You are on page 1of 7

PENGENALAN

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu Domain Kognitif, Domain Afektif dan Domain Psikomotor. Domain Kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala Domain Afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya. Domain Psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Perkembangan pemikiran adalah suatu proses yang mengambil masa yang lama. Perkembangan pemikiran pelajar berlaku dengan pesat sewaktu mereka bersekolah sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. Aspek kognitif menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom membahagikan Domain Kognitif ini kepada enam peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Pengetahuan Peringkat pengetahuan adalah peringkat yang rendah sekali. la meliputi proses mengingat semula perkara-perkara khusus dan umum, mengingati semua kaedah-kaedah dan proses atau mengingat semula pola-pola, struktur atau keadaan yang telah dipelajari dan dialami. Peringkat ini memerlukan pelajar-pelajar mengingat balik perkara-perkara yang telah dipelajari. Berikut diperlihatkan jenis-jenis pengetahuan yang terangkum dalam aras kemahiran tersebut: (a) Pengetahuan khusus: Pengetahuan ini berkait dengan simbol-simbol khusus (perkataan dan bukan perkataan). (b) Pengetahuan tentang fakta khusus: Pengetahuan ini melibatkan pengetahuan tentang tarikh, kejadian, watak, tempat, peristiwa, akibat dan sebagainya. (c) Pengetahuan tentang konvensyen. Pengetahuan yang berkaitan dengan cara -cara lazim mengendalikan dan mengemukakan idea dan fenomena. (d) Pengetahuan tentang arah perkembangan dan urutan perkembangan:

Pengetahuan ini bersangkut-paut dengan proses, arah dan perkembangan fenomena dari segi masa.

(e) Pengetahuan tentang pengkelasan dan pembahagian: Pengetahuan berkenaankelas, set, pembahagian dan penyusunan yang dianggap penting di dalam sesuatu bidang kajian, tujuan, hujah atau masalah. (f) Pengetahuan tentang kriteria: Pengetahuan ini berkaitan dengan cara bagaimana fakta, prinsip dan perlakuan diuji atau dinilai. (g) Pengetahuan tentang kaedah: Pengetahuan berkenaan berkait dengan kaedah penyelidikan, teknik dan aturcara yang digunakan dalam sesuatu bidang kajian dan juga yang digunakan dalam merisik sesuatu masalah dan fenomena. Kefahaman Kefahaman telah diberi pengertian sebagai kebolehan memberi penghuraian atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini mungkin merupakan kemampuan menukar bentuk sesuatu bahan pembelajaran daripada satu bentuk bertulis kepada bentuk angka, memberi ringkasan atau memberi anggaran untuk masa akan datang mengenai sesuatu perkar a. la juga meliputi pengetahuan tentang apa yang dihubungkan dan dapat digunakan bahan atau idea yang dihubungkan itu tanpa mengaitkannya kepada bahan -bahan lain atau melihat implikasi sepenuhnya. Peringkat kefahaman adalah satu tahap yang tinggi sedikit d aripada tahap mengetahui (pengetahuan) tentang sesuatu. Tahap ini adalah peringkat yang paling rendah bagi kefahaman jika dibandingkan dengan jenis pemahaman pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Peringkat kefahaman terbahagi kepada tiga: (a) Peringkat penterjemahan Kefahaman sedemikian bermaksud kefahaman daripada ketelitian dan ketepatan sesuatu perhubungan itu dirumuskan atau diubah perantaraan perhubungan itu ke dalam perantaraan yang lain. (b) Peringkat pentafsiran la berfungsi menerangkan atau meringkaskan sesuatu perhubungan.

(c) Peringkat ekstrapolasi Kefahaman begini melanjutkan aliran perkembangan atau kecenderungan lebih daripada data yang diberi untuk menentukan implikasinya, akibatnya, kesannya dan sebagainya bersesuaian dengan keadaan yang dihuraikan di dalam perhubungan asal itu. Aplikasi Aplikasi bermaksud kebolehan menggunakan perkara-perkara yang telah dipelajari dalam keadaan yang baru dan berlainan. Penggunaan idea-idea ini mungkin di dalam situasi tertentu atau situasi sebenar. Kebolehan ini merupakan kemampuan menggunakan petua petua, kaedah-kaedah, konsep-konsep, prinsip-prinsip, aturan-aturan dan teori-teori dalam situasi baharu dan yang berlainan daripada yang telah dipelajari. Peringkat ini memerlukan kefahaman yang lebih tinggi dan mendalam. Analisis Analisis adalah kebolehan memecah-mecahkan perkara-perkara yang telah dipelajari itu kepada bahagian-bahagiannya yang tertentu supaya susunan dan perkaitan bahagian-bahagian tadi senang difahami. Dalam erti kata yang lain, analisis bererti mencerakin sesuatu perhubungan kepada elemen-elemennya atau bahagian-bahagiannya sehingga susunan idea-idea di dalamnya menjadi jelas dan nyata. Kebolehan yang diperlukan di sini termasuklah kebolehan memecah mecahkan, menganalisis kaitan di antara pecahan-pecahan dan mengesan susunan prinsipprinsip pecahan-pecahan yang terlibat. Peringkat analisa ini adalah lebih tinggi daripada peringkat aplikasi dan kefahaman kerana kebolehan menganalisa memerlukan kefahaman isi, aplikasi dan juga penyusunan pecahan-pecahan kepada satu struktur supaya mudah difahami. Ada tiga jenis analisis yang biasa digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa: (a) Analisis elemen Analisis ini adalah mengenai elemen-elemen yang dimasukkan di dalam sesuatu perhubungan.

(b) Analisis berkaitan Ini melibatkan perkaitan dan interaksi di antara elemen-elemen dengan bahagianbahagian perhubungan itu. (c) Analisis organisasi, prinsip Analisis cara ini menekankan organisasi, susunan bersistem dan struktur yang menyatukan perhubungan itu. Ini meliputi asas, susunan yang perlu dan ciri-ciri yang mewujudkan perhubungan itu sebagai satu unit. sSintesis Sintesis adalah kebolehan menggabungkan pecahan -pecahan kecil kepada satu bahagian yang lebih besar dan yang baharu. Ini bermakna ia menatukan elemen-elemen atau bahagian-

bahagian itu hingga menjadi satu bentuk yang lengkap. Kebolehan ini diperlihatkan dalam karya-karya baharu, rancangan-rancangan penyelidikan dan skim mengatur maklumat. Kebolehan pada peringkat sintesis ini memerlukan tingkah laku yang kreatif untuk membentuk satu corak atau struktur yang terbaharu daripada unsur-unsur yang lama. Tiga jenis sintesis yang harus diketahui ialah: (a) Penghasilan suatu perhubungan yang unggul Ini dimaksudkan menghasilkan satu perhubungan di mana seseorang itu cuba menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada seseorang lain. (b) Penghasilan satu pelan atau mencadangkan satu set tindakan Sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau mencadangkan satu pelan tindakan.

(c) Penghasilan satu set hubungan mujarad Ini bermaksud menghasilkan satu set hubungan mujarad sama ada untuk mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau menghasilkansatu set cadangan daripada cadangan asas atau daripada simbol-simbol.Pp Penilaian Penilaian adalah berkenaan dengan kebolehan menghasilkan atau menimbangkannilai sesuatu bahan sama ada ia berupa kenyataan, pendapat, novel, puisi atau laporan penyelidikan untuk sesuatu tujuan tertentu. Pertimbangan yang dilakukan adalah didasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti organisasi, kegunaan dan kebaikan. Kebolehan menilai adalah peringkat pembelajaran yang tertinggi dalam bidang kognitif kerana pemikiran menilai hanya boleh berlaku sekiranya kebolehan-kebolehan di peringkat bawah yang lain telah sedia diperoleh. Di samping itu, kebolehan memberi pendapat atau pertimbangan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu harus juga sedia ada supaya murid-murid dapat membuat penilaian. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, guru-guru harus menekankan pengajaran dan pembelajaran pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat pengetahuan. Dengan cara ini murid-murid harus diberi latihan tugasan dan ujian yang

mencerminkan bukan sahaja kebolehan kefahaman, tetapi juga aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Kebolehan-kebolehan pada peringkat-peringkat kognitif yang lebih tinggi adalah lebih kekal, lebih bermakna dan lebih member! manfaat. Ringkasan mengajar guru hendaklah menitikberatkan kebolehan-kebolehan yang lebih tinggi dan dengan itu objektif -objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar haruslah jangan dihadkan kepada hal -hal seperti perkara-perkara yang hanya memerlukan kemahiran ingatan kembali. Sebaik-baiknya objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar itu hendaklah mengutamakan peringkat aplikasi yang membolehkan murid-murid menggunakan perkara yang telah dipelajarinya itu untuk mengatasi masalah atau untuk membentuk pengalaman-pengalaman baharu. Idea pengelasan mengikut kategori tersebut dicadangkan dalam mesyuarat

jawatankuasa pemeriksa kolej semasa menghadiri Konvensyen Persatuan Psikologi Amerika di Boston pada tahun 1948 (Bloom et al., 1989). Berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan pelajar, iaitu cara berfikir, merasa dan bertindak, maka penyusunan objektif mengikut keupayaan dari mudah kepada yang lebih susah, membolehkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan. Peringkat yang lebih rendah akan dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah. Sebagai insan kita semua mempunyai perasaan. Ada ketikanya kita merasa gembira, sedih, terharu, kecewa dan sebagainya. Selepas seseorang itu melalui pelbagai pengalaman dalam hidupnya, dia akan mempunyai pandangan atau sikapnya tersendiri terhadap sesuatu perkara yang dialami. Perasaan, sikap dan nilai adalah perkara yang dipelajari dan

berkembang dari masa ke masa, serentak dengan perkembangan insan itu sendiri dalam pelbagai perkara. Jika kita berada dalam persekitaran yang sihat, maka persekitaran ini sedikit sebanyak akan membentuk perasaan, sikap dan nilai yang positif. Begitu juga sebaliknya.

Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Dari segi praktiknya, guru jarang menulis objektif ini dalam buku rekod pengajaran berbanding objektif kognitif, yang ditulis dalam bentuk perlakuan pelajar. Ini berlaku kerana ketidakwujudan prosedur dan alat yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian objektif afektif. Seperti juga objektif Domain Kognitif, objektif Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi, seperti yang diutarakan oleh Bloom et al. (1988), iaitu Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan. Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Guruguru Pendidikan Jasmani memberi sentiasa memberi tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanakkanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian, misalnya, kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak. Sebagai mana dalam Domain Kognitif dan

Domain Afektif, Domain Psikomotor turut mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif Domain Psikomotor, daripada mudah kepada susah iaitu Persepsi, Persediaan, Pergerakan Terkawal, Pergerakan Mekanistik, Pergerakan

Kompleks, Pergerakan Suaian dan Pergerakan Ciptaan.

You might also like