You are on page 1of 1

Anda dilantik menjadi ketua kelas. Anda diminta menyampaikan ucapan sempena perlantikan tersebut.

Tulis ucapan anda tersebut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dikasihi Cikgu Yusril Hafez, dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan pada hari ini. Rakan-rakan yang saya kasihi, Saya merakamkan rasa terharu atas pemilihan dan perlantikan saya sebagai ketua kelas. Kepercayaan yang diberikan ini tidak akan saya abaikan. Saya berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Selain itu, saya akan bekerjasama dengan guru untuk memastikan disiplin murid-murid terus terkawal. Saya juga akan terus berusaha untuk menjadi contoh kepada murid lain. Oleh itu, saya mengharapkan bimbingan yang berterusan daripada semua guru. Akhir kata, saya menyeru rakan-rakan supaya sentiasa memberikan kerjasama kepada saya. Sekian, terima kasih.

You might also like