawarij oleh beliau telah menerima pujian dan pengiktirafan di
bidang keilmuannya dari ramai para syeikh-syeikh Salafi antaranya
Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nasruddin al-Albani rahimahullah
diakhir hayatnya? Mereka menyanjung tinggi tentang usaha dan tindakan
Syeikh Rabi’ membongkar kemungkaran semua tokoh-tokoh Ikhwanul
Muslimin terutamanya Sayid Qutub. Syeikh al-Albani berfatwa: “Sayid
Qutub tidak mengetahui tentang Islam, baik secara usulnya (ilmu-ilmu
dasarnya) atau ilmu-ilmu furu’. Maka saya berterima kasih kepada al-
akh (Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali) kerana menunaikan
kewajipannya dengan menjelaskan dan menyingkap kejahilan dan
penyimpangan (akidah Sayid Qutub) dari Islam”.7 Apakah tindakan
Syeikh al-Albani mengalu-alukan pembongkaran Syeikh Rabi’ al-
Madkhali suatu pembohongan, tidak benar dan pendekatan Khawarij
sebagai mana tuduhan Mohd. Asri? Cuba Mohd. Asri baca kitab-kitab
berikut:

1. Di dalam kitab ‫ المورد الزلل فى التنبيه على أخطاء الظلل‬Syeikh Abdullah bin ad-
Duwais telah mendedahkan sebanyak 182 kesalahan tafsir Sayid Qutub
termasuk kesalahan dalam bab akidah. Adakah Syeikh ad-Duwais tidak
membaca keseluruhan tafsir Fi Zilalul Quran sebagaimana tuduhan Mohd.
Asri bahawa ulama yang mengkritik tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin baca
tak habis dan melakukan cara pendekatan Khawarij, apakah Syeikh ad-
Duwais seorang Khawarij kerana membongkar kesesatan Sayid Qutub
yang dianggap sebagai seorang tokoh Islam oleh Mohd. Asri? Apakah
Mohd. Asri berlepas diri dari semua pendekatan-pendekatan seperti ini
sebagaimana rayuan beliau di dalam ceramahnya?

2. Di dalam kitab Turkh Hasan Al-Banna Wa-Ahammul Warisin,


Syeikh Ayyad asy-Syamari telah mendedahkan siapa Sayid Qutub, Hasan
al-Banna, Umar at-Tilmisani dan ramai lagi tokoh-tokoh Ikhwanul
Muslimin yang dibuktikan terlibat dalam gerakan pengganas, aksi
6
. Ibid.
7
. Lihat: Ta’liq (komentar) Syeikh al-Albani terhadap kitab (al-Awasim Mimma fi Kutubi
Sayid Qutu Minal Qawasim) tulisan Rabi’ bin Hadi.
5
keganasan dan berbagai-bagai kemungkaran. Dibongkar kekejaman,
keganasan dan kemungkaran gerakan Ikhwanul Muslimin serta disingkap
rancangan jahat dan konspirasi mereka untuk menjatuhkan pemimpin
antaranya melalui gerakan teroris yang terancang melalui tanzim sirri
(sulit) dan tanzim khas. Sedarkah Mohd. Asri apa akan terjadi jika semua
rancangan mereka ditiru dan dilaksanakan di Malaysia? Oleh kerana
kesedaran dan mencintai umat Islam di Malaysia, Singapura dan Indonesia
inilah maka penulis membongkar keganasan yang ditaja dan disemai oleh
para tokoh Ikhwanul Muslimin agar tidak merebak di negeri kita.

3. Di dalam kitab ‫القرضاوي في الميزان‬tulisan Syeikh Sulaiman bin Soleh al-


Khurasyi. Didedahkan begitu banyak kesalahan Yusuf al-Qaradhawi
terutama di segi akidah, contahnya menurut pemikiaran al-Qaradhawi
bahawa: “Segala yang tercipta di alam semesta ini, sama ada di bahagian
atas ataupun di bawah, yang bisu ataupun yang boleh berbicara,
membuktikan bahawa hanya ada satu akal yang mengatur segala
urusannya”. Penulis inigin bertanya, apakah ada yang selain Allah dalam
penciptaan dan mengatur segala yang ada? Kalau yang mengatur itu Allah,
apakah ada salah satu dari nama-nama Allah yang disebut atau bernama
akal? Kami tidak pernah temui bahawa nama Allah itu akal. Apakah
Qaradhawi memuja dan menyembah akal? Adakah Syeikh Sulaiman bin
Soleh al-Khurasyi membaca sekerat-sekerat, separuh-separuh atau baca tak
habis buku-buku tulisan para tokoh Ikhwanul Muslimin sebagaimana
tuduhan Mohd. Asri?

4. Di dalam buku ‫المورد العذب الزلل فيممما اتتقممد على المناهممج الدعويممة مممن العقائد‬
‫ والعمال‬Syeikh Yahya an-Najmi membongkar begitu banyak
kemungkaran dakwah dan akidah Yusuf al-Qaradhawi, apa beliau ini
membawa pendekatan Khawarij sebagaimana tuduhan yang dilontarkan
kepada Syeikh Rabi’ kerana melakukan sebagaimana yang dilakukan
oleh Syeikh Ahmad bin Yahya bin Muhammad an-Najmi? Buku ini
telah diberi pujian, sanjungan dan penghargaan oleh Syeikh Soleh bin
Fauzan al-Fauzan.

5. Di dalam kitab ‫ القطبيمة همي الفتنمة فاعرفوهما‬Kitab tulisan Abi Ibrahim bin
Sultan al-Adnani ini telah membongkar penyelewengan, kemungkaran,
kesesatan dan bid’ah-bid’ah yang disebarkan oleh para tokoh Ikhwanul
Muslimin. Apakah benar sebagaimana yang diucapkan oleh Mohd.
6
Asri di dalam ceramahnya bahawa penulis seperti ini baca tak habis,
separuh-separuh atau membawa pendekatan Khawarij sebagaimana
sangkaan Mohd Asri? Atau dinamakan Salafi Khawarij yang
diistilahkan oleh Mohd. Asri terhadap mereka yang membongkar,
mendedahkan dan menulis serta mengedarkannya kepada umat tentang
semua kemungkaran ini?

6. Di dalam kitab ‫ حقيقة الدعوة الى ال‬oleh Syeikh Saad bin Abdulrahman al-
Husin, walaupun hanya menyentuh sedikit kemungkaran gerakan
tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, namun ia memadai untuk dijadikan
rujukan untuk membuktikan kesesatan gerakan Ikhwanul Muslimin.
Apakah Syeikh ini membawa pendekatan Khawarij atau Salafi
Khawarij menurut istilah baru Mohd. Asri?

7. Bacalah kitab ‫ دعوة الخوان المسملمين فمى ميوان السملم‬oleh Farid bin Ahmad
bin Mansur. Di dalam kitab ini dibongkar hingga ke akar umbi tentang
kesesatan, penyelewengan dan segala rancangan jahat serta asal usul
penubuhan Ikhwanul Muslimin yang bercampur-baur dangan
rancangan (konspirasi) jahat gerakan Yahudi antarabangsa. Apakah
Syeikh ini membawa pendekatan Khawarij atau salafi Khawarij? Atau
ia sudah terpantul semula kepada Mohd. Asri?

8. Bacalah kitab ‫ رفممع اللثام عممن مخالفممة القرضاوي لشرعممة السمملم‬kitab tulisan
Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Mansur al-Udaini ini dipenuhi
dengan pembuktian tentang kesesatan, kebatilan dan kemungkaran
akidah, dakwah dan gerakan Ikhwanul Muslimin. Kitab ini diberi
penghargaan, pujian dan pengantar oleh Syeikh Abu Abdulrahman
Muqbil bin Hadi al-Wadi’i seorang ulama besar dari Yaman, Syeikh
Muhammad bin Abdul Wahhab al-Wasibi al-Abdali seorang ulama dari
Yaman, Syeikh Abdul Aziz bin Yahya al-Bar’i juga dari Yaman, Syeikh
bin Abdullah al-Imam dan Syeikh Ahmad bin Yahya an-Najmi. Apakah
para masyeikh dan para ulama besar yang mengalu-alukan dan
memberi penghargaan tentang isi kandungan kitab ini tidak tahu
tentang kesesatan dakwah dan gerakan Ikhwanul Muslimin, apakah
mereka baca tak habis atau mereka berkata berdasarkan pengetahuan
dan ilmu mereka?

7
9. Bacalah kitab ‫فكرة التكفيمر قديمما وحديثما وتمبرئة اتباع مذهمب السملف ممن الغلو والفكمر‬
‫ المنحرف‬teliti dan fahamilah isi kandungan kitab ini dengan lapang dada dan
hati terbuka. Kitab ini membongkar kemungkaran gerakan Ikhwanul
Muslimin, para tokohnya dan para pengekornya. Apakah penulis kitab ini,
Syeikh Abdussalam bin Salim bin Raja’ as-Suhaimi seorang yang
mengambil pendekatan Khawarij kerana dengan berani dan terus terang
mendedahkan keganasan, penyelewengan dan kemungkaran gerakan
Ikhwanul Muslimin dari dahulu sehinggalah sekarang.

10. Kitab ‫ حوار مع السيخ عبد الرحمن‬، ‫جماعة واحدة ل جماعات وصراط واخدة ل عشرات‬
‫ عبد الخالق‬tulisan Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali ini telah ditaqdim oleh
Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, seorang Anggota Kibarul Ulama
dan Anggota Lajnah
Badan Fatwa Saudi Arabia. Antara isi kandungan kitab ini ialah
pendedahan rancangan untuk menyatukan sunnah dengan Syiah dan aliran-
aliran sesat yang lain. Begitu ramai para ulama yang telah mendedahkan,
membongkar dan menyebarkan tentang kesesatan akidah dan dakwah
tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, mengapa Mohd. Asri masih ketinggalan
dalam memperolehi semua maklumat-maklumat ini?

Sebenarnya terlalu banyak kitab-kitab yang telah mendedahkan


kemungkaran, kesesatan dan penyelewengan para tokoh Ikhwanul
Muslimin, termasuklah yang dipuja, dipuji, diangkat, disanjung dan yang
menjadi idola Mohd. Asri iaitu terutamanya Hasan-al-Banna, Sayid Qutub,
Yusuf al-Qaradhawi, Umar Tilmisani dan yang lainnya. Antara isi
kandungan kitab-kitab yang telah penulis paparkan namanya di atas yang
isinya telah dinukil untuk mengenali kemungkaran, kesesatan dan
kebatilan dakwah serta gerakan tokoh-tokoh Ikhwanul Musliman untuk
difahami dan ditinggalkan ialah:

Fahamilah tulisan Sayid Qutub berkaitan akidah: “Berkenaan hal


“Istiwa” Allah di atas ‘Arasy, maka hendaklah kita mengatakan
bahawasanya istiwa ertinya: Penguasaan (Berkuasa, Memerintah) Allah
atas makhlukNya”.8

8
. Lihat: fii Zilalil Quran 4/2328 atau 4/3804.
8
Imam az-Zahabi, Imam Ibn Taimiyah, Imam Ibn Qaiyim, Muhammad bin
Abdul Wahhab dan para ulama Salaf termasuk Syeikh Ibn Bazz dan
Nasruddin al-Albani menolak cara takwil Sayid Qutub yang mengingkari
Allah beristiwa di ‘Arasy.

Syeikh Abdul Aziz bin Bazz dengan ketegasannya membantah:


“Perkataan ini adalah perkataan yang fasad. Maksud dari kalimah
“Penguasaan/Berkuasa/Memerintah” di sini adalah mengingkari
istiwanya (Allah di ‘Arasy) yang maknanya telah jelas iaitu tinggi di atas
‘Arasy. Apa yang dikatakan oleh beliau (Sayid Qutub) adalah batil dan
ini membuktikan bahawa dia miskin dalam ilmu tafsir”.9 Apakah Syeikh
Abdul Aziz bin Bazz tidak habis baca tafsiran ayat ini sehingga
mengeluarkan fatwa sebagaimana disangkakan seperti itu oleh Mohd Asri?

Namun para Salaf tidak mengkafirkan Sayid Qutub sebagaimana


dinyatakan oleh Syeikh Hammad al-Ansari: “Diketika orang ini (Sayid
Qutub rahimahullah) masih hidup maka sewajarnya dia bertaubat, jika
tidak bertaubat dia dikenakan hukuman mati kerana telah murtad. Oleh
kerana dia telah meninggal maka perlu dijelaskan kepada umat bahawa
perkataannya itu batil, namun kita tidak mengkafirkannya kerana kita
belum menegakkan hujah ke atasnya”.10

Antara teori bid’ah di dalam Ma’alim fii at-Tariq11 dan fii Zilalil Quran
ialah fahaman takfir dan penghinaan terhadap umat Islam dengan tuduhan
masyarakat jahiliyah. Sayid Qutub telah berkata: “Masyarakat yang
mengaku sebagai masyarakat Islam (sekarang ini) telah termasuk ke
dalam kategori masyarakat jahiliyah. Mereka dianggap sebagai
jahiliyah bukan kerana berkeyakinan tentang anggapannya ada
ketuhanan seseorang selain Allah dan bukan kerana mereka
mengutamakan syiar-syiar pengibadatan kepada selain Allah….. tetapi
mereka masih memberikan keutamaan yang sangat utama dari sifat
ketuhanan kepada selain Allah iaitu mereka masih beragama dengan
berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah”.12
9
. Perkataan ini termuat dalam keset rakaman Ibn Bazz tahun 1413.
10
. Lihat: al-Awasim Mimma fi Kutubi Sayid Qutub Minal Qawasim. Hlm. 24. Rabi’ bin Hadi.
11
. Buku yang berunsur pengkafiran (takfiriyah) ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa
Melayu dengan judul “Petunjuk Sepanjang Jalan”.
12
. Lihat: Ma’alim fii at-Tariq. Hlm 101.
9
Menuduh umat ini sebagai: “Termasuk ke dalam kategori masyarakat
jahiliyah” samalah seperti mengkafirkan umat Nabi Muhammad.
Selanjutnya dia berkata: “Apabila hal sudah jelas, maka pendirian Islam
terhadap masyarakat jahiliyah adalah berkait dengan satu ungkapan
iaitu Islam menolak pengakuan seperti itu iaitu pengakuan keIslaman
masyarakat ini secara total”.13

Yusuf al-Qaradhawi telah menjadi saksi dan bukti bahawa Sayid Qutub
melahirkan pemikiran Takfiriyah Khawarijiyah terhadap umat Islam
sekarang ini kerana ia telah diakui juga oleh Yusuf al-Qaradhawi dengan
fatwanya: “Pada peringkat pengkafiran ini, yang merupakan kemuncak
terakhir dari pengkafiran Sayid Qutub, ia tercatit di dalam tulisan-
tulisannya. Di dalam tulisan-tulisan tersebut terpancar pengkafiran
terhadap masyarakat dan perlunya penundaan dakwah untuk beralih
kepada undang-undang Islam (hakimiyah) dan menyerukan jihad
melawan seluruh manusia”.14 Inilah pemikiran takfir yang diambil dari
fahaman Khawarij. Ingatlah, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam telah bersabda tentang Khawarij!:

.ِ‫لبُ َأهْل النّار‬


َ ‫َالَ ِاّن ُهمْ ِك‬
“Ketahuilah sesungguhnya (Khawarij) adalah anjing-anjing ahli
neraka”.15

Fatwa Yusuf al-Qaradhawi di atas yang dinukil secara amanah ini,


didukung dan dikuatkan lagi dengan kenyataan Ahmad Farid Abdul
Khaliq: “Sayid Qutub telah memperlekeh Nabi Musa ‘alaihissalam,
mencela Khalifah Uthman radiallahu ‘anhu, mencela sahabat,
meninggalkan tauhid uluhiyah, berakidah Asy’ariyah dalam mentakwil
sifat-sifat Allah, menyebarkan pemikiran takfir dan sebagainya”.16

13
. Ibid.
14
. Lihat: Aulawiyyatul Harakah al-Islamiyah. Hlm. 110. Yusuf al-Qaradhawi.
15
. H/R Ahmad dalam Musnad. Dan Abi ‘Asim dalam Sunnahnya,
16
. Supaya lebih jelas, rujuklah kepada buku Sayid Qutub “at-Taswirul Fanni’. Hlm. 163. Atau
kitabnya “Kutub wa-Syaksiyat. Hlm.242.
10
Sayid Qutub rahimahullah dalam tafsirnya Fii-Zilalil Quran telah
menulis: “Al-Quran adalah suatu yang zahir, kauniyah (fenomena
yang bersifat alami iaitu sama seperti makhluk) sebagaimana bumi dan
langit”.17 Tafsir Sayid Qutub ini membawa maksud “al-Quran itu
Makhluk, bukan Kalamullah”. Ini adalah akidah Jahmiyah. Imam
Abdullah berkata: Aku mendengar bapa ku berkata: Sesiapa yang
mengatakan lafazku terhadap al-Quran itu makhluk maka itu adalah
ucapan yang buruk dan kotor, itu adalah perkataan Jahmiyah”.18

Sayid Qutub telah menyuburkan fahaman wahdatul wujud di dalam


tafsirannya. Beliau berkata apabila menafsirkan ayat: “Sesungguhnya
ayat: (Katakanlah bahawa Allah itu Esa!): Sesungguhnya ia
menjelaskan kesatuan zat (‫)وحدة الوجود‬. Maka tidak ada hakikat zat
kecuali hakikat zatNya. Dan tidak ada sesuatu zat yang sebenarnya
kecuali zatNya. Sedangkan segala sesuatu (zat) yang lain wujudnya
tersimpul dari (zat)Nya yang sebenarnya”.19

Berkata pula Muhammad Qutub: “Sesungguhnya perkara yang


diperlukan untuk berdakwah kepada manusia adalah memperbaharui
Islamnya. Bukan kerana mereka menolak mengucakpan kalimah (La
Ilaha Ilallah Muhammadur Rasulullah) sebagaimana musyrikin zaman
sahabat yang menolak untuk mengucapkannya, tetapi mereka saat ini
menolak kandungan kalimah tersebut, iaitu menolak berhukum dengan
yang disyariatkan oleh Allah”.20

Berkata Syeikh Soleh bin Fauzan apabila mengomentar perkataan


Muhammad Qutub di atas: “Ini adalah pengkafiran terhadap majoriti
manusia”.21

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: “Akan tiba nanti kepada


umat manusia masa-masa yang penuh tipu daya. Pada ketika itu
pendusta dianggap orang jujur sebaliknya orang jujur dianggap
pendusta. Orang yang khianat dianggap amanah dan orang yang
17
. Lihat: Fii Zilalil Quran. 4/2328.
18
. Lihat: 1/165 ‫السنة‬.
19
. Ibid. 6/4002.
20
. Lihat: ‫ واقعنا العاصر‬hlm. 29. Muhammad Qutub.
21
. Lihat: ‫ الجوبة المفيد عن اسئلة المناهج الجديد‬hlm. 34.
11
amanah dianggap pengkhianat. Dan para Ruwaibidhah mula mahu
bercakap. Baginda ditanya: Siapa itu Ruwaibidhah? Baginda
menjawab: Orang-orang dungu (bodoh sombong) syok sendiri apabila
berbicara tentang orang-orang banyak (umat)”.22

Sayid Qutub berkata tentang Khalifah Uthman: “Dia (Khalifah Uthman)


mengurus urusan-urusan yang banyak menyimpang dari Islam”.23
Dalam kitab ‫العواصم من القواصم‬ oleh Abi Bakr Ibnu al-Arabi, dari hlm.
217 hingga ke hlm. 234, menggambarkan penghinaan Sayid Qutub yang
keterlaluan terhadap Khalifah Uthman: “Kami lebih condong kepada
sistem kekhalifahan Ali radiallahu ‘anhu sebagai mengambil alih
secara tabi’i dua Khalifah sebelumnya”.

Keyakinan ini diklasifikasikan sebagai keyakinan berbaur elemen ideologi


Syiah. Namun Sayid Qutub tidak boleh dihukum kafir di atas beberapa
kesilapannya. Selain mencela Uthman, maka antara kesalahan Sayid
Qutub ialah mengkafirkan umat melalui kata-katanya: “Pada hari ini
tidak terdapat di permukaan bumi sebuah negara Islam, tidak pula
sebuah masyarakat Islam”. 24

“Telah murtad manusia kepada penyembahan hamba (makhluk) dan


merosakkan agama serta keluar dari Laa Ilaha Illallah, sekalipun
sebahagian dari mereka masih mengumandangkan dengan mengulang-
ulangi pada azan kalimah (Laa Ilaha Illallah)”.25

Inilah bentuk takfir terhadap orang Islam yang di luar kelompok Ikhwanul
Muslimin. Syaid Qutub mentahrif dan mentakwil nas-nas al-Quran
sehingga diertikan al-Quran itu makhluk bukan Kalamullah.

22
. Lihat: Musnad Imam Ahmad 15:37-38 syarah dan ta’liq Ahmad Syakir. Beliau berkata:
Isnad hadis ini hasan dan matannya sahih. Ibnu Kathir berkata: Isnad hadis ini adalah isnad
yang baik.
23
. Lihat: al-‘Adalahtul Ijtimaiyah fil Islam. Hlm. 214.
24
. Lihat: Fii Zilalil Quran. 1V/2122.
25
. Lihat: Fii Zilalil Quran. 11/1057.
12
Beliau berkata: “Dan sesungguhnya mereka (manusia) itu tidak akan
berdaya mengarang satu hurufpun yang menyerupai al-Kitab ini,
kerana sesungguhnya ia adalah salah satu dari ciptaan Allah”.26

.‫َوهَذا الرف (ص) من صنعة ال تعال‬


“Dan huruf ini (Saad) adalah salah satu ciptaan Allah Ta’ala”.27

Sayid Qutub meyakini al-Quran adalah ‫ صصنع ال‬ciptaan Allah (makhluk),


bukan Kalamullah. Keyakinan ini bertentangan dengan akidah Ahli
Sunnah wal-Jamaah. Bagaimana pula pendirian Mohd. Asri apabila ulama
mendedahkan kesalahan seperti ini kemudian dia beralasan seperti di
dalam ceramahnya di Markas al-Khadim: … “Dan kadang-kadang kita
tengok benda yang dia tidak maksudkan? Apakah benar tafsiran Sayid
Qutub seperti ini dia tidak maksud?”….

Berkata Imam al-Barbahari: “Dan bahawasanya al-Quran itu


Kalamullah yang diturunkanNya dan bukanlah makhluk”.28

Berkata Imam Abu Ja’far at-Tahawi rahimahullah: “Bahawasanya al-


Quran itu adalah Kalamullah (firman Allah)”.29

Berkata Imam Ibnu Abi al-Izz al-Hambali: “Maka (sepakat) seluruhnya


para imam mazhab yang empat dan orang-orang Salaf dan Khalaf,
mereka bersepakat bahawasanya al-Quran adalah kalamullah bukan
makhluk”.30

Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah: “Kami


mengatakan bahawa Kalamullah bukanlah makhluk dan sesiapa
mengatakan al-Quran itu makhluk maka ia telah kafir”.31 Inilah
sebahagian dari bid’ah-bid’ah di dalam kitab tulisan Sayid Qutub.
Bagaimana pula dengan sikap Mohd. Asri yang menyatakan dalam

26
. Lihat: Fii Zilalil Quran, V/2719.
27
. Lihat: Fii Zilalil Quran, V/3006
28
. Lihat: Syarah Sunnah, hlm 4. Matan 10.
29
. Lihat : Syarah Akidah Tahawiyah, 1/172.
30
. Lihat: Syarah Akidah Tahawiyah, 1/185.
31
. Al-Ibanah an-Usulid Dianah. Hlm. 12.
13
ceramahnya di Markas al-Khadim: … “Kita tak pernah bersama dalam
hal seperti ini, kita bawak sunnah kemudian tiba-tiba kita sesatkan Sayid
Qutub?”…

Muhammad Qutub Berkata Tentang Jamaah:

Muhammad Qutub menegaskan tidak ada lagi jamaah yang boleh diikuti
kecuali Jamaah Ikhwanul Muslimin, beliau berkata: “Dan tidak ada lagi
ruang jamaah-jamaah lain kecuali jamaah ini (Ikhwanul Muslimin)”.32
Beliau berkata: “Munculnya Kebangkitan Islam (dimaksudkan gerakan
Ikhwan) yang seharusnya menyinari dunia Islam merupakan peristiwa
besar dalam sejarah kebangkitan insani dikurun dua puluh”.33 Dan
beliau berkata lagi: “Telah datang gerakan Imam as-syahid dan umat
dalam keadaan begitu lalai (dimaksudkan kafir atau jahiliyah) kecuali
yang dirahmati Tuhanmu”.34

Ungkapan ini boleh menjejaskan akidah para pemuda Islam yang tidak
memahami pengertian “al-Jamaah”. Kerana jamaahnya Ikhwanul
Muslimin masih dicemari dengan berbagai-bagai bid’ah dan kebatilan.
Adapun maksud dan pengertian “al-Jamaah” yang sebenar telah
dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam sabda
baginda: “Orang yang sepertiku sekarang dan sahabatku”. Bukan
seperti jamaahnya Ikhwanul Muslimin yang penuh dengan tahaiyul dan
syirik. Ingatlah Allah Azza wa-Jalla berfirman:

.ِ‫َفاِّنهَا لَ َتعْمَى اْلبْصَارُ َوَلكِ ْن َتعْمَى اْلقُلُوبُ الِّتيْ فِى الصّ ُدوْر‬

“Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta
ialah hati yang di dalam dada”.

32
. Lihat: as-Syahwah Islamiyah. Hlm 96.
33
. Ibid.
34. Ibid.
33

34

14
Janganlah kita membutakan mata apabila kita melihat kemungkaran
Ikhwanul Muslimin, kerana ditakuti Allah akan membutakan hati kita.
Semoga Allah memberkati kita semua.

Siri kedua (2)


Menjawab Tuduhan
Dan Pembohongan
Mohd. Asri Zainal
Abidin
SERTA
PEMBUKTIAN TERHADAP
KESESATAN DAKWAH
Sayid Qutub
15
&
IKHWANUL MUSLIMIN
(Penyebar Bid’ah Terbesar)
Oleh:

Ust. Abu Farouq Rasul Bin Dahri

16

You might also like