You are on page 1of 5

Ternakan Tiram

Latar Belakang Industri ini telah lama diusahakan di seluruh dunia. Asia merupakan pengusaha terbesar di dunia. Di Semenanjung Malaysia percubaan menternak tiram telah dibuat oleh Okada (1963). Pada tahun 1975 percubaan telah dibuat di Sabah dengan menggunakan spesies C. belcheri. Percubaan dengan menggunakan spesies Ostrea folium dijalankan pada tahun 1979 dan 1980 di Langkawi Kedah. Negeri-negeri yang terdapat ternakan tiram ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Sabah. Usaha menternak ini dijalankan dengan menggunakan benih-benih daripada sumber semulajadi. Terdapat 4 jenis tiram di Malaysia :

Crassostrea (C.belcheri dan C. iredalei) Saccostrea (S. echinata dan saccostrea spp) Ostrea (O.folium) Hyotissa (Hyotissa hyotis)

Semua spesies tiram ini terdapat di perairan Malaysia dan boleh dijadikan sumber makanan. Spesies Crassostrea Iredalei merupakan spesies utama yang diternak secara komersial. Spesies ini mendapat permintaan yang amat menggalakkan daripada hotel-hotel dan restoran-restoran tempatan. Spesies ini banyak terdapat di Terengganu dan Kelantan. Ia juga banyak diternak di Thailand dan Filipina. Pengenalan Spesies Tiram

Sifat Luaran Spesies C. iredalei mempunyai kulit luarnya tidak beralur dan kedua-dua cengkerangnya sama panjang, membesar melebihi 15cm panjang. Tiram genus Ostrea berbentuk leper/nipis. Tiram genus Crassostrea dan Saccostrea berbentuk seperti cawan. Spesies Saccostrea spp berpermukaan yang beralur-alur seperti kerang, kedua-dua cengkerangnya tidak sama panjang. Ukurannya tidak melebihi 8cm panjang.

Sifat Dalaman. Tiram jenis Crossostrea iredalei mempunyai tanda hitam yang amat jelas pada kedua-dua bahagian dalaman cengkerang. Tanda ini merupakan otot-otot lekat dan ia hanya terdapat pada spesies Crossostrea sahaja. Pada bahagian hujung sebelah dalam cengkerang tiram Saccostrea spp terdapat tonjolan (umbo) kecil, dan bentuk seperti ini tidak terdapat pada spesies iredalei.

Habitat Tiram hidup dengan cara melekat pada substrat seperti cangkerang tiram, siput-siput, akar bakau, batu-batu dan benda-benda keras yang tenggelam. Tiram biasanya didapati dalam air yang salinitinya antara 15 -32 ppt. Tiram dewasa boleh hidup beberapa hari di dalam air yang salinitinya menurun sehingga kekadar sifar. Benihbenih tiram akan mati bila mengalami perubahan saliniti mendadak seperti di musim tengkujuh. Suhu biasa air bagi habitat tiram ini 28-30.5?C, kecuali pada musim tengkujuh di mana suhunya lebih rendah. Perbezaan air semasa pasang surut lebih kurang 1.5 meter.

Pemakanan

Tiram makan dengan cara menapis makanan melalui insang. Makanannya adalah jenis plankton.

Pembiakan

Tiram mempunyai jantina yang berlainan. Jantina tiram dewasa hanya dikenali melalui pemeriksaan kandungan gonad. Persenyawaan berlaku di luar badan selepas tiram jantan betina melepaskan sperma dan telur. Ia membiak sepanjang tahun, tetapi terdapat dua musim kemuncak. April-Jun dan Oktober- Disember. Kajian menunjukkan tiram akan akan bertelur apabila hujan lebat selama beberapa hari selepas kemarau panjang. Faktor perangsang tiram bertelur ialah pertukaran saliniti dan suhu air. Aktiviti Ternakan Aktiviti ternakan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

Pemungutan benih dan Pemeliharaan untuk pasaran

Pemungutan Benih Di Malaysia benih-benih diambil dari sumber semulajadi. Benih semulajadi masih menjadi sumber utama. Ia mudah didapati manakala pembiakan tiram (penetasan) telah dijalankan di hatchery LKIM di Kg Setiu, Terengganu saiz benih yang biasa diambil antara 2-5 cm.

Kaedah Memungut Benih Selain dari benih di pusat penetasan, kaedah memungut benih biasanya bergantung kepada kos perbelanjaan, ketahanan dan mudah dikendalikan. Di antara jenis pemungut yang digunakan :

Tayar Netlon Kulit tiram dan tempurung kelapa Pancang kayu atau buluh Kepingan asbestos

April-Jun dan Oktober - Disember musim terdapat banyak benih-benih tiram. Ini amat penting kerana pemasangan pemungut di musim pembiakan akan menghasilkan pungutan yang baik, benih juga boleh didapati semulajadi yang melekat pada pokok bakau dan umpun. Pemeliharaan Untuk Pasaran Pemilihan tapak yang sesuai untuk ternakan tiram ialah yang mempunyai faktor-faktor seperti berikut :-

Kawasan terlindung dari angin yang kuat Perubahan air pasang surut antara 1.0-1.5 m Dasar tidak mempunyai lumpur yang tebal Saliniti air antara 15-30 ppt pH air antara 6.5-8.5 Faktor tambahan yang perlu, terdapatnya induk-induk tiram asli di kawasan tersebut. Selain daripada itu faktor-faktor keselamatan, peralatan dan kemudahan infrastruktur seperti perhubungan adalah perlu.

Kaedah Ternakan Kaedah ternakan ialah dengan menggunakan rakit, pelantar, bubu rawai atau ternakan di dasar. Perbezaan sistem ini bergantung kepada beberapa faktor seperti kos perbelanjaan, ketahanan

bahan, serta keadaan ombak dan rebut di sesuatu tempat. Kaedah ternakan yang biasa diusahakan secara komersial adalah dengna menggunakan rakit.

Rakit Rakit ternakan tiram yang biasanya digunakan berbentuk 4 segi, saiznya mengikut keperluan. Kayu melintang digunakan untuk menggantung tali pemungut benih atau bakul untuk menternak tiram. Pelampung Styrofoam' dan plastik biasa digunakan untuk membina rakit. Rakit juga boleh dibina dengan menggunakan bahan HDPE atau sangkar terapung HDPE. Sangkar/ rakit jenis ini lebih tahan, tetapi kosnya 2 kali ganda lebih tinggi daripada pelampung biasa.

Bekas Ternakan o Raga o Tayar o Bingkai Netlon o Tayar, bingkai netlon dan raga sebagai bekas ternakan

Untuk memudahkan pengendalian pelbagai jenis dan bentuk bekas ternakan telah dicipta. Bekas-bekas ternakan yang biasa ditemui di Malaysia adalah seperti berikut:Pengurusan Ternakan Tiram-tiram yang diternak perlu diurus dan diawasi agar ia sentiasa sihat dan dapat membesar dengan baik. Proses yang biasa dilakukan ialah mencuci tiram dari mendapan lumpur atau rumpai terapung yang melekat pada ternakan tersebut. Proses ini dilakukan dengan menggunakan pam air berenjin. Pembersihan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Di musim tengkujuh pembersihan perlu dilakukan dengan lebih kerap. Selain daripada kerja-kerja pembersihan, benih-benih yang diternak secara beraingan dalam bekas plastik/netlon, perlu diubah serak ke bekas-bekas lain mengikut saiz apabila benih membesar untuk mengelakkan peningkatan berat yang tinggi, Kerja-kerja lain yang biasanya dilakukan adalah membuang dan membunuh musuh tiram seperti ketam, siput-siput, tapak sulaiman dan cacing lecur.

Pengutipan Hasil Dan Pasaran Tiram memerlukan masa 12-18 bulan untuk membesar mencapai saiz pasaran. Saiz yang dipasarkan 9-11 cm. Pengutipan (harvest) dilakukan semasa tiram cukup matang, kerana ketika ini rasanya lebih enak dan isinya lebih tebal. Kutipan mudah dilakukan untuk ternakan diatas rakit atau para kerana ia lebih stabil. Kutipan hasil boleh dilakukan oleh seorang pekerja sahaja. Untuk tiram yang diternak pada rawai terapung, kutipan dilakukan oleh dua orang, seorang pemungut dan seorang pengendali sampan. Tiram-tiram yang dikutip, dibersihkan dari lumpur, askidian dan bunga karang. Seterusnya tiramtiram ini dibasmi kuman dengan menggunakan alat depurasi untuk jangkamasa tidak kurang dari 36 jam untuk membunuh bakteria serta dinaflagelat yang terdapat pada tiram-tiram tersebut. Jualan tiram hidup lebih menguntungkan, harganya tinggi dan kerja-kerja mengopek kulit tidak perlu dilakukan. Tiram jenis C.iredalei dijual hidup dengan harga 40-60 sen sebiji kepada pemborong. Tiram jenis Saccostrea spp pula dijual dengan harga 10-20 sen sebiji dan kalau dijual isi sahaja harganya RM6-RM9 sekilo. Musuh Tiram Musuh-musuh tiram di kawasan ternakan tidaklah begitu serius. Tetapi tindakan untuk mengatasinya perlu dibuat agar serangan dari musuh-musuh tiram tidak berterusan.

Ketam Ketam merupakan musuh utama benih-benih tiram, Ketam dapat dicegah daripada memasuki bekas ternakan dengan menutup netlon halus dipermukaanya.

Tapak Sulaiman (starfish) Tapak Sulaiman menyerang tiram semua peringkat, dari benih hingga ke tiram dewasa. Serangan Tapak Sulaiman banyak berlaku terutamanya di kawasan dasar. Kaedah beracun dan membuangnya merupakan cara pengawalannya. Kapur tohor ditabur ke dasar laut dengan nisbah 560kg/ha. Ia juga boleh dikawal dengan membina tempat ternakan yang tidak menyentuh kawasan dasar.

Siput halia Siput ini hidup kawasan dasar dan ia tidak boleh berenang. Cara mencegahnya boleh dilakukan dengan membina tempat ternakan yang tidak menyentuh kawasan dasar.

Cacing Lecur Kesan serangan akan menyebabkan tumbesaran tiram terencat dan lecur-lecur hitam di bahagian dalam kulit tiram. Jika kadar serangan tinggi, ia boleh menyebabkan kematian akibat infeksi sekunder. Cara membunuh cacing ini, dedahkan tiram-tiram ke udara selama 24-48 jam, atau rendamkan tiram-tiram tersebut ke dalam larutan garam yang tinggi kemasinannya.

Bunga Karang (Sponge) Tumbesaran tiram-tiram juga mungkin terencat atau boleh mengakibatkan kematian sekiranya kulit tiram diselaputi dengan banyak oleh bunga karang. Biasanya bunga karang menyerang tiram dewasa dan akan menyebabkan kulit tiram menjadi rapuh dan mudah pecah. Cara mengatasinya, berus lapisan bunga karang yang masih tipis.

Askidian

Askidian tumbuh pada permukaan kulit tiram dan boleh menyebabkan tumbesaran tiram terencat ataupun mati. Askidian boleh dicegah dengan menggunakan berus. Lain-lain musuh tiram ialah pesaingnya :

Siput sudu Teritip Siput kampis Siput rantai

Masalah pesaing ini berlaku terutamanya pada musim kemarau. Masalah ini juga didapati di kawasan ternakan yang berhampiran dengan laut. Pesaing-pesaing perlu dibuang atau dibunuh kerana ia menyebabkan tumbesaran tiram terencat, tiram-tiram terpaksa berkongsi ruang serta makanan. Untuk menjalankan ternakan secara komersial, diperlukan sekurang-kurangnya 8 unit rakit/sangkar dan bekas ternakan yang paling efisen untuk ternakan ini ialah raga. Setiap rakit/sangkar dianggarkan boleh digantung raga sebanyak 1050 buah. Setiap raga boleh diisi dengan benih tiram sebanyak 50 biji. Kadar hidup ternakan ini agak tinggi iaitu dianggarkan diantara 80%-90%.

You might also like