You are on page 1of 5

http://hemjpnpp.blogspot.com/2012/11/rancangan-makanan-tambahan2013.

html

:: RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2013


Posted by Hal Ehwal Murid at 2:12:00 PM

Sila muat turun fail-fail berkaitan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2013 seperti yang berikut: 1. Borang Permohonan RMT 2013 (Individu) 2. Lampiran A (Sila lengkapkan dan emel kembali kepada penyeliakebajikan@gmail.com pada atau sebelum 14 Disember 2012). 3. Lampiran B (Sila lengkapkan dan fax ke Unit HEM 04-6521143 pada atau sebelum 07 Disember 2012) Maklumat tambahan: 1. Mulai tahun 2013, Had Kelayakan RMT ialah Pendapatan: RM460.00 atau perkapita RM110.00 (PGK Miskin Tegar terkini) 2. Murid-murid Pendidikan Khas yang layak dan berada di Sekolah Pendidikan Khas juga boleh memohon. 3. Murid-murid RMT yang berpindah sekolah selepas hari pertama persekolahan, peruntukan akan diturunkan di sekolah asal. Sekolah asal perlu memaklumkan kepada sekolah baharu tentang murid RMT tersebut di dalam Borang Pertukaran Murid. 4. Murid Ganti RMT TIDAK BOLEH menggantikan Murid RMT yang telah berpindah sekolah. Murid Ganti RMT hanya untuk Murid RMT yang TIDAK HADIR pada hari yang berkenaan sahaja. Jika layak RMT, sila senaraikan beliau di dalam Pelarasan RMT kemudian. Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Penyelia Kanan Kebajikan HEM di talian 04-652 1038 /1021 atau 012-567 7912

http://www.moe.gov.my/v/rmt RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang. Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi criteria utama pemilihan murid.

Kriteria pemilihan
Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

Kadar dan Peruntukan


Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.

Strategi Perlaksanaan
Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta tempat hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan makanan, 95% sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit sebelum waktu rehat.

http://www.kpwkm.gov.my/ekasih Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008. Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih. Selain daripada itu, mekanisma pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat yang terkandung di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verifikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria eKasih, layak dimasukkan ke dalam eKasih 2. Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 2,300 sebulan. Pendaftaran terperinci akan dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan ICU di peringkat negeri. Untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP Bahagian/Unit Pembasmian Kemiskinan) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat emel/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi. ICU menggunakan dua kaedah pendaftaran iaitu pendaftaran terbuka dan pendaftaran terperinci. Bagi pendaftaran terbuka, orang miskin yang dikenalpasti atau wakil boleh mendaftarkan mereka dalam sistem eKasih melalui www.ekasih.gov.my.

PENGENALAN
Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 23hb November 2004. SBP ialah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekali gus (one-off) mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana. Skim ini juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka. Skim Bantuan Persekolahan terbahagi kepada tiga kategori iaitu :Skim Bantuan Persekolahan Rendah - (SBP - R) SBP-R disasarkan kepada pelajar sekolah rendah bermula dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Meraka akan diberikan bantuan secara "one-off" sehingga RM 300.00 bagi menampung pembelanjaan persekolahan mereka. Skim Bantuan Persekolahan Menengah - (SBP - M) SBP-M disasarkan kepada pelajar sekolah menengah bermula dari Tingkatan 1 hingga ke pelajar Tingkatan 5. Mereka akan diberi bantuan secara "one-off" sehingga RM 500.00 untuk menampung keperluan persekolahan mereka. Skim Bantuan Persekolahan Insentif - (SBP - I) SBP-I melibatkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan juga pelajar - pelajar miskin. Mereka akan diberi pembiayaan bantuan secara "one-off" sebanyak RM 50.00 hingga RM 200.00 sebagai insentif di atas kecemerlangan mereka dalam pelajaran di samping bagi membantu pelajar miskin dalam menampung perbelanjaan persekolahan mereka.

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=4260:pelbagaibantuan-untuk-pelajar-miskin&catid=46:pendidikan&Itemid=61 PELBAGAI BANTUAN UNTUK PELAJAR MISKIN Written by Admin Monday, 14 June 2010 12:10

PIHAK kerajaan telah banyak memberikan pelbagai jenis skim bantuan kepada para pelajar miskin yang cemerlang dalam pembelajaran seperti beberapa skim yang telah diperkenalkan antaranya Skim KWAMP, Skim Baucer Tuisyen (SBT) dan tidak ketinggalan Program Dermasiswa BAKTI. Demikian kata Datin Dr Lindai Lee isteri kepada Ahli Parlimen Sandakan semasa berucap di majlis penyampaian Program Dermasiswa Bakti 2009/2010 Kali Ke Kedua bagi Kawasan Parlimen Sandakan di Bilik Gerakan Sekolah Menengah St Mary, Sandakan, di sini kelmarin. Katanya tujuan memberikan bantuan tersebut adalah untuk membantu dan bagi meringankan beban para pelajar golongan miskin. Selain daripada itu, kata Lindai, skim-skim yang diberikan oleh pihak kerajaan, terdapat juga inisiatif lain yang disalurkan kerajaan seperti memberikan komputer kepada pihak sekolah bagi mendidik dan menjadikan para pelajar menjadi insan yang celik IT agar tidak ketinggalan dengan peredaran masa yang mencabar dan memerlukan pelajar bersaing untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Sehubungan itu beliau mengharapkan guru-guru dan ibubapa dapat berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjerumus melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Kepada para pelajar, belajarlah dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai masa depan yang lebih gemilang dan menjadi masyarakat yang terbilang ujarnya Seramai 10 pelajar yang terpilih yang mewakili sekolah masing-masing telah menerima bantuan tersebut daripada BAKTI yang disampaikan oleh Datin Lindai Lee.

You might also like