You are on page 1of 9

Pengenalan

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

Kelebihan
Jadual mudah difahami Mudah dilaksanakan Berguna untuk menetukan juara atau pemain pilihan untuk pertandingan yang akan datang. Menetukan juara dalam masa yang singkat. Boleh dilaksana dengan alatan yang terhad. Boleh menampung penyertaan yang ramai. Menarik minat penyokong kerana peserta mesti menang untuk terus bermain dalam pertandingan. Format yang sesuai untuk penganjuran karnival. Menjimatkan tenaga dan wang Mempunyai formula untuk memudahkan perlaksanaan.

Kelemahan
Peserta atau pasukan hanya bertanding sekali sahaja. Separuh daripada peserta atau pasukan tewas pada peringkat awal pertandingan. Penggunaan kemudahan secara minimum. Penetuan pemain pilihan adalah penting. Pmenang di peringkat pusingan awal atau kedua tidak semestinya peserta atau pasukan pilihan.

Formula
Bilangan peserta/ pasukan:N Contoh : N = 7

Jumlah braket yg digunakan ialah: Kuasa Dua (2),(2), (2) Jumlah semua perlawanan dalam sistem ini: N -1 Jumlah Bye dalam perlawanan ini: ( Kuasa dua) N. Jumlah perlawanan salam pusingan pertama : N Bye 2

7 pasukan menggunakan kerana jumlah pasukan yang mengambil bahagian < daripada (2). 71=6 (2) - N : (8) -7 = 1bye 7-1 / 2 = 6 / 2 = 3 perlawanan

i) Bilangan peserta menunggu/bye


Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakanangka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 danseterusnya. Contohnya: 14 pasukan bertanding - Bilangan penyertaan = 14 pasukan - Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan =16 - Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan: 16- 14 = 2 - Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/bye - Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah. Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan

Peserta menunggu adalah dari kalangan pemain atau pasukan yang menjadi johan, naib johan,tempat ketiga dan keempat pada pertandingan tahun sebelumnya. Adakalanya peserta menunggu itu datangnya dari permain pemain yang mencapai kemenangan dalam sirkit pertandingan yang telah dijalankan. Pemain pemain yang berjaya sampai ke satu satu peringkat akan sistem mata. Contohnya:
i. ii. iii. iv. Johan : 6 Naib johan: 4 Separuh akhir : 2 Suku akhir : 1

ii) Penempatan pasukan pilihan atau seeded


Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut : - Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal - Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali - Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan:

-Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.


-Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah. -Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.

RUJUKAN
Mohd Sofian Omar Fauzee. (2002). Panduan Membentuk Format Pertandingan Sukan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahli panel. Buku Sumber Sains Sukan. Pusat Perkembangan Kurikulum.

You might also like