You are on page 1of 9

KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (GGGB 6013) PENYELIDIKAN

Cik Tuan Mastura binti Tuan Soh Jabatan Inovasi Pembelajaran & Pengajaran Universiti Kebangsaan Malaysia

Mac 2013, GM2

Apa itu Penyelidikan?


Penyelidikan ialah aplikasi sesuatu kaedah secara sistematik dan objektif untuk meninjau, menerangkan, mencari sebab, menyelesaikan sesuatu masalah atau menilai sesuatu model atau teori.

Ciri-ciri Penyelidikan
Penyelidikan dalam pendidikan mempunyai ciri-ciri berikut; 1. Bertujuan untuk menerangkan, mencari hubungan, mencari penyelesaian atau menguji penyelesaian dengan menggunakan kaedah yang sistematik, objektif dan saintifik 2. Mementingkan pemerhatian dan pengukuran yang jitu 3. Melibatkan pengumpulan sumber data primer atau yang sedia ada 4. Berasaskan kepada pengetahuan sedia ada daripada kajian-kajian lain 5. Melibatkan catatan data yang jitu 6. Penggunaan instrumen yang sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi Penyelidikan boleh berbentuk penyelidikan kuantitatif dan kualitatif Penyelidikan kuantitatif melibatkan pengukuran variabel kajian dengan

menggunakan instrumen atau soal selidik manakala penyelidikan kualitatif melibatkan pemerhatian, temu bual dan pemeriksaan data sekunder.

Kuantitatif vs Kualitatif
Aspek Fungsi Kuantitatif Deskriptif, membuat inferens, meramal, menguji secara statistik; e.g; membuat inferens tentang keberkesanan program terhadap motivasi pelajar Kualitatif Memahami, menerangkan, menemukan sesuatu, e.g; menerangkan secara menyeluruh interaksi guru dan pelajar di dalam bilik darjah Fleksibel dan berubah semasa penyelidikan Kecil, dipilih atas sebab berkait dengan objektif kajian (purposeful)

Rekabentuk Tetap dan berstruktur Sampel Besar dan boleh dipilih secara rawak berdasarkan objektif kajian; mewakili populasi

Pengutipan data

Soal selidik, instrument, ujian, sistem Temu bual, pemerhatian, dokumen, komputer dengan kawalan penyelidik pengkaji bertindak sebagai instrumen

Kuantitatif vs Kualitatif
Aspek Analisis data Dapatan kajian Contohcontoh kajian Kuantitatif Menggunakan statistik (deduktif- am > khusus) Bergantung kepada signifikan pada aras tertentu Eksperimental, deskriptif, korelasi, perbandingan sebab (causal comparative) Kualitatif Menggunakan analisis tema (induktif- khusus > am) Analisis menyeluruh sampel yang dikaji Kajian kes, etnografi, fenomenologi, grounded theory, kajian tindakan, kumpulan fokus

Penyelidikan Asas vs Gunaan


Aspek Definisi Asas (Basic) Bertujuan untuk meninjau keadaan tertentu, mengenal pasti variabelvariabel atau faktor-faktor yang terlibat untuk menerangkan keadaan itu dan membentuk sesuatu teori atau model. Penyelidikan asas ini juga bertujuaan mencari perhubungan antara dua atau lebih variabel. Tinjauan, deskriptif, penyelidikan mencari sebab Gunaan (Applied) Bertujuan untuk menguji sesuatu teori atau model yang dihasilkan daripada penyelidikan asas. Juga menggunakan teori atau model untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah dan penyelidikan untuk mengkaji penggunaan sesuatu model untuk menilai keberkesanan sesuatu penyelesaian dalam menyelesaiakan masalah itu. Penyelidikan penyelesaian masalah dan penyelidikan penilaian

Contohcontoh

Penyelidikan Asas
Contoh Tinjauan (Exploratory Research) Definisi etc Mengkaji sesuatu yang belum pernah dilakukan sehingga kini Biasanya, kajian ini meninjau ke atas topik yang belum pernah dikaji. Jadi, kajian ini akan mencetuskan kajian-kajian lain Kajian ini menjawab persoalan APA dan biasanya bercorak kualitatif
Cth: mengapa semakin ramai pelajar memilih aliran sains; meninjau tentang kejadian histeria yang berlaku dalam kalangan pelajar Malaysia

Deskriptif (Descriptive Research)

Suatu kajian bertujuan untuk memperihalkan sesuatu keadaan, isu atau masalah Cuba menjawab persoalan SIAPA dan BAGAIMANA
Cth: menentukan profil kreativiti dalam kalangan pelajar2 di Malaysia atau menentukan bilangan pelajar yang lulus subjek matematik selama 10 tahun kebelakangan ini

Menyatakan fakta dan keadaan yang wujud Penyelidikan Mencari Sebab (Explanatory Research) Menjawab persoalan MENGAPA Biasanya berikutan daripada penyelidikan deskriptif tadi Biasanya menggunakan dan menguji teori yang dijanakan daripada penyelidikan deskriptif tadi
Cth: jika teori menyatakan bahawa pelajar2 lelaki lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya drp pel. Perempuan, maka kajian mencari sebab mengapa keadaan ini berlaku

Penyelidikan Gunaan
Contoh Penyelidikan Menyelesaika n Masalah (Problem Solving Research) Definisi etc Penyelidikan ini lebih bertumpu kepada mencari penyelesaian sesuatu masalah yang timbul yang harus diselesaikan seperti menjawab soalan Bagaimana menyelesaikan masalah.? Kebanyakan penyelidikan yang dijalankan adalah berupa penyelidikan jenis ini yang bertujuan untuk menjana penyelesaian sesuatu masalah Hasil kajian ini adalah penyelesaian atau cadangan yang juga akan diuji keberkesanannya dalam penyelesaian masalah tersebut
Cth: kajian yang bertujuan untuk mencari cara mengatasi masalah buli dalamkalangan pelajar di sekolah2 atau mencari cara mengatasi masalah kemerosotan kefasihan b.inggeris dalam kalangan pelajar2 luar bandar

Kajian Penilaian (Evaluation Research)

Menilai keberkesan sesuatu cadangan atau model dalam menyelesaikan sesuatu masalah Biasanya penyelidikan ini akan melihat masalah ini selepas penyelesaian dilaksanakan dan membandingkan keadaan ini dengan keadaan yang dijangka akan berlaku oleh pencadang penyelesaian tadi. @kajian yang dilakukan untuk menguji model atau pendekatan yang dicadangkan dalam penyelidikan mencari sebab tadi
Cth: penyelidikan untuk menguji keberkesanan kurikulum KBSR dalam meningkatkan kemahiran 3M dalam sistem pendidikan di Malaysia

SEKIAN TERIMA KASIH


Feel free to contact!!! tuanmastura@ukm.my tuanmastura@yahoo.com

Mac 2013, GM2

You might also like