Professional Documents
Culture Documents
Perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan.
Keberkesanannya membantu mencapai matlamat seperti berikut: Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai. Membentuk suasana pembelajaran yang positif. Mengurangkan masalah disiplin. Pengurusan rutin yang berkesan. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-murid dan murid-murid. Murid belajar mengawal dan mengurus diri sendiri. Menggunakan masa yang diperuntukan untuk pembelajaran dengan optimum. Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P.
Perbezaan Pengurusan Bilik Darjah Pendekatan Tradisional PendekatanBaharui Penekanan - Lebih berorientasi kawalan (kaedah modifikasi tingkah Penekanan - Lebih bersifat holistik. laku). Fokus tindakan yang akan diambil selepas murid menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Fokus terarah kepada pencegahan.
Menurut Abraham Maslow Keperluan manusia termasuk keperluan fisiologi dan psikologi.
Keperluan akademik: Memahami objektif pengajaran. Melibtakan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran. Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya. Pembelajaran berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid. Masa untuk menyiapkan tugasan/berinteraksi. Pengalaman kejayaan. Maklum balas yang tepat dan realistik.
Strategi-strategi sebelum melaksanakan pengajaran: Memahami objektif-objektif, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan kaedah penilaian dalam kurikulum tersebut. Memahami konsep, prinsip dan struktur subjek yang diajar dengan mendalam. Berusaha mempelajari perkara-perkara baharu. Kemahiran pengurusan bilik darjah: Kemahiran menerang. Kemahiran mengurus masa. Kemahiran ilustrasi dan contoh. Kemahiran penggunaan pelbagai kaedah dan teknik. Kemahiran penyoalan. Kemahiran penilaian. Kemahiran guru yang perlu untuk pengurusan bilik darjah dengan berkesan (Kuonin 1970): Mengamalkan sikap peka tentang semua tingkah laku murid di dalam kelas. Mempunyai kemahiran melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama. Kemahiran mengendalikan aktiviti dengan lancar dan transisi dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain berlangsung tanpa gangguan.
Profesion keguruan tertakluk kepada Kod Etika Keguruan. - Disediakan dalam bentuk ikrar dan bertujuan meningkatkan mutu profesion keguruan. - Menyatakan nilai dan tingkah laku yang diterima.
Prinsip-prinsip Kod Etika Keguruan: - Tanggungjawab terhadap murid. - Tanggungjawab terhadap ibu bapa. - Tanggungjawab terhadap masyarakat
Falsafah Pendidikan Guru (FPG): - Panduan kepada guru-guru tentang ciri-ciri kualiti guru yang ingin dibentuk. - Mentafsir guru sebagai agen perubahan bagi mendidik dan menghasil generasi bertanggungjawab. - Menekankan guru bertanggungjawab dan berkewajipan dalam melaksanakan tugas mereka.