You are on page 1of 2

Refleksi Marwyn Wahyuni Mansor Pada 05 Januari 2013, saya telah menerima tugasan Kerja Kursus Projek Budaya

dan Cabaran Pembelajaran (EDU3106) daripada mantan pensyarah mata pelajaran, Encik Murali. Beliau juga telah memberikan taklimat bagaimana untuk membuat kerja kursus ini. Tugasan kerja kursus hendaklah dilaksanakan secara berpasangan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan diberi tempoh selama satu bulan lebih. Kemudian Encik Rajendran menggantikan Encik Murali sebagai pensyarah EDU 3106 yang baru. Saya dan rakan telah memperoleh satu tajuk yang amat menarik bagi diri saya dan rakan-rakan iaitu menghuraikan cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada murid plbagai etnik.Kami juga dikehendaki menjelaskan sejauhmana berjayanya usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf pendidikan orang Asli serta etnik Indigenous yang ketinggalan dalam bidang sosio-ekonomi. .Pada mulanya saya berasa agak terkejut kerana memperoleh tajuk ini kerana risau bahawa saya tidak berupaya melaksanakan tugasan ini dengan baik dan sempurna. Namun begitu, saya dan rakan menguatkan semangat untuk menghasilkan tugasan yang terbaik kerana bagi saya, tugasan ini memberi pelbagai pengetahuan untuk saya sebagai bakal guru lantaran guru perlu bersedia dan berpengetahuan dalam melaksanakan pengajaran di sekolah nanti.

Saya dan rakan berusaha sedaya upaya untuk mencari sumber maklumat mengenai teori yang berkaitan dengan tugasan ini serta memerah otak untuk menghasilkan sebuah esei mengenai cabaran seorang guru dan taraf pendidikan orang Asli serta etnik Indigenous .Perbincangan dengan rakan juga telah berlaku kerana kadang kala saya banyak membuat pertanyaan bagi merungkai sesuatu persoalan yang saya tidak fahami.. Saya juga memanfaatkan pengetahuan yang saya dapat melalui pensyarah pembimbing, Encik Rajendran. Alhamdulillah, akhirnya saya dan rakan-rakan telah berjaya melaksanakan tugasan ini dengan baik. Segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t,dan segala yang buruk dan kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya.

You might also like