You are on page 1of 2

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnianya dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan Hubungan Etnik yang diberikan oleh pensyarah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Che Juriah Bt Bahari, Masri Bin Saari dan Shahri Bin Othman yang bersama berganding bahu , mengharungi pelbagai cubaan dan cabaran demi untuk merealisasikan tugasan berkumpulan dan individu.Terima kasih yang tidak terhingga juga buat suami dan anakanak yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk meneruskan pengajian di bawah program PPG ini. Bukan mudah untuk saya menbahagikan masa antara untuk belajar, bekerja sebagai guru, surirumah, isteri dan ibu kepada anak anak tersayang. Saya amat berharap agar pengorbanan ini disusuli dengan kejayaan yang manis. Saya amat menghargai dan bersyukur dengan apa jua keadaan dan

situasi malah saya akan menganggap ianya sebagai salah satu cabang kejayaan. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah Encik Mohamad Bin Tayab di atas bimbingan dan tunjukajar beliau dalam mata pelajaran Hubungan Etnik ini. Melalui mata pelajaran ini ia banyak memberi pengetahuan tentang

kepelbagaian etnik yang ada di negara kita dengan cara hidup yang tersendiri dan unik. Selain daripada itu ia juga mengajar kita betapa pentingnya mengamalkan sikap perpaduan sesama kaum. Perpaduan yang utuh akan menjamin kesejahteraan hidup dan menjadikan sesebuah negara itu membangun dengan pesatnya. Malah secara

tidak langsung ia akan membuka mata Negara lain untuk mencontohi Negara kita.Dan sebagai anak Malaysia betapa bersyukurnya kita dilahirkan di bumi yang bertuah ini. Akhir kata , segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dating dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.

You might also like