You are on page 1of 8

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PAHANG

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Antarabangsa ( IHF ) dan Peraturan-peraturan Am MSSM. 2. JENIS-JENIS PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan berpasukan MSSM Pahang : 2.1.1 Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan 2.1.2 Kategori Bawah 18 Tahun Lelaki dan Perempuan 2.2 Tempoh permainan 2.2.1 Liga Pusingan Awal dan Kalah Mati pusingan Kedua 2.2.2 Masa permainan 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat ( 20-10-20) 2.3 Masa rehat berpasukan ( Time-out ) 2.3.1 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit rehat ( Team Time-out ) sekali setiap separuh masa 2.3.2 Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan Kad Hijau 15cm x 20cm kepada Penjaga Masa ( time keeper ) 3. PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 3.2 3.3 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 12 pemain sahaja Pendaftaran Pasukan hendaklah menggunakan borang MSSM (Pahang) (MO2) bagi setiap kategori berserta borang individu MO1 / RO1 Untuk penyertaan berpasukan Bawah 18 tahun Lelaki dan Perempuan, 2 (dua) orang pemain tingkatan 6 Atas yang berumur bawah 20 tahun bagi setiap kategori dibolehkan menyertai pasukan MSSM Daerah masing-masing ( Peraturan Am MSSM 2006 )

Bola

Baling

4.

SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan cara kalah mati seperti berikut : 4.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C & D ) Pusingan Pertama 4.1.1 Sekiranya terdapat 12 pasukan atau lebih pasukan yang mengambil bahagian hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A, B, C, & D. Pertandingan secara liga 4.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan berikut ; Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D

4.1.3 Pasukan selain daripada di atas akan diundi dan ditempatkan dalam kumpulan mengikut undang-undang permainan berkenaan 4.1.4 Sekiranya pasukan yang utama tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya Pusingan Kedua ( Suku Akhir ) 4.1.5 Pemenang 1 & 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan Suku Akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati 4.1.6 Perlawanan ditetapkan seperti berikut : Undian bagi 4 pasukan pemenang pertama kumpulan akan didahulukan untuk tempat 1, 3, 5 dan 7

4.1.7 Undian 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika pasukan pemenang pertama kumpulannya telah diundi dan ditempatkan dikedudukan ke-5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan dikedudukan 6 & 8. Pusingan Akhir 4.1.8 Pasukan yang menang pada perlawanan suku akhir akan ke perlawanan separuh akhir dan pemenang seterusnya ke perlawanan Akhir. Penentuan Johan dan Naib Johan. Sementara pasukan yang kalah di Separuh Akhir akan bermain untuk penentuan tempat Ketiga dan Keempat

1 2 3 4 5 6 7 8

4.2

Cara Liga Tiga Kumpulan ( A, B & C )

Pusingan Pertama 4.2.1 Sekiranya terdapat 9 / 11 pasukan yang mengambil bahagian hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan A, B, & C. Dijalankan pertandingan secara liga 4.2.2 Johan, Naib Johan danTempat Ketiga dalam Pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan berikut : Johan Naib Johan Ketiga Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C

4.2.3 Pasukan selain daripada di atas akan diundi dan ditempatkan dalam kumpulan mengikut undang-undang permainan berkenaan 4.2.4 Sekiranya pasukan yang utama tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya

Pusingan Kedua 4.2.5 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke kumpulan X dan Y secara undian 4.2.6 Undian dijalankan selepas tamat pusingan pertama 4.2.7 Daripada 3 Johan satu akan ditempatkan di kumpulan X dan 2 ditempatkan dalam kumpulan Y 4.2.8 Pasukan Naib Johan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya Pusingan Akhir 4.2.9 Johan Kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk penentuan Johan dan Naib Johan 4.2.10 Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan Kumpulan Y untuk penentuan tempat ketiga dan Keempat Kumpulan X Kumpulan Y 1 2 3

4.2 Cara Liga Dua Kumpulan Pusingan Pertama 4.2.2 Sekiranya terdapat 6 / 8 pasukan yang mengambil bahagian hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan sahaja 4.2.3 Johan dan Tempat Keempat dalam Pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam kumpulan 4.2.4 Pasukan selain daripada di atas akan diundi dan ditempatkan dalam kumpulan mengikut undang undang permainan berkenaan 4.2.5 Sekiranya pasukan yang utama tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya Pusingan Kedua 4.2.6 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan kumpulan A 4.2.7 Pertandingan dijalankan secara kalah mati Pusingan Akhir 4.2.8 Johan kumpulan A atau Naib Johan kumpulan B akan melawan Johan kumpulan B atau Naib Johan kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan 4.2.9 Pasukan yang kalah di kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat Ketiga dan Keempat

4.3 Liga Satu Kumpulan 4.4.1 Sekiranya lima atau kurang dari 5 pasukan yang mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai Johan dan seterusnya kedudukan yang lain. 5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 5.1 5.1.1 Secara Liga Pemberian Mata ; Menang Seri Kalah 5.2 2 mata 1 mata 0 mata

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka akan ditentukan seperti berikut ; 5.2.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira pemenang 5.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan dikira pemenang 5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang 5.2.4 Jika masih seri, cabutan undi dijalankan Secara Kalah Mati Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya ; 5.3.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit 5.3.2 Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, 1 minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5.3.3 Jika keputusan masih seri balingan 7 meter akan dijalankan 5.3.4 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas atau keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka lambungan syiling sebanyak 3 ( tiga ) kali hendaklah dijalankan

5.3

5.4

Sistem Balingan 7 meter ( Penalti ) 5.4.1 Tiap-tiap pasukan 5 bahagian dari garisan balingan 7 meter dengan cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain 5.4.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara berselang-seli dengan sistem Sudden death sehingga keputusan diperoleh 5.4.3 Pengadil akan menentukan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan 5.4.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan

5.4.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter 5.4.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma 5.4.7 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang 5.4.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan 6. PAKAIAN Sila rujuk undang-undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-perkara berikut ; 6.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki 6.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau boot. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali 6.3 Kasut boot yang mempunyai 6 8 stud tidak dibenarkan dipakai dan tinggi stud yangdibenarkan melebihi 12mm 6.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna bagi setiap peringkat umur 6.5 Pemain dimestikan memakai jersi yang bernombor di antara 1 hingga 20 di bahagian belakang dengan ukuran ketinggian nombor 20cm dan 10cm ukuran bahagian dada. Pemakaian nombor hendaklah dikekalkan sehingga tamat kejohanan 6.6 Semua pengurus pasukan hendaklah mengisytiharkan jersi pasukan semasa Taklimat Pengurus Pasukan 6.7 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan kain berwarna terang di bahagian atas lengan dengan ukuran lebar 4cm 6.8 Pertukaran warna jersi : jika berlaku pemakaian jersi warna yang sama sebelum perlawanan oleh pasukan, maka pasukan yang tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi 7. GELANGGANG PERMAINAN Rujuk Undang-undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) 7.1 Setiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol ( bergantung juga kepada kemudahan serta kemampuan penganjur kejohanan )

8.

ALATAN PERINGKAT UMUR 12 Lelaki 12 Perempuan LILITAN 50 52cm BERAT 290 330 Gram 325 -375 Gram SAIZ BOLA Saiz 1

Saiz 2

18 Perempuan

54 56cm

18 Lelaki

58 60cm

425 475 Gram

Saiz 3

9.

KELEWATAN Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat, pihak lawannya akandiberikan kemenangan dengan 2 mata dengan bilangan gol 3-0 MENARIK DIRI Rujuk Peraturan Am ( 11 ) MSSM 11. BATAL ( KAD MERAH ) DAN SINGKIR Rujuk Peraturan Am ( 12 ) MSSM dan perkara berikut ; 11.1 11.2 11.3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau dibatalkan dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya Kecuali pemain yang dikenakan tindakan 2 minit selama 3 kali berturut-turut dalam sesuatu perlawanan dan diikuti satu kad merah dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya Jika pemain disingkir, tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang kejohanan tersebut

10.

12.

BANTAHAN Rujuk Peraturan Am ( 12 ) MSSM LEMBAGA JURI RAYUAN

13.

Rujuk Peraturan Am ( 13 ) MSSM 14. 15. LEMBAGA TATATERTIB Rujuk Peraturan Am ( 14 ) MSSM PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 15.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan segala keputusan adalah muktamad 15.2 Rujuk Peraturan Am ( 19 ) MSSM

You might also like