You are on page 1of 7

AWASI ANAK ANDA DI TEMPAT AWAM

Lakukan:
Sentiasa perhatikan anak anda. Sentiasa tahu dimana mereka berada. Didik anak anda mengenai nama penuh, alamat rumah dan juga nombor telefon bimbit/rumah anda. Sentiasa membawa gambar terkini anak anda untuk memudahkan pihak berkuasa dalam usaha pencarian jika perkara tidak diingini berlaku.

Sentiasa mengawasi anak anda apabila mereka ke tandas. Tetapkan lokasi untuk berjumpa apabila berpisah. Didik anak anda untuk meminta pertolongan daripada pihak beruniform seperti polis, penjaga keselamatan dan juga ibu yang bersama anak.

Ingatkan anak anda supaya tidak mencari anda jika tersesat, sebaliknya menunggu anda di tempat tersebut. Mewujudkan kod laluan dalam kalangan keluarga. Kegunaan kod ini berguna jika orang yang tidak dikenali menyamar sebagai kawan anda. Didik anak anda untuk tidak berbual dengan orang yang tidak dikenali.

Elakkan:
Elakkan menyuruh anak yang dibawah umur keluar di waktu malam untuk membeli sesuatu. Jangan tinggalkan anak anda di kedai mainan manakala anda sibuk membeli-belah. Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta terutamanya sewaktu enjin kenderaan tidak dimatikan sementara anda sibuk berurusan di luar.

Elakkan anak anda daripada memakai pakaian yang mengandungi nama mereka, hal ini boleh menarik minat orang tidak dikenali untuk memulakan perbualan bersama mereka. Jangan tinggalkan anak anda di tempat awam dan mengharapkan pengawasan daripada penjaga keselamatan.

Elakkan membawa anak anda ke majlis yang memerlukan anda untuk bekerja. Jangan memberi kebenaran kepada anak anda untuk keluar membeli belah tanpa pengawasan daripada anda. Jangan biarkan anak anda tertunggu kehadiran anda selepas sesi persekolahan dalam tempoh yang panjang.

You might also like