You are on page 1of 2

TAJUK : REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO TEMPAT : BILIK MIKRO IPG KDRI TARIKH : 24.

FEBRUARI 2011 Pengajaran mikro adalah latihan mengajar yang dilaksanakan oleh guru pelatih sebelum menempuh pengajaran yang sebenar disekolah samada semasa berpraktikum ataupun semasa ditugaskan disesebuah sekolah sebagai seorang guru. Latihan mengajar ini bermaksud, guru pelatih akan mengajar ahli kelas sendiri yang diibaratkan seperti murid-murid sekolah rendah. Tetapi pengajaran mikro bukanlah reality sebenar pengajaran seorang guru kerana ianya hanyalah sekadar simulasi dan lakonan sematamata untuk melihat bagaimana pelaksanaan sesebuah kelas atau pengajaran itu berlangsung. Sebelum melaksanakan pengajaran mikro, guru pelatih akan bersedia dengan rancangan pengajaran yang dilakukan untuk diajar semasa pengajaran mikro. Rancangan pengajaran ini adalah rancangan untuk mengajar seperti pendahuluan, set induksi, langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan penutup. Aspek-aspek ini adalah rancangan kepada keseluruhan pengajaran yang akan dilakukan. Pendahuluan adalah langkah pertama semasa guru memasuki kelas, set induksi adalah proses memperkenalkan tajuk pengajaran, langkah seterusnya adalah isi pelajaran dan penutup adalah proses merumuskan pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Mikro teaching memberikan pengalaman yang bermakna dan pengisian ilmu yang tidak ternilai. Melalui pengajaran mikro, guru pelatih belajar bagaimana perjalanan sesebuah pengajaran akan berlaku dari segi susunan langkah dan sebagainya. Selain belajar mengenai susunan langkah didalam pengajaran, pelatih guru juga belajar bagaimana sesuatu langkah itu perlu dilaksanakan. Contoh langkah pengajaran yang penting adalah set induksi. Set induksi berfungsi untuk memperkenalkan sesebuah tajuk kepada murid. Melalui pengajaran mikro, pelatih belajar bagaimana untuk melaksanakan langkah set induksi semasa kelas berlangsung. Pelaksanaan ini bermaksud, apakah soalan yang sesuai untuk sesebuah set induksi, bagaimanakah sesebuah perkaitan boleh diwujudkan supaya set induksi sampai kepada maksud yang sebenar. Jika perkaitan yang dilakukan oleh guru semasa set induksi tidak tepat dan tidak sampai kepada maksud yang diinginkan, murid-murid akan tertanya-tanya dan set induksi tersebut tidak akan Berjaya menarik perhatian murid.

Selain daripada set induksi, pelatih juga akan mempelajari mengenai pemilihan aktiviti yang sesuai untuk digunakan di dalam satu-satu isi pelajaran. Pemilihan kaedah yang sesuai juga tidak akan sempurna jika perjalanan pelaksanaan kaedah tersebut tidak sempurna dan tidak selicin yang disangkakan. Oleh itu, guru pelatih akan berlatih untuk menguasai bagaimana untuk melaksanakan sesuatu kaedah pengajaran. Antara kaedah pengajaran yang sering digunakan didalam kelas adalah kaedah permainan berkumpulan, soal jawab, sumbang saran dan sebagainya. Guru-guru perlu memastikan murid-murid berada didalam keadaan terkawal supaya aktiviti berjalan dengan lancar. Langkah-langkah semasa melaksanakan pengajaran juga adalah amat penting supaya hasil pengajaran yang dirancang dapat dicapai oleh murid-murid secara maksima. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil pembelajaran yang dirancang akan tergendala. Gangguan yang dimaksudkan adalah gangguan samada dari dalam kelas itu sendiri atau gangguan dari luar kelas. Gangguan dari dalam kelas adalah seperti murid bising, murid tidak mengambil perhatian, guru tertingal langkah yang sepatutnya dijalankan dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu dibiasakan dengan kaedah-kaedah yang pelbagai semasa penyampaian isi pelajaran. Selepas melakukan pengajaran mikro, guru pelatih perlu melakukan refleksi dan penilaian terhadap pengajaran yang dijalankan. Pelatih perlu menentukan apakah kelemahan dan apakah kekuatan yang dapat diambilkira semasa melaksanakan pengajaran. Selain daripada itu, pelatih juga perlu mencadangkan tindakan susulan kepada kelemahan yang berlaku semasa aktiviti pengajaran mikro yang dilakukan. Refleksi ini juga penting kerana melalui refleksi, pelatih dapat melakukan perubahan samada yang drastik atau secara perlahan-lahan terhadap cara pengajarannya. Perkara yang baik dijadikan ikutan, perkara yang kurang baik diperbaiki oleh guru pelatih. Sebagai kesimpulannya, pengajaran mikro amatlah berkesan dalam melatih guru pelatih untuk mengenali proses pengajaran yang dilakukan oleh guru didalam kelas semasa situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran. Ternyata situasi sebenar adalah lebih sukar kerana mengawal murid-murid sekolah rendah adalah lebih sukar daripada mengawal rakan-rakan yang berlakon sebagai murid sekolah. Murid-murid sekolah rendah mempunyai kerenah yang pelbagai dan personality yang berbeza. Guru memerlukan masa yang panjang untuk mengenali setiap murid didalam kelas.

You might also like