You are on page 1of 10

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SARAWAK, MIRI

KERJA KURSUS PENDEK


Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Kumpulan Kursus Lydia Anak Ungam 2011022360238 830328-13-5228 MTE 3 PPG Ambilan Jun 2011

(EDU 3013) MURID DAN ALAM BELAJAR Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif
Nama Pensyarah Pembimbing : Mohamad Bin Haji Tangah Tarikh Serahan : 24 Mac 2012

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan 2.0 Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif 2.1 2.2 2.3 2.4 Fizikal Sosial Perkembangan Intelek Penggunaan Bahasa

3.0 Ciri-ciri Sekolah Berkesan 4.0 Kepimpinan Guru dan Interaksi dalam Bilik Darjah 5.0 Ciri-ciri Bilik Darjah Kondusif 6.0 Pelan Tindakan Bilik Darjah yang Kondusif 7.0 Rumusan 8.0 Lampiran 9.0 Rujukan

1.0 Pengenalan Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Usaha ini dilaksanakan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan,berketrampilan serta berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan kebangsaan dan menghadapi globalisasi pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah proaktif memperkasa sekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Malaysia (PIPP).Pelan ini menekankan seseorang guru itu perlu

bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran dan menghasilkan modal insan kelas pertama. Maka dengan kata lain bagi mencapai matlamat tersebut guru perlu membentuk persekitaran

pembelajaran yang kondusif serta mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pesekitaran

pembelajaran yang kondusif akan dapat membantu murid belajar dengan lebih baik. Guru perlu mewujudkan keadaan yang sesuai di mana proses perubahan tingkah laku atau kebolehan murid-murid dapat dikekalkan. Persekitran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Persekitaran di dalam dunia pendidikan paling sinonim merujuk kepada bilik darjah.

2.0 Mewujudkan Persekitaran yang Kondusif Definisi persekitaran pembelajaran yang kondusif menurut kamus Dewan Edisi Baru (1989): persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). Robert M. Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh

proses pertumbuhan. Menurut Noriati A. Rashid et. al ( 2009): kondusif membawa maksud sesuai. Kesimpulannya, bagaimana hendak mewujudkan keadaan yang sesuai di mana proses perubahan tingkah laku atau kebolehan murid-murid dapat dikekalkan. Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah daripada segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.

2.1 Fizikal Persekitaran fizikal yang kondusif meliputi kebersihan sekolah dan kemudahan sekolah. Bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah perlulah sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kemas bagi memastikan tumpuan belajar murid tidak akan terganggu. Sekiranya keadaan bilik darjah kotor dan tidak selesa tumpuan murid akan terganggu. Kemudahan sekolah seperti kerusi, meja, buku-buku dan sebagainya perlu mencukupi bagi setiap murid agar proses memperoleh ilmu pengetahuan tidak terganggu.

2.2 Sosial Persekitaran sosial yang kondusif ialah hubungan mesra antara guru dan murid. Sikap bekerjasama antara anggota sekolah yang sedia untuk salaing bantu membantu akan menyumbang ke arah persekitaran yang kondusif. Murid juga bekerjasama dengan rakan untuk menuntut ilmu dan tidak lokek ilmu antara satu sama lain.Pergaulan yang baik dalam aktiviti sosial di sekolah akan menarik minat murid untuk datang ke sekolah.

2.3

Perkembangan Intelek Persekitaran sekolah yang menitik beratkan budaya ilmu dan

semangat ingin belajar perlu ditonjolkan. Budaya ilmu ini perlu dipupuk agar setiap murid mengamalkannya dan tidak berasa kekok apabila melihat rakan lain mengamalkannya.Info-info yang berguna boleh di letakkan dalam kawasan sekolah seperti kantin, perpustakaan atau pondok rehat dan tidak semestinya hanya di dalam kelas.

2.4 Penggunaan Bahasa Komunikasi yang baik dan berkesan perlu bagi membentuk

persekitaran kondusif. Penggunaan bahasa dengan betul di dalam dan di luar bilik darjah penting bagi memastikan persekitaran bilik darjah kondusif terbentu. Di dalam kelas, sebaik-baiknya murid dan guru menggunakan bahasa kebangsaan untuk berkomunikasa bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun terdiri daripada berbilang kaum.

3.0 Ciri-ciri Sekolah Berkesan Ciri-ciri sekolah berkesan ialah perhubungan yang saling hormatmenghormati di antara kakitangan akademik dengan murid-muridnya. Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekoah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru dengan menerima sekolahnya sebagi sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. Kewujudan alam belajar yang bersih, teratur dan tenteram. . Kewujudan disiplin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran-pembelajaran, tiada konflik, tiada perlanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya. Mok Soon Sang (2009) Kesimpulannya, iklim persekolahan ataupun persekitaran persekolahan yang dikatakan baik adalah sebuah sekolah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan teratur susunannya. Keadaan ini akan mewujudkan sesuatu pembelajaran yang kondusif dan murid-murid

bersemangat serta lahir perasaan cinta berada di sekolah tersebut untuk menuntut ilmu.

4.0 Kepimpinan Guru dan Interaksi dalam Bilik Darjah Guru yang prihatin akan mengaplikasikan strategi dan pengurusan bilik darjah bagi mewujudkan suasan pembelajaran yang berkesan. Terdapat

beberapa jenis kepimpinan dalam bilik darjah iaitu secara autokratik, demokratik dan Laisesez Faire.

4.1 Autokratik Autokratik bermaksud corak pemerintahan yang mempunyai kuasa mutlak. Ini bermaksud kepimpinan autokratik seseorang guru merujuk kepada coraknya menguruskan kelas dengan kuasa penuh. Guru menetukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang di mana murid tidak diberikan peluang untuk memberikan pendapat mereka. Kesannya interaksi di antara guru dengan murid merupakan interaksi sehala, iaitu guru memberikan arahan manakala murid-muird mendengar dan mengikut arahan. Murid-murid juga bersifat pasif. Gagal mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

4.2 Laisesez Faire Laisesez Faire bermaksud kebebasan diberi kepada aktiviti tanpa kawalan. Guru yang mengamalkan sifat ini adalah guru yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada murid untuk melakukan aktiviti yang dirasakan sesuai di dalam kelas. Kesannya ialah interaksi antara guru dan murid kurang kerana guru kurang melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hubungan antara murid dengan rakan akan meningkat kerana mereka banyak melakukan aktiviti secara berkumpulan di mana guru tidak dirujuk semasa perbincangan. Corak kepimpinan ini tidak digalakkan untuk berbincang dengan guru. Ini boleh mengganggu

persekitaran pembelajaran yang kondusif.

4.3 Demokratik Demokratik bermaksud berkongsi kuasa antara ahli dalam satu komuniti. Ini bermaksud guru bersedia berkongsi kuasa dengan murid dalam pengurusan dan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kesan pemerintahan ini ialah guru dan murid akan sentiasa berbincang dan murid digalakkan memberikan pendapat mereka. Corak pemerintahan demokratik menghasilkan interaksi yang seimbang antara guru dan murid. Ini kerana interaksi ini adalah interaksi dua hala. Murid sentiasa

memberikan pendapat dan bersikap aktif. Pembelajaran selalu dilakukan secara berkumpulan tetapi mendapat bimbingan daripada guru. Kepimpinan demokratik berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

5.0 Ciri-ciri Bilik Darjah Kondusif Bagi memastikan bilik darjah yang kondusif bagi sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menyediakan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan dan minat murid sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Susunan kelas juga mestilah sesuai dan memudahkan guru berinteraksi dengan murid. Contoh susunan kelas boleh dirujuk pada lampiran.( Rajah 1). Suasana yang selesa kan dapat mewujudkan perasaan yang dihargai dan mampu untuk memotivasikan murid.Guru juga boleh memberikan penghargaan kepada murid atas usaha dan sikap positif mereka. Peraturan bilik darjah juga perlu diwujudkan bagi mengurangkan salah laku murid yang mana boleh mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran.

6.0 Pelan Tindakan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Bagi memastikan keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, perancangan guru yang melibatkan aspek fizikal dan psikologi pembelajaran sangat penting. Kedua-dua aspek tersebut bergabung dan diserasikan bagi memastikan keberkesanan sesi pengajaran dan

pembelajaran kepada murid. Guru perlu merancang setiap tindakan yang hendak diambil dan seterusnya memilih strategi dan aktiviti yang sesuai. Guru juga perlu mengkaji dan meneliti diberikan kepada murid. Guru juga boleh menggunakan pendekatan hands on iaitu keberkesanan bimbingan yang telah

melibatkan murid dalam pembelajaran secara langsung dan menemukan sendiri menggunakan prosedur baharu, mengaplikasikan konsep dalam suasana yang baharu. Kaedah bagi pendekatan ini ialah inkuiri penemuan. Murid akan diberi peluang untuk meneroka sendiri agar mendapat jawapan hasil daripada penerokaannya. Guru boleh menggunakan pendekatan ekspositori iaitu

menyampaikan maklumat terus kepada murid untuk dipelajari. Aktiviti yang

boleh dilakukan ialah bimbingan secara individu. Guru mengajar murid yang berkenaan secara langsung tanpa perantaraan rakan. .

Seterusnya

ialah

pendekatan

interaktif

dan

kolaboratif dalam

iaitu kerja

membolehkan murid berbincang dan

saling membantu

berkumpulan. Apabila murid berbincang dan mengemukakan idea, mereka biasanya mengeluarkan pendapat mereka berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.Hal ini berkait rapat dengan teori pembelajaran konstruktivisme, hubungan sosial psikologi berjaya atau kognitif. Dalam Murid setiap akan perbincangan, menimba

diwujudkan.

saling

pengetahuan dan pengalaman yang baru berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Penglibatan dengan orang lain akan memberi peluang kepada murid untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.

7.0 Rumusan Bagi menghadapi arus globalisasi dalam dunia pendidikan ini, guru perlu bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan strategi serta kaedah pengajaran untuk menjadikan suasana kelas lebih kondusif dan menarik supaya dapat menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu sentiasa peka bagi mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Bagi mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif guru perlu mengamalkan kepimpinan yang sesuai seperti

kepimpinan autokratik dan menggunakan strategi yang sesuai dengan tahap pencapaian murid. Persekitaran yang kondusif akan menjamin kelancaran sesi

pengajaran dan pembelajaran dan murid akan mendapat ilmu pengetahuan dengan lebih baik. Murid akan lebih bersedia untuk belajar dan belajar dalam keadaan yang selesa.

Lampiran Rajah 1

Rujukan
http://notapismpks.blogspot.com/2011/06/mdab-pembentukanpersekitaran.html http://pgsrpsv.webs.com/panduan_edu3103.pdf Santrock, J.W. (2008) Educational psychology (3rd ed.) New York:McGrawHill. Bennett, N., Wood, E. & Roger, S. (1997). Teaching through play: Teachers thinking and classroom practice. Buckingham: Open University Press Ellington, H. & Earl, S. (1999). Facilitating student learning. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. http://www.authorstream.com/Presentation/izzyati009-775697-pembentukanpersekitaran-pembelajaran-yang-kondusif-2/ http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-babpembentukan.html

You might also like